Sudah 2 tahun aku berhenti mengepam otot badan ni semenjak eksiden. Jadi aku dengan semangatnye membeli secara online. Sampai sudah barang yang ku beli dari Fitness concept via online. Malangnya, aku perlu ke Kuala Pilah untuk mengambil barang itu. Alahai~ aku dah agak dah mesti tak sampai rumah punya. Menyusahkan betul. Aku tau barang yang aku beli tu sangat berat sebab aku beli adjustable 10kg dumbbell.
"Barang kau berat sangat ku tep~~"
Ye ke? kenapa barang kecil pon aku kena ambil kat pejabat pos Palong4?
"Ko duk kampung sangat tu tep~"
Dulu aku duk gak area kampung kat jepon..tp sampai je..
Ni lah kelemahan pos di malaysia. Berbanding dengan perkhidmatan pos di Jepun. Semua barang belum tentu dijamin sampai di depan pintu rumah anda.
Senarai barang yang aku beli kat jepun melalui pos dan SAMPAI DI DEPAN PINTU RUMAH
Senarai barang yang aku beli kat jepun melalui pos dan SAMPAI DI DEPAN PINTU RUMAH
- TV LCD 32'
- Dumbbell 20kg
- Bench press
- Barang makan tak payah cakapla..Beras berpuluh-puluh kilo pon sampai
- Barang-barang kecil under 10kg (whey protein, graphic card & dsb)
Tak pernah lagi aku kena ambil barang-barang di pekan Okayama. Kalaulah aku tiada di rumah atau sebagainya, mereka akan tinggalkan kepingan notis beserta nombor telefon orang yang menghantar barang itu. Mudah, mula-mula call balik orang yang menghantar barang, cakap tamil skit2 dan tunggu. Pasti barang sampai.
Perkhidmatan pos di Malaysia tak kira pos malaysia atau syarikat courier yang lain sepatutnya memudahkan kan pelanggan tak kira luar bandar dengan perkhidmatan pos hingga ke rumah. Mentang-mentang lah kampung jauh, barang pon tak boleh nak sampai. Agak kecewa la, bayaran pos mahal berpuluh ringgit tapi perlu memandu sejauh berpuluh kilometer untuk mengambil barang. Aku yakin jika ada syarikat swasta yang memandang serius masalah pos di Malaysia dan menawarkan pos hingga ke pintu rumah, pasti ramai yang akan menggunakan perkhidmatan itu. Sekarang ini, lebih mudah membeli secara online untuk orang-orang yang kuran upaya macam aku ni.Mudah.
1 lagi kelemahan sistem pem'pos'an di Malaysia ialah ketika pelanggan mengambil barang, mereka tak pernah meminta IC untuk memeriksa identiti orang yang mengambil barang. Tak kiralah ada 1 je barang atau ni kawasan kampung tak da orang nak curi tapi tolonglah lakukan tugas dengan baik. Aku ingat 1 hari nanti aku nak buat havoc kat pejabat pos tu dengan mengupah orang ambil barang aku dan aku datang kali ke 2 untuk mengambil barangku sendiri. Barang tak da aku nak marah2. Last sekali aku cakap "Anda tokono ke atau encik boleh cakap wakenabeb tak?kita ada kamera di sana di sini?"
Mungkin lepas tu baru la diorang sedar betapa pentingnya menjaga keselamatan barang pos orang. Tak kena maka tak tau kan?
"MAJULAH POS UNTUK NEGARA"
dah agakk..konform masukkkkk BLOGGG..hahaha!
ReplyDelete