Tuesday, 26 June 2012

Lelaki oh lelaki

Bagai bidadari yang mampu menggoncang bumi
Turunnya sebagai penyeri
Keindahannya tak terperi
Sebagai penyejuk hati

Benarlah kata-kata yang pernah kudengari
Jangan jadikan isteri itu hak milik suami
Tetapi ibaratkan diri seperti orang kaya yang dianugerahi
Anugerah isteri mulia dari Ilahi
Turunnya untuk sang suami
Untuk dibelai dan dicintai

Sebagai seorang LELAKI yang mulia
Solat dan ibadah sentiasa dijaga
Ibu bapa sentiasa dipelihara
Rezeki yang halal dicari untuk keluarga
Malangnya bila sudah berumah tangga
Si isteri tidak seperti sang ketua
Pernahkah dengar lelaki lain berbicara?

Cantiknya isteri dia
Serius hot gile
Dari atas sampai bawah menawan
Sedap sedap sedap hati ku tertawan [Ayat ini pasti terjadi..diri ini tak terkecuali..Astagfirullah]



Mungkin si isteri bersama-sama ikut bersolat
Tapi mengapa masih menunjukkan aurat?
Adakah bangga dengan isteri yang cantik bak model terhebat?
Adakah merasa rugi ditutup aurat?
Adakah kecantikan itu  untuk tontonan semua?
Adakah rahsia wanita yang bernama isteri khas untuk dikongi bersama?

Janganlah dipersalahkan diri ini
Teguran ini bukan teguran peribadi
Teguran ini juga untuk diri sendiri
Benar~ Diri ini tiada isteri tidak mengerti
Tetapi diri ini tahu serba sedikit apa erti menjadi suami
Tidakkah kamu tahu betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki di dalam mahligai itu
Bukan setakat anak isteri, tetapi juga tanggungjawab untuk keempat-empat ayah ibu
Kerana pabila si isteri diserahkan oleh wali
Dia tiada ikatan yang kuat lagi kepada family
Kerana ikatannya telah diserahkan kepada sang suami
Dan sang suami akan menjadi pengganti diri
Kesemuanya perlu dijaga dan dihormati
Begitulah beratnya menjadi suami
Bukan tugas sang suami 'sap kok sambil mintak kopi'
Bukan tugas suami 'leklu~ waktu taubat lambat lagi~'
Tetapi ada tugas yang jauh lebih besar lagi

Allah mengangkat marbat SEORANG LELAKI
Allah meletakkan JANJI SYURGA ISTERI DENGAN TAAT PADA SUAMI
Gabungan rumah tangga yang bahagia terletak pada ketegasan si suami dan kelembutan si isteri
Suami berperanan memimpin si isteri ke jalan yang diredhai

Ingatlah bahawa SYURGA ALLAH yang penuh dengan nikmat luarbiasa
Bukan mudah untuk kecapi syurga tapi ada jalannya
TAAT TAAT TAAT TAAT TAAT lah pada Allah Rasul dan ibu bapa
Serta jagalah diri dari terjebak kepada dosa

Firman ALLAH (At-tahrim ayah 6)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari seksaan api neraka"

Orang yang beriman yang dimaksudkan ialah suami yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarga daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menjadi penyelamat dengan mendidik mereka ilmu-ilmu fardhu ain termasuklah ibadah umum yang wajib diketahui termasuklah ilmu mentauhidkan Allah s.w.t.

4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke dalam neraka kerana wanita
  1. Ayah - duhai lelaki yang bergelar ayah. Bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya solat? Tutup aurat? Ilmu agama?
  2. Suami- duhai sang suami. Bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimanakah akhlaknya? Adakah kau DAYUS? Kau biarkan isteri kau menggunakan dirimu. Kau ikut segala perintah isterimu bagai kerbau yang dicucuk hidung.
  3. Abang-abang - duhai abang-abang yang mencintai adik-adik perempuannya. Jangan hanya menjaga amalmu. Di mana adik-adik perempuan mu itu?
  4. Anak-anak lelaki - duhai anak-anak mulia. Pernahkah kau menderhakai ibu mu? Pernahkah kau 'alaaaa~' 'ahhhhhh!!' 'bisinglahh makk!!' kepada ibumu? Ingatlah kalau ibumu pergi tanpa redha kepadamu,, ucaplah selamat tinggal kepada syurga-syurga itu.

Diri ini tidak sesempurna mana
Diri ini ada juga celanya
Diri ini bukan juga anak yang mulia
Diri ini tak lepas dari dosa-dosa dunia
Kerana tiap-tiap yang berdosa itu rasa enak belaka
Diri ini lemah seperti insan-insan biasa
Cuma diri ini ingin kirimkan pesan
Kepada rakan dan taulan
Yang sudah bergelar suami dan bapa
Ingatlah pesanan yang tak seberapa
Agar kita dapat kecapi bersama
APA ERTI NIKMAT SYURGA

"BAIKI DIRI BAIKI KELUARGA, AGAR DAPAT APA YANG DIIMPIKAN TIKA DI SANA"

Dari diri yang tak sempurna

No comments:

Post a Comment