Sunday, 3 June 2012

Matahari Indah

Ni gambar yang ku tangkap ketika di Taman Okayama
"Negara yang cantik indah sekali,
Tak kira kampung atau bandar semuanya satu,
 Sampah sarap dibuang rapi,
 Dek kerana mentaliti rakyatnya begitu."
     Hatiku berdebar-debar ketika memulakan langkah keluar dari rumah sambil berpakaian serba lengkap berkemeja T,bertali leher, berkasut kulit hitam kilat bak cermin yang memantulkan bayang-bayangnya jika melihat ke arah kasutku itu. Petang mac 2008 itu ku tunggu dengan penuh debaran. Hati berkobar-kobar. Selepas ku menempatkan rapi ke semua luggage ke dalam kereta, ku menyorak langkah ke rumah-rumah jiran tetanggaku. Tiba saja di rumah mereka, ku yang sudah biasa membahasakan diriku sebagai along mulai tutur bahasa dengan tunduk malu merendah diri, 

"Cik, tak lamo laie along dah nak bertolak ke Jepun dah ni. Doakan along berjayo dan selamat kek sano yo cik." 

     Ku pohon agar aku berada dalam lindungan doa-doa mereka kerana ku harapkan sangat doa-doa orang lain. Ku salam tiap-tiap orang daripada mereka dan ku kucup tangan mereka kerana mereka adalah ibarat ibu bapa ku jua. Dah 20tahun mereka berada di sisi keluarga ku sepakat dalam bermasyarakat. Malahan, aku adik beradik memang dikenali oleh jiran-jiran kerana sikap kami yang tak seperti anak-anak lain yang agak 'kureng' (paham-pham sendiri sudah~). Mereka sangatlah bermurah hati. Dihulur kepingan not Rm10. Ada yang menghulur Rm50 kepadaku. Walaupun nilainya kecil di mata orang-orang lain "Ala, Rm10 kalau tukar kepada Yen berapalah sangat~" tapi padaku ianya nilai yang amat besar sekali. Itulah tanda kasih dan tanda sokongan kepada ku untuk terus berjaya mengharumkan lagi nama Felda Palong 15 di mata dunia (aku ade..ko ade??).


     Petang itu ku yang memandu kenderaan ke KLIA. Perjalanan yang memakan masa selamat hampir 3 jam itu merupakan perjalanan yang panjang buatku. Ini kali terakhir untuk ku menjadi 'driver' kepada keluarga yang tersayang. Flight yang di jangka bertolak kira-kira jam 11 malam akan berhenti di Kota Kinabalu sebelum berlepas ke Jepun. Di KLIA, kami sekeluarga menghabiskan masa sepenuhnya sebelum ku tinggalkan tanah airku ini. Sebelum turun ke 'platform' aku sudah menjangkakan pasti air mata ibuku turun bagai tsunami yang memecah pantai. Ku peluk ku kucup pipi ibuku dan kupohon restu kepadanya.Begitu juga dengan ayahku dan adik-adikku. Ketika itu, keluarga terdekat juga datang menghantar ku. Siap suruh aku baca kanji lagi dekat sekeping kertas yang penuh dengan kanji. Aku hentam je baca untuk mereka agar mereka puas hati. Kanji tu~ Susah tu~ kot hiragana katakana boleh la. Ketika ku turun dari platform tu, ku takkan melepaskan pandanganku dari keluargaku untuk kali terakhir. Walaupun sedih, perasaan excite telah menceriakan ku.Bersama dengan kawan-kawan yang lain perasaan seronok tu makin membuak-buak. Itu lah pertama kali ku menaiki burung besi yang terbang tinggi. Rasa cuak excited (sedih da ilang da bile tengok pramugari,,heheh) ditambah aku duduk bahagian dekat sayap sebelah makcik jepun pula. Makcik tu takde la makcik mana, muda juga. Mula-mula segan juga tapi bila ditanyakan ke Jepun untuk kerja atau belajar, aku pon berceritalah aku ke sana untuk belajar di Okayama-Ken. Perbualan singkat sahaja. Waktu malam sesuai la nak tido. Mula-mula terbang~ Perghhh dengan bunyi yang kuat menyebabkan aku rasa tak tenteram. Pening-pening pon ada. Di pendekkan cerita, sampailah aku di negara matahari terbit itu. 

     Turun sahaja dari Narita 空港 (airport), kami mengambil 'luggage' kami dan berkumpul. Sebelum keluar, kami semua menukarkan travellers check kami dan ketika itu aku lah orang pertama dalam keluargaku dan orang pertama dalam group student tu gi melepas kat tandas.yesss~ saguhati untuk Narita airport. Malangnya tandas di sana tak de 'bidet' (google sendiri kalau nak tau). Ya Allah, kena la aku pakai tisu. Arghhh kalau 'kecik' je saham nye tak pe, ni saham 'besar' punya. Hahahaha. Terpaksa aku flush 2 kali semata-mata untuk membasahkan tisu. Ok ok..stop di sini.. Tau ada yang geli..Yaksss~ ahahah. (ok-ok ambil mood ayat novel balik). Selesai segala urusan kewangan, dengan nilai wang yang tak ku rasa (banyak beribu-ribu ringgit tetapi dalam yen tak dapat rasa hebat nye ribu ribu itu) kami semua mengorak langkah keluar dari airport. Ada bas sedang menunggu kami. Perasaan gayat mula terserlah termasuk diriku kerana ketika itu masih musim bunga, suhu agak sejuk. Jadi keluarlah kepulan wap-wap udara dari mulut kami bagaikan kepulan asap-asap dari mulut kami. (gayat di sini bermaksud meniup-niup wap udara dari mulut..sekian <malu gile>)

Gila nak berjalan
     Juadah pertama ku di sana, ialah kepingan sandwich dan sebotol お茶(teh jepun). Ya Allah, tak tahan ku dengan rasa makanan dan air teh itu. Tawar-tawar pahit. Memang bukan citarasa mereka yang duduk di Malaysia. Untuk pengetahuan yang membaca, air minuman manis pun tak berapa manis di Jepun. Manis-manis buah bak kato orang tuo. Sampai sahaja di tempat untuk student-student Malaysia, Hachioji seminar house. Kami diberi asrama sementara menunggu kumpulan penerbangan lain. Lupa pula nak cerita bagaimana aku menunaikan solat subuh. Aku memang tak tahu jam berapa perlu solat, sekarang dalam area jepun ke atau area lain cuma aku tahu arah kiblat melalui paparan skrin di kerusi. Mungkin member yang lain tahu, aku pon nekad mengambil wuduk dan menunaikan solatku. Bila sampai di Jepun barulah aku betul-betul tahu waktu solat kerana ada yang membawa laptop dan mempunyai software 'Athan' or Azan merupakan advantage yang cukup besar.
Jalan-jalan shopping

     1st impression aku tentang jepun, bersih, bersih bersih. Memang bersih. Sangat bersih. Tak kira aku berada di kawasan kampung atau kawasan bandar. Kesemua tempat yang aku pergi bersih. Semenjak aku sampai ke jepun hinggalah pulang ke Malaysia, kebanyakkan tempat semuanya bersih kecuali tempat yang penduduknya terdiri daripada orang asing China tak pun Malaysia. Sistem pembuangan sampah mereka sangat tersusun. Tiap-tiap hari hanya sampah yang tertentu sahaja boleh dibuang. Contohnya, hari isnin sampah kertas, selasa sampah plastik dan seterusnya. Oleh kerana aku tinggal di Okayama (daerah selatan Jepun) aku sering menghabiskan duit-duitku dengan travel ke Tokyo berjumpa kawan dan 'kawan' di sana. Aku juga balik Malaysia tiap-tiap tahun. Balik puasa sekali (raya bermula ketika musim cuti musim 'sekolah' bermula) balik raya sekali. Mula-mula sampai di Okayama, aku berasa amat kekok. Walaupun ramai student-student melayu di sana tetapi aku berasa kekok kerana aku jenis orang yang mengambil masa untuk mengenali orang dengan lebih rapat. Ketika itu ada seorang senior yang bernama Athif maka aku pon mengenalkan diriku sebagai Atep misai (dek kerana misai yang hensem ni). Perkenalan dimulakan dengan bermain futsal. Aku yang sememangnya kaki bangku ni hentam saja la apa yang patut dengan kasut mahal yang baru beli di Tokyo. Jahanam kasut jalan aku.

Nyugaku shiki (Majlis masuk sekolah..hahah)

Lepas nyugaku shiki (semua keletihan)
Awan yang kebulan muncul dari tingkap rumah(ni takde edit effect tau)
     Pada mulanya aku memang tak dapat membiasakan diriku dengan suasana baru dan rakan baru. Tambah pula semuanya dalam bahasa jepun, parahlah aku (ingat aku belajar jepun aku pandai ke?tak wooo~). Tapi lama kelamaan, suasana ber'persatuan' di Okayama menjadi seronok setelah mengenali mereka dengan lebih dekat. Mula-mula, aku ni suka terkurung dekat rumah je. Memang tu lah sifat aku dari kecil. Tak kenal memang aku tak cinta langsung. Tapi lepas kenal aku ni banyak cerita pula. Perkara yang mula-mula aku dan rakan baikku, Zam fikirkan ialah mendapatkan sebuah PS3 dan Zam telah membeli sebuah TV LCD 32' pada waktu itu. Game 1 je, PES2009. Itu pun sudah cukup bagi kami. Selepas aku membeli tv baru yang lebih kurang sama dengan tv Zam, PS3 itu dipindahkan di rumahku. Tiap-tiap hujung minggu, kami berkumpul akan bermain PS3 hingga ke subuh. Memang itulah keje nye.

     Banyak juga destinasi yang telah aku lawati dan pergi bersama rakan-rakan dan date bersama 'teman' ku. Gambar-gambar ku di Jepun entah ke mana. Dalam harddisk ke dalam pendrive mahupun dalam komputer semuanya hilang entah ke mana. Cuma tinggal saki baki dalam FB je yang ada untuk tontonan semua. Walau bagaimanapun, akan ku ceritakan serba sedikit mengenai gambar. Setiap gambar ada cerita (bajet iklan yuna plak dah).

Hardcore futsal
     Walaupun ni seorang kaki bangku, lama kelamaan hidupku di sana akan menjadi bosan jika tiada futsal. Selalunya main futsal sekali seminggu tetapi penah juga hentam futsal sampai 2 3 kali seminggu. Waktu musim sejuk, sambil memakai baju sejuk yang tebal berglove dan berstokin, kami tetap bermain futsal. Walaupun jari kaki tangan semuanya sudah kebas kaw2.


Pemandangan sawah berhampiran tempat ku tinggal
     Pemandangan kawasan padi ini terletak di hadapan rumah rakanku yang lain. Tempat ini juga dekat dengan tempatku. Kalau berjogging, tempat ini akan menjadi tempat utama untuk disinggahi. Tempat yang aku tinggal terletak di kawasan kampung dekat dengan Okayama University of Science. Transport utama hendak ke kelas ialah dengan menunggang basikal.

Mengambil gambar seorang diri
Light Up baru nak start
Nak dapatkan gambar ni kena baring tengah-tengah jalan
Light up yang indah

     Gambar ini adalah tempat yang sama dengan gambar mula-mula aku letak pada entri ni. 岡山後楽園Okayama Kourakuen (Okayama Paradise). Taman ni merupakan antara 3 tempat taman semulajadi terkenal di Jepun. Tempat yang sesuai untuk riadah dan ada ketikanya kourakuen ni dibuka pada waktu malam (light up). Sangat cantik sangat indah dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kamera gedabak besar. View yang sesuai untuk dicapture. Ada lagi gambar lain untuk dilihat. Klik dekat LINK ni. Ketika ini, aku kesorangan pergi mengambil gambar bersama Nikon D80 ku. Dengan pergi secara sendirian, dapatlah aku mengambil shot-shot yang cantik (Aku rasa cantikla~). Yana yang sangat suka dengan taman, juga berasa jeles dengan gambar-gambar ini. Katanya," nak pergi juga!!"
Di Okayama Eki(station) hantar 'kawan' pulang

Suasana malam

berjalan di kourakuen
     Gambar ini diambil sebelum Yana pulang ke tokyo. Dia berpakat dengan seorang rakanku yang lain sebab nak suprise untuk aku katanya. Alhamdulillah dapat lah aku bawa dia jalan-jalan kat kourakuen. Seronok betul tengok dia berbasikal denganku ke sana. Dia juga berpeluang follow aku pergi baito petik momo (kerja sambilan petik buah peach). Kenalkan Yana dengan pakcik makcik yang mengupah aku buat kerja tu. Merpati 2 sejoli kata mereka. (merpati la sangat~)

Hanami
Hanami (tengok bunga sakura musim bunga)
     Salah satu aktiviti yang kami akan adakan tiap-tiap tahun ialah hanami di musim bunga. Hanami ataupun tengok bunga sakura. Kami akan berkelah di bawah pokok melihat bunga sakura sambil makan-makan. Seronok, indah dan nyaman. Sambil tu dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kami. Tiap-tiap tahun juga ketika musim sejuk, kami juga akan pergi bermain snowboard. Walau bagaimanapun, aku pernah pergi sekali je. Teringat waktu mula-mula bermain snowboard. "Senpai, ni camne nak main ni?mane pernah main. Skateboard pon tak pernah main," tanya ku kepada seorang senior. Dengan muka tak boleh blah dia pon berkata "ko redah je." Amboi~ senang nye nak main snowboard. Pakai redah je ek? Main snowboard dah la kena main dari tempat tinggi. Dengan selambanya aku redah je~ dengan zero experience snowboard. Kaw2 hebat aku main sebab aku guling-guling, snowcap tercabut, dengan spek mata aku pon jatuh ke depan. Hebat dengan skill tertiarap bak tupai terbang. Memang terbaik. Lama kelamaan, 'deficit kejatuhan tertiarap' dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Nak dapatkan perfect landing memang tak la tapi seronok juga bila lama-lama main boleh control. Okla dari kawan aku yang sorang tu dah biasa main skateboard pon boleh terlentung tiang gondola. Hahah tahniah la. Ketika waktu solat kami berhenti di bawah pokok dan berjemaah berdua dengan seorang rakan lain. Amik wuduk senang je. Salji tu bersih salji gunung. Main sampai lewat petang. Esoknya, semua urat-urat, otot-otot sakit. Memang tak boleh bangun aku hari tu.
Main salji dan snowboard
Snowboard

Aktiviti lain yang aku suka ialah makan strawberi. Bayar 1500yen makanlah sepuas ati dalam masa yang ditetapkan. Dapat plak makan strawberi sambil celup hot choc.Memang terbaik bro~
Ichigogari (makan strawberi)
     Gambar di bawah ni gambar ketika aku dan rakan-rakan makan tiram. Kami beli tiram beberapa kilo dan kami menyewa tempat membakar ikan dan tiram. Memang sedap makan tiram campr lemon. Natijah daripada makan tiram ni, perut aku sakit teruk,muntah-muntah sampai minta cuti dengan sensei. Aku ingatkan aku sorang je yang sakit teruk, rupa-rupanya ramai lagi yang lain mengalami sakit yang sama macam aku. Ni sah sebab makan tiram. Sedap betul seharian memburan dalam toilet.
Makan tiram sampai sakit peyut

     Di okayama ada terdapat 1 taman tema yang di kenali sebagai Washuzan Highland Park, Okayama. Kawasan tanah tinggi yang sangat indah. Lihat lah gambar yang sempat aku snap di sana. Walaupun taman tema ini taman tema yang dah ber'karat' (I mean berkarat yang memang berkarat. Tak kirala apa-apa permainan, untuk pengunjung yang pertama kali sampai pasti akan rasa tak confident nak naik). Serius berkarat. Aku bukanlah nak menunjukkan sikap racist aku dengan orang berkulit hitam. Tempat ini dikendali oleh orang-orang Brazil dan ketika tibanya di sana aku dapat merasai bau yang amat tidak enak. Kepam, tengik masam. Rupa-rupanya orang-orang Brazil yang tak memakai baju sambi menari membuat persembahan. Awek kok lawa tak pa lah, sekali cam pensel 2B je semua sambil pakai coli (musim panas kat jepun memang panas). Bau yang tak tahan. (hahaha)
Pemandangan dari atas bukit di Taman tema Wasyuzan
Wasyuza
Basikal bahaya
Permainan yang aku paling suka ialah berbasikal di landasan. Landasan ini sangat tinggi. Memang gayat gile. Kalau jatuh boleh mati. Gambar di atas aku snap gambar seorang junior sedang berbasikal di hadapan ku. Dapat sekali pemandangan indah. Cehhh~ gambar aku tak de plak.
Ketika di okutsu

Gambar last ni ketika berada di jeram yang dinamakan okutsu. Seronok mandi walaupun sejuk nak mampus. Sepatutnya sesuai ketika musim panas, tapi mungkin pergi awal sangat kot~ memang tough la mandi bawah air terjun.

"Pantun ni khas untuk sorang kohai,
 Kohai STJ dan Okayama,
 Raya ni balik la bai,
 Ingat adik yang rindu ko kat Malaysia"

"MATAHARI ITU MEMANG INDAH DAN CANTIK TETAPI IBU PERTIWIMU ITU IBARAT SYURGA YANG TAK TERUSIK"

3 comments: