Saturday 19 April 2014

CAbut Bosi


     Ia datang tanpa diduga dan ia mungkin pergi jua. Namun adakah diri pasti ianya akan pergi? Tangan menggeletar dan perasaan meluap-luap ku rasakan. Namun diri hanya makhluk lemah. Apa daya untuk menghalangnya. Siapa diri ini? Sedangkan diri sendiri pon tiada hak atas diri sendiri, ini kan bermimpi mahu memiliki. Hati ku berdebar dan perasaan ini masih membelenggu diri.

     Apakah ianya akan pergi? Ku sedar diri sendiri. Ku tiada istimewa diri. Dalam lautan manusia ini, adakah insan yang kecil ini layak menyuarakan rasa hati? Benar jika tersentak hanya tinta ini jadi penyalur sanubari kerana jika berdebat dengan yang berjiwa dan tidak mati seperti tinta ini. Pasti 1001 alasan yang diberi. Maka antara silent treatment atau tulisan ini yang ku cari? Lebih baik diam diri dan menulis untuk bacaan sendiri.

     Aku lemah dan pasti tiada tempat nak mengadu simpati melainkan Ilahi. Ampuni dosaku ini. Selayaknya hatiku dilukai sebegini dan selayaknya aku dihina seperti ini. Ku tahu darjah doa ku bukan main seinci dan mungkin dikumpulkan segala dugaan yang kutempuhi ni, ku pasti masih berbaki. Keaiban diri ini. Dalam menunggu hari-hari yang cukup penting dalam sejarah kehidupan, hatiku dibolak-balik sebegini.

     Tuhan.. Ampuni dosa ku ini. Moga kau makbulkan doa insan hina ini. Tolonglah asingkan kaki dari benda asing ni, si besi. Semoga Allah menyembuhkan diri dan hati. Aku tidak mahu bersangka buruk namun kadang-kadang aku tertanya. Bila terlampau tertanya ini lah akibatnya.
nukilan dari hati

     Insyallah jika tiada aral melintang, esok aku akan ke hospital untuk next appoinment. Follow up. Dijangkakan besi ni dah layak dicabut. Aku berharap ianya akan dicabut. Terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan diri ini. Terima kasih juga kepada yang sentiasa mengambil berat. Moga Allah beri kalian kebahagiaan dunia akhirat. Insyallah. Terima kasih.

Friday 7 March 2014

Air oh air~


     Kujamah pagi ini dengan sinaran matahari pagi yang kuat memancarkan sinarnya sambil diiringi dengan angin yang cukup mem'balance'kan kepanasan mentari pagi. Enak rasanya. Syukur Alhamdulillah pagi ini aku masih diberi peluang kali ke 9804 semenjak kelahiran ku. Masih Allah beri peluang untuk aku kenali diri & mencari diri siapa diri ini. Aku juga berasa bersyukur kerana aku masih mempunyai keluarga yang indah, ibu bapa yang sentiasa menyayangi diriku serta adik-adik yang sentiasa mengambil berat tentang diri ini.

Cintaku hadir dari hati
CintaMu hadir dengan kemarau ini


     Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.  
Segala puji untukMu Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Kepada Kau kami sembah & kepada Kau kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Yakni jalan orang-orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan orang-orang  yang Kau murkai & bukan jalan-jalan orang yang sesat. 
     CintaMu kepada hambaMu hadir dengan kedatangan kemarau ini. CintaMu datang semata-mata untuk mengingatkan kami di sini bahawa ikutlah segala perintahMu & jauhilah segala laranganMu. Dengan kemarau ini, air pon berkurangan. Di kawasan Palong yang memiliki penduduk ramai ini, catuan air telah lama dilaksanakan. Walaupun berita di TV mengatakan air akan dicatu pada tengah malam tadi di sekitar Gemas & Jempol, sebenarnya sudah sekian lama air tiada. Cuma mengharapkan air dihantar oleh SAINS menggunakan lori tangki.

     Diri ini tidak tahu dengan pendapat orang lain tetapi bagi diriku, terasa perit sangat dengan kekurangan air. Air minum ibu beli kan air mineral. Air mandi tiada kerana untuk menjimatkan air, aku sekadar membasah-basahkan rambut, badan serta menggunakan air untuk menggosok gigi. Selebihnya air digunakan untuk bersuci & beristinjak. Kalau diri ini boleh mencangkung senang 'tembak' je dalam lubang. Dek kerana mengharap dengan tandas duduk, air SANGAT-SANGAT diperlukan. Astagfirullah. Ampunilah dosa ini.

