Suasana yang nyaman |
Hati ini terlalu mencemburui dan suka mencemburui orang lain. Melihat orang lain yang mempunyai kebolehan bergerak, berjalan dan berlari tanpa bertongkat. Baru-baru ini, keluargaku telah pergi ke City Park Seremban 2 sebaik sahaja selepas menyelesaikan urusan ku di NHK. Aku berasa amat teruja apabila tiba di sana. Walaupun cuaca panas terik tetapi dek kerana taman itu dipenuhi dengan pokok-pokok yang banyak suasan sangat nyaman. Pokok-pokok yang menghijau, tasik yang dipenuhi dengan hidupan air itu telah menghidupkan kembali hati ini. Aku berjalan dan terus berjalan di keliling tasik itu dan terjumpa dengan sepasang tiang yang sesuai untuk bergayut. Sudah lama aku tak bergayut macam monyet di hutan. Suatu ketika dulu, di sekolah lama ada tiang seperti ini dan aku antara orang yang suka menjadi monyet-monyetnya. Mana taknya diri ni dah la pendek tak cukup ketinggian, jadi aku bergayut dengan harapan tertariklah badan ini menjadi lebih tinggi. Bukan itu sahaja, malahan jika bergayut dan mengangkat kaki 90 darjah dapat membina otot-otot abdomen untuk mereka yang teringin nak mendapatkan 6 pek popular pada badan mereka.
Apabila aku terjumpa palang itu, aku terus mencapainya dan melakukan apa yang selalu aku lakukan. Walaupun tak banyak yang boleh aku lakukan tetapi aku tetap berpuas hati kerana walaupun kaki berbesi aku masih mempunyai kekuatan pada tangan dan perutku untuk melakukan senaman ini. Natijahnya, otot-otot tanganku sebelah kanan terasa amat sakit. Lagipun aku mempunyai besi pada tangan kanan. Jadi terpaksalah aku berehat untuk sehari 2.Walaubagaimanapun, melihat adik-adikku seronok bermain di taman permainan sudah cukup mengubati sakit-sakit ku ini.
Muka dah ensem tapi ade pula tongkat kat sebelah..ceh~ |
Selesai sahaja riadah petang, kami sempat singgah di restoran warisan terachi untuk makan malam. Sampai di rumah kira-kira jam 9 malam. Walaupun badan terasa letih tetapi pengalaman ini amat menyoronokkan.
"Puteri hang lipo makan sushi,
hang Tuah yang belanja makan,
Lain kali nak datang lagi,
Bawak 'geng' yang datang bersukan"
"Dek kerana tangan sakit,
Hari ni berehat saja,
petang-petang 'hupdate' blog sikit~,
Cukuplah gambar sebagai pencerita"
hahaha..sampai part gambar last....DIE PON NAK JUGAKK!! hahah...nice kan tempat ni...:) abang ade bg mkan kure & ikan mkan tak?
ReplyDeletehahaha..kena la letak gambar sendri..
ReplyDeletetakde bg makan ikan pon..datang cam2 je..pdhal kure2 ngan ikan tunggu je..hahah