Saturday 29 June 2013

Episod 3 Waris

EPISOD 3

“Macha, ko suka bola tak? Kalau kau suka, ko sokong mano?”
“Suka bang. Mestila sokong team N9”
“Tengok bola kat mana biasa?”
“Join budak-budak pondok bang. Dak asrama. Diorang tengok saya pon tengok”

     Sebahagian perbualanku dengan si surendran & juga dikenali dengan nama khadia(tak tau mengapa). Melihat dari caranya, orang yang menemaninya(tiada yang teman sebenarnya) aku dapat rasakan yang dia datang dari keluarga yang susah. Tiada seorang pon ahli keluarga yang datang menjenguknya semenjak diriku dimasukkan ke wad itu. Dia kelihatan mudah mesra dengan orang-orang melayu disekelilingnya. Mungkin kerna pengalaman berkawan dengan anak-anak sekolah pondok.

“Oi aku dah boleh keluar hari ni.” Jeritnya dengan gembira semalam. Namun dia masih di sini. Tiada yang menjemputnya sejak semalam. Katanya amma akan datang menjemputnya. Hari ni masih menelefon & panggilan masih belum dijawab. Dia kelihatan resah.

“Macha, ko nak balik tak?”
“Nak bang”
“Aku bagi duit. Ko balik naik teksi la. Lagipun amma ko datang naik teksi kan?”
“Ah ah. Tunggu amma dulu la bang”

      Dari semalam lagi dia semangat hendak pulang ke rumah tetapi apa kan daya tiada yang hendak menjemput. Mungkin mereka sibuk dengan kerja. Hari ni aku telah memberi idea macam mana dia hendak pulang ke rumah namun dia tetap setia menunggu amma nya. Makan tengah hari sudah sampai namun tiada tanda-tanda orang datang ke katil 33b.

“Ubat kau dah ambil dah?”
“Belom bang.”
“Kau pergi ambil ubat dulu. Nanti senang. Siap-siap dulu. Baju ada?”
“Baju yang koyak adalah bang. Seluar tak da”
“Tak mengapa. Pergi ambil ubat dahulu”
    
     Dia segera mengambil pergi mengambil ubat di tingkat 5 dengan menaiki kerusi roda hospital. Kerusi roda itu bagaikan kerusi rodanya sendiri kerana dia yang banyak menggunakan kerusi roda itu lebih daripada orang lain. Selepas pulang dari mengambil ubat, aku bertanyakan soalan yang sama. Dia masih menolak. Tunggu dressing kaki dahulu.

     Jam dinding sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Kaki sudah siap dicuci. Telefon masih lagi tak berangkat. Dak katil depan ni turut menyuruh dia mengikut nasihatku.

“Macha, kau ikut je cakap abang. Kau nak balik kan? Teksi kat bawah banyak. Tau kan arah ke rumah kau?”
“Aku tau. Senang je”

Setelah dipujuk & berfikir panjang, dia pun membuat keputusan.

“Boleh lah bang tapi saya tak da baju dengan seluar”
“Tak mengapa. Nah”

Aku hulurkan baju & seluar pendekku yang masih belum dipakai.

“Baju ni busuk ke wangi ke kau jangan bising haa. Pakai je”

     Setelah memakai baju, dia bersalam kepadaku sambil mengucapkan terima kasih. Aku hulurkan sekeping duit yang cukup untuk tambang teksi dan makannya. Riang dia menerimanya.

“Terima kasih bang”

     Melihat dia kelihatan riang hendak pulang, kami yang berada di sini berasa lega. Bayangkan diri berada di hospital mahupun di asrama tetapi tiada yang hendak menjemput pulang. Bagaimana agaknya perasaan anda?

Sedihnya diri apabila diri ini sakit.
Sedihnya diri melihat kekurangan diri.
Sedihnya diri melihat tiada lagi jari-jemari kaki.
Bukan salah diri tetapi orang lain yang memandu tanpa rasa hati-hati.
Tapi tiada lebih menyakitkan diri ini.
Selain pulang dari hospital dalam keadaan bersendiri
Macam hidup tidak diwarisi
Macam hidup tiada famili
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
     Petang itu ibu, ayah, alang serta abby datang menjenguk ku di hospital. Sememangnya ku nantikan kehadiran mereka. Kini tiada rahsia lagi semenjak abby memiliki akaun facebook. Jika ada apa-apa perkara yang berlaku pasti dia akan menceritakannya kepadaku.

