Saturday 29 September 2012

Selamat datang~

     Kedengaran alarm subuh dari HTC Desire 3D ku, lantas ku bangkit dari pembaringan ku. Entah mengapa cepat benar ku bangun pagi itu. Kebiasaannya ku mengambil masa lebih kurang 5minit sebelum bangun yg sebenar-benarnya bangun. Ohhh hari ini, 28 September hari yang penting. Lantas ku menyiapkan diriku untuk menunaikan solat fardhu subuh. Tetapi sebelum tu perlu diingat bahawa solat sunat rawatib subuh adalah solat sunat yang besar nilainya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
 
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.
Maksudnya:
Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725. 
 
     Selesai menunaikan solat, aktiviti harian ku ialah membaca al mathurat serta mengaji sehelai 2 muka surat Al Quran. Rasa tak lengkap diri tanpa menitipkan ayat-ayat suci Al Quran dalam kehidupan seharian. Selesai solat sunat dhuha, diriku segera mennyiapkan diri untuk keluar. Keluar ke serting. Gaji dah masuk woooo~ Kuar duit nak bayar bil telefon & tukar plan telefon yang mahal ni. Kasi mulah silikit maaa~ orang sana pkai maxis wooo~

     Sekali lambat pula orang celcom ni menguruskan hal tukar plan baru celcom. Last-last nak kasi cepat tukar nombor telefon. Kepada rakan-rakan yang mengenali diriku ambil nombor telefon kat facebook ku. Ok. Thanks sambung balik cerita. (ni pahal ayat guna bahasa pasar? starting cam ayat novel). Nevermind, si dia menelefonku mengatakan mereka telah memasuki simpang ke Pasir besar (dari arah gemencheh tampin).

     Alamak, teruk dah ni. Perlu segera. Jauh plak sekarang. Sekarang di bahau. Kurang-kurang 15minit nak sampai. Myvi putih ibu ku pecut laju menuju ke BHP pasir besar seperti yang telah dijanjikan. Di sana kiriku perlu menjemput adik-adik dari uitm lendu & salah seorang daripadanya aku ingin bawa berjumpa ibu bapa ku. Siapa? Tungguuu~


Sunday 23 September 2012

2tahun sudah berlalu

 


     Hari ini genaplah sudah 2 tahun semenjak berlakunya peristiwa hitam dalam hidupku. Diriku perlu muhasabah kembali apakah perubahan yang baik yang telah ku lakukan & apakah perkara buruk yang masih aku lakukan. Perkara itu perlu daku perbetulkan & membetulkan sesuatu yang buruk dalam kehidupan jauh lebih penting dari kesihatan diri. Sesungguhnya banyak lagi perkara-perkara buruk dalam diri ini yang perlu diperbetulkan.

     Sesungguhnya dugaan yang sungguh hebat bagi diriku ini begitu bermakna dan penuh dengan hikmah kurniaanNya. Diriku rasa sungguh bersyukur kerana masih lagi diberi peluang kedua untuk bertaubat & membetulkan diri sebelum ajal tiba menjemput diri ini. Hatiku tenang, hati lega walaupun dalam keadaan sebegini rupa ramai sahabat handai, rakan sekerja, geng-geng ninja & orang-orang yang tersayang sentiasa memberi sokongan dan galakan dalam pelbagai bentuk. Sesungguhnya aku rasa bersyukur kerana keperitan ini bukan ku tempuh berseorangan malah ku tempuh bersama-sama rakan seperjuangan. Hanya terima kasih yang dapat ku hulurkan & slebihnya biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

     Ku sentiasa menharapkan mengakhiran yang baik berlaku dalam hidupku, sentiasa ku mengharapkan diriku mati dalam keadaan orang yang beriman & segala amalan diterimaNya serta segala dosa diampunkan. Diri ini juga perlu istiqamah dalam mencari diri sendiri & perlu istiqamah dalam menunaikan ibadah kepadanya. Ku sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku dalam hidupku & ku mengharapkan agar diberi kesejahteraan dunia akhirat.

     Ramai kata dugaan hebat hanya untuk orang hebat yang mampu menempuh dugaan ini. Wahai rakan-rakan siapalah diriku untuk berasa hebat. Diriku hanya hambaNya yang lemah. HambaNya yang tiada daya. Siapalah diriku untuk berasa hebat dibumi Allah ini kerana sesungguhnya hanya Dia yang Maha Hebat.

"Kehilangan sesuatu dalam kehidupan bukan pengakhiran dalam segala-galanya, ianya hanya satu permulaan yang baru dalam suasana yang baru. Allah tidak merampas sesuatu daripada hambaNya, tetapi Allah cuma menggantikan sesuatu yang lebih baik lebih advance lebih power dari sebelum ni. Bak kato omputih 'reborn to a new future'. Menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Insyallah"

Yang steady macho & bergaya

Tuesday 18 September 2012

Hmmm..orang nak ckp yang orang suka...bolehkan mama?

 


Daku amat menyayangi dirimu, daku ingin menyayangimu hingga ke syurga nanti,
Ku menyintai dirimu keranaNya, sesungguhnya Maha Suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada hambaNya. Hidup manusia pasti tidak lengkap tanpa kehadiran perasaan 'pelik' yakni perasaan cinta. Maka Allah Maha Mengetahui & mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Diri rasa bersyukur memiliki cintamu melalui cinta dariNya. Ku mengharapkan cinta ini kekal hingga ke syurga sana.

Sesungguhnya diri ini ingin jadikan dirimu halal untuk diriku, ingin ku bawa dirimu menyertai keluargaku, berkongsi kasih sayang ibu bapa serta keluargaku bersamamu. Diriku juga ingin sekali memiliki kasih papa mama mu serta kasih sayng ahli-ahli keluargamu. Sesungguhnya menikahi dirimu bukan sekadar mengahwini dirimu tetapi 'mengahwini' ahli-ahli keluargamu sekali.

Ingin sekali memimpin lembut tanganmu membawa dirimu bersama-sama ke syurgaNya, Inginku jadikan dirimu bidadariku di syurgaNya,bidadari lain biarlah dengan kerja mereka memenuhi mahligai indah hadiah dariNya tetapi aku hanya mahukan dirimu menjadi teman peribadiku wahai sayangku.

Diriku bukan lah lelaki yang terbaik di dunia ini tetapi diriku cuba untuk menjadi yang terbaik semata-mata mendapat keredhaanNya & memiliki dirimu. Sesungguhnya dirimu cukup baik untukku, cukup istimewa untuk diriku & sesungguhnya aku rasa diriku sentiasa dihargai bila bersama denganmu.

"Diriku tak sempurna seperti lelaki-lelaki lain tetapi selepas dirimu mengatakan dirimu menyayangiku kerana Allah bukan kerana kelebihanku mahupun kekuranganku, maka hatiku menjadi tenang, hati ku menjadi lega, Alhamdulillah & syukur ke hadrat Ilahi kerana telah kurniakan perasaan 'pelik' itu kepada dirinya untuk diriku"

"Moga-moga Allah sembuhkanlah sakitku & sakit yang ada dalam dirinya. Satukanlah hati-hati ini dengan segera. Moga Allah permudahkanlah urusan kami berdua"

P/S ini ada kena mengena dengan manusia yang sebenar ni tau.


Ikhlas tak ckp..          

Monday 17 September 2012

Tapi bagaimana? (bukan spidernya lagu)

      


     Ku berkira-kira duit ditangan lalu ku serahkan kepada ayahanda tercinta. Tak kami sangka mahal juga ubat di klinik perubatan cina ni. Itulah not RM50 terakhir ku kerana sememangnya poket sudah kering, bank pon dah tinggal belasan ringgit. Walaupun aku bergaji setengah bulan dan menerima socso 80% dari gaji pokok tetapi semuanya telah habis. Socso untuk membayar hutang perubatan kilang, duit gaji pula digunakan untuk perubatan sana sini. Ini bukan kali pertama kami berkira-kira wang. Sejak mula-mula masuk Felda dahulu, ibu ayah mengutip tiap-tiap sen yang ada dalam teratak rumah felda(20 tahun lepas) untuk membeli makanan. Kami begitu menghargai nilai tiap-tiap sen yang kami ada.

     Bebalik kepada klinik perubatan cina tadi. Mengapa klinik perubatan cina? Sebenarnya kami baru sahaja pulang dari seremban. Tempat rawatan tradisional di Sikamat, Seremban.

     "Cuba adik bertanya kepada doktor, pasang besi balik dalam peha ni. Tak da cara lain nak cepat sembuh melainkan pasang besi. Beri tulang kuat" kata lelaki setengah abad yang lebih ku kenali dengan nama Pak Mus. Ada benarnya kata Pak Mus kerana tulang peha aku walaupun kelihatan 80% bercantum dalam x-ray tetapi tulang peha ku bergerak macam melentur buluh, bagai melentur plywood. Kalau kaki ini berpijak, memang kaki ku tekan tetapi peha ku yang melentur. Masih tiada kekuatan untuk ku berpijak & menapak.

     Pada zahirnya aku tiada apa-apa yang hendak dirisaukan, jadi ayah membawa ku ke klinik perubatan cina. Doktor cina pun mengatakan perkara yang sama seperti Pak Mus. "Tiada cara lain, mesti masuk besi". Menggigil tangan ku mendengarnya. Ku pegang telefon bimbit ku sambil menaip abjad-abjad pesanan ringkas namun terlalu banyak kesalahan yang ku buat dek kerana tangan menggigil. Pesanan ringkas untuk memberi tahu si dia apa yang sedang berlaku apa yang sedang ku fikirkan & apa yang akan berlaku.

     Si dia banyak memberi diriku semangat dan dorongan. Berduyun-duyun pesanan ringkas ku terima daripada adinda Erny. Namun, fikiran ku tetap melayang dan berfikir.

     "Mana aku nak cari duit jika benarlah aku perlu menjalani pembedahan lagi" 
"Bagaimana ibu bapa ku nak mencari duit semata-mata untuk pembedahanku? Ayah memang tiada duit seperti diriku"
     "Hospital kerajaan mana nak repair peha ni? Dulu aku dah dikeluarkan dari hospital seremban kerana tidak mahu kaki dipotong"
"Bagaimana kalau seumur hidup aku begini? Bertongkat?"
"Bagaimana dengan kehidupanku?Layakkah aku menjadi imam sesiapa? Mampukah aku memberi nafkah zahir & batin kepada bakal jodohku?"
 
     Semuanya bermain-main dalam pemikiran ku yang tak berapa nak waras dek kerana kejutan hari ini. Tanganku masih menggigil. Aku tidak demam tetapi impak kata-kata "tiada cara lain" menyebabkan aku terpaku, tergamam & menggigil sendirian.

     Aku sebenarnya letih untuk dibedah lagi kerana sudah kira-kira 15 pembedahan besar ku jalani (tak termasuk pembedahan kecil). Ok. terus terang ku katakan, bukan itu yang menjadi masalahnya. Itu hanya alasan mahu menutup perasaan gundah gulana ku ini. Bagaimana hendak ku cari duit? Bagaimana? Kurang-kurang puluhan ribu. Bagaimana?

"Benar, memang benar diriku berusaha & bertawakal kepada Allah, tetapi usahaku masih belum cukup, tetapi usahaku terbatas dek kerana hal lain, dek kerana kesempitan lain, dek kerana kesusahan lain, dek kerana perasaan tidak mahu menyusahkan ibu ayah yang dah banyak bersusah payah. Diriku hampir-hampir jatuh, hampir-hampir rebah tidak mahu bangun. Diri ku sudah penat, biarlah ku berehat, biarlah ku terjatuh, biarlah ku tertiarap, biarlah ku terbaring. Jangan bangkitkan diri ini, jangan bangunkan diri ini & jangan"

     Persoalannya sekarang bagaimana? tapi bagaimana (spider)? Aku hanya mampu doa. Tiada yang mampu ku lakukan lagi. Tiada. Aku perlu tidur. Beri diriku masa. AKu mahu tidur~


Saturday 15 September 2012

10 tanda

 


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

"Ni hanya isi kandungan yang diriku baca..Sekadar copy pasta sahaja untuk renungan bersama" 

 

Friday 14 September 2012

Jumaat ini....

    



      Ku melangkah turun dari kereta Naza kepunyaan ayahku, ku capai tongkat 4 kepunyaanku, ku melangkah maju ke hadapan dengan hati yang tenang tanpa gusar gundah gulana. Agak excited apakah isi kandungan khutbah jumaat kali ini. Mata ku pandang tepat ke arah anak-anak tangga masjid besar palong 14,15 & 16. Ku bersyukur tangga itu tak berapa tinggi dan aku boleh melangkahnya. Kebiasaan jika terjumpa anak-anak tangga yang tinggi, kan ku duduk & mengensot perlahan-lahan hingga ke puncak jaya(cewahhh) hingga ke anak tangga yang paling tinggi. Lepas cabaran tangga, maka bolehlah aku mencari tempat di luar masjid. Aku agak segan untuk masuk ke masjid dengan bertongkat. Ku khuatiri kaki-kaki tongkatku akan mengotorkan karpet masjid. Namun ayahku tetap menyuruhku masuk ke dalam.

     Ku tinggalkan tongkat ku di luar ruangan solat masjid & melompat-lompat masuk ke dalam. Pilihanku ialah muka pintu masjid supaya tidak mengganggu jemaah-jemaah lain. Mata ku meliar melihat sekeliling & sudah pastinya banyak mata-mata yang memandang diriku. Mungkin pandangan kasihan & sayu melihat ku, mungkin juga pandangan 'kenapa sakit datang masjid' tetapi tidak ku peduli apa pandangan yang lain terhadap diriku kerana sesungguhnya KEBAHAGIAAN DIRIKU BUKAN TERLETAK PADA TANGAN MANUSIA-MANUSIA LAIN MAHUPUN PADA PENDAPAT MEREKA TERHADAP DIRIKU. Diriku adalah diriku dan aku hanya hamba Allah yang sedang melaksanakan tugasnya sebagai seorang hamba yang lemah.

     Tajuk khutbah kali ini berkaitan muhasabah Ramadhan. Ramdahan telah pergi, Syawal tiba dan disambut dengan meriah. Namun, adakah itu tujuan sebenar kedatangan Ramadhan? Mengapa kebanyakan insan yang bergelar manusia mampu berakhlak baik ketika bulan Ramadhan tetapi tidak bulan-bulan yang lain? Adakah kita sebagai hambaNya hanya beribadah dalam 1 1 event, hari, bulan mahupun tahun. Adakah Allah memberi kita nikmat iman Islam, nyawa, rezeki, oksigen yang kita hirup ni berjadual?Berkala? Tidak sama sekali. Begitulah juga dengan kita. Tidak seharusnya kita hanya mengimarahkan bulan Ramadan & melupakan bulan-bulan yang lain.

     Tujuan Ramadan ialah memupuk diri kita untuk menghadapi bulan-bulan yang lain. Janganlah kita menjadi seperti sabda Rasulullah,

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ.

Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala). Hadis riwayat Ahmad dan Tabarani.



     Seharusnya kita jadikan Ramadan yang lepas sebagai titik tolak dalam kehidupan kita. Sebagai 1 penghijrahan yang tak pernah kita lakukan. Daripada seorang yang kurang bersolat kepada menjaga solatnya, daripada seorang yang tak pernah berqiamullail kepada orang yang sangat rajin mendirikan solat pada malamnya & sebagainya. Seharusnya kita memperbanyakkan doa agar diri ini diberkati, diberi hidayah, bersyukur dengan segala nikmatnya & agar diri ini dikurniakan kebahagiaan dunia & akhirat.

     Walaubagaimanapun, Ramadan telah pergi meninggalkan kita. Janganlah kita menyesalinya sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman yang beramal soleh serta orang-orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dengan sabar.(Al-Asr)

      Marilah kita meneruskan apa yang telah dilakukan ketika Ramadan dahulu. Jika masih yang belum start lagi, masih belum terlambat sebelum kamu sakit & mati.

"Tiada kata seindah bahasa, tidak gambar secantik lukisan, tiada pegangan seindah Islam, tiada kepercayaan sehebat Iman kepada Allah"


Insan lemah           






p/s sapa2 nak komen lain kali letak nama sendiri. Kalau takut dilambung ombak jangan gatal2 main tepi pantai. LOL

Thursday 13 September 2012

Kematian itu....

Kematian adalah satu kejadian yang mempunyai hikmah yang tersendiri.Setiap makhluk samada dia suka atau tidak pasti akan menghadapi mati.

Allah berfirman yang maksudnya:
” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)

“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)

Pengalaman saya mendapati ramai yang tidak tahu apa perlu buat sebaik saja salah seorang dari keluarga mereka meninggal.Melainkan membiarkan sahaja jenazah hingga Imam atau pengurus jenazah tiba.

Saya harap dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.

Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, langkah langkah berikut hendaklah dilakukan sambil beringat bahawa jenazah hendaklah sentiasa di hormati.

Mati itu adalah suatu kejutan.Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:

“Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan.”

Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
Rapatkan mulutnya
Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
Luruskan kakinya.
Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.

wallahua'lam
Copy pasta dari Fitrah Islami Online

Wednesday 12 September 2012

Tiada kata


Tika aku pergi meninggalkannya,
Tika itu aku sering mengingatinya,
Tika aku sering menonton movie kegemarannya,
Tika itu aku ingat saat pertama kali menonton bersama,
Tika aku mendengar lagu itu,
Tika itu aku ingat kembali lagu yang ditujukan untuk diriku,
Tika aku membaca buku cerita,
Tika itu aku ingat kembali saat-saat menghadiahkan buku kegemarannya,
Tika aku mengingati sesebuah negara,
Tika itu aku ingat kembali saat-saat ku berada depan pintu rumahnya,
Tika aku melihat buah peach itu,
Tika itu aku ingat kembali saat-saat dia terpacak depan pintu rumah ku.

Malangnya semua itu telah berakhir,
Tipu kalau aku sikit pon tak terfikir,
Walaupun begitu ada saat-saat ku mengingatinya,
Namun tiap-tiap keputusan yang ku buat takkan ku berpatah arah,
Bukan kerna orang lain yang membuat ku bertukar arah,
Aku cuma insan yang mengikuti kata hatiku,
Aku cuma insan yang mahukan kebahagiaan sebenar,

Maafkan diriku, tingkah lakuku & kata-kata ku terhadapmu,
Aku pasti tiada manusia yang lebih memahamiku selepas ibuku selain dirimu,
Maafkan dengan keputusan ku itu,
Telah lama ku pendam,
Aku aku aku...Maafkanku aku tak mampu melafazkannya kembali


"Niat menulis bukan untuk memanggil dirimu, niat menulis untuk memberitahu, sekian lama ku pendam dalam hatiku, 'hatiku tak pedih' tipu kalau aku kata begitu, ku cuma harapkan kebahgiaan dirimu, ku harapkan kau bertemu yang terbaik untuk dirimu, ku harap kau bertemu lelaki yang mampu membahagiakan dirimu, aku insan lemah yang tak mampu beri dirimu apa-apa"

Kata-kata akhir dari ku agar tak terkilan





Saturday 8 September 2012

Pentingnya doa

    
    Diriku masih belum melelapkan mata walaupun diri ini tidak sihat. Diri ini bersyukur kerana segala keputusan yang telah dibuat adalah tepat dan diri ini rasa bersyukur kerana doa agar diberi kegembiraan raya kali ini telah Allah makbulkan. Bertalu-talu doa yang sama ku ucapkan.


 "Ya Allah berikanlah daku kegembiraan eid kali. Berikanlah kegembiraan kepadaku. Ku harapkan jika tiada lagi Ramadhan & Eidulfitri seterusnya untuk diriku, aku sudah cukup gembira & bersyukur dengan kegembiraan yang bakal Kau kurniakan kepada ku Ya Allah"

     Aku tak pasti apakah kegembiraan itu datang dalam bentuk kesihatan, harta benda ataupun kesejahteraan hidup. Sekian lama ku berfikir, Ya Allah ini rupanya kegembiraan itu. Ku lihat diriku sudah berubah sedikit demi sedikit. Ibu yang sering memberikan galakan juga selalu berpesan kepadaku, "Teruskan apa yang along dah lakukan. Insyallah" Kini aku rasa lebih tenang lebih bahagia. Sudah lama tidak merasai ketenangan seperti ini. Kegembiraan itu juga ku kongsikan dengan orang yang ku sayangi sepenuh jiwaku. Menjadi penyeri hidupku peneman hidupku. Ku yakin 'dia' lah kegembiraan ku yang lagi satu. Ku bersyukur kerana doaku telah dimakbulkan.

     Orang selalu berkata "Alahhh~ kalau kau doa banyak mana pun tak makbul punya." Tak perlu kata orang, diri sendiri juga pernah terfikir seperti ini tika diri ini terlalu mengharapkan agar cepat sembuh semenjak kemalangan 2 tahun lepas. Nauzubillah. Tetapi diri ini tau semua itu salah dan diri ini ingin berpesan bahawa,

"Sedangkan permintaan iblis dan syaitan untuk menyesatkan anak-anak Adam ditunaikan, ini kan pula permintaan hambaNya. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sentiasalah berdoa. Banyakkanlah berdoa selepas solat mahupun selepas mengaji AlQuran. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa permintaanmu akan dimakbulkan, bezanya cuma antara cepat atau lambat. Paling penting confident kan diri anda bahawa Allah Maha Mendengar."

     Ingatlah bahawa doa itu senjata kita doa itu senjata orang beriman. Jadi banyak-banyakkan berdoa terutama ketika malam-malam begini. Rajin-rajinlah qiamullail sesungguhnya bangun malam itu mampu menbentuk jati diri.

"Niat hati bukan nak me'moyo', kalau ada yang rasa diri ini me'moyo', terima kasih daun keladi kerana walaupun menganggap diri ini poyo, anda tetap membaca tiap-tiap tulisan encik poyo ini. Niat hati hanya nak beritahu je, hatiku sedang tenang dan gembira"

Thanks              

Friday 7 September 2012

Jalin silaturrahim part2

     "Atif macam mana awak buat si polan bercakap dengan awak? Pandai awak ambil hati dia" tegur salah seorang kerani HR kepadaku. "Entahlah, elok je dia bercakap dengan saya. Kenapa?" tanya diriku pelik. " Si polan ni susah nak bercakap sikit dengan kitaorang. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab"

     Tajuk kali ini bukanlah berkaitan bagaimana hendak mengorat awek-awek muda (koiiiii~ ahahah) atau sebagainya tetapi menceritakan serba sedikit pengalaman berdepan dengan rakan sekerja. Aku bukanlah seorang yang hebat dalam hal-hal komunikasi ni. Namun diri ini boleh memberi sedikit tips untuk rakan-rakan yang mempunyai masalah dalam komunikasi bersama rakan sekerja. Ini hanya pendapat diriku dan ianya tak semestinya tepat & benar, cuma sekadar memberi sedikit idea dan tips bagaimana untuk menjadikan suasana kerja anda itu menyenangkan.

1) Kenali rakan anda
Kenali sifat rakan dahulu. Jangan terjah rakan sekerja anda tanpa usul periksa bagaimana sikapnya. Untuk rakan-rakan yang suka loya buruk macam saya, diingatkan bahawa jangan sekali-kali anda meloyakan orang lain tanpa mengenal hati budi rakan sekerja anda. Mungkin dia akan menyampah tengok anda. Pengalaman saya mula-mula bekerja, saya lebih bersikap mendengar dari bercakap kerana kita merupakan staff baru di sana & kita perlu kenal pasti bagaimanakah sikap tiap-tiap rakan sekerja, pekerja bawahan kita mahupun operator(kilang). Saya boleh mengategorikan mereka sebagai
  1.      Senyap suka buat kerja sendiri
  2.      Agak sombong dan memilih kawan
  3.      Peramah dan friendly
2) Approach mengikut kategori yang sesuai
Kita ambil contoh yang paling mudah ialah kategori no3. Orang yang peramah, friendly & suka berseloroh adalah orang paling mudah didekati. Pada hemat saya anda mungkin tiada masalah dengan orang sebegini. Jika anda mempunyai masalah mendekati mereka, maka anda cuba kaji selidik diri anda dahulu. Mungkin anda yang mempunyai masalah.

Orang yang paling sukar untuk didekati ialah orang yang bersikap agak sombong dan memilih kawan. Pada pendapat saya orang-orang begini perlukan lebih masa untuk didekati. Malangnya saya tidak ada pengalaman untuk mendekati orang sebegini tetapi orang-orang sebegini boleh didekati dengan perkara-perkara yang mereka minat. Contohnya, jika si A seorang yang sombong tetapi amat meminati bola, futsal atau sebagainya, ajak dia bersama-sama beriadah dan jangan sisihkan dirinya. Kadang kala, orang-orang sebegini akan menjadi lebih dekat dan rapat dengan orang yang mereka habiskan masa bersama.

Seseorang yang senyap dan suka membuat kerja sendiri boleh didekati dengan menyibukkan diri sendiri dengan mereka. Banyakkan masa bercakap dengan mereka. Ajak mereka keluar makan, menonton bola mahupun apa sahaja aktiviti. Jika kita ada kereta & dia juga mempunyai kereta, jangan gunakan kereta sendirian berhad. Kalau saya "Ehh den tumpang ko la (ko naik ngan den la) membazir minyak yo poie asing2, jom poie KFC jom situ jom sini"
Kadangkala orang-orang sebegini bukannya tidak mahu bercakap cuma dia malas ngan bercakap. Jadi saya sering mulakan conversation dahulu. Jangan pula anda banyak cakap dengan orang yang senyap tapi panas baran. Tak pasal-pasal anda kena tempik. Sila berhati-hati dengan orang yang bad temper.
Jangan lupa, percakapan yang serius kadang kala tidak mendatangkan hasil. Tiap-tiap conversation perlu diselitkan dengan komedi lawak basi atau sebagainya. Don't be too serious when other people see you just as funny as their are.

"Untuk memiliki rakan-rakan yang baik dan ramai, buang sikap sombong dalam diri. Untuk memiliki hati rakan-rakan sekerja, anda perlu bersikap terbuka. Pabila rakan sekerja anda menyukai anda, maka sebarang masalah kerja boleh dirujuk kepada mereka. terumatanya saya yang baru bekerja"

p/s -24 September ni genaplah 2 tahun accident. Moga diri ini cepat sembuh dan bekerja semula
p/s no2- korang jangan percayo bulat-bulat pula ngan apo yang den tulih. Membongak yo

Rakan sekerja yang tak berwibawa





Terima kasih ibu

     Badanku menggigil kesejukkan yang teramat sangat. Ku sangka demam ku telah kebah tetapi demam datang menyerang tiba-tiba. Jam menunjukkan pukul 4.15 pagi. Aku telah menggunakan 2 helai selimut tetapi masih tidak lagi mencukupi. Dalam keadaan menggigil aku mencari tongkat berjalan sekeliling bilik mencari toto yang tebal. Malangnya harapan hanya tinggal harapan. Maka last effort ialah menelefon ibu yang berada di bilik yang lain.

Aku : Bu~ Along sejuk sangat ni. Boleh bagi along toto tak? Along tak jumpa toto
Ibu : Kejap~

     Rupanya dalam bilik ku memang tiada toto. Ibu mengambilnya dari bilik lain. Diselimutkan diriku. Lama kelamaan  sejuk ku mula hilang. Ibu datang kembali membawa ubat demam dan sky juice. Setelah memakan ubat, ibu menyuruh ku tidur. Layanan yang diberikan oleh ibu menyebabkan aku berkata

Aku : Buuu~
Ibu : Ye
Aku : Terime kasih buu~ Selamat Hari Merdeka (walhal dah beberapa hari berlalu)

     Ibu hanya tersenyum dan tergelak. Mungkin kerena demam wayar otak aku short sikit.

Dari anakmu           

Wednesday 5 September 2012

Jalin silaturrahim

   
     Remaja masa kini kelihatan hebat apa bila bersama dengan rakan-rakan seangkatan & rakan-rakan sebaya, namun mereka lupa bahawa mereka bukan hidup dengan orang yang sama umur mahupun sekepala (bukan bermaksud kepala mereka serupa, tetapi cara pemikiran yang sama). Kepada yang bersikap sopan santun dan mampu berkomunikasi dengan baik terhadap orang tahniah diucapkan. Diri ini bukanlah seorang pakar motivasi (karipap basi adela) tetapi diri ini mahu memberi tips kepada rakan-rakan sebaya yang ingin menarik perhatian orang tua, elders(bak kato omputih) dalam mewujudkan conversation dengan mereka. Tips ini sesuai untuk lelaki mahupun perempuan, tetapi lelaki la yang perlu tahu lebih rapat dengan orang tua terutamanya nak memikat hati bapa & mak mertua.

1)Kenali mereka
Mula-mula tak perlu kenali mereka secara mendalam cuma perhatikan cara mereka berbicara cara tingkah laku mereka. Ada orang tua yang tidak suka bercakap dengan orang muda jadi perlu berhati-hati kalau tak sia-sia anda kena tempik. Jika mereka relex, tenang & mereka mulakan conversation dahulu daripada anda maka mereka adalah orang yang boleh didekati. Jika mereka mudah didekati, maka kenalilah mereka secara mendalam.

2)Sentiasa mencari idea
Ketika anda berborak atau bercakap dengan mereka, sentiasa mencari idea-idea baru dalam memperbaharui conversation anda dengan mereka. Jangan biarkan cengkerik berbunyi (krikkk krikkk krikkk~). Jika anda tidak tahu topik yang dibincangkan, janganlah anda berdiam diri. Anda perlu memberi respon yang kononnya anda tahu cerita itu.

Pakcik: Ko tau tak jang? Ari tu nismilan monang lawan kelantan. Riang acik nengok ehh~
"Malangnya Anda pula tak tahu menahu tentang bola sepak negeri sembilan. Maka penyelesaiannya"
Anda: Wooo~ yoko? Hari tu sey tak berkesempatan nak tengok. Takat kelantan sonang yo kan?
"Walhal anda tidak tahu menahu tentang hebat ke tak hebat n9. Conversation tu jangan stop begitu sahaja, anda tambah la apa yang bermain difikiran anda yang berkaitan dengan bola"

Contoh lain sekiranya pakcik ini meminati komputer, anda pula bebal pasal komputer. Jangan anda senyap begitu sahaja. Create something yang mampu beri pakcik itu menceritakan lagi lagi lagi pasal komputer. Paling penting..[ooowww~, Betull juga tu, Oooo begitu ke?? Yelaa kann~] Tunjukkan interest anda untuk berborak dengan lebih lanjut lagi.

3)Jika ditanya 1 soalan jangan beri 1 jawapan
Q:Sekarang belajar mana? A:Shah alam.(fullstop)
Jangan begitu. Macam yang telah diperjelaskan dari isi yang sebelum ini. Sentiasa create situasi.
Q:Sekarang belajar mana? A:Shah alam, Uitm. Saya ambil jurusan sekian sekian. Tahun ni masuk tahun ke sekian sekian. (jangan pula anda cerita terlalu panjang nanti kena cop sebagai mulut murai macam saya)
Jika anda tahu serba sedikit tentang mereka(yakni mereka pernah belajar di Uni) anda pula bertanya soalan kepada mereka.
Pakcik dulu belajar mana? (Pasti mereka akan bersemangat untuk menceritakan tentang diri mereka)

4)Tunjukkan yang anda berasa selesa dengan mereka
Contoh paling mudah ialah ketika anda berada di rumah mereka, anda kurangkan kemaluan...ehhh anda kurangkan sikit sikap malu terhadap mereka(x senon btol). Jika mereka berkata "buatlah macam rumah sendiri" maka buatlah rumah mereka seperti rumah anda sendiri. Kebanyakkan orang tua akan rasa seronok jika anak-anak muda(terutama bakal menantu mereka) berasa rumah mereka sangat selesa. Jika anda mahu tidur/solat/makan maka buatlah macam rumah sendiri.

5)Jika dioffer makanan jangan tolak
Orang tua sering menganggap makan bersama adalah perkara yang agak penting. Jika anda diajak makan terutamanya makanan yang dimasak sendiri oleh mereka sendiri, jangan sekali-kali menolak pelawaan mereka. Sesungguhnya menolak pelawaan mereka boleh mengguris perasaaan mereka dan mereka akan menge'cop' anda sebagai sombong. Walaupun anda telah kenyang, jamah lah sedikit makanan yang telah disediakan. Yang penting mereka lihat anda ada sedikit effort untuk makan walaupun dah kenyang. Kalau saya pergi kemana-mana, saya pasti akan menambah makanan walaupun saya sudah kenyang. Sesungguhnya melihat kita makan makanan yang disediakan dengan penuh berselera akan menggembirakan hati mereka terutama jika makanan yang disediakan habis dimakan. Raya baru-baru begitu juga..tak begitu cik Erny??

P/S nasihat diatas tidak semestinya tepat tetapi cukuplah sekadar peringatan. Kadangkala ada juga orang tua yang tidak kisah jika anda kurang bercakap atau anda tidak pandai bercakap tetapi sekurang-kurangnya ianya boleh membantu or memberi idea serba sedikit tika anda cuba mendekati mereka.

"Jodoh itu ditangan Allah, sedalam mana pon cinta anda dengan si dia, tanpa jodoh anda tidak akan bersatu jua. Restu ibu bapa paling penting dalam meneruskan hubungan percintaan. Tanpa restu mereka, hubungan itu takkan berkekalan lama. Belajarlah untuk mengambil hati mereka"

Dari Karipap yang ensem gile