     Pagi ini ku lihat tong biru besar simpanan air di belakang telah kehabisan. Kalau air di depan rumah boleh lah aku mandi manda dengan selamba nya tetapi bagaimana dengan ibu & abby? Takkan mereka nak mandi di depan rumah? Tak boleh jadi. Dengan 'tidak bolehan jadinya' tadi, jadi dengan kudrat yang ada, aku bawa 2 biji baldi ke bustop depan untuk mengangkut air dibawa ke belakang rumahku. Tongkat 4 pakcik tua ku tinggalkan di muka pintu rumah agar mudah hendak bergerak. Benak fikiranku berkira-kira

'dengan 2 biji baldi bolehlah balance kiri kanan mengangkut air seperti dulu-dulu punya cerita. Cerita zaman tok kadok. Zaman abang muda-muda belia belaka kauu~ '

     Malangnya, diri ini terlupa yang kaki ni tak kuat seperti dulu. Aku cuba menapakkan kaki dengan sekata tetapi kaki kiri & pinggang ku kesakitan kerana pembahagian tekanan yang tidak sekata antara kaki kanan & kiri. Jadi ku tinggalkan sebiji baldi di tengah jalan, ku bawa baldi yang di tanganku ke belakang. Setelah mengisi air dalam tong, ku ambil kembali baldi yang ku tinggalkan & segera ku bawa ke belakang. Selepas itu, perlahan-lahan aku mengangkut air dari depan ke belakang.

     Air tong biru besar sudah separuh ku & tiba-tiba ayah perasan dengan tindakan ku (Aku buat senyap-senyap je. Ibu & abby pergi sekolah, ayah pula dalam bilik). Ayah segera menegahku mengangkut air lagi. Dengan sengeh-sengeh aku berkata "takpo yah sikit lagi". Aku angkut lagi 2 trip. Sekali lagi ayah berkata "Ayah dah telefon ayah angkat kau kt Palong4 da. Insyallah ado air sikit lagi. Dahla boghonti la angkut air tu"

     Aku hanya mengiyakan saja kata ayah lalu aku berhenti mengangkut air. Aku lihat jam 1030 pagi. Ada dalam sejam setengah juga aku ke hulu ke hilir rupanya. Jadilah 'eksesais' kaki sekali. Aku sudah lama bersedia untuk cabut besi. Dengan latihan fizikal & mental tak perlu ceritalah. Memang sudah bersedia. Aku juga tak putus-putus berdoa agar segera sembuh segera nikah...ehh segera mencari balik jalan-jalan kehidupan ini. Sudah 4tahun aku ber'RnR' dalam kehidupan ku. Sudah sampai masa untuk bergerak semula & meneruskan perjalanan ke jalanNya.

p/s Moga Allah ampuni dosa-dosa ku dosa-dosa keluargaku. Sesungguhnya dosa-dosaku penyumbang kemarau ini.
ps3 sakit pinggang pakcik. kaki pon dah lain macam. Pakcik nak rehat. Ponek den poit. Poloh2 busuk. Salam


Sunday 29 December 2013

Bila aku~

Bila aku resah aku simpan
Bila aku marah aku pendam 
Bila aku kecil hati aku diam
Bila aku sakit hati aku dendam

Dan bila aku simpan, pendam, diam & dendam dalam-dalam
Semuanya pasti keluar sekali jalan

Sana aku tempik
Sini aku jerit
Situ aku tumbuk
Sinun aku campak

Hatiku ibarat api
Api yang penuh emosi
Api yang tagihkan umpan
Umpan penuhi amarah ini
Api ini mudah kecilnya
Api ini mudah surutnya

Namun dalam banyak-banyak hari
Api itu takkan padam sendiri

Namun, siapa yang ambil tahu?
Siapa yang peduli?
Siapa yang kisahkan?
Semua kesalahan nampak pada diri

Aku tak minta jadi begini
Aku tak pernah doa jadi begini
Aku insan sepi
Aku insan 'takpo la..dah nak jadi'

Aku bukan kuat
AKu bukan hebat
Aku insan yang lemah
Aku insan yang rebah
Aku kenali tubuh badanku
Aku tahu tahap mana kemampuan diriku
Aku tahu semuanya takkan sama seperti dulu

Kerna itu, jangan mengharap dalam 365hari
Aku akan sengih tunjuk gigi
Kerang busuk tiap-tiap hari

Thursday 21 November 2013

Tiada pengalaman yang lebih bermakna dari...


     Sekarang sudah masuk pukul 3 petang. Aku masih di sini, di rumah ke2 ku.... Hospital Besar Seremban. Sepatutnya hari bukanlah daku datang ke hospital kerana follow up bulanan tetapi aku sampai di sini kerana kaki yang bernanah & badan yang demam tak surut-surut sejak seminggu yang lalu. Ini kali pertama aku menunggu di klinik otopedik hingga ke petang dek kerana doktor lambat memeriksa luka ku. Aku dipanggil masuk ke ruangan bilik 8 dah diinterview oleh doktor muda. Sambil bertanyakan keadaan kaki yang bernanah sambil bersembang & bertukar-tukar cerita.

"Doktor belajar di mana dulu?"
"Dah berapa lama jadi houseman(doktor pelatih) kat sini?"

     Kerana aku tahu ramai doktor-doktor pelatih di sini yang belajar di luar negara. Ada juga yang belajar di universiti tempatan. Selepas segala maklumat ditulis, doktor tersebut keluar & masuk ke bilik lain bertemu dengan doktor pakar yang bertanggungjawab dengan pembedahan external fixator(monorail) di pehaku ini. Sejuk betul bilik ni. Demam pun menjadi-jadi. Setelah lebih setengah jam menunggu, lebih kurang 5 6 orang doktor masuk ke bilik ku & menerangkan keadaan yang sebenar. Apa tindakan yang perlu dibuat sekarang.

Melalui xray kaki yang telah dibuat kira-kira jam2 tadi, doktor dapat memberi kesimpulan bahawa

  1. Besi di kaki ku yang dijadualkan untuk pembedahan keluar pada 27/11/2013 mungkin akan ditangguhkan kerana mengikut perkiraan kes seperti ku ini 
  2. Besi sepatutnya dikeluarkan selepas 3 kali ganda daripada hari nat besi diputarkan. Oleh kerana kakiku pendek lebih kurang 9~10cm, aku perlu memutar nat selama 90hari untuk memanjangkan tulang sebanyak 9cm. Maka hari untuk menunggu tulang ku cukup matang untuk besi dikeluarkan ialah selama 270hari dari tarikh terakhir nat besi kaki diputar. Hari terakhir ialah pada 5 Jun 2013 & mengikut perkiraanku, besi ini akan dibuka pada Mac 2014.
  3. Buat masa sekarang besi tidak akan dikeluarkan kerana tulang masih belum cukup matang walaupun xray menunjukkan pertumbuhan tulang yang sangat baik. Bayangkan 9cm ruangan kosong antara tulang atas peha & tulang bawah peha (berdekatan dengan lutut) telah tumbuh. Namun begitu tulang masih belum cukup kuat.
  4. Berkenaan dengan nanah yang banyak, doktor mengesyorkan agar aku diberi antibiotik & luka dicuci. Masuk OT untuk buang daging berlebihan yang tumbuh disekitar besi & menyental luka sesedap rasa doktor. (tak boleh lupa berapa sakitnya masa bius. Rasa macam pisau dicucuk di daging & pisau itu kemudiannya ditarik bagai menoreh, mengelar & sewaktu dengannya di sekitar kawansan yang hendak dibedah tadi. Astagfirullah. Allah je yang tahu)
  5. Antibiotik wajib diambil selama 14hari supaya dapat melawan kuman serta darahku sentiasa diambil untuk diuji tahap pergerakan kuman dalam badan. Hampir tiap-tiap hari tangan dicucuk dengan jarum.
     Maka seperti biasa aku akan duduk di wad selama 2minggu. Bagiku, aku tiada masalah duduk di wad berseorangan tanpa sesiapa waris yang menunggu kerana aku mampu menguruskan diri sendiri. Mampu pergi tandas sendiri, mandi 2 kali sehari di sini & berjalan sana sini macam...
"Macam orang sihat je macam orang sihat je macam orang sihatt je"
      Kebiasaannya aku akan mengupdate ataupun meminta agar tunanganku mengupdatekan status di facebook bahawa aku dimasukkan ke wad sekian sekian tetapi tidak untuk kali ini. Orang pon letih nak datang menjengukku di hospital.
"Asek masuk hospital je asek masuk hospital je asek masuk hospital je"
     Bagiku, Allah sebenarnya beri diriku pelbagai anugerah apabila aku dimasukkan ke hospital. Anugerah untuk muhasabah diri bahawa ada lebih banyak manusia yang tidak bernasib baik daripada diriku. Kaki kudung tangan potong daging busuk. Aku lebih bernasib baik. Aku sudah mampu berjalan. Untuk pengetahuan ramai, aku sudah mampu berjalan tanpa tongkat(tetapi tak jauh lah. Setakat 50 60m boleh la)

