Tuesday, 12 June 2012

Nomikai 飲み会

     Sedang ku menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Singapondan di Astro Arena, chatbox facebook ku berbunyi dan kelihatan kerlipan 'Yana messaged you' tertera pada sisipan internet explorer ku.(amboi banyaknye computer keyword) sambil Yana manja (manja sangat) memberitahu bahawa dia baru sahaja pulang dari kerja dan nomikai. Mesti baru sudah nomikai bersama rakan sekerjanya. Nomikai iaitu 'nomi- minum' 'kai- perjumpaan' atau dalam bahasa enggeris drinking session sering dilakukan oleh orang Jepun selepas pulang dari kerja atau kelas. Dulu aku juga sering diajak menyertai nomikai bersama rakan-rakan lab dan sensei(cikgu).

     Atas nama nomikai dan nomikai ini budaya jepun, maka nomi atau minum itu lebih bermaksud kepada minum arak. Orang-orang jepun kalau lepas penat bekerja, bersusah payah atau meraikan sesuatu mereka pasti meraikan bersama arak beer dan sebagainya. Tapi bukan bermakna aku juga meneguk sekali air kencing setan tu, tetapi aku hanya menyertai mereka sambil meng'order' jus dan makan seafood. Walaupun kesorangan tapi aku takut kerana Allah sedang memerhatikan apa yang kulakukan tanpa orang-orang muslim disekelilingku.

     Sambil yakini (daging bakar) mamat-mamat jepon ni akan meneguk beer dengan dasyat sekali hingga mabuk. Aku kadang kala berasa cuak tiap kali memulakan nomikai dengan kanpai(cheers bak kato orang putih sambil melaga-lagakan cawan) kerana ditakuti tertermpias @ memerecik beer masuk dalam jus aku. Hahaha. Pernah sekali ketika member jepun mabuk dengan dasyat sekali sehingga mempersendakan aku sambil berseloroh

     "Kenapa kau tak minum~ Sedap wei~ Haahahah erkkkk~ " (adaptasi dialog bahasa jepun ni untuk menampakkan lagi kemabukkan mamat ini). Aku hanya tersenyum sambil menolak pelawaan member ku itu. Mereka juga pernah bertanya "Atifkun, apsal lu orang Islam tak makan babi?" Puas cuba ku terangkan kepada mereka sampai tersimpul-simpul lidahku. Aku menjawab "orang Islam tak boleh makan daging yang tidak disembelih dengan nama Tuhanku dan agamo den tetap tak bertolak ansur dengan 2 jenis binatang. Anjing dan babi. Kot2 nak sembelih babi pon tetap haram juga."

     Selepas itu, sensei ku bertanya mengapa wanita Islam memakai burdah. Aku menjawab bahawa itu adalah kewajipan kerana tubuh wanita haram untuk tontonan lelaki lain. Kebetulan ketika itu ada seorang senior perempuan Malaysia Islam yang kebetulan bekerja di kedai itu tak memakai burdah, sensei pon cuba memutar belitkan lagi persoalannya "Dia pula macam mana?" Aku pon menjawab "Itu keputusan dia untuk memakai atau tidak. Tak ikut perintah boleh dapat....(lupa dosa dalam jepun) sin sin sin(hentam english kat situ)" 

罪 tsumi- crime/sin

    Kejadian yang paling tak boleh ku lupakan ialah ketika ada salah seorang daripada mereka mabuk teruk. Muntah tak payah cakaplah~ Memang teruk muntah-muntah. Bau arak lagi. Ya Allah, hanya Allah jelah yang tau bagaimana perasaan geli aku pada waktu itu. Sensei pernah berkata kepadaku bahawa dia tidak mempercayaiku yang aku ni tak pernah menyentuh arak. Mentang-mentang lah ada misai tebal, ingat misai tebal ni tanda matured & minum arak ke? Aku hanya tersenyum dan terus menafikan secara terbuka bahawa aku tidak main-main dalam soal hukum hakam. "Sensei~ sore wa chigaimasu! Dame wa dame desu~ Sore dake desu.(cikgu, itu semuanya salah. Yang salah tetap salah. Itu saja)"
    
     Oleh kerana member yang terover mabuk, kami terpaksa menunggu dia menyelesaikan pengosongan perutnya (muntah) di depan kedai itu. Oleh kerana telah lewat malam, maka sensei terpaksa mengarahkan salah seorang dari kawanku yang tahu tempat tinggal member sorang ni membawanya pulang. Keesokkan harinya, mamat yang terlebih mabuk ini datang berjumpa sensei, senior, kawan-kawan dan diriku sambil menunduk-menunduk tanda memohon maaf kerana menyusahkan semua pada malam tadi. Jumpa sorang-sorang tu, jangan main-main. Aku hanya mengatakan "no hal la bro~ lek-lek sudah~" (ayat tokok tambah).

     Aku bukannya tidak bersetuju jika dibawa menyertai nomikai tetapi aku tetap pergi dengan syarat menghormati siapa diriku dan agamaku. Jika itu dipatuhi maka semuanya 'No problem punyo~' 
Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku telah melaksanakan tugas ku dalam dakwah Islamiah kepada sensei dan rakan-rakan yang lain. Mereka sering bertanya mengapa Islam sering berperang dengan Israel walaupun 1 agama. Aku dengan segera menafikan bahawa kami mempunyai agama yang berbeza. Islam boleh dianuti oleh semua orang tidak seperti israel yang agamanya hanya untuk orang yahudi. Walaubagaimanapun banyak berita di TV jepun berpihak kepada orang israel. Ketika tentera israel menyerang Lubnan (tak silap) wartawan jepun semua berada di pihak tentera yahudi. Bagaikan tentera Islam lah pesalah/orang jahat dalam berita tersebut.
"AGAMAKU SESUAI UNTUKMU TETAPI TAK BERMAKNA AGAMAMU SESUAI UNTUKKU KERNA KUTAHU BAHAWA AGAMAKU ITU SUCI DAN BENAR"

1 comment: