"Ular ini untuk kekuatan mu ular ini sebagai kuasa penyembuhanmu" jerit 1 suara kepada ku. Lantas kedengaran suara-suara yang membaca doa sambil semua menadah tangan. Aku suruh disembelih ular itu namun aku tak mampu nak melakukannya. Ada seorang insan yang amat ku kenali menarik ular sawa yang malang itu lantas ditikam nya dan disiat-siat kulitnya. Tanpa berfikir panjang insan itu merratah daging ular itu dengan rakusnya dan mencampakkan ular itu kepada orang lain. Orang itu ialah rakan JAD (Abedin). Orang berpusu-pusu ke arah ular itu dan semua diarahkan untuk memakan ular itu dengan sekali gigit sahaja. Aku adalah antara orang yang last dan akhirnya aku menjadi orang yang terakhir. Aku dipaksa memakan ular sawa secara mentah-mentah. Dalam keadaan yang terpaksa, sambil diperhatikan oleh mata-mata yang agak menakutkan, aku pon memakan ular itu dengan rakus. Bersorak orang sekeliling.
Lantas aku tersedar dari tidurku. Mimpi rupanya. Biasanya aku mimpi dikejar ular-ular tedung lari hingga tak cukup tanah kerana ular-ular itu bukan seekor tetapi 3 4 ekor datang ingin mematukku. Kali ini, aku bermimpi makan ular sawa yang ditangkap sendiri dengan rakusnya. Semenjak kecil tiada binatang yang mampu menakutkan aku kecuali ular. Setakat serangga-serangga, kelawar dan binatang lain aku berani pegang dengan tangan kosong sekiranya aku diperlukan untuk mencampakkan binatang itu. Masih ku ingat junior kat jepon, Dewa penakut lipas. Aku yang tangkap dan buang keluar. Lipas pon takut. Akan tetapi, semenjak dalam kandungan lagi aku sudah ada sejarah bersama ular-ular.
Begini ceritanya. Pernah dengar kenan ular tak? Biasa kalau cari kat google 'kenan ular' bayi atau anak kecil yang lahir kulit bersisik mata mulut merah-merah. Diri ini lain pula. Ketika itu ibu sedang mengandungkan diri ini dan sedang berada di dapur untuk memasak, ibu telah terkejut dengan seekor ular hitam yang muncul di celah-celah dapur itu. Tak pasti ibu atau ayah yang menghalau ular itu. Ayah tak silap dan ayah berkata "Ular sebelum aku memukul kau baik kau pergi dari sini. Kalau tak..." maka ular itu pon pergi sebelum sempat ayah ku memukul dan menghalau ular itu. Selepas sahaja aku dilahirkan, badan-badanku ini tiadalah bersisik atau pun mata kemerah merahan tetapi aku tak berhenti-henti menangis. Macam cerita ahmad albab. Menangis saja. Ada yang mengatakan aku menangis sebegini rupa kerana ular hitam itu.
Itulah yang diceritakan oleh ibu. Wallahualam. Yang pastinya aku memang sangat takut dengan ular. Sebelum rumah baru dibina, ular hitam selalu masuk ke rumah. Yela, rumah peneroka felda yang lama. Rumah kayu senang dimasuki binatang binatang liar. Ular terutamanya. Walau bagaimanapun, kami sekeluarga tak pernah dipatuk oleh ular. Pernah sekali, ular muncul ketika kami bersolat di tempat solat(rumah lama la). Ular itu hanya duduk di situ tanpa mengganggu kami. Sebelum kami halau ular tersebut, ayah berpesan supaya halau dengan perkataan dahulu. Takut-takut ular itu jelmaan jin.
"ehhh ada orang hantar,
coklat yang sedap gila,
orang tanya best makan ular?
gila best, meremang bulu roma"
"dari kecil dah menyusahkan ibu ayah
dah besar masih lagi menyusahkan mereka
ibu ayah sangat susah payah
untuk memelihara anak teruna yang dah tua"
"harap-harap mimpi kena patuk
yela,,dah sampai masa nak berdua
ayah dah lama nak jadi atuk
mengharapkan anak beri cucu pertama"
"ORANG KATA MIMPI DIPATUK ULAR TANDA MENDAPAT JODOH. KALAU MIMPI MEMAKAN ULAR TANDANYA? MEMAKAN JODOH?"
yang memakan ular sawa & tough
Muhammad Atif Jauhari |
ee...meremang bile makan ular mentah..ee!! wekkkkk!!!
ReplyDeletemacam makan sushi..sedap lak ai..hahah
ReplyDelete