     Aku juga seorang suka observe insan-insan lain melalui pandangan pertama, melalui perbualan serta tingkah laku seseorang. Mengenal insan lain melalui stalk jauh yang lama tetapi jangan risau kerana aku hanya stalk tingkah laku. Bukan benda lain. Melihat sekeliling, aku cuba mengenali tingkah laku manusia. 1001 tingkah laku manusia yang boleh kita lihat. Di sinilah segala contoh yang baik dijadikan teladan & yang sebaliknya dijadikan sebagai sempadan. Memahami manusia lain secara tak langsung mampu memberi pengalaman yang bermakna dalam kenali, fahami serta perbaiki diri sendiri.

     Aku pernah ditegur oleh pesakit lain. Mereka kagum kerana aku mampu berjalan walaupun besi terpacak di kaki. Yang mampu ku berikan hanyalah kata-kata semangat kerana aku pernah berada di tempat mereka.

"Apalah nasib macam ni. Kawan lain sudah balik" kata seorang pakcik India yang sedang terbaring kepada diriku. Tak pernah aku lihat dia berjalan. Hanya terbaring tegak di katil & berkerusi roda ke tandas.
"Uncle, jangan sedih. Insyallah boleh jalan balik punya. Be happy be strong. Kalau sedih-sedih bila mau baik?"
"Yala. Saya tengok you banyak happy. Jalan sana sini"
"Saya happy walaupun berjalan guna tongkat tetapi saya enjoy perasaan boleh berjalan tu uncle. Kalau you nak tau, saya sudah 3tahun tau macam ni"
"3years ahh? I tengok you ni positive thinking. Good. Ok I mesti concentrate untuk sembuh" sambil tunjuk thumb up kepada diriku

Sepanjang aku melintas di katilnya, mesti dia tersenyum. Tak lama selepas itu, dia kelihatan berjalan tanpa kerusi roda. Boleh berjalan rupanya. Mungkin kerana terlampau sedih & down, selama ni orang lain sorong je naik kerusi roda. Good job uncle.

Bersambung...

p/s cerita ini bukan sekadar cerita rekaan semata-mata. Ianya melalui pengalaman diriku sendiri & diriku seorang kerana tiada pengalaman lebih bermakna daripada melihat orang lain menjadi jauh lebih bersemangat dalam mengharungi kehidupannya lebih dari diriku sendiri.

Tuesday 19 November 2013

Ke merinduimu....


Ku tahu siapa diriku
Aku hanya insan biasa
Tiada yang istimewa
Aku juga hanya pencinta
Pencinta yang belum pasti halalnya
Pencinta yang belum tentu pastinya
Pencinta yang belum tentu jadinya

Namun diriku amat merindui dirinya
Sudah lama ku tak mendengar suaranya
Apatah lagi ku menatap wajah manisnya
Dek kerana kekangan
Dek kerana halangan
Dek kerana .......... aku sendiri tak pasti mana silapnya

Bila ku terlalu merindu
Ku ketuk pintu mimpi-mimpiku
Ku harap ku berjumpa dengan dirimu
Dalam tiap mimpi-mimpiku

Bila ku gelisah
Ku intai isi hatiku yang pasrah
Ku tanya mengapa kau resah?
Hatiku menangis lalu berkata

Aku merindu si dia
Puteri manja
Puteri manja
Puteri manja

Ku hanya berdoa
Agar jodohku dengan dia
Agar jodohku bersamanya
Agar jodohku hingga ke akhirnya

Amin amin amin aminnnn~

p/s nukilan ikhlas tak boleh cakap. Sila cepat sembuh hati sila cepat sembuh handphone