Thursday 30 August 2012

Tika dirimu...Janganlah kamu lupa~

Tika dirimu sibuk mengira kitaran bulan & masa
Mengharapkan masa berlalu dengan segera
Hingga ke hari yang ditunggu-tunggu itu tiba

Janganlah kamu lupa
Hargailah masa yang sedang bergerak bersama

Janganlah dikejar masa yang akan datang
Sama-samalah gunakan masa yang ada sekarang
Untuk beribadah kepada Maha Esa

Tika dirimu sibuk mengira curahan bintang-bintang cinta hambaNya
Mengharapkan dirimu dicintai oleh hambaNya
Hingga ke hujung dunia

Janganlah kamu lupa
Hargailah cinta dari pemilik hambaNya
Sesungguhnya cinta kepada Maha Pencipta
Adalah cinta yang paling berharga
Cinta yang Maha Hebat nikmatNya
Cinta yang berkekalan hingga ke akhirnya

Tika dirimu sibuk melihat keindahan lautan kasih sayang manusia
Mengharapkan dirimu mampu berkasih sayang kepada mereka

Janganlah kamu lupa
Hargailah kasih sayang kekasihNya
Selawat dan salam keatas junjunganNya
Kerna kasih baginda terhadap dirimu
Terhadap orang disekelilingmu
Adalah kasih yang tiada dalam mana-mana hambaNya
Hingga ke saat kewafatannya masih mengingati 
Ummati..Ummati..Ummati

Tika dirimu sibuk menunggu permata-permata rindu di lautan biru
Mengharapkan dirimu dirindu selalu

Janganlah kamu lupa
Hargailah rindu dari ibu bapa
Kerna rindu ibu bapa kepada anakanda mereka
Adalah rindu yang teragung yang Allah titipkan dalam hati-hati ini
Adalah rindu agung yang tak mampu diri ini beri
 
 "Tulisan bukan puitis semata-mata, tulisan ini untuk anda diluar sana, tulisan ini ingatan kita bersama, bahawa tiap-tiap yang kita inginkan, Allah tak semestinya beri secara direct, Allah akan beri apa yang kita perlukan untuk dapat apa yang kita inginkan"

Gua yang bukan jiwang macam ade org tu cakap







Demi masa & harta dunia

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani 

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Tidak perlu lagi diperjelaskan tentang masa
Allah turun surah Al Asr untuk mengingatkan kita
Bahawa hargailah masa
Tidak kira kita sedang sihat, sakit, miskin atau kaya
Hargailah waktu lapang sebelum waktu sempit tiba
Tika itulah kita akan mencari-cari masa
Tika itulah kita akan menyesal kerana membuang masa
Tika itu penyesalan tiada guna
Kerana masa telah pergi meninggalkan kita
Kerna masa tiada gear reserve nak pusing semula
Kerna masa pasti takkan berundur kepada kita
Jadi janganlah percaya cerita "back to the future"
Hampa suma memang kena kelentong bulat-bulat saja
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tika manusia sedang sibuk mengejar dunia
Tika sibuk mencari rezeki diri dan keluarga
Tika sibuk mengumpul harta benda
Tika sibuk menyimpan kekayaan sementara
Tika itulah mereka terlalai seketika
Apakah matlamat mereka dicipta
Apakah tujuan mereka dilahir ke dunia
Apakah janji mereka kepada Tuhan yang Maha Esa
Kalam suci telah menceritakan segala-galanya
Firman dari Yang Maha Kuasa

Dan (ingatlah) Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu [51:56]

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya dan Dia lah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. [51:57-58]

Carilah rezeki dengan ikhlas dan sempurna
Carilah rezeki dengan cara yang baik-baik sahaja
Dan janganlah kita lupa tunaikan ibadah kepada Yang Esa
Sesungguhnya mencari rezeki dalam keredhaanNya
Lebih baik dari segala harta di dunia
Sesungguh kita ada lagi alam yang perlu kita tempuh dengan jayanya
Yakni alam Akhirat sana~

"Sama-samalah kita mencari keredhaanNya, jika bukan sekarang bila? Jika maut tiba, bagaimana? Jangan butakan mata hati kita, bukalah ia seluas-luasnya. Cinta manusia, cinta juga. Bawalah 'cinta' ke arah redhaNya. Kerana cinta berteras redhaNya, ialah cinta membawa ke syurga. Kuharapkan cintaku begitu juga"


Ikhlas dari hambaNya









Tuesday 28 August 2012

Siapakah aku sebenarnya

Tika angin-angin pantai membadai tubuhku, tika itu fikiranku melayang jauh.

Siapakah diriku sebenarnya?
Adakah aku baik orangnya?
Adakah aku hambaNya yang bersyukur sentiasa?
Adakah aku berselawat kepada kekasih Allah yang mulia?
Adakah aku telah melaksanakan tanggung jawab ku sebagai anak ibu & bapa?
Adakah cukup segala kelengkapan pembelajaran adinda tercinta?
Adakah aku insan yang kenal apa itu erti cinta?
Adakah aku layak memiliki cinta dia?
Adakah "rumah kata pergi kubur kata mari" sentiasa terngiang-ngiang di kepala?
Adakah aku sentiasa ingat matlamat yang terutama?
Yakni kembali ke peraturan yang teratas dalam carta
Siapakah aku sebenarnya~

Nukilan ikhlas utk pembaca

Syawal yang lalu

Syawal kali ni disambut sederhana
Seperti-seperti tahun sebelumnya
Cuma syawal ini berlaku sedikit lonjakan paradigma
Moga Allah meredhai segala-galanya

Wahh atif dah boleh jalan ke?
Eh saya belom boleh jalan lagi le
Boleh berdiri tanpa tongkat je ke?
Saya menupang tangan pada ninja250r le

     Syawal pertama kali ini disambut tanpa kelibat adinda-adinda yang jauh diperantauan. Seorang sibuk melaksanakan tugas perjaga perairan negara, seorang lagi pula sedang menyesuaikan diri di negara orang. Pesanan ayah hari raya kali ini ialah



1) Berubahlah ke arah kebaikan
2) Janganlah dikenang perkara yang lepas
3) Memuji mana-mana anak yang ada effort ke arah perubahan positif(ni aku..poyo)
4) Beraya kali ini tidak cukup 2 orang. Sambutlah seperti ada kesemuanya. Lambat laun bila semua dah berumah tangga ibu ayah pasti kesunyian
5)Memohon maaf dengan segala kesilapan

     Selesai solat sunat eidulfitri, ramai datang ke rumah ku. Sanak saudara terdekat & jiran tetangga. Raya kali ini tak seramai tahun lepas. Tahun lepas orang tak putus-putus datang. Sedara mara yang jarang datang pon boleh terpacak di depan rumah ku. Mungkin kerana menziarahi diriku yang masih terlantar di atas katil. Atuk ku juga datang ke rumah. Bukan kami yang balik kampung dahulu. betapa sayangnya atuk kepada cucu-cucunya terutama mereka yang sedang sakit. Oleh kerana kampung ku dekat dengan rumah (gemencheh) maka kebiasaannya kami akan pulang ke kampung petang raya pertama.
Pemandangan luar masjid
     Raya kedua pula kami sekeluarga perlu menunggu saudara sebelah ibu datang ke rumah. Kebanyakkannya datang jauh dari klang & petaling. Saudara sebelah ibu semuanya orang bandar~ Raya ke3 masih menunggu sedara mara ke rumah. Jam 10 pagi, deruman ninja250r memecah kesunyian. Angah sampai pagi raya ke3. Raya ke4 kami ke rumah atuk & nenek sedara sebelah ayah di area jelai, Gemencheh & tampin. Petangnya kami bercadang ke Melaka (rumah mak long), malangnya mak long tiada dirumah & kami berjalan-jalan ke masjid terapung melaka. Masjid selat melaka. Masjid yang indah. Mungkin lebih indah pada waktu malam.








cuba lihat siapakah makhluk yg menyebok dibelakang

Makhluk itu datang lagi


      Raya ke5 pula, diriku keluar beraya ke temerloh & seremban. Temerloh ke rumah yana untuk menghantar duit raya+hadiah UPSR untuk Balqis(adik bongsu yana). Kemudian kami ke rumah fahizah(mata air angah) kemudian ke PD menghantar fahizah kembali pulang ke KTD (kolej tentera darat). Lama juga berada di sana menunggu fahizah berbaris dulu. Walaupun petang tu agak lewat, aku sempat menyuruh angah ke seremban jaya fasa 2. Beraya di rumah erny. Sebelum tiba aku menelefon erny & menyuruh dia pulang (beraya ke tempat lain) sebab aku ingin beraya. Aku disambut oleh Daniel (adik bongsu erny). Oleh kerana semuanya masih belajar ke semua adik beradik erny mendapat duit raya dari aku & angah.

Gadis domok

Gambar yang nak di whatsapp ke fahizah(haha)
 Pada raya ke6 kami berangkat ke KL. Singgah sebentar di mantin menziarah kakanda fazlie sekeluarga. Kakanda miza kelihatan masak pelbagai jenis lauk untuk kami. 3 pinggan aku sebat. Lihatlah anakanda aiman & atif waie yang comel. Meriah keluarga ni melihat telatah 2 cahaya mata yang mempunyai personaliti yang jauh berbeza.
Atif waie(gambar die berlesung pipit susah nak dapat)
Aiman yang hyperaktif
     Seminggu sudah raya berlalu. Ada beberapa perubahan yang berlaku dalam diriku tetapi biarlah ianya menjadi rahsia. Moga diriku diberi hidayah Allah dan moga diriku sentiasa berada di jalanNya

"Kepada orang jauh nun di sana, satu hari nanti sampai berita, janganlah kau menyalahkan diriku pula, Aku hanya insan yang lemah dalam segalanya, bukan niat untuk merampas apa-apa, cuma cuma memberi kasih sayang di hari raya. Selamat hari raya"


ex Karipap Basi, abg tough

Friday 17 August 2012

Ramadan & Syawal ini

     Ramadan akan pergi untuk sekian kalinya & tibalah sinar kemenangan umat Islam di seluruh dunia tak kala berjaya berperang dengan hawa nafsu selama sebulan. Peperangan itu bukan sekadar tahan lapar dan dahaga malah menahan diri dari nafsu yang membelenggu diri ini. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Berpuasa penuh kerana tiada bulan tak kunjung tiba yakni dengan kata lain tidak datang bulan kerana diri ini seorang lelaki (tu pon nak cerita)

     Dalam sebulan berpuasa ini juga, banyak perubahan yang berlaku secara zahir dan batin dalam diri ini. Insyallah taraweh masih penuh sehingga malam ni. ohh malam ni last, Alhamdulillah taraweh penuh untuk Ramadan kali ini. Tiada sesalan jika ditakdirkan diri ini tidak bertemu lagi Ramadan akan datang. Banyak lagi perubahan yang baik, antaranya tulang kaki bercantum dengan baik & doktor menjangkakan 2bulan dari sekarang diri ini boleh berjalan tanpa tongkat. Riang rasa hati pabila mendengar berita itu. Ada juga beberapa perubahan yang tak berapa baik tetapi aku biarkan ianya berlalu.

     Syawal pertama kali ini, tiada angah & zai. Angah mungkin pulang ke rumah dalam raya ke3 atau ke4. Angah sedang berkhidmat di Lumut perak, Zai pula di Indonesia melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran/medic di Makasar sulawesi. Adik-adikku yang lain mula merungut pabila raya kali ini ahlinya tak cukup 2 orang. 3 4 tahun yang lepas hanya aku seorang yang tidak pulang beraya dek kerana cuti semester tamat beberapa hari sebelum raya. Yelah, di Jepun mano ado orang Islam nak kasi cuti-cuti raya macam di Malaysia. Tika orang seronok beraya, diri ini menghadiri ke kelas dengan berpakaian baju melayu. Mat-mat jepun pandang pelik je kerana pelik melihat student-student Malaysia mengenakan baju melayu & baju kurung.

     Kenangan hanya tinggal kenangan. Kini diri ini berada di rumah & sedang menaip entri dengan terpaksa kerana malas. Bukan itu sahaja, diri ini ada benda hendak diceritakan tetapi biarlah cerita itu disampaikan dalam entri yang akan datang. Cuma diri ini ingin mengucapkan selamat hari raya terutamanya kepada adinda-adinda yang jauh di sana. Toksah dok nangis makan biskut raya sebab ibu ayah kat sini nangis bila anak-anak mereka tiada untuk beraya bersama.

     Pesanku untuk angah moga-moga jalankan tugas dengan baik dan jujur kerana sesungguhnya hasil dari kerja itu ialah hasil yang bakal menjadi darah daging. Maka kejujuran adalah paling penting ketika kita melaksanakan tugas. Kepada zai along ucapkan selamat maju jaya dan belajar lah dengan bersungguh-sungguh kejar la cita-cita itu. Teteapi tika adinda berdua sedang mengejar laskar pelangi, jangan dilupakan perintah Allah kerana dunia hanya sementara. Hebat di dunia tak bermakna selamat di akhirat. Jadilah insan yang kejar kedua-duanya. Ibu, ayah & along sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Insyallah.
"Tiada ucapan yang lebih indah melainkan....Yeayy along rayo kek ghumah korang rayo kek lumut ngan indon..yes..hahahahahahahah padan muko..yeay..along minta maap..tapi yes gak..hahahah "
Dari along yang ensem & bergayo