“Along apa khabar?”
“Along sihat je. “
“Hari ni abby datang hospital”
“Tak pergi sekolah ke?”
“Heeeeeeeeeeee”

     Perbualan ringkas di chat facebook bersama abby. Semenjak memiliki akaun facebook sendiri, kemain rancak dia berchat dengan kakak-kakaknya. Cik Erny tak terkecuali. Orang yang sangat suka melayannya. Petang itu katil ku agak riuh dengan kehadiran keluarga tercinta. Banyak pengalaman yang berlaku dalam beberapa hari di wad ini aku kongsikan bersama keluarga tersayang. Sekurang-kurangnya aku memiliki waris yang sentiasa berada di sisi.

     Kali ini ibu datang sambil membawa sebuah laptop untuk kebosanan hari-hari ku di sini. Ok. Bolehlah aku gunakan laptop ini untuk menulis setiap idea yang tercetus di minda sepanjang berada di hospital. Aku bukanlah seorang penulis, aku hanya sekadar insan yang ingin berkata-kata sesuatu. Cukup sekadar menulis di blog ini walaupun tiada yang membacanya. Sekurang-kurangnya mindaku tidak bercelaru & berat dek bermain dengan perkataan-perkataan di fikiran. Kalau aku sedang memikirkan sesuatu & terdapat masalah mahupun perkara yang perlu dilunaskan, otak ini pasti ligat memikirkan jalan penyelesaian nya. Jika asyik berfikir tetapi tidak diterjemahkan atau diinterpretkan dalam 1 benda lain, idea akan mati & otak akan semakin hari semakin malas untuk mengeluarkan idea-idea yang baru & bernas.

     Ibaratkan anda seorang pekerja makan gaji, anda sentiasa mengeluarkan idea yang baru & bernas kepada bos anda. Akan tetapi bos anda tidak melakukan apa-apa tindakan atau mengambil tahu sedikit pon tentang idea yang anda lontarkan. Pasti suatu hari nanti anda akan berhenti memberi apa-apa idea kerana anda tahu segalanya hanya sia-sia & otak anda pasti menjadi tumpul. Malam itu aku mula menulis entri pertama berada di hospital. Lega kepala otak rasanya. Macam baru lepas buang air je. (fungsi otak & punggung atep sama sahaja).

Malam itu juga selsema & batuk-batukku semakin menjadi-jadi. Luka di kaki juga semakin teruk. Dengan segera aku memberitahu jururawat wad.

“Nurse saya pening selsema & badan gatal-gatallah.”
“Beritahu doc”
“Doktor badan saya gatal-gatallah”
“Beritahu doc kerja waktu siang”
Aku mula fed up…… to be continue

                                                                                                                               
Yang sangat bosan

Friday 28 June 2013

Episod 2 : Untungnya Diriku

EPISOD 2 UNTUNGNYA DIRIKU

"Kencing manis ada?"
"Hmm.. tak pernah rasa plak. Manis ke masin....ok ok tak de kencing manis" Jangan gurau lama-lama dengan orang yang baru anda jumpe. tak pasal-pasal kena sepak nanti. lol
"Kencing manis, darah tinggi, lain-lain sakit lagi ada? Pernah hisap rokok?"
"Hisap rokok, dadah, minum arak sume tak pernah"

    Secara ringkas dengan jururawat sebelum masuk wad semalam. Hari ni 27 Jun 2013, tidur lebih masa. Ya Allah, bagaimana aura peniduran yang amat menjadi-jadi sudah menusuk di badan ini (cakap sambil geleng-geleng kepala)

     Jam 8 pagi, sekumpulan doktor akan melawat tiap-tiap pesakit di wad ini & akan membincangkan apakah langkah seterusnya untuk pesakit itu hari ini. Sampai ke giliranku, seorang doktor pakar wanita melayu bertanyakan kesihatan ku & bertanyakan maklumat yang lain kepada doktor yang bertanggungjawab meng'admit'kan diriku ke wad ni.

"Mana xray?"
"Xray di klinik"
"Macam mana nak tengok kalau xray tak da. Saya bukan boleh baca minda awak Clement!" tegas doktor wanita itu.
"Kalau xray tunjuk tulang & besi tiada loosening, boleh bagi patient balik"

"Haaa? Balik!!! Aku yakin besi & tulang ok sebab besi kali ni better than besi yang dipasang dulu. Yatta!!"

Malangnya diriku telah menerima 2 dos ubat semalam. 
"Awak kena complete 14 hari antibiotik, nanti kuman tu resistance plak dengan antibiotik. Puasa kat cni la nampaknye"

Nice!! Good job!! sangat... hati masih berada di rumah. Makanan tengah hari hadir pada jam 12. Makanan di'consume' tanpa perasaan hingga menjilat sudu. Lapar wooo kalau baring saja di hospital. Makan je kerja ku. Walaupun makan tak pernah tinggal tapi diriku yakin berat badan pasti susut. Masa muda boleh la begini, kalau dah berumah tangga. Dah tua. Tak dapat dah nak meringankan diri.

     Aku lihat si A masih belum makan makanan tengah hari. Naim nama nya. Menunggu si adik yang tak kunjung tiba. Entah ke mana menghilang. Dia meminta pertolongan daripadaku untuk mencari charger telefonnya. Telefon sudah dicas namun kredit plak tak de. Maka ku buka phone yang tak berbateri ku beri sim card phone ku kepadanya. Malangnya gagal menelefon adik yang hilang entah ke mana. Kira-kira jam 3 petang, makanan hospital pon telah diambil, barulah adiknya sampai dalam keadaan bengis-bengis. Maki hamun tak tentu arah. Datang bulan la tu.

"Dik, abang lapa. Nak makan" kata Naim
"Ahh tadi tak nak makan. Manja sangat~ pot pet pot pet"

Aku yang berasa kasihan cuba masuk campur dalam pertembungan adik beradik tu. 

"Dik nah duit, bolikan la abang ko tu nasi. Dio lapa"

     Si adik ni di'ahhh' kan ku. Ok. Tiada pilihan lain. Ko berlapar jela ye Naim. Bukan aku boleh tolong pon. Nak suruh nurse? Ni hospital kerjaan. Kalau hospital Columbia asia, bukan setakat nasi, aiskrim pon diorang boleh belikan untukku (kantoi pernah buat)

     Dalam pada itu, aku ada berborak dengan si C. Surenderan namanya. Umur 19 tetapi belajar setakat di tingkatan 1 sahaja. Orang susah. Pernah tinggal di Dioh, Kuala Pilah. Kini di area seremban jaya. Berhenti sekolah kerana bantu amma menoreh getah. Masa berumur 14tahun sudah bekerja sendiri untuk membantu amma nya. Jika mahu menonton tv, dia akan ke asrama sekolah pondok di kawasan itu. Susah betul hidupnya. Hari ni sepatutnya menjadi hari yang gembira kerana dia boleh pulang namun amma nya masih belum lagi muncul menjemputnya. Mungkin sibuk bekerja.

Aku insan yang serba serbi cukup sumbernya ni pon mahu masih rasa tak puas dengan apa yang ada dalam hidupku. Walaupun aku anak penoreh getah, aku tak pernah berhenti sekolah untuk membantu ibu ayah. Cuma bekerja ketika ada cuti semester yang panjang sahaja. Ibuku seorang guru. Sudah lebih dari cukup kehidupanku. Duit belanja tak pernah tak diberikan. Kehendak kami tak pernah tak tertunai. Nak melancong? Anytime tiap kali cuti semester. Makan tak pernah meminta-minta. Apakah lagi nikmat yang mahu aku dustakan? Untungnya diriku ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     Petangku dikejutkan dengan kehadiran ibu tercinta. Tak terkejut mana pon kerana aku tahu ibu pasti datang. Petang itu begitu indah bagi diriku. Kehadiran ibu sekurang-kurangnya membawa hati ini ke hospital pulang ke diriku. Sebuk je nak duk rumah. Duk la kat wad denganku. Aku menceritakan panjang lebar tentang kejadian hari ini kepada ibu. Ibu seorang yang penyayang. Dia bangun pergi ke arah Naim untuk memberi sokongan & dorongan. Aku tidak akan tahan ibuku & aku yakin ibu mesti menangis di depan dak itu. Memang sah ibu merebeh di depan si Naim. Dari jauh aku hanya melempar kan senyuman ku. Si Naim pula join ibu merebeh. (merebeh tu menangis)

"Aku kasi pinjam ibu aku kat ko jap, nangislah." detik hatiku

Sebelum ni dia kelihatan muram & sedih. Mungkin puas dengan hanya seminit kasih sayang seorang ibu, dia kelihatan ceria hingga ke hari ini. Berborak rancak dengan adiknya serta aku yang duduk di depan katilnya.

"Ibu nak beri semangat kat dak tu. Alih-alih ibu yang merebeh. Teringat masa along mula-mula eksiden"
"Ibu tak payah cakap pon along dah tau la bu. Hehe"

Petang itu ibu pulang selepas aku selesai makan malam. Macam biasa sebelum pulang, aku pasti minta disuapkan. Sejak kecil aku tak pernah malu mencium ibuku dikhalayak ramai, meminta ibuku menyuapkan diriku di depan orang ramai mahupun bermanja-manja dengan ibuku apabila kekasih hatiku berada TERTONGGOK di depan mataku. Cinta ibu lebih dari segala-galanya dan petang itu telah menjadi antara petang yang bermakna buat diriku. Buat kaca mata ku. Buat pedoman diriku.

Dah sekian lama mereka berada di hospital lebih dari diriku namun ibuku yang mula-mula muncul dahulu lebih dari ibu-ibu mereka. Mungkin ibu mereka bekerja, mungkin ibu mereka tiada lagi namun aku masih bersyukur kerana kurniaan cinta Maha Esa yang masih memberiku cinta & kasih sayang seorang ibu yang penyayang kepada diriku serta adik-adik. Untungnya diriku.

Cantik manis si adik manja
Takkan lebih manis dari bonda tercinta
Mana datang nya kasih yang setia
Kalau tak dari ayahanda & bonda

Oi macha kau nak balik tak? Kau ada duit tak? to be continue

Ni bukan novel. Tak main la novel

Den Masuk Wad Season 10 Episod 1

 PRE-SEASON
     Macam la banyak sangat musim masuk wad sampai perlu season 10........ehh jap... memang banyak pon. Tahun ni sahaja sudah 2 kali masuk wad. Tahun lepas sahaja sudah 3 4 kali keluar masuk hospital. Tahun 2011 lagi. 
     Pagi 26 Jun diri ini dengan gagahnya bangun awal seperti biasa namun hari itu agak berbeza daripada kebiasaan. Mandi pagi sebelum solat subuh. Perkara paling mezurashi(jarang2 sekali) berlaku sepanjang 3tahun ini. Jika masa sihat dahulu, sebelum subuh pasti diri ini bangun mandi, baru solat & keluar bekerja. Kini tidak lagi. Bangun awal sekadar bangun untuk bersugi(gosok gigi pakai colgate je) & berwhuduk itu sudah cukup hebat bagi diriku. 

"Hari ni abg pergi mana?"
"Hari ni abg tak de gi mana-mana"
"Tak mandi la tu"
"Mandi tengah hari. Kalau petang kira merangkap mandi siang & malam sekali gus"

     Mana tak nya. Duduk saja di rumah. Main komputer, tengok tv & main xbox 360. Bukan ada aktiviti luar rumah. Cuma diri ni lebih menjaga kebersihan apabila melakukan aktiviti yang melibatkan aktiviti fizikal seperti main gym & senaman. Ketika badan berpeluh, penjagaan yang lebih rapi untuk luka di kaki juga perlu dipertingkatkan. 
     18 Jun 2013 merupakan tarikh rawatan susulan untuk bulan ini. Dek kerana kerani di kaunter klinik otopedik salah meletakkan tarikh hari rawatan susulanku, aku perlu menghadiri rawatan susulan yang ke-2 pada hari rabu minggu seterusnya (26 Jun 2013). Ini kerana doktor yang melakukan pembedahan ku berada di klinik pada hari rabu. Hari ini aku telah menjangkakan. Something fishy is going on today~ hahhh english kau.

"Bu along rasa along masuk wad la hari rabu ni"
"Kenapa?"
"Ni kaki ade kuman, dapat pula antibiotik yang sesuai untuk kuman ni dah jadi sikit. mesti kena masuk hospital ni"
"tak pela. Asalkan cepat baik"

     Sememangnya diri ini perlu dimasukkan ke wad oleh kerana kuman di besi adalah kuman yang bahaya & hanya sesetengah antibiotik sahaja yang mampu membunuhnya.
R= resistance
S= susceptible 
(tak faham boleh google or cari kamus. Yang malas google tu, biarkan dia)

     Pada waktu itu, doc muda yang ditugaskan untuk memeriksaku telah memilih untuk memberi diriku antibiotik yang boleh dimakan melalui tablet (Clindamycin) maka tak perlulah duduk di wad untuk mengambil antibiotik yang hanya available melalui IV (inter vein, salur darah). Sebelum meng'finalise' kan keputusannya itu, dia merujuk ke seorang doktor pakar dan doktor tersebut berjaya membuatkan diriku

setelah dia mengeluarkan kata-kata yang amat pedih bagiku "Better admitted him"
"Oi..aku tak nak masuk wad la dohhh~" jerit hati cinonet ku

Tapi semua sudah terlambat. Akhirnya keputusan telah termetrai apabila 'diri yang mahu pulang ke rumah meneruskan download movie & company of heroes 2' terpaksa dimasukkan ke wad semata-mata mahu memberiku sekuntum bunga...oiiii... memberiku vaksin.. oiiii bukan h1n1 pon.... memberiku antibiotik vancomysin. Harapan nak pulang ke rumah berkecai. (lebih-lebih plak)

EPISOD 1  (TIDUR)

     Jam 2 petang  setelah semua pendaftaran selesai, diriku telah ditempatkan di wad 4B katil 31. Hujung jauh nun terpelosok ke dalam wad 4B. Katil di depanku seorang remaja melayu umur 21tahun. Kakinya digantung dengan besi dumbbell iras-iras dumbbell di rumah. Dia ditemani oleh seorang perempuan, mungkin adik mungkin tunang. Jauh ke penjuru sana kelihatan seorang budak india sebaya Erny Nuryassmien binti Amran (lol). Bezanya dak itu berumur 19tahun. Hari pertama aku di wad, kebiasaannya diri ini suka

1)Berdiam diri dek rasa hati nak pulang ke rumah
2)Tidur sepuas-puasnya

     Selepas ayah & alang pulang, mataku berat seberat-beratnya. Mindaku masih tidak mahu menerima kenyataan bahawa diriku perlu menghabiskan lebih masa lagi berada di hospital. Dari jam 2 hingga 4. Mataku terjaga, baju hijau pakaian hospital kebasahan. Lencun dek peluh yang mengalir. Alamak belum zuhur. Dengan segera diri ini menuruni katil yang agak tinggi & tidak boleh di'adjust' ketinggiannya itu untuk bergegas ke bilik air. Selesai solat. Diriku masih belum bercakap sepatah perkataan pon. Melihat dak india berborak rancak dengan dak perempuan katil depanku ini. Sambil menunggu waktu asar berkumandang, diriku hanya memasang telinga setiap perbualan mereka & serba sedikit dapat mengenal pasti apakah yang menyebabkan mereka terlantar di hospital.

Dak melayu A seorang tukang masak di SMAP Labu dan dilanggar oleh sebuah kereta ketika menjemput adiknya (perempuan B) pulang bekerja di parkson seremban. Langgar lari katanya. Malang memang tak  berbau. Dak india C pula dilanggar oleh lori ketika menungga motosikal namun dia bernasib baik kerana pemandu lori tersebut berhenti membantunya.

Selepas asar, kepalaku kembali disorong bantal & aku hanya dikejutkan untuk makan malam kira-kira jam 6 petang. Makan malam hospital sememangnya awal. Selepas makan, mudah saja aku tidur kembali. Kali ini aku dikejutkan oleh rakan sepersekolahan ku. Rakan sekolah rendah. Datang bersama suami tercinta. Sudah sarat 6bulan mengandung. Bahagianya. Cemburu diriku melihat pasangan ini.

"Bila agaknya masaku pula~" jauh termenung

Sebenarnya tak jauh mana pon, selesai solat aku kembali tidur. Ya Allah. Mana datang 'power' tidur ni pon aku tak tahu. Hari ini  aku tidur awal. Aku dikejutkan beberapa kali kerana jururawat ingin memberiku ubat. Hari itu aku kurang ber'sms' kurang ber'call' dengan sesiapa kerana telefon bimbit ku sudah kehabisan bateri. Hari ni charger telefon bimbitku di rumah. Sebelum kehabisan bateri, aku sempat sms kepada ibu untuk membawa barang-barang keperluanku.

     Hariku dihabiskan dengan 'tidur' dan sms manja ala bateri phone habis'. Camne tu? Lu pikirlah sendiri. Pertama kali vancomysin dimasukkan ke dalam salur darahku, badan ku berasa sangat panas & gatal yang teramat sangat. Adakah badan ku alergi dengan ubat ni? Jadi kalau alergi, boleh aku mencari alasan untuk pulang? To be continue

                                                                                                                            Yang tidur kaw2. Gua



Tuesday 25 June 2013

Rezeki ada di mana-mana


     Jam sudah pukul 4 petang dan cuaca pada petang itu panas seperti hari-hari yang lepas. Jerebu pula semakin berkurangan dan bertambah baik. Eh tiba-tiba teringat esok diri ini perlu ke hospital seremban untuk rawatan susulan. Sambil menonton tv & menunggu teks mesej dari seseorang, kedengaran deringan tone telefon bimbitku yang aku telah menerima 'selai' (bahasa sekolah dulu semua benda guna selai/sehelai) email. 

     Email itu dihantar oleh pengurus HR NHK. Lantas komputer dihidupkan & aku segera membaca email tersebut. Panjang lebar penjelasan email & baru ku sedar bahawa diriku kini officially berstatus seorang penggangur apabila kilang telah menetapkan untuk  men'terminate'kan status ku sebagai seorang pekerja di sana mengikut kontrak perkhidmatanku.

     Kalau ada yang menjangkakan muka ku seperti ini, maka anda salah..tettttttttt~~ salah salah salah. lol

Sebenarnya aku sedikit pon tak terkejut dengan email itu kerana aku telah menjangkakan perkara ini akan berlaku juga. Akhir email ini dinyatakan 

A)If you wish to appeal, kindly inform us in official manner within seven (7)days from the date of this email.
B)In case of no reply, the Company shall assumed that notice is served and official documentation will be send to you.

maka pilihan ku ialah B. Bagi ku tak perlu lagilah nak bergantung harap untuk kerja sekarang. Ibu & ayah juga memberi pandangan yang sama. Kakiku masih berbesi, tiap-tiap bulan masih berulang alik ke hospital. Secara mentalitinya aku sudah hilang semangat untuk berkerja...untuk masa sekarang. 

"Nak appeal apa dengan kaki macam ni. Biar kaki ni betul-betul sembuh barulah fikir nak cari kerja lain." kata bonda tercinta.

"Ooo..ooo dah terminate dah?ooo melayu ke cina? (ni sengaja tambah. Sila rujuk lawak ke der 1) tak pe tak lama lagi banyak la duit ko" kata ayahanda tersayang.

"Abg ingat abg nak kerja ladang la yang"
"Alaa kerja ternak lembu pon boleh kaya"
"Abg ingat nak kearah pertanian. REZEKI ADA DI MANA-MANA KAN" Mesej ku kepada seseorang.

     Syukur kerana aku tidak perlu lagi hendak berhubung dengan kilang pasal itu ini. Duit itu ini. Hal itu ini. Aku tak senang sebenarnya. Walaupun hutang kilang masih berbaki puluhan ribu, tunggulah bila ada duit akan ku selesaikan semuanya tapi makan masa la.

     Namun aku tetap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf NHK yang banyak membantu. Walaupun ada di kalangan mereka yang tak senang apabila aku masih diberi gaji walaupun sudah bertahun tidak bekerja. Biasalah. Nama pon manusia.

     Sekarang bolehlah aku menumpukan sepenuhnya untuk sembuh. Letih tau kalau diri tak boleh berjalan seperti biasa.
1) Tongkat menyukarkan pergerakan
2) Kalau licin masakla. (bukan masak di dapur..kot2 ada yang lurus)
3) Badan letih kalau asyik baring duduk.

     Untuk menghilangkan letihku, aku akan tambah letihku dengan main gym. Pening tak? Nak hilangkan letih badan main gym kasi tambah letih. Macam mana tu?

     Badan letih lesu kerana kurang bergerak dan secara amnya jantung pun tak kuat mengepam darah & membekalkan oksigen ke keseluruhan badan. Apabila kita berlari mahupun berjalan (kepada yang mampu) jantung akan bekerja lebih dari orang yang lebih banyak tidur dan duduk (den la sapo laie) untuk mengepam darah. Maka tiap-tiap hari aku perlu bersenam agar badan segar, darah-darah mengalir dengan baik untuk hari-hari yang ceria bersama kiki lala.

     Tambahan pula selera makan ku baik, Alhamdulillah kalah orang sihat. Maka perlulah senaman untuk membakar kalori-kalori hasil dari pemakananku tadi. Kalau tak, siap la badan naik. Bukan naik musle tapi naik lemak.

     Ketika berada luar dari rumah seperti di hospital & sedang menunggu giliran berjumpa doktor, aku suka bersenam menggunakan 'walking frame' ku. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan kebosanan & mengantuk dek menunggu. 

     Jika siang main gym sampai letih, malam mesti mengantuk & mudah tidur. Keesokkan hari insyallah badan mesti segar ketika bangun subuh. Bagi diriku, bersenam mampu membetulkan 'body clock' yang tak teratur. Siang tidur malam berjaga. Jika siang aku penuhkan masa bersenam, main besi malam pula dapat tidur yang berkualiti. 

Jap..den cito pasal apo tadi yo? Bukan tajuk cara senaman bersama cik Atep kan? HAha serius memang den tak kisah. Lek-lek sempoi sudahla. Haha eh

"Celcom celcom line eh hampeh
 Mesej bertubi2 tapi yang sampai eh sket
 Kalau call celcom bgtau nak terminate line eh
 eh Encik xnak smbung lagi? kami bg diskaun sepuluh hinggit "

p/s eh siyesla? ehh siyeslaaa.. ehh siyesss..iyee.. siyesss..siyes shit..
 (sape terasa angkat tangan untuk pengunaan siyes anda yang agak melampau.Sekian sila terasa..ahhaha)
                                                                                              yang tgh angkat bosi

Thursday 20 June 2013

Akhirnya~

Akhirnya, penantianku telah berakhir.
Akhirnya, kesengsaraan ku telah terhapus.
Akhirnya, kesakitan ku telah terkubur.
Akhirnya, keperitan bukan lagi makanan hatiku yang rakus.
Akhirnya........................................................................

Dapat gak update entri blog selepas hampir setengah tahun menghilang.
Dapat gak monitor komputer 'baru' ni beroperasi setelah monitor lama sakit tenat.
Dapat gak......................................................................

Oh...sakit diri ini masih seperti dahulu.
Oh...besi kaki yang ke-3 ini baru sahaja dipacak bulan Februari yang lalu.
Oh...ayat-ayat 'Akhirnya' di atas hanya sekadar men'thril' kan dirimu.
Oh...tak 'thril' eh? Ok ok. (malu gilo)

     Tiada perubahan besar dalam diri ini. Hanya diriku yang dahulu. Februari hingga akhir Mac yang lalu daku telah menjalani pembedahan buat kali ke sejuta 15 tolak sejuta. Kelihatan besi terpacak kembali seperti besi yang kedua. External fixation kali ni boleh di'adjust' supaya femur kiri dan kanan sama panjang. Kaki secara keseluruhannya pendek sebanyak 12cm dan nat hanya diputar sepanjang 9cm kerana hanya kepanjangan femur sahaja disama ratakan. Selebihnya tibia kanan yang tidak dapat dipanjangkan lagi melainkan pembedahan kali ke-16. Nak? Tak pelah. Simpan je besi tu.

     Tempat ku bekerja masih lagi memberi peluang untuk ku bekerja dan pihak kilang tidak akan memberhentikan diriku. Alhamdulillah. Walaupun tiada lagi gaji dan bulan-bulan terpaksa membayar lebihan pembiayaan yuran hospital yang masih berbaki puluhan ribu ringgit, namun diri ini masih bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup. Dek kerana kecacatan kekal diri, maka diri ini layak menerima sedikit wang perbelanjaan bulanan & sekurang-kurangnya ada juga duit untuk membayar hutang kilang.

     Kini tinggal wang simpanan yang telah diri ini kumpul sepanjang 3tahun ini sebagai duit perbelanjaan sementara menunggu sihat & dicabut besi. Estimate masa untuk besi ini dicabut masih belum diketahui. Mengikut perkiraan doktor tidak pakar 1mm bersamaan 5hari masa penyembuhan dan bermakna untuk 90mm = 450hari. Akan tetapi, mengikut kata doktor pakar ia hanya mengambil masa selama setengah tahun max. Wallahualam.

2 3 gambar hantu bawah katil
Nasib baik tak kena maki
Ade orang asik membebel
Bila nak update entri?

2 3 abg ensem
Nah amek entri style BM karangan SPM

p/s Rumah ayanhanda & bonda dah ada gym & treadmill (hadiah utk ayahanda & bonda) - next entri



                                                                                                                             Yang benar                          
Muhammad Atif Jauhari B Idris