Thursday 26 July 2012

Resurrected

  
  I am resurrected...no no I mean my computer have been came back to life. Oh my Kelingish(ok aku seorang yang racist). Setelah sebulan lebih barulah komputerku dihantar untuk direpair. Power supply komputer down lagi. Adoi letih la macam ni. Dalam masa beberapa bulan aku tukar power supply untuk kali ke3. Memang bermasalah betol sistem elektrik kat rumah ni, oleh kerana itu ibu ku tidak mahu lagi membeli peralatan elektronik such as ricecooker, microwave & etc lagi sebab pakai sekejap je dah rosak. Masak semua pakai dapur gas saja lagi mudah.

     Ok masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Moga Ramadhan laki ini.....damn** typo...moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Taraweh still penuh lagi? Sekarang dah mengaji sampai juz7 ke?(since dah seminggu berpuasa) kalau belum marilah kita sama-sama kejar sebelum Ramadhan ini berakhir. Alhamdulillah aku sihat sahaja, still ensem macam biasa. (duhhh~ takde benda lain ke nak tulis?)

     Ramai yang bertanyakan kepadaku adakah aku berpuasa penuh?yela aku kan still tak sembuh lagi. Oh aku bukannya gastrik~ untuk tak berpuasa aku cuma sakit kaki je. Kaki aku tak dak mulut nak makan. So nothing to worry. Puasa sentiasa penuh macam tahun-tahun lepas. Aku sememang tiada idea pon nak ditulis dicoret di sini. Tetapi insyallah tak lama lagi, adik perempuanku (Zai) akan berangkat ke Indonesia. Universitas Hasanudin. Jurusan medic. Alhamdulillah Ramadhan kali ini antara yang bermakna buat ibu dan ayah kerana impian untuk melihat salah seorang daripada anaknya menjadi doktor hampir tercapai. Harap-harap zai berjaya di sana. Jangan nak balik kosong je. Nanti along lompang baru tau.

     Walaubagaimanapun, zai akan bertolak pada minggu hadapan (6/8). Berita itu semenangnya menggembirakan ahli keluargaku tetapi tidak adik yang sedang menuntut di MRSM trolak.
"Alaaaa~ raya ni tak bestla..xde kak zai~ angah pon koleng tak tentu balik...tak bestlaa~" (perhatian adik beradik ku sudah biasa dengan perkataan yang berunsur ke'racist'an ni. Jangan tersentap pulak).
Mungkin eid kali ini akan sunyi tanpa zai & fath(tentera). Dulu hanya aku sorang sahaja yang tiada di rumah ketiak eid....wait...aku rasa aku baru sahaja typo di situ...Damnit~ Retype. 'Dulu hanya aku sorang sahaja yang tiada di rumah KETIKA eid' jadi tak terasa pon yang rumah itu tak lengkap.

     Cuma aku berharap aku segera sembuh kerana terlalu banyak jemputan ke majlis perkahwinan kawan-kawan terutama selepas eid nanti. Adoi~ harap-harap sebelum eid aku dah betul-betul sihat. Okla tak dak idea lagi nak merepet kerepek & merepek. Salam Ramadhan untuk semua.
 "air cincau letak sepat, (ada ke?hahaah)
 suka susu campur dalam air carrot,
 Jadikan Ramadhan untuk beribadat,
 Bukan untuk kasi kempis perut"

"Jika tiap-tiap amal ibadah itu nampak ganjarannya turun dari langit dalam bentuk emas permata, nescaya tiada 1 manusia pon di dunia ini akan melepaskan peluang itu untuk beramal. Sengaja disembunyikan segala darjat ketinggian & ganjaran amal ibadah itu semata-mata untuk melihat KEIKHLASAN hambanya dalam beramal ibadat. Jika tiap-tiap manusia itu ikhlas dalam beramal nescaya makin BERTAMBAH ganjarannya. Yakinlah ALLAH itu MAHA PEMURAH"

                                                                                                                           Sekian lot of love from Karipap Basi       




Tuesday 17 July 2012

Aku ditinggalkan?

Aku berada dirumah sewaku yang agak sempit dengan parking yang sedikit. Aku tak pasti aku berada di mana, nak kata Malaysia keadaan sekeliling semuanya bersih, cantik, tersusun, teratur dan ke'jepun'an. Akan tetapi orang berpusu-pusu pergi ke arah 1 perarakkan dan ke semuanya orang-orang kita ajee~ khabarnya parade ini dihadiri oleh orang-orang tertinggi dalam kerajaan Malaysia. Begitu ramai makhluk parking kereta mereka di suatu tempat yang jauh dan berjalan kaki semata-mata untuk melihat PM dengan lebih dekat(ni tiada kaitan dengan kempen pru13 harap maklum).

Aku pon ingin ke sana 'tapi bagaimana?'(ini juga tiada kaitan dengan kumpulan spider walaupun diri ini meminati spider). Aku ketika itu masih tidak mampu berjalan. Ibu berpesan agar aku gunakan kerusi roda ke sana. Setelah sekian lama berjalan, aku terpisah dari keluarga ku. Bukan kerna mereka meninggalkan ku tetapi kerana mencari orang yang sangat ku rindui. Setelah sekian lama ku mencari, aku masih gagal menjumpainya. Tak lama kemudian aku disergah dengan suara yang amat ku kenali walaupun sejak sekian lama tak berjumpa. Memang dia...memang dia. Akan tetapi sebelum sempat ku bercakap kepadanya dia telah pergi ke tempat lain bersama rakan-rakan yang lain. Aku tak kisah sambil ku jerit "Nanti cari kat kedai jam. Nak beli jam kejap". Aku pon tak pasti mengapa kedai jam yang menjadi pilihan kata-kataku. Sedang ku melihat-lihat jam yang sesuai untuk diriku, aku dengar suara tadi gelak-gelak sambil berlari ke arah sebuah bas. Aku terpinga-pinga mengapa aku ditinggalkan kesorangan lagi. Kelihatan mereka melambai-lambaikan tangan dengan riang. Aku dengan marahnya berdiri dan menghempas beg yang ku pegang ke tanah. Berderai barang-barang yang telah ku beli. Bagaimana berkecainya barang itu, begitulah berkecainya hatiku. Lantas dengan yang merah padam aku pergi meninggalkan semua barangku ke lantai. Mengapa aku dibuat sebegini rupa. Aku sedar siapa diriku. Aku pon tersedar dari mimpi. Oh jam sudah pukul 4:49 pagi. Aku terlewat bangun. Aku masih teringat lagi tentang mimpi itu hingga sekarang. Mungkin itu yang ku rasa. P/s kom still down jadi malas nak update blog. Leceh update pkai phone ni.

Saturday 7 July 2012

As Syahid

Aku sedar diriku ketika itu di bangunan aspura STJ. Ketika itu, aku ditingkat2 melawat bilik-bilik asrama tempat yang pernah ku tinggal pada suatu ketika dahulu. Tiba-tiba, seorang demi seorang kanak-kanak jatuh rebah. Ada yang jatuh dari tingkat 2. Kanak-kanak yang jatuh ke bawah kebanyakkannya seperti anak-anak afrika yang kebuluran. Pada sangkaanku ada gempa yang menyebabkan mereka jatuh, rupa-rupanya kepala mereka ditembak. Bila tahu punca kematian mereka semuanya lari lintang pukang menyelamatkan diri.Dalam keadaan kelam kabut itu, semakin ramai yang ditembak dari jauh. Sniper kelihatan menjadikan orang awam itu sebagai target latihan menembak mereka. Semuanya menunduk-nundukkan kepala takut-takut terkena tembakan. Kami semua terkepung dan semuanya berada dalam ketakutan. Jantungku berdegup kencang. Lagi kencang bila kali pertama melamar yana jadi teman. Jadi kawan. Belum nikah lagi der.

Kami dikepung. Terdengar 1 suara yang lantang berkata-kata. Suara itu kelihatan menyuruh tentera-tenteranya menembak mati ke semua orang yang masih tinggal tanpa tinggal walau seorang pun. Sudah beberapa lama kami menunggu, tetapi tiada bantuan datang. Lantas, aku segera menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Aku disokong oleh 2 orang yang lain. Kami bertiga aku keluar pergi memburu sniper yang sedang mengepung kami. Sebelum itu, aku memberikan nombor telefon ibuku kepada yang lain agar menelefon ibuku sekiranya aku mati. Entah bagaimana di tanganku ada sepucuk pistol yang kekurangan peluru. Kami berkongsi peluru. Kami perlu bergerak secara senyap supaya kami tidak dikesan. Pistol merupakan senjata paling balik untuk menewaskan penembak jauh.

Jantungku berdegup kencang. Kami berasa sangat cemas. Musuh yang pertama kami jumpa sedang sibuk gelak-gelak dan kami segera membunuhnya....tiba-tiba aku sedar dari mimpiku. Jantungku berdegup laju, lebih laju dari jantung nadira bila berjumpa dengan amar (tiba-tiba dejavu di kinabalu).

Aku melihat jam sudah pukul4.45 pagi. Aku sudah terlewat. Kebiasaannya aku bangun jam 330pagi untuk menyelesaikan urusan yang menjadi kewajipanku tiap-tiap pagi. Bangun malam dan mengaji. Harapanku agar khattam sebelum sempat masuk Ramadhan.

Walau bagaimanapun, hajatku untuk merasai mati syahid dalam mimpi itu tidak kesampaian. Ku sangat berharap untuk mati itu kerana aku rasa sudah bersedia..............................................

Sunday 1 July 2012

Kahwin oh kahwin

Gambar hiasan aku cilok..agak2nye aku camni ke nanti??
     Nikah kahwin kali ini bukanlah bermaksud yang diri ini ingin menamatkan zaman bujangku dengan mengambil seseorang menjadi teman hidup matiku. Hati ini sentiasa mengharap agar diri ini menjadi hambaNya yang bersyukur tetapi diri ini rasa sangat bersalah kepada rakan-rakan seperjuangan kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan mereka. Daripada berpuluh-puluh jemputan perkahwinan, diri ini hanya dapat memenuhi 3 sahaja undangan perkahwinan mereka. Mengapa diri ini boleh hadir ke majlis tersebut?
  1. Sebab rumah dekat je
  2. 2 buah kenduri  ikut member yang bawa kereta
     Mungkin benar diri ini tak hadir pon tak mengapa. Tapi hati ini tidak tenang bila mengenangkan rakan-rakan yang sangat gembira untuk menamatkan zaman bujang mereka tetapi diri ini tak dapat hadir untuk meraikan kegembiraan mereka itu. Minggu ni ada 1 lagi kenduri kahwin seorang rakan ketika sama-sama belajar di STJ dulu di seremban. Kali ini juga tak dapat ke sana selepas besi terpacak di kaki ini dicabut, doktor menasihatkan diriku agar tidak 'lesek bobona' (tak lasak sangat). Mana taknya, pagi operation petang lepas sedar dari dilamun mimpi diri ini sudah menjejakkan kaki ke lantai pergi bantai jalan-jalan sekeliling hospital. Nurse dah berleter dah.

     Diri ini terasa amat rimas jika hanya mampu duduk dan baring sahaja. Jika ada peluang berjalan walau bertongkat, pasti diri ini takkan melepaskan peluang keemasan itu. Sekarang ni pun sudah lama tidak dapat main badminton di halaman rumah. Tambahan pula ibu sangat tegas bila lihat anak kesenangannya ini mula turunkan kaki ke bawah tanda mahu berjalan. Ibu berpesan, kencing je dalam bekas & biar adik-adik ambilkan air wudhuk. Diri bukan mahu melawan kata-kata ibu, sedikit pon tak terlintas dalam benak sanubari ini untuk meng'ahhhh'kan segala arahan ibu yang tercinta. Cuma diri ini berasa sangat tidak selesa pabila tidak dapat beristinjak dengan sempurna serta pasti tidak senang pabila tidak dapat berwudhuk dengan sempurna. 

      Pada mulanya ibu menegah tetapi diri ini cuba memujuk hati ibu "Bu kasilah along can nak pergi tandas...Pergi tandas je ek? ek? ek?" Lama kelamaan ibu merelakannya. Alhamdulillah. Sekarang, itu sahajalah masa untuk diri ini berjalan ke sana ke sini. Apatah lagi hendak memandu ke rumah rakan-rakan yang bakal menjadi raja sehari. Memang tiada canlah~ Can malican je yang tinggal.

     Mengapa agaknya diri berasa hati ini tidak tenang? Diri ini berasa risau, takut dan diri ini berasa tidak tenteram jika tak dapat memenuhi undangan perkahwinan mereka kerana diri ni sedar bahawa  diri ini masih bujang dan masih belum berkahwin. Siapalah nak datang ke majlis perkahwinan diri yang lemah ini nanti kalau bukan rakan-rakan seperjuanganku? Nanti kenduri diri ini menjadi raja sehari hanya ada bunyi krikkkkk~ krikkkk~ cengkerik je nanti. Manusia tak dak. Hai. Nasib nasib. Ada yang berkata kepada diri ini "Jangan risau diorang faham" tetapi berapa ramaikah yang faham dengan keadaanku? Berapa ramaikah yang faham dengan kerisauan ku? Berapa ramaikah yang mengerti dengan ketidak hadiranku?

"Biar persoalan menjadi pengakhiran
 Hati gundah dulana memikirkannya
 Biar mereka sahaja yang meninggalkan jawapan
 Sejauh mana keikhlasan hati mereka"

"Jauhari memang mengenal manikam
 Tetapi bukan bermakna Jauhari ni keling
 Jauhari tau erti permata yang tersergam
 Tetapi jauhari tak pasti dengan rasa hati rakan disekeliling"

"BIARKANLAH DIRI INI DILAMUN OMBAK, ASALKAN DIRI INI TIDAK DILAMUN ASMARA, BILA DILAMUN OMBAK ORANG LAIN NAMPAK, BILA DILAMUN ASMARA ORANG LAIN TAK TAHU KITA SUDAH JADI GILA"


Yang mengambil berat





 
Diri ini menujukan lagu ini untuk diri sendiri
Lagu gemuruh suara
Kalau aku jatuh janganlah aku lemah kerana hidup mengajar aku jangan cepat mengalah
Kena yakin diri, mampu kita lakukan tiada yang mustahil. Segalanya BOLEH!!