Thursday, 14 June 2012

Kecelaruan dalam beragama

     Assalamualaikum~ Minggu lalu ketika dalam perjalanan ke Gambang Water Park, kami sekeluarga menyinggah stesen petronas yang berdekatan kerana aku dah tak tahan sangat nak buang air dah ni. Kelihatan pakcik-pakcik tabliq dari sebuah kereta keluar masuk dari tandas itu. Aku dengan segera masuk ke tandas tanpa memandang kiri kanan. Adoi dah tak tahan dah ni~ Kaki aku selangkah je masuk ke tandas terdapat ada 2 orang lagi sedang menunggu giliran. Alamak~ 

     Alamak~ yang ku maksudkan bukanlah alamak kerana terpaksa menunggu giliran. Tetapi alamak~ itu untuk pakcik tabliq yang tiba-tiba memberi 'Assalamualaikum' kepada ku di dalam tandas. Adus~ kenapalah pakcik ni beri salah di dalam tandas. Ketika itu aku hanya 'walaikum' sambil tunduk skill jepon depan dia. Niatku agar dia tak tersinggung kerana aku buat dek je tanpa menjawab salamnya. Aku tau kerana tak perlu menjawab salam sekiranya berada di dalam tandas. Yang memelikkan diriku ini ialah pakcik ni takkan lah tak memahami konsep memberi dan menjawab salah. Tandas tu terang-teranglah tempat yang kotor. Walau bagaimanapun hati perlulah bersangka baik.

"Pakcik ni baru belajar ni~"
"Pakcik ni terlupa kot die dalam tandas~"

     Memberi salam ialah sunnah dan menjawab salam itu wajib. Memberi salam darjatnya sangat tinggi kerana mengucapkan selamat sejahtera kepada orang lain.
“Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain itu ada enam. Antaranya, jika kamu bertemu dengannya hendaklah kamu mengucapkan salam.” (Riwayat Muslim)
 Walau bagaimanapun memberi salam makhruh apabila memberi salam kepada orang yang sedang...
  1. Dalam tandas tadi (aku la ni..kuat kentut)
  2. Mentedarah/makan minum (aku gak..kuat mentedarah)
  3. Mendengar azan, membaca al quran atau berzikir (aku insan lemah~)
  4. Sujud
  5. Solat
dan sebagainya.. Nak tau cerita tak?

     "Ketika zaman Rasulullah, sahabat sering berlumba-lumba memberi dalam memberi salam kepada sesama sahabat. Walau bagaimanapun, tiada seorang pon sahabat yang mampu 'celen' Rasulullah s.a.w memberi salam kerana Baginda tak pernah gagal dalam memberi salam terlebih dahulu daripada sahabat yang lain. Baru nak buka mulut je, mesti Rasulullah akan memberi 'Assalamualaikum' kepada para sahabat dengan senyuman manis. Maka terdapatlah suatu hari ni, ada sahabat yang hendak memberi salam dahulu kepada Baginda dengan menyorok di belakang dinding. Sedang Baginda Rasulullah berjalan-jalan dan belum sempat sahabat nak memberi salam style mengejut, Baginda terlebih dahulu mengucapkan 

"Assalamualaikum wahai orang yang berada di sebalik dinding. Aku tak mahu menjadi orang yang lambat memberi salamku sebelum nafas terakhirku"

Subhanallah lihatlah betapa hebatnya baginda Rasulullah s.a.w dan betapa pentingnya memberi dalam menyampaikan 'Assalamualaikum' sesama muslim.

     Selesai sudah bab salam, sekarang bab kecelaruan dalam bab perhubungan kekeluargaan. Kepada sesiapa yang selalu menonton tv3 pukul7 tiap-tiap Isnin hingga Khamis mesti tahu cerita 'Seindah Sakura'. Cerita ini memaparkan tentang hidup orang susah yang asyik dapat bencana je memanjang. Nak dijadikan cerita, mak watak utama syakira ni kena AIDS dan mati. Itu tak kisahlah tetapi ceritanya sekarang, semua bagai menyalahkan takdir apabila tau maknya terkena AIDS.
"Semua itu takdir syakira" Memanglah semuanya takdir tetapi manusia ada banyak pilihan dalam mengharungi kehidupan dan apabila melakukan pilihan yang salah semuanya salah takdir. Bukan takdir yang meng'AIDS'kan maknya tetapi kerana pilihannya untuk terjerumus ke dalam lembah maksiat yang meng'AIDS'kan maknya (amboi~ ayat pakai bantai je)

     Isu Qada dan qadar yang aku cuba sampaikan ialah 'Adakah perlakuan manusia telah menjadi ketetapan Allah sejak azali lagi'? Yang bermaksud, tindakkan kita lakukan sekarang ini,,,sekarang ni,,sekarang tengah buat pe? Adakah ianya bentuk pemaksaan Allah terhadap hamba-hambanya? Paham? ok~

  "Di zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a, ada seorang lelaki telah ditangkap mencuri dan telah dibawa menhadap khalifah Umar. Lelaki itu telah disoal mengapa dia mencuri. Dengan selambanya lelaki itu menjawab "Allah telah men'takdir'kan aku untuk mencuri" Lantas Khalifah Umar memerintahkan agar lelaki itu di pukul dengan 30 sebatan dan dipotong tangannya. Lelaki itu terkejut dan bertanya "Mengapa hukumanku sebegitu berat?" Berkata Umar Al-Khattab "Kamu dipotong tangan keran mencuri dan disebat kerana  berdusta atas nama Allah"

     Bermaksud manusia diizinkan Allah untu membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Hukum sebab akibat adalah takdir dan manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain dan semuanya telah dicipta oleh Allah. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. IlmuNya Maha Luas. Contoh lain, takdir anda sedang lapar macam saya dan lapar dapat dihilangkan dengan takdir mentedarah juga macam saya.

      Satu lagi kekeliruan dalam cerita ini ialah, syakira ini telah berkahwin dengan bapa saudara si Aril (syakira suka aril ni) tetapi telah bercerai. Pada pengetahuanku, syakira boleh bernikah dengan si Aril setelah dia bercerai kerana syakira bukan mahram dengan nya. Si syakira ni bukannya ibu saudara kandung dengan aril/adik beradik kepada ibu ayah si aril ni tadi. Sila rujuk surah An-Nisa ayat 23' untuk maklumat lebih lanjut.

Bab bukan mahram tu satu hal, tetapi dalam dialog disebut sebagai 'muhrim baginya (tak leh nikah la)'

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
 
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.Cerita ini diadaptasi novel, tak pasti samada novel tulis lain tetapi cerita jadi lain. Aku tak baca jadi tak tau. Seharusnya mereka lebih teliti dalam penghasilan bahan seni yang melibatkan isu-isu agama. Ada lagi yang boleh aku komen dari siri cerita ini. Pada mulanya aku rajin nak menonton, tetapi lama kelamaan aku jadi malas nak tengok sebab isu-isu ini dan sikap watak lelaki yang terlalu prejudis/senang sangat nak bersangka buruk. Alahai~ nampak lemah sangat watak lelaki ini dicipta.

"Gendang gendut tali kecapi
 Sakit perut apa lagi???" 

Adoi~ ada baik aku gi tandas melabur, kompem senang hati.

"SEINDAH SAKURA JADI TAK INDAH MANA KALAU ISU AGAMA TAK DIENDAH"

p/s kot-kot ada salah sila betulkan. 

Tulisan dari si ensem yang amat curious giler 





No comments:

Post a Comment