Saturday 30 June 2012

hoore hoore!!


Setiap penciptaan itu tiada sia-sia,, semuanya saling memenuhi keperluan antara 1 sama lain. 
Cantik luaran tak mampu menandingi kejelitaan dalaman yg jauh lebih hebat.
Cinta sejati tidak mngenal paras rupa..tiap-tiap yg dicintai adalah wajah yang paling cantik dalam dunia
Cinta ibu bapa melangkaui mana-mana cinta lain..
Rakan sejati tidak akan berubah hati walaupun musim bersilih ganti
Ikutlah resam matahari, walaupun dibenci tetap menyinari bumi memberi sinaran yang membawa rezeki


Ini adalah sedutan kata-kata yang terdapat dalam filem muzikal lagu-lagu sudirman Hoore Hoore lakonan Farah Nazirah, Akim , Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Adibah Noor dan ramai lagi...(watak bibir....ehh watak lain tak minat). Cerita yang penuh dengan drama, komedi, emosi dan perasaan ditambah pula dengan lagu-lagu arwahyarham Sudirman yang dinyanyikan semula oleh watak-watak ini.

Cerita ini mengisahkan seorang gadis kampung bernama Nurul Aiman yang sentiasa dijaga oleh ibu bapa dengan didikan agama yang baik tetapi sering menjadi tumpuan rakan-rakan persekolahannya terutama Rita (yang bajet bibir seksi) kerana dia seorang yang tembam dan chubby. 


Tetapi dengan watak comelnye yang chubby dan bergigi taring (mengingatkan ku kepada seseorang..tapi siapa ya??) dia cuba membuktikan dia boleh keluar dari kepompong rendah dirinya dengan menyertai pertandingan ratu idola atas nasihat neneknya. Dia sering diberi sokongan oleh nenek, Johari dan ayahnya yang sangat sporting.

Merisik khabar merupakan antara lagu kesukaan ku.

Banyak rintangan dan dugaan yang dilalui hingga hilang rakan-rakan, halangan ibu yang tidak menyukai anaknya menggadaikan maruah dengan menyertai ratu idola dan rintangan paling hebat apabila kehilangan neneknya yang meninggal sebelum final pertandingan itu. Namun diharungi segala cabaran dengan cekal hingga dia berjaya memenangi pertandingan itu tetapi dia menyerahkan hadiah dan crown ratu idola itu kepada Rita kerana dia merasakan kemenangan yang terbesarnya adalah dengan kehadiran ibu bapanya.



Semua lagu sudirman memang terbaik dan dinyanyikan semula dengan baik terutamanya lagu-lagu Farah Nazirah. Lagu paling ku suka adalah lagu terakhir 'terasing'(Lagu di atas). Sedih dan penuh makna. Kalau nak kasi rating. Aku kasi 10/10 untuk cerita ini. Cerita yang menarik dan perlu ditonton terutama yang meminati lagu-lagu Sudirman. Aku tengok pon tersentuh hati inikan ibu ku yang baru sahaja menonton dan menitiskan 'air terjun' yang amat dasyat.

"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM, BUKAN MANIKAM YANG LEGAM, TETAPI MANIKAM YANG INDAH TERSERGAM"

Friday 29 June 2012

Pandangan seorang manusia


Malaysia merupakan salah sebuah negara yang agak aman berbanding dengan negara-negara lain. Aman dari malapetaka besar seperti gempa bumi, gunung berapi dan sebagainya. Malaysia juga agak aman dari segi jenayah berbanding dengan negara-negara lain. Mengapa diri ini menggunakan perkataan 'agak aman'? Jenayah-jenayah seperti penculikan, pembunuhan dan jenayah-jenayah besar yang lain telah mula kelihatan muncul di kaca tv anda. Pelbagai kes melibatkan nyawa dan harta benda telah mula tersebar luas di negara ini. Namun, negara kita masih belum mencapai tahap seperti negara barat yang menjadikan senjata pistol atau senapang sebagai benda yang wajib disimpan dan dimiliki.

     Walaupun negara ini 'agak aman' pada kaca mata diri ini, diri ini tetap tidak menyenangi dengan warna warni politik negara ini. Tidak kira  kerajaan atau pon pembangkang  sama sahaja. Yang bezanya cuma siapakah kuasa yang memerintah sekarang? Cuba kita selami situasi politik di negara ini. Fitnah menfitnah merupakan asam garam dalam politik di Malaysia. Semuanya suka menuding jari kepada musuh-musuh politik masing-masing. Itu rasuah, ini makan duit rakyat, itu peembaziran, ini songlap & macam-macam lagi. Bila ditanya apakah pandangan politik diri ini? Maka secara terus terang diri ini di atas pagar 50-50.

     Diri ini bukan hendak menunjukkan kehebatan atau keburukkan sesetengah pihak, tetapi diri ini mahu melontarkan pendapat yang pada diri ini..... "eiii kenapa jadi macam ni" punya pendapat (poning apo ayat den ni?)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
1)Pemimpin
Jika disebut sebagai pemimpin kerajaan pasti semuanya terfikir "kereta besar, pakaian lengkap dan kaya" Adakah pemimpin dilantik oleh rakyat tugasnya untuk mengumpulkan harta benda? Adakah masalah rakyat itu hanya sebagai masalah yang remeh temeh. Lihatlah sahaja pemimpin di sini. Sampai ada yang berkata "kalau askar mabuk jadi pemimpin gitu la~"

Tidakkah diri itu berasa hina dengan kutukan dari rakyat jelata dek kerana sikap sambil lewa sebagai pemimpin. Orang datang rumah untuk mengadu masalah dia atas rumah gelak-gelak sedang enak diurut oleh tukang urut. Ini baru pemimpin kecil-kecil dekat-dekat. Belum lagi pemimpin yang besar-besar yang jauh lagi hebat.

Anda seorang lelaki yang memimpin keluarga dan negara, tapi mengapa anda memberi peluang kepada isteri anda mengambil 'spotlight' sebagai pemimpin TERBESAR negara? Jika pergi ke luar negara pasti banyak duit yang dihabiskan dan dibelanjakan. Saya sedar siapa diri saya dan saya tidak layak dalam menidakkan tindakan anda tetapi tidakkah anda sedar anda hanyalah manusia biasa seperti rakyat jelata lain. Tidakkah anda ada rasa bersalah menghabiskan wang yang banyak hanya semata-mata mahu tidur atau menginap di hotel yang mahal. Bermalam di hotel mewah yang menelan belanja hingga berpuluh-puluh ribu hingga mencecah ratusan ribu ringgit. Tidak berbaloi anda menghabiskan duit sebegitu rupa kerna anda hanyalah seorang pemimpin 'TERHEBAT' negara yang tampak hebat menginap di hotel-hotel yang terkemuka dunia. 
(mana saya dapat maklumat? Dalam paper pon boleh jumpa)

Duit itu boleh digunakan lagi untuk rakyat. Simpanan duit itu boleh dihabiskan untuk rakyat yang amat miskin. Anda tidak takut nanti disoal di padang masyar dengan pembaziran yang anda lakukan? Pemimpin keluarga yang tidak dapat menjaga anak isteri juga boleh ditarik ke arah api sana, inikan pemimpin negara lagi banyak anda akan disoal sana. Takutlah Allah takutlah api neraka kerana sesungguhnya azab itu bukan bagai digigit semut api. Diri ini tidak ada hak untuk menentukan syurga neraka anda tetapi diri ini hanya ingin menasihatkan anda agar tidak terjerumus ke lembah yang hina itu.

Firman Allah
'Hai anak adam peliharalah dirimu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.'

Janganlah kau perkecilkan hukum Allah kononnya hukum Allah itu sudah tidak relevan sudah lapuk. Hukum Allah itu Maha Adil dan hukum hudud itu adalah yang terbaik untuk dijalankan di mana-mana jua. Janganlah kamu menggunakan ahli-ahli kamu (ustazah/ustaz) yang lain untuk mempertahankan kedudukan kamu. Kononnya jika tangan pencuri dipotong, maka akan menyusahkan kehidupannya di dunia nanti. Tak logik dek akal. Itulah tujuan hukuman itu dibuat. Agar orang takut hendak mencuri lagi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagi pemimpin yang tak habis-habis dengan scandal yang pelik-pelik. Memang benar, Tun Mahathir sendiri secara sinis pernah mengakui beliau pernah menzalimi anda, tetapi kenapa cerita pelik-pelik yang berkaitan anda tak pernah nak habis? Fitnah? Mungkin fitnah tetapi mengapa diri sendiri tidak cuba mengelakkan diri daripada difitnah? Ingat lagi ketika seorang insan melemparkan tuduhan ke atas anda dan dia mencabar untuk membuat sumpah laknat? Mengapa anda tidak menafikan tuduhan itu dan menyahut cabaran? Mengapa anda membiarkan diri anda dipandang hina? Dengan melafazkan sumpah itu dapatlah anda menutup mulut orang yang anda dakwa sebagai penfitnah. Mari rujuk pendapat Dr. Mohd. Radzi

Ada yang pernah memberitahu saya bahawa sumpah laknat itu hanya untuk suami isteri sahaja. Tapi benarkah?

Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.

Apa? Saya tiada tauliah dalam agama? Benar,,memang benar saya tiada hak dalam memberi pandangan saya tetapi sumpah laknat itu adalah satu-satunya cara untuk menentukan keadilan di sisi Allah. Mahkamah dunia ini tidak sama adilnya seperti mahkamah Allah. Apa? Sumpah tak boleh buat main-main? Perlu rujuk dahulu?

Benar, sumpah memang tidak boleh dibuat sebagai alat gurau senda. Tidakkah anda tahu, sumpah mubahalah ini biasa dilakukan ketika zaman Rasulullah apabila melibatkan 2 pihak yang ingin mengaku dirinya benar dan pihak yang lain salah. Maka kedua-duanya akan melafazkan sumpah itu. Siapa yang berdusta, kelak menerima balasan Allah yang amat dasyat. Tidak kira tuduhan jenayah, zina atau pertikaian harta benda mahupun kebenaran peribadi.

 'Berani kerana benar takut kerana salah' bukannya
 'berani kerana tak takut hukum Allah, takut kerana nak rujuk dahulu hukum bersumpah'
--------------------------------------------------------------------------------------------------
2)Rakyat jelata
Hai rakyat-rakyat jelata janganlah kau menjadi hamba kepada pemimpin mu dengan memburuk-burukkan pemimpin lain dan berbalah-balah antara kamu kerana 'dacing' dan 'bulan' tak boleh bersatu. Kita sebagai umah Islam wajib bersatu dan bersama-sama memperjuangkan agama Allah. Ingatlah bahawa politik itu bukan menjadi arah tujuan sesebuah agama tetapi agama itulah yang berhak menjadi jalan petunjuk untuk politik yang lebih baik dan adil. Engkau melaungkan keamanan keadilan tetapi engkau sendiri tidak bersikap adil. Diri ini juga tidak pernah lari dari melakukan kesilapan kerana diri ini tidak sempurna.
  • Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam menguruskan harta negara.
  • Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang jalan raya namun mengharapkan mahkamah yang telus & saksama.
  • Berapa ramaikah rakyat yang mengharapkan pemimpin itu jujur sedangkan ketika 'punch card' masuk kerja mereka sendiri mereka tidak jujur. [punch card, claim & mc]
Imam Ibnu Katsir menjelaskan

"Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang zalim yang lain. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya dan sebahagian mereka diseksa dengan sebahagian lainnya sebagai balasan ke atas kezaliman mereka" (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

Rakyat juga suka share di facebook kononnya ini zalim itu zalim tanpa usul periksa kebenarannya seperti baru-baru ini kononnye tarif bil elektrik itu sebenarnya menipu rakyat walhal orang yang menyebarkan cerita itu sebenarnya yang zalim. Salah kira.. Apa dah~ lain kali kaji dulu periksa dulu sebelum menyebarkan berita. Orang lain pon turut serta menyebarkan cerita sambil meninggalkan komen yang tak sedap nak dibaca. Orang kita ini kalau tak di'vavi'kan tak di'vongok'kan memang tak sah. Walhal benda yang engkau tengah komen ni salah ni. Beringatlah bahawa tiap-tiap tulisan yang orang baca itu akan meninggalkan kesan. Diri ini juga beringat juga hendak menulis jadi bukan sewenang-wenangnya saya menulis tanpa rujukan kerana diri ini takut menyebarkan fitnah. Marilah kita bersatu bersama-sama mempertahankan Palestin dan janganlah kita pertahankan yahudi israel laknatullah.



"DIRI INI TAK SUKA, BILA SESAMA ISLAM HINA MENGHINA, JANGAN SATU HARI NANTI KITA TERGADAI NEGARA!!"


Dari insan yang lemah

Thursday 28 June 2012

sudah reput nak~

     "Along...bgn da pkul 530 dah ni... Long..bgn~"

     Mata ku terbuka kecil... Rasa ingin tidur semula..mngantuknya... Sgt2... Namun ku turunkan kaki kanan ku perlahan lahan...lantas ku tarik seluarku ke atas, ku tarik bandage yg dililit di sekeliling pehaku itu...kemudian ku buka pula 'gauge' yg ditmpal menutup luka2 dari bekas besi yg pernah doktor pacakkan di kakiku...dengan besi itu, dapatlah aku menonton euro2012 secara langsung & in HD..beyond gitu..

     Kelihatan luka-luka semakin kurang...cuma parut-parut saja yg tinggal..biarkanlah parut di kulit asal jangan sesekali tinggalkan parut di hati ibu bapa ku...

     Ku bangun perlahan-lahan dengan 'walking frame' ku ke arah bilik air... Mandi..Alhamdulillah..lebih mudah untuk mandi tanpa besi..kalau tak puaslah siram sebelah badan je...sekarang boleh mandi seperti biasa...selesai mndi.. ku angkat hadas kecilku dengan air mutlak yg mengalir sejuk...segarnya... Selesai bersiap-siap dan solat.. Sebelumku bergerak ku cium pipi dahi ibuku...

     Hari ni hari ke2 aku berubat di seremban..kmpung merbah.. ubat secara tradisional... Smpai lebih kurang pkul 730... Segera ayah mengambil no giliran...32.. adoi lambatnye... Wak mus mula membuka pintu rumah jam 8 pagi... Tetapi ada yang dah datang sejak pukul 4 lagi untuk mngambil no...ramai... Kira-kira pukul12 lebih barulah no ku dipanggil...
"mlm td sakit x?"
"x wak"
"saya buat untuk kamu sampai pukul 230 pg.. tolong kamu ada masalah.. besi yang pernah duduk dalam kaki kamu tu menyebabkan kaki bernanah dan nanah tu mengalir dalam tulang2..hingga menyebabkan tulang kamu mereput..macam takde getah...susah nak bercantum.. tp kita cuba cara lain..."
Maknanya aku akan diubati lain daripada pesakit patah yg lain..kerana dah terlalu lama..
Aku agak terkasima,,bukan terkasima tengok wak tu seksi ke apa,,aku terkasima apabila tiap2 anggota yang aku rasa patut direpair semuanya diusik oleh wak tanpa perlu ku beritahu...
  1. Pergelangan kaki (tak boleh angkat kaki ke atas)
  2. Lutut (tak lurus tak straight)
  3. Peha (tulang tak cantum)

     Lalu dibacakn doa-doa yg biasa ku dengar ada sebahagiannya di ambil dari ayat-ayat al mathurat..dan banyak lg ayat-ayat lain... Dialas kakiku dengan kakinya. Di tekan sisi peha ku lantas menyuruh ku memijak kaki nya...

Prapppp~ (tulang peha ku berbunyi) arghhhh skt... Aku hanya tahan dengan badan menggigil.. sambil terterik pinggangku.. sakit...dialihkan tangan ke titik yg lain...lalu disuruh memijak kakinya lagi..tiada apa yg brlaku..tak sakit seperti tadi... Di alih ke tmpt lain... 

Prappppp... Bunyi tulangku meletup lagi..bom cikebom meletup...arghhhh.... Berpeluh-peluh aku menahan sakit...apa yang dikatakan langsung tak ku dengari..aku hanya tahu aku sedang sakit...lantas aku merasakan bahu ku dipegang..ayah memegang bahu ku..dia mngerti kesakitan ku itu...

prapppp... Lagi tulang berbunyi....merah muka ku...

"Tahan sakit ye nak..sian saya tengok anak ni..da lama sangat..." Selepas beberapa lama aku tak berasa sakit lagi  selepas beberapa lama walaupun wak itu menekan tempat yang ditekan tadi... Mula-mula dia berkata pada tulang "hai tulang...kau baiklah dalam 3 mnggu...dalam 3 mnggu boleh berjalan...tp harini dia berkata...hai tlg kau sembuhlah dengan sempurna dalam 3 bulan"

Aku telah ikhtiar banyak tempat...tapi tiada yang 'rasi' bak kato orang tuo...tiada yg serasi... Bkn aku tak mahu percaya... Tetapi hatiku sendri yg menolaknya... Petua ayah...sebelum berubat cuba yakin yakin yakinkan hati...aku yakin boleh sembuh...cuma kadang kala sikap org yang mengubati ku ada yang agak meninggi diri... Bukan nak memalukan sesiapa. Tetapi bayangkan anda tengah sakit mengharapkan ada penawarnya. tetapi tukang tawar kata seperti ini (tempat lain yang pernahku pergi)

"Ini senang je ni.. petik jari boleh buat"
"N9 xde org boleh buat ke?"
"Kejap je boleh baik ni.. Senang je"

Lihatlah... Setelah berpuluh-puluh kali berubat barulah pakcik ni mengakui banyak-banyak pesakit yang datang... akulah pesakit yang paling susah pernah dia cuba ubati... Tak baik pon... Mungkin inilah hikmah sakit ini... Menundukkan kepala orang yang merasakn mereka hebat... Agar selepas ini mereka lebih baik lebih rendh diri lebih IKHLAS dalam mengubati orang... 

     Wak mus yang di kampung bukit merbah ni tidak begitu... Aku yakin dengan kuasa Allah dan melalui wak mus ni...insyallah inilah perubatan yg serasi denganku.. memang ku dapat rasakn bagaimana perbezaan kaki ini...mngkin baru lagi..insyallah tak lama lg sembuhlah...sah hampir 2tahun tapi aku masih tak mampu lepaskan tongkat ku itu...aku redha... Tanpa rasa kesal tanpa rasa risau...aku hambanya aku terima segala-galanya..semuanya yg terbaik untukku.. 

     Air ubat yg diberi kepadaku rasa kelat...air mineral je pon..ttapi kalau aku minum aku rasa air itu kelat macam makan rambutan muda (sape tak tau kelat tu macam mana boleh try mkn rambutan muda) tp kalau orang lain minum mereka tak rasa kelat pon..pelik betol... Aku harap inilah pengakhiran perubatan ku... Ni la yang terakhir.. aku harap sebelum raya aku da lepas tongkat... Da bole keje da bole 'on' menyaman insuran kereta yang melanggarku di mahkamah... Harap-harap segala kesusahanku dan ibu bapaku berbayar... Tak di dunia aku nak di akhirat...
Gambar hiasan model remaja edisi temerloh (kenyit comey gitu nyahhh~)
Yang paling penting aku nAk kawen...kawen.... Kawen..... (leleh air liuq)

Eh eh...mntk maaf...terlebih sudah mak jemah..

"TIADA YANG LEBIH MULIA MELAINKAN BERSIKAP MERENDAH DIRI DALAM DALAM SEGALA URUSAN"


Yang melaporkan berita

Tuesday 26 June 2012

Lelaki oh lelaki

Bagai bidadari yang mampu menggoncang bumi
Turunnya sebagai penyeri
Keindahannya tak terperi
Sebagai penyejuk hati

Benarlah kata-kata yang pernah kudengari
Jangan jadikan isteri itu hak milik suami
Tetapi ibaratkan diri seperti orang kaya yang dianugerahi
Anugerah isteri mulia dari Ilahi
Turunnya untuk sang suami
Untuk dibelai dan dicintai

Sebagai seorang LELAKI yang mulia
Solat dan ibadah sentiasa dijaga
Ibu bapa sentiasa dipelihara
Rezeki yang halal dicari untuk keluarga
Malangnya bila sudah berumah tangga
Si isteri tidak seperti sang ketua
Pernahkah dengar lelaki lain berbicara?

Cantiknya isteri dia
Serius hot gile
Dari atas sampai bawah menawan
Sedap sedap sedap hati ku tertawan [Ayat ini pasti terjadi..diri ini tak terkecuali..Astagfirullah]



Mungkin si isteri bersama-sama ikut bersolat
Tapi mengapa masih menunjukkan aurat?
Adakah bangga dengan isteri yang cantik bak model terhebat?
Adakah merasa rugi ditutup aurat?
Adakah kecantikan itu  untuk tontonan semua?
Adakah rahsia wanita yang bernama isteri khas untuk dikongi bersama?

Janganlah dipersalahkan diri ini
Teguran ini bukan teguran peribadi
Teguran ini juga untuk diri sendiri
Benar~ Diri ini tiada isteri tidak mengerti
Tetapi diri ini tahu serba sedikit apa erti menjadi suami
Tidakkah kamu tahu betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki di dalam mahligai itu
Bukan setakat anak isteri, tetapi juga tanggungjawab untuk keempat-empat ayah ibu
Kerana pabila si isteri diserahkan oleh wali
Dia tiada ikatan yang kuat lagi kepada family
Kerana ikatannya telah diserahkan kepada sang suami
Dan sang suami akan menjadi pengganti diri
Kesemuanya perlu dijaga dan dihormati
Begitulah beratnya menjadi suami
Bukan tugas sang suami 'sap kok sambil mintak kopi'
Bukan tugas suami 'leklu~ waktu taubat lambat lagi~'
Tetapi ada tugas yang jauh lebih besar lagi

Allah mengangkat marbat SEORANG LELAKI
Allah meletakkan JANJI SYURGA ISTERI DENGAN TAAT PADA SUAMI
Gabungan rumah tangga yang bahagia terletak pada ketegasan si suami dan kelembutan si isteri
Suami berperanan memimpin si isteri ke jalan yang diredhai

Ingatlah bahawa SYURGA ALLAH yang penuh dengan nikmat luarbiasa
Bukan mudah untuk kecapi syurga tapi ada jalannya
TAAT TAAT TAAT TAAT TAAT lah pada Allah Rasul dan ibu bapa
Serta jagalah diri dari terjebak kepada dosa

Firman ALLAH (At-tahrim ayah 6)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari seksaan api neraka"

Orang yang beriman yang dimaksudkan ialah suami yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarga daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menjadi penyelamat dengan mendidik mereka ilmu-ilmu fardhu ain termasuklah ibadah umum yang wajib diketahui termasuklah ilmu mentauhidkan Allah s.w.t.

4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke dalam neraka kerana wanita
  1. Ayah - duhai lelaki yang bergelar ayah. Bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya solat? Tutup aurat? Ilmu agama?
  2. Suami- duhai sang suami. Bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimanakah akhlaknya? Adakah kau DAYUS? Kau biarkan isteri kau menggunakan dirimu. Kau ikut segala perintah isterimu bagai kerbau yang dicucuk hidung.
  3. Abang-abang - duhai abang-abang yang mencintai adik-adik perempuannya. Jangan hanya menjaga amalmu. Di mana adik-adik perempuan mu itu?
  4. Anak-anak lelaki - duhai anak-anak mulia. Pernahkah kau menderhakai ibu mu? Pernahkah kau 'alaaaa~' 'ahhhhhh!!' 'bisinglahh makk!!' kepada ibumu? Ingatlah kalau ibumu pergi tanpa redha kepadamu,, ucaplah selamat tinggal kepada syurga-syurga itu.

Diri ini tidak sesempurna mana
Diri ini ada juga celanya
Diri ini bukan juga anak yang mulia
Diri ini tak lepas dari dosa-dosa dunia
Kerana tiap-tiap yang berdosa itu rasa enak belaka
Diri ini lemah seperti insan-insan biasa
Cuma diri ini ingin kirimkan pesan
Kepada rakan dan taulan
Yang sudah bergelar suami dan bapa
Ingatlah pesanan yang tak seberapa
Agar kita dapat kecapi bersama
APA ERTI NIKMAT SYURGA

"BAIKI DIRI BAIKI KELUARGA, AGAR DAPAT APA YANG DIIMPIKAN TIKA DI SANA"

Dari diri yang tak sempurna

Monday 25 June 2012

Antara kasih dan jarak

     Jarak bermaksud gerakan sesuatu objek dari1 titik A hingga ke 1 titik B. Kasih sayang itu ialah 1 jenis perasaan yang menghubungkan antara 1 makhluk kepada 1 makhluk yang lain. Dengan rasa kasih dan sayang maka tiap-tiap makhluk akan sentiasa kasih-mengasihi, cinta-mencintai, hormat-menghormati, percaya mempercayai, saling mengambil tahu dan saling ingat-mengingati.

     Jarak bukanlah 1 tanda aras atau sempadan untuk berkasih sayang. Seperti keimanan kita kepada Allah yang maha Esa. Sempadan negara hanya dapat membezakan tinggi rendah tahap ekonomi, buruk baik ideologi politik dan miskin kaya masyarakatnya tetapi sempadan negara tidak dapat membezakan iman kita dengan Tuhan. Muslimin muslimat itu sama rata dan setaraf pada Pandangan Ilahi. Jika ada walau secebis iman di dada seseorang manusia itu, mereka tetap berpeluang mencium bau syurga. Bezanya cuma antara cepat atau lambat sahaja.

     Dalam berkasih dan sayang itu tersimpan seribu macam perasaan yang sukar digambarkan. Kasih sayang itu cinta tanpa suara tanpa bicara. Cinta sejati lahir dari hati yang tulus murni. Melalui mata terlihat senyuman manis terlihat raut wajah yang menyejukkan hati dan pasti hati akan terdetik, ohhhhh inilah cinta kurniaanMu ya Allah. Memang benar mata itu pintu panca indera, mata itu pembuka bicara panca indera dan mata itu pembuka cerita. Tetapi janganlah kerana berjauhan, tidak bertemu antara mata dan mata maka kasih sayang itu makin lenyap makin pudar berlalu mengikut peredaran masa. 

Janganlah biarkan diri itu sepi tanpa kata.
Janganlah biarkan jiwa itu rindu tanpa berita.
Janganlah jadikan impian itu sebagai tembok derita.
Janganlah kerana manusia lain hati itu dibiarkan sahaja.
Janganlah mengharapkan hati-hati lain menjadi penganti jiwa.
Kerna sesungguhnya kasih itu berbeza, kasih itu tak sama, kasih itu tiada tara.
Kerna manis cinta itu berbeza antara tiap-tiap manusia.
Janganlah tinggalkan dia bagai layang-layang terputus talinya.
Sudahlah putus tak pergi cari pula.
Layang-layang tidak akan terbang sendiri tanpa talinya.
Carilah layang-layang itu. Baikilah ia.
kerana layang-layang itu ingin terbang kembali bersama tali cinta.

Cintalah kerana Tuhan Yang Maha Esa,
Cintalah kerana mengharapkan keredhaanNya.
Sesungguhnya Dia lah Tuhan segala-galanya

"IT'S NOT ABOUT DISTANCE, IT'S ALL ABOUT TRUST AND LOVE"

Insan yang mengambil berat







Kot-kot ada yang terasa.
Ini hanyalah cerita.
Tiada kena mengena antara manusia
KOIIIII!!! Gurau ja~


Sunday 24 June 2012

Ular oh ular

     Di tanganku terdapat seekor ular sawa yang amat panjang. Ku tangkap dan ku pegang rapat ular sawa itu. Aku disuruh untuk menggantungkan ular itu di atas sebuah tiang yang berpalang. "Saya tak cukup kuat. Ular ini besar dan panjang" kata ku. Namun, aku cuba dengan segala kekuatanku dan aku melemparkan ular itu tanpa banyak masalah. Wow..hebat juga~ ni semua berkat angkat dumbbell tiap-tiap hari la ni. Ular itu tergantung dan tersangkut. Pada hemat ku, ular ini sengaja digantung untuk tontonan ramai. Rupa-rupanya ular ini hendak disembelih. Suasana menjadi suram mendung. Kelihatan rakan-rakan STJ, JAD dan ramai lagi berada disekelilingku. Aku tak dapat mengenal pasti secara tepat di mana aku berada ketika ini.

     "Ular ini untuk kekuatan mu ular ini sebagai kuasa penyembuhanmu" jerit 1 suara kepada ku. Lantas kedengaran suara-suara yang membaca doa sambil semua menadah tangan. Aku suruh disembelih ular itu namun aku tak mampu nak melakukannya.  Ada seorang insan yang amat ku kenali menarik ular sawa yang malang itu lantas ditikam nya dan disiat-siat kulitnya. Tanpa berfikir panjang insan itu merratah daging ular itu dengan rakusnya dan mencampakkan ular itu kepada orang lain. Orang itu ialah rakan JAD (Abedin). Orang berpusu-pusu ke arah ular itu dan semua diarahkan untuk memakan ular itu dengan sekali gigit sahaja. Aku adalah antara orang yang last dan akhirnya aku menjadi orang yang terakhir. Aku dipaksa memakan ular sawa secara mentah-mentah. Dalam keadaan yang terpaksa,  sambil diperhatikan oleh mata-mata yang agak menakutkan, aku pon memakan ular itu dengan rakus. Bersorak orang sekeliling.

     Lantas aku tersedar dari tidurku. Mimpi rupanya. Biasanya aku mimpi dikejar ular-ular tedung lari hingga tak cukup tanah kerana ular-ular itu bukan seekor tetapi 3 4 ekor datang ingin mematukku. Kali ini, aku bermimpi makan ular sawa yang ditangkap sendiri dengan rakusnya. Semenjak kecil tiada binatang yang mampu menakutkan aku kecuali ular. Setakat serangga-serangga, kelawar dan binatang lain aku berani pegang dengan tangan kosong sekiranya aku diperlukan untuk mencampakkan binatang itu. Masih ku ingat junior kat jepon, Dewa penakut lipas. Aku yang tangkap dan buang keluar. Lipas pon takut. Akan tetapi, semenjak dalam kandungan lagi aku sudah ada sejarah bersama ular-ular.

     Begini ceritanya. Pernah dengar kenan ular tak? Biasa kalau cari kat google 'kenan ular' bayi atau anak kecil yang lahir kulit bersisik mata mulut merah-merah. Diri ini lain pula. Ketika itu ibu sedang mengandungkan diri ini dan sedang berada di dapur untuk memasak, ibu telah terkejut dengan seekor ular hitam yang muncul di celah-celah dapur itu. Tak pasti ibu atau ayah yang menghalau ular itu. Ayah tak silap dan ayah berkata "Ular sebelum aku memukul kau baik kau pergi dari sini. Kalau tak..." maka ular itu pon pergi sebelum sempat ayah ku memukul dan menghalau ular itu. Selepas sahaja aku dilahirkan, badan-badanku ini tiadalah bersisik atau pun mata kemerah merahan tetapi aku tak berhenti-henti menangis. Macam cerita ahmad albab. Menangis saja. Ada yang mengatakan aku menangis sebegini rupa kerana ular hitam itu.

     Itulah yang diceritakan oleh ibu. Wallahualam. Yang pastinya aku memang sangat takut dengan ular. Sebelum rumah baru dibina, ular hitam selalu masuk ke rumah. Yela, rumah peneroka felda yang lama. Rumah kayu senang dimasuki binatang binatang liar. Ular terutamanya. Walau bagaimanapun, kami sekeluarga tak pernah dipatuk oleh ular. Pernah sekali, ular muncul ketika kami bersolat di tempat solat(rumah lama la). Ular itu hanya duduk di situ tanpa mengganggu kami. Sebelum kami halau ular tersebut, ayah berpesan supaya halau dengan perkataan dahulu. Takut-takut ular itu jelmaan jin.

"ehhh ada orang hantar,
 coklat yang sedap gila,
 orang tanya best makan ular?
 gila best, meremang bulu roma"

"dari kecil dah menyusahkan ibu ayah
 dah besar masih lagi menyusahkan mereka
 ibu ayah sangat susah payah
 untuk memelihara anak teruna yang dah tua"

"harap-harap mimpi kena patuk
 yela,,dah sampai masa nak berdua
 ayah dah lama nak jadi atuk
 mengharapkan anak beri cucu pertama"


"ORANG KATA MIMPI DIPATUK ULAR TANDA MENDAPAT JODOH. KALAU MIMPI MEMAKAN ULAR TANDANYA? MEMAKAN JODOH?"



yang memakan ular sawa  & tough
Muhammad Atif Jauhari






Saturday 23 June 2012

Kaya di sini atau di sana?


     Duit, okaneお金, wang, pitih & money...Semuanya benda yang sama yang menjadi idaman setiap insan di dunia ini. Sudah menjadi lumrah alam bahawa hampir setiap insan di dunia ini begitu mendambakan kesenangan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, ada juga yang bersikap sebaliknya. Ada yang menganggap cukup makan pakai cukup untuk hidup jadilah asalkan tidak berhutang. Ada juga yang hidup melarat kerana kesempitan wang. Ada juga yang sentiasa mengeluh apa bila ditimpa kemiskinan. Janganlah jadikan alasan dengan kemiskinan yang melanda diri hingga tergadai maruah diri dan agama. Murtad kerana senang dengan mubaligh kristian yang prihatin. Nauzubillah. Diri ini tiada niat untuk menghukum, diri ini tiada hak untuk mengatakan tinggi rendah iman seseorang tetapi jika kerana dek tak larat hidup melarat janganlah hingga tergadai agama, itu lemah imanlah namanya. Pernah ku terbaca seorang insan yang mempertahankan orang yang telah murtad ini dalam facebook 

"siapalah kita untuk mengukur tahap keimanan mereka. Ini semuanya kelemahan pengagihan zakat hinggakan ibu tunggal hidup miskin dan menyebabkan isu murtad ini timbul"

Wahai si polan bin si poland(poland da kalah euro yeay). Janganlah anda terlalu menyalahkan institusi zakat di Malaysia, salahkan dahulu orang yang menggadaikan agamanya. Mengapa perlu gadaikan agama? Kesusahan hidup itu kan NIKMAT dari ALLAH sekiranya MEREKA BERSABAR DAN REDHA. Tak begitu?

Wahai atifkun anda apa tahu erti susah? erti miskin? Anda tidak berada di tempat mereka. Maaf, saya mengerti apa itu susah. Sesungguhnya ALLAH MENURUNKAN MUSIBAH DAN KESUSAHAN KERANA ALLAH TAHU TAHAP KEMAMPUAN KITA DALAM MENGHARUNGI CABARAN DAN DUGAAN. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

     Tujuan diri ini menulis kali ini bukanlah nak memberitahu untuk sekalian makhluk bahawa diri ni kaya dengan wang mahupun diri ini terlalu miskin atau pun diri ini hensem atau pun diri ini tinggi iman dan sebagainya. Diri ini hanyalah insan biasa yang sederhana yang tak berduit, nak nikah nak beri nafkah kat isteri pon tak cukup. Batin? hmmm hmmmm tak try test tak tau lagi camne (jangan merepek..serius ni). Diri ini juga bukan mahu mengulas dengan lebih lanjut isu murtad yang berlaku secara berleluasa di Malaysia. Diri ini cuma mahu mengutarakan persoalan kepada semua rakan-rakan muslim yang membaca, adakah dengan kekayaan dunia ini maka sudah pasti anda akan senang di syurga nanti? Bukanlah bermaksud diri ni berasa cemburu dengan kekayaan yang anda semua miliki. Nak kaya sila lah tetapi benarkah segala-galanya di sini?bukankah di sana? Benar, saya tak nafikan mungkin dengan kewangan yang baik kita mampu melakukan amal jariah di sana di sini. Orang yang hidup bersederhana pon mampu membuat amal jariah. Nilai tak penting yang penting hanyalah keikhlasan diri dan keredhaan Allah s.w.t.

     Sedarkah anda bahawa orang yang mempunyai harta kekayaan yang banyak terpaksa menunggu lama ketika di padang masyar nanti? Mana diri ini tahu? Benar...memang benar.. diri ini tak terima pon wahyu dari Ilahi yang mengatakan bahawa semakin kaya orang itu semakin lambat dirinya dihisab di akhirat nanti(science 101 hipotesis la plak).Tetapi diri ini pernah membaca

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
          Aku berdiri dipintu syurga, maka aku dapati kebanyakan orang yang memasukinya  adalah daripada kalangan orang miskin; sedangkan orang-orang yang kaya tertahan. [Sahih: Sebahagian dari hadis yang panjang dari Usama bin Zaid radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim - no: 2736. (Kitab Raqa'iq, Bab Kebanyakan Ahli Syurga adalah...]

 ada satu lagi hadis

Berdoa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Ya Allah, hidupkanlah aku dalam kemiskinan, matikanlah aku dalam kemiskinan dan kumpulkanlah aku (pada Hari Kiamat kelak) dalam golongan orang yang miskin.  [Sahih: Hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Ubadah bin Saamit radiallahu 'anhuma, dikeluarkan oleh Abad bin Hamid (1002), Ibn Majah (4125), al-Thabarani (dalam al-Du'a, dinukil oleh al-Haithami dalam Majma' al-Zawa'id - no: 17906 dan al-Ajluni dalam Kasyfu al-Khafa' - no: 538), al-Hakim (7911), al-Baihaqi (12930), al-Khatib (Tarikh al-Baghdad - no: 2086) dan lain-lain; dinukil oleh al-Munziri (al-Targhib wa al-Tarhib - no: 4665 & 4666), al-Maqdisi (Ahadith al-Mukhtarah, jld 8, ms 270-271) dan al-Suyuti (al-Jami' al-Sagheir - no: 1454 & 1554).]

      Pasti ramai ingin tahu mengapa ada letak [Sahih sekian sekian sekian] di belakang hadis ini. Sebenarnya diri ini mahu mengutarakan cerita Saidina Abdul Rahman bin Auf. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat dermawan. Walaupun hartanya habis didermakan pasti Abd Rahman bin Auf ni akan kembali mempunyai harta yang banyak. Terdapat 1 hadis yang mengatakan Rasulullah s.a.w nampak Abdul Rahman bin Auf ini masuk syurga dalam keadaan merangkak kerana harta yang banyak tetapi hadis itu sangat daif, maka tak sesuai lah nak kita bincangkan di sini.

     Walau bagaimanapun, merujuk 2 hadis di atas sedarlah kita bahawa Allah sebenarnya membantu hamba-hambanya yang tiada harta di dunia. Kemiskinan itu jika kita fahami maksud sebenarnya, mereka hanyalah miskin HARTA, WANG RINGGIT DOLAR YEN atau sebagainya bukan miskin amal atau miskin taqwa. Yakni mereka miskin di dunia tetapi hati kaya dengan taqwa dan taat kepada perintah Ilahi kerna sesungguhnya HARTA yang abadi itu ada di sana bukan di sini. Harta yang abadi ialah kebahagian bersama keluarga, anak-anak yang soleh dan harta yang abadi itu ialah harta yang mampu dibawa ke akhirat kelak yakni AMAL. Yang paling penting mereka ini sedar dan syukur dengan segala kurniaan Ilahi. Mereka sedar bahawa Allah turunkan ketidak'kaya'an (amboi bahasa melayu diri ini) mereka di dunia hanyallah semata-mata untuk kesenangan di akhirat SEKIRANYA mereka redha. 

     Mengapa diri ini buat caps lock kat SEKIRANYA? Tiada guna jika anda miskin dan hidup melarat tetapi anda mencuri dan melacurkan diri(ni ada sorang ustazah kata harus melacurkan diri sekiranya darurat). Wahai ustazah yang budiman (nama tak sebut..masuk politik) daripada melacur untuk mendapatkan sesuap makan dan minum lebih baik mati kebuluran tanpa maksiat. Sebelum akhiri bicara tak sah kalau tiada pencuci mata (pantunlah ..pencuci mulut makanan)

 "Da lama tak mesej2,
kat si chubby, si tembam dan si barbie,
Entri kali ni penuh mesej,
Agar dapat perbaiki diri sendiri."

"Rindu pada bulan,
bulan tak peduli,
rindu pada matahari,
matahari kata lu carilah bini"

"Dah lama tak bercerita,
Tiada masa orang bizi,
Arini pasal miskin kaya,
Kot ada terasa I'm sorry"

"JANGAN MERUNGUT JANGAN MELANGUT, HARGAI KEMISKINAN HARGAI KESUSAHAN,  DI SEBALIK KESENGSARAAN ADA SYURGA IDAMAN"


Diri yang rendah dan pendek(syukur la tu ade gak orang nak)

Thursday 21 June 2012

Besi da cabut

     Malas nak tulis tp nak bagitahu yang besi pada peha kaki sudah dicabut. Admit kat Columbia Asia Hosp. selama 2 sehari 1 malam. Operation simple tanpa GA sedation(general anesthesia). Kalau GA aku pasti pengsan tak sedar2 tapi 2 hari yang lepas aku cuma diberi Pethidine (tahan sakit) dengan Domicom(ntah camne eja ubat untuk tidur). Selepas je kena suntik maka aku pon high macam tengah terbang tinggi. 

     Tak lama selepas itu maka aku pon tertidur...tetapi aku terjaga apa bila besi dikeluarkan dari tulang & daging.Ngilu kerana besi tu panjang dan beralur macam skru. Menjerit je la yang aku mampu...Allah Allah Allah je yang aku mampu. Nurse dan doc suruh aku tarik nafas tapi tak dapek la den nak buek dooo~ sakit. Bila selesai 6 batang besi yang tercacak berjaya dikeluarkan aku kembali terlelap apa bila peha aku disapu dengan cairan Normal Selain & Povidon(ubat luka).
Power tak?semua aku tau. Dah lama duduk hospital begitu la jadinya.

     Selepas beberapa jam, aku terjaga dari tidur dan kelihatan semuanya berbeza. Oooo dah dalam wad rupanya. Semua berkata kepadaku

"Atep dah gemuk..chubby tak macam dulu"
"Atep makin ensem" (dialog ini tidak diedit untuk menampakkan lagi ketulenannya)
"Laen Atep sekarang~"

     Nasib baik aku dah punya teman...kalau tak aku ngorat dak nurse kat OT(operation theater). Comey~ hahahaha dah2..nanti ade orang bising.

     Operation kali terakhir ni semuanya menggunakan duit sendiri. Tak sangka doktor nak keluarkan besi paada follow up kali ni. Tapi nampaknya penyembuhan kaki tampak lebih cepat dari jangkaan doktor. Alhamdulillah. Ini semua berkat doa dari semua. Minggu ni sememangnya kurang meng'update' blog sebab tak da masa. Tambah pula sibuk menonton EURO 2012. Hahaha alasan sungguh. 

     Tiap kali EURO aku memang sokong Portugal dengan England. Harap-harap Prtugal & England sampai ke final. Ni pahal plak dok cite psal bola ni. 

"BERKAT DOA DAN SEMANGAT KALIAN DIRI NI MENJADI LEBIH KUAT DAN SIHAT. TERIMA KASIH"



Sunday 17 June 2012

Kenduri kendara

     Ku susun langkah berat sebelah ku ni ke rumah jiranku. Niat langkah ku ini hanyalah untuk melihat perkembangan yang berlaku di rumah itu. Hendak membantu tiada daya, sedangkan hendak membantu diri sendiri pon aku tak mampu. Jalan yang berbukit tak sekata menampakkan lagi style beruk lompat-lompat kecil menggunakan kaki kiri. Sungguh ensem. Sampai sahaja di belakang rumah tempat rewang-rewang sedang berlangsung, aku disambut mesra oleh pakcik makcik. Sekurang-kurangnya kehadiranku menampakkan perubahan yang baik sedang berlaku kepada ku.

     Minggu ini rumah jiranku mengadakan kenduri pernikahan adiknya. Budaya rewang memang begini jika tinggal di kampung. Hampir semua datang membantu. 'Hampir semua' ???Tak semua dapat hadir kerana masing-masing ada kekangan mereka sendiri. Malahan makcik pakcik di sini dah tak punyai kekuatan seperti mereka muda-muda dahulu. Kalau dulu suasana agak riuh rendah, sekarang ni suasana agak muram sunyi sepi. Namun, laungan dan nyanyian karoke mampu memecah kesepian suasana. Budaya seperti ini seharusnya dipupuk sekiranya kita tinggal berjiran. Jiran tetangga sepatutnya sering bertegur sapa di antara satu sama lain. Jika hendak dibandingkan dengan sesetengah tempat, jiran sebelah pon tak boleh dibezakan. "itu jiran ke pencuri tu?" Tambahan pula duduk di kawasan perumahan dan menyewa sementara..... (ni nak sebut pasal diri sendiri la ni)

     Bila sibuk bekerja, pagi hingga petang di tempat kerja. Malam dah letih nak tidur. Situasi berulang sehingga cuti sabtu ahad. Sabtu ahad pasti aku pulang ke kampung halaman. Tiada suasana yang lebih indah jika nak dibandingkan dengan rumah sendiri. Walau bagaimanapun, selepas seminggu bekerja aku pon mula bertegur sapa dengan jiran sebelah. Rupa-rupanya jiran ni orang palong3. Okla kan dari tak tegur langsung macam 'member serumah ni'. Sampai rumah terus masuk berkurung dalam bilik. Dengan aku pon tak tegur inikan dengan orang sebelah rumah. Hahaha

     Janganlah jadi jirang yang suka menyendiri. Dipagar sekeliling rumah dengan pagar zink sampai tak nampak rumah sebelah, janganlah bersikap pilih bulu tak geng maka tak datang rewang, janganlah sikap pentingkan diri sendiri. Bila kenduri rumah sendiri mengharap orang datang membantu tetapi bila kenduri rumah lain sibuk dengan kedainya (alaaa~ ramai yang da datang tu). Tak seharusnya bersikap sombong bodoh dengan jiran tetangga. Nanti orang tak datang tolong bila anak nikah macam mana? Ibu ku pernah menzahirkan kerisauannya, "Sekarang ni orang blok 6 (kawasan rumah ku) ni semua dah tuo-tuo. Kalau anak ibu nikah nanti camnolahh~ agak ehh??"

     Aku tak perlu risau kerana kami adik beradik dah terlatih untuk datang membantu jika ada kenduri kendara dan ku yakin pasti mereka juga datang membantu kami sekeluarga.

Buat baik kaw2 
Buat jahat jangan sekali 
Dah buat baik jangan risau
Kerana bantuan dari Allah itu pasti

Thursday 14 June 2012

Kecelaruan dalam beragama

     Assalamualaikum~ Minggu lalu ketika dalam perjalanan ke Gambang Water Park, kami sekeluarga menyinggah stesen petronas yang berdekatan kerana aku dah tak tahan sangat nak buang air dah ni. Kelihatan pakcik-pakcik tabliq dari sebuah kereta keluar masuk dari tandas itu. Aku dengan segera masuk ke tandas tanpa memandang kiri kanan. Adoi dah tak tahan dah ni~ Kaki aku selangkah je masuk ke tandas terdapat ada 2 orang lagi sedang menunggu giliran. Alamak~ 

     Alamak~ yang ku maksudkan bukanlah alamak kerana terpaksa menunggu giliran. Tetapi alamak~ itu untuk pakcik tabliq yang tiba-tiba memberi 'Assalamualaikum' kepada ku di dalam tandas. Adus~ kenapalah pakcik ni beri salah di dalam tandas. Ketika itu aku hanya 'walaikum' sambil tunduk skill jepon depan dia. Niatku agar dia tak tersinggung kerana aku buat dek je tanpa menjawab salamnya. Aku tau kerana tak perlu menjawab salam sekiranya berada di dalam tandas. Yang memelikkan diriku ini ialah pakcik ni takkan lah tak memahami konsep memberi dan menjawab salah. Tandas tu terang-teranglah tempat yang kotor. Walau bagaimanapun hati perlulah bersangka baik.

"Pakcik ni baru belajar ni~"
"Pakcik ni terlupa kot die dalam tandas~"

     Memberi salam ialah sunnah dan menjawab salam itu wajib. Memberi salam darjatnya sangat tinggi kerana mengucapkan selamat sejahtera kepada orang lain.
“Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain itu ada enam. Antaranya, jika kamu bertemu dengannya hendaklah kamu mengucapkan salam.” (Riwayat Muslim)
 Walau bagaimanapun memberi salam makhruh apabila memberi salam kepada orang yang sedang...
  1. Dalam tandas tadi (aku la ni..kuat kentut)
  2. Mentedarah/makan minum (aku gak..kuat mentedarah)
  3. Mendengar azan, membaca al quran atau berzikir (aku insan lemah~)
  4. Sujud
  5. Solat
dan sebagainya.. Nak tau cerita tak?

     "Ketika zaman Rasulullah, sahabat sering berlumba-lumba memberi dalam memberi salam kepada sesama sahabat. Walau bagaimanapun, tiada seorang pon sahabat yang mampu 'celen' Rasulullah s.a.w memberi salam kerana Baginda tak pernah gagal dalam memberi salam terlebih dahulu daripada sahabat yang lain. Baru nak buka mulut je, mesti Rasulullah akan memberi 'Assalamualaikum' kepada para sahabat dengan senyuman manis. Maka terdapatlah suatu hari ni, ada sahabat yang hendak memberi salam dahulu kepada Baginda dengan menyorok di belakang dinding. Sedang Baginda Rasulullah berjalan-jalan dan belum sempat sahabat nak memberi salam style mengejut, Baginda terlebih dahulu mengucapkan 

"Assalamualaikum wahai orang yang berada di sebalik dinding. Aku tak mahu menjadi orang yang lambat memberi salamku sebelum nafas terakhirku"

Subhanallah lihatlah betapa hebatnya baginda Rasulullah s.a.w dan betapa pentingnya memberi dalam menyampaikan 'Assalamualaikum' sesama muslim.

     Selesai sudah bab salam, sekarang bab kecelaruan dalam bab perhubungan kekeluargaan. Kepada sesiapa yang selalu menonton tv3 pukul7 tiap-tiap Isnin hingga Khamis mesti tahu cerita 'Seindah Sakura'. Cerita ini memaparkan tentang hidup orang susah yang asyik dapat bencana je memanjang. Nak dijadikan cerita, mak watak utama syakira ni kena AIDS dan mati. Itu tak kisahlah tetapi ceritanya sekarang, semua bagai menyalahkan takdir apabila tau maknya terkena AIDS.
"Semua itu takdir syakira" Memanglah semuanya takdir tetapi manusia ada banyak pilihan dalam mengharungi kehidupan dan apabila melakukan pilihan yang salah semuanya salah takdir. Bukan takdir yang meng'AIDS'kan maknya tetapi kerana pilihannya untuk terjerumus ke dalam lembah maksiat yang meng'AIDS'kan maknya (amboi~ ayat pakai bantai je)

     Isu Qada dan qadar yang aku cuba sampaikan ialah 'Adakah perlakuan manusia telah menjadi ketetapan Allah sejak azali lagi'? Yang bermaksud, tindakkan kita lakukan sekarang ini,,,sekarang ni,,sekarang tengah buat pe? Adakah ianya bentuk pemaksaan Allah terhadap hamba-hambanya? Paham? ok~

  "Di zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a, ada seorang lelaki telah ditangkap mencuri dan telah dibawa menhadap khalifah Umar. Lelaki itu telah disoal mengapa dia mencuri. Dengan selambanya lelaki itu menjawab "Allah telah men'takdir'kan aku untuk mencuri" Lantas Khalifah Umar memerintahkan agar lelaki itu di pukul dengan 30 sebatan dan dipotong tangannya. Lelaki itu terkejut dan bertanya "Mengapa hukumanku sebegitu berat?" Berkata Umar Al-Khattab "Kamu dipotong tangan keran mencuri dan disebat kerana  berdusta atas nama Allah"

     Bermaksud manusia diizinkan Allah untu membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Hukum sebab akibat adalah takdir dan manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain dan semuanya telah dicipta oleh Allah. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. IlmuNya Maha Luas. Contoh lain, takdir anda sedang lapar macam saya dan lapar dapat dihilangkan dengan takdir mentedarah juga macam saya.

      Satu lagi kekeliruan dalam cerita ini ialah, syakira ini telah berkahwin dengan bapa saudara si Aril (syakira suka aril ni) tetapi telah bercerai. Pada pengetahuanku, syