Thursday, 21 November 2013

Tiada pengalaman yang lebih bermakna dari...


     Sekarang sudah masuk pukul 3 petang. Aku masih di sini, di rumah ke2 ku.... Hospital Besar Seremban. Sepatutnya hari bukanlah daku datang ke hospital kerana follow up bulanan tetapi aku sampai di sini kerana kaki yang bernanah & badan yang demam tak surut-surut sejak seminggu yang lalu. Ini kali pertama aku menunggu di klinik otopedik hingga ke petang dek kerana doktor lambat memeriksa luka ku. Aku dipanggil masuk ke ruangan bilik 8 dah diinterview oleh doktor muda. Sambil bertanyakan keadaan kaki yang bernanah sambil bersembang & bertukar-tukar cerita.

"Doktor belajar di mana dulu?"
"Dah berapa lama jadi houseman(doktor pelatih) kat sini?"

     Kerana aku tahu ramai doktor-doktor pelatih di sini yang belajar di luar negara. Ada juga yang belajar di universiti tempatan. Selepas segala maklumat ditulis, doktor tersebut keluar & masuk ke bilik lain bertemu dengan doktor pakar yang bertanggungjawab dengan pembedahan external fixator(monorail) di pehaku ini. Sejuk betul bilik ni. Demam pun menjadi-jadi. Setelah lebih setengah jam menunggu, lebih kurang 5 6 orang doktor masuk ke bilik ku & menerangkan keadaan yang sebenar. Apa tindakan yang perlu dibuat sekarang.

Melalui xray kaki yang telah dibuat kira-kira jam2 tadi, doktor dapat memberi kesimpulan bahawa

  1. Besi di kaki ku yang dijadualkan untuk pembedahan keluar pada 27/11/2013 mungkin akan ditangguhkan kerana mengikut perkiraan kes seperti ku ini 
  2. Besi sepatutnya dikeluarkan selepas 3 kali ganda daripada hari nat besi diputarkan. Oleh kerana kakiku pendek lebih kurang 9~10cm, aku perlu memutar nat selama 90hari untuk memanjangkan tulang sebanyak 9cm. Maka hari untuk menunggu tulang ku cukup matang untuk besi dikeluarkan ialah selama 270hari dari tarikh terakhir nat besi kaki diputar. Hari terakhir ialah pada 5 Jun 2013 & mengikut perkiraanku, besi ini akan dibuka pada Mac 2014.
  3. Buat masa sekarang besi tidak akan dikeluarkan kerana tulang masih belum cukup matang walaupun xray menunjukkan pertumbuhan tulang yang sangat baik. Bayangkan 9cm ruangan kosong antara tulang atas peha & tulang bawah peha (berdekatan dengan lutut) telah tumbuh. Namun begitu tulang masih belum cukup kuat.
  4. Berkenaan dengan nanah yang banyak, doktor mengesyorkan agar aku diberi antibiotik & luka dicuci. Masuk OT untuk buang daging berlebihan yang tumbuh disekitar besi & menyental luka sesedap rasa doktor. (tak boleh lupa berapa sakitnya masa bius. Rasa macam pisau dicucuk di daging & pisau itu kemudiannya ditarik bagai menoreh, mengelar & sewaktu dengannya di sekitar kawansan yang hendak dibedah tadi. Astagfirullah. Allah je yang tahu)
  5. Antibiotik wajib diambil selama 14hari supaya dapat melawan kuman serta darahku sentiasa diambil untuk diuji tahap pergerakan kuman dalam badan. Hampir tiap-tiap hari tangan dicucuk dengan jarum.
     Maka seperti biasa aku akan duduk di wad selama 2minggu. Bagiku, aku tiada masalah duduk di wad berseorangan tanpa sesiapa waris yang menunggu kerana aku mampu menguruskan diri sendiri. Mampu pergi tandas sendiri, mandi 2 kali sehari di sini & berjalan sana sini macam...
"Macam orang sihat je macam orang sihat je macam orang sihatt je"
      Kebiasaannya aku akan mengupdate ataupun meminta agar tunanganku mengupdatekan status di facebook bahawa aku dimasukkan ke wad sekian sekian tetapi tidak untuk kali ini. Orang pon letih nak datang menjengukku di hospital.
"Asek masuk hospital je asek masuk hospital je asek masuk hospital je"
     Bagiku, Allah sebenarnya beri diriku pelbagai anugerah apabila aku dimasukkan ke hospital. Anugerah untuk muhasabah diri bahawa ada lebih banyak manusia yang tidak bernasib baik daripada diriku. Kaki kudung tangan potong daging busuk. Aku lebih bernasib baik. Aku sudah mampu berjalan. Untuk pengetahuan ramai, aku sudah mampu berjalan tanpa tongkat(tetapi tak jauh lah. Setakat 50 60m boleh la)

     Aku juga seorang suka observe insan-insan lain melalui pandangan pertama, melalui perbualan serta tingkah laku seseorang. Mengenal insan lain melalui stalk jauh yang lama tetapi jangan risau kerana aku hanya stalk tingkah laku. Bukan benda lain. Melihat sekeliling, aku cuba mengenali tingkah laku manusia. 1001 tingkah laku manusia yang boleh kita lihat. Di sinilah segala contoh yang baik dijadikan teladan & yang sebaliknya dijadikan sebagai sempadan. Memahami manusia lain secara tak langsung mampu memberi pengalaman yang bermakna dalam kenali, fahami serta perbaiki diri sendiri.

     Aku pernah ditegur oleh pesakit lain. Mereka kagum kerana aku mampu berjalan walaupun besi terpacak di kaki. Yang mampu ku berikan hanyalah kata-kata semangat kerana aku pernah berada di tempat mereka.

"Apalah nasib macam ni. Kawan lain sudah balik" kata seorang pakcik India yang sedang terbaring kepada diriku. Tak pernah aku lihat dia berjalan. Hanya terbaring tegak di katil & berkerusi roda ke tandas.
"Uncle, jangan sedih. Insyallah boleh jalan balik punya. Be happy be strong. Kalau sedih-sedih bila mau baik?"
"Yala. Saya tengok you banyak happy. Jalan sana sini"
"Saya happy walaupun berjalan guna tongkat tetapi saya enjoy perasaan boleh berjalan tu uncle. Kalau you nak tau, saya sudah 3tahun tau macam ni"
"3years ahh? I tengok you ni positive thinking. Good. Ok I mesti concentrate untuk sembuh" sambil tunjuk thumb up kepada diriku

Sepanjang aku melintas di katilnya, mesti dia tersenyum. Tak lama selepas itu, dia kelihatan berjalan tanpa kerusi roda. Boleh berjalan rupanya. Mungkin kerana terlampau sedih & down, selama ni orang lain sorong je naik kerusi roda. Good job uncle.

Bersambung...

p/s cerita ini bukan sekadar cerita rekaan semata-mata. Ianya melalui pengalaman diriku sendiri & diriku seorang kerana tiada pengalaman lebih bermakna daripada melihat orang lain menjadi jauh lebih bersemangat dalam mengharungi kehidupannya lebih dari diriku sendiri.

Tuesday, 19 November 2013

Ke merinduimu....


Ku tahu siapa diriku
Aku hanya insan biasa
Tiada yang istimewa
Aku juga hanya pencinta
Pencinta yang belum pasti halalnya
Pencinta yang belum tentu pastinya
Pencinta yang belum tentu jadinya

Namun diriku amat merindui dirinya
Sudah lama ku tak mendengar suaranya
Apatah lagi ku menatap wajah manisnya
Dek kerana kekangan
Dek kerana halangan
Dek kerana .......... aku sendiri tak pasti mana silapnya

Bila ku terlalu merindu
Ku ketuk pintu mimpi-mimpiku
Ku harap ku berjumpa dengan dirimu
Dalam tiap mimpi-mimpiku

Bila ku gelisah
Ku intai isi hatiku yang pasrah
Ku tanya mengapa kau resah?
Hatiku menangis lalu berkata

Aku merindu si dia
Puteri manja
Puteri manja
Puteri manja

Ku hanya berdoa
Agar jodohku dengan dia
Agar jodohku bersamanya
Agar jodohku hingga ke akhirnya

Amin amin amin aminnnn~

p/s nukilan ikhlas tak boleh cakap. Sila cepat sembuh hati sila cepat sembuh handphone
There was an error in this gadget