Setiap penciptaan itu tiada sia-sia,, semuanya saling memenuhi keperluan antara 1 sama lain.
Cantik luaran tak mampu menandingi kejelitaan dalaman yg jauh lebih hebat.
Cinta sejati tidak mngenal paras rupa..tiap-tiap yg dicintai adalah wajah yang paling cantik dalam dunia
Cinta ibu bapa melangkaui mana-mana cinta lain..
Rakan sejati tidak akan berubah hati walaupun musim bersilih ganti
Ikutlah resam matahari, walaupun dibenci tetap menyinari bumi memberi sinaran yang membawa rezeki
Ini adalah sedutan kata-kata yang terdapat dalam filem muzikal lagu-lagu sudirman Hoore Hoore lakonan Farah Nazirah, Akim , Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Adibah Noor dan ramai lagi...(watak bibir....ehh watak lain tak minat). Cerita yang penuh dengan drama, komedi, emosi dan perasaan ditambah pula dengan lagu-lagu arwahyarham Sudirman yang dinyanyikan semula oleh watak-watak ini.
Cerita ini mengisahkan seorang gadis kampung bernama Nurul Aiman yang sentiasa dijaga oleh ibu bapa dengan didikan agama yang baik tetapi sering menjadi tumpuan rakan-rakan persekolahannya terutama Rita (yang bajet bibir seksi) kerana dia seorang yang tembam dan chubby.
Tetapi dengan watak comelnye yang chubby dan bergigi taring (mengingatkan ku kepada seseorang..tapi siapa ya??) dia cuba membuktikan dia boleh keluar dari kepompong rendah dirinya dengan menyertai pertandingan ratu idola atas nasihat neneknya. Dia sering diberi sokongan oleh nenek, Johari dan ayahnya yang sangat sporting.
Merisik khabar merupakan antara lagu kesukaan ku.
Banyak rintangan dan dugaan yang dilalui hingga hilang rakan-rakan, halangan ibu yang tidak menyukai anaknya menggadaikan maruah dengan menyertai ratu idola dan rintangan paling hebat apabila kehilangan neneknya yang meninggal sebelum final pertandingan itu. Namun diharungi segala cabaran dengan cekal hingga dia berjaya memenangi pertandingan itu tetapi dia menyerahkan hadiah dan crown ratu idola itu kepada Rita kerana dia merasakan kemenangan yang terbesarnya adalah dengan kehadiran ibu bapanya.
Semua lagu sudirman memang terbaik dan dinyanyikan semula dengan baik terutamanya lagu-lagu Farah Nazirah. Lagu paling ku suka adalah lagu terakhir 'terasing'(Lagu di atas). Sedih dan penuh makna. Kalau nak kasi rating. Aku kasi 10/10 untuk cerita ini. Cerita yang menarik dan perlu ditonton terutama yang meminati lagu-lagu Sudirman. Aku tengok pon tersentuh hati inikan ibu ku yang baru sahaja menonton dan menitiskan 'air terjun' yang amat dasyat.
"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM, BUKAN MANIKAM YANG LEGAM, TETAPI MANIKAM YANG INDAH TERSERGAM"
x de cite lain ke..
ReplyDelete