Sunday, 17 June 2012

Kenduri kendara

     Ku susun langkah berat sebelah ku ni ke rumah jiranku. Niat langkah ku ini hanyalah untuk melihat perkembangan yang berlaku di rumah itu. Hendak membantu tiada daya, sedangkan hendak membantu diri sendiri pon aku tak mampu. Jalan yang berbukit tak sekata menampakkan lagi style beruk lompat-lompat kecil menggunakan kaki kiri. Sungguh ensem. Sampai sahaja di belakang rumah tempat rewang-rewang sedang berlangsung, aku disambut mesra oleh pakcik makcik. Sekurang-kurangnya kehadiranku menampakkan perubahan yang baik sedang berlaku kepada ku.

     Minggu ini rumah jiranku mengadakan kenduri pernikahan adiknya. Budaya rewang memang begini jika tinggal di kampung. Hampir semua datang membantu. 'Hampir semua' ???Tak semua dapat hadir kerana masing-masing ada kekangan mereka sendiri. Malahan makcik pakcik di sini dah tak punyai kekuatan seperti mereka muda-muda dahulu. Kalau dulu suasana agak riuh rendah, sekarang ni suasana agak muram sunyi sepi. Namun, laungan dan nyanyian karoke mampu memecah kesepian suasana. Budaya seperti ini seharusnya dipupuk sekiranya kita tinggal berjiran. Jiran tetangga sepatutnya sering bertegur sapa di antara satu sama lain. Jika hendak dibandingkan dengan sesetengah tempat, jiran sebelah pon tak boleh dibezakan. "itu jiran ke pencuri tu?" Tambahan pula duduk di kawasan perumahan dan menyewa sementara..... (ni nak sebut pasal diri sendiri la ni)

     Bila sibuk bekerja, pagi hingga petang di tempat kerja. Malam dah letih nak tidur. Situasi berulang sehingga cuti sabtu ahad. Sabtu ahad pasti aku pulang ke kampung halaman. Tiada suasana yang lebih indah jika nak dibandingkan dengan rumah sendiri. Walau bagaimanapun, selepas seminggu bekerja aku pon mula bertegur sapa dengan jiran sebelah. Rupa-rupanya jiran ni orang palong3. Okla kan dari tak tegur langsung macam 'member serumah ni'. Sampai rumah terus masuk berkurung dalam bilik. Dengan aku pon tak tegur inikan dengan orang sebelah rumah. Hahaha

     Janganlah jadi jirang yang suka menyendiri. Dipagar sekeliling rumah dengan pagar zink sampai tak nampak rumah sebelah, janganlah bersikap pilih bulu tak geng maka tak datang rewang, janganlah sikap pentingkan diri sendiri. Bila kenduri rumah sendiri mengharap orang datang membantu tetapi bila kenduri rumah lain sibuk dengan kedainya (alaaa~ ramai yang da datang tu). Tak seharusnya bersikap sombong bodoh dengan jiran tetangga. Nanti orang tak datang tolong bila anak nikah macam mana? Ibu ku pernah menzahirkan kerisauannya, "Sekarang ni orang blok 6 (kawasan rumah ku) ni semua dah tuo-tuo. Kalau anak ibu nikah nanti camnolahh~ agak ehh??"

     Aku tak perlu risau kerana kami adik beradik dah terlatih untuk datang membantu jika ada kenduri kendara dan ku yakin pasti mereka juga datang membantu kami sekeluarga.

Buat baik kaw2 
Buat jahat jangan sekali 
Dah buat baik jangan risau
Kerana bantuan dari Allah itu pasti

No comments:

Post a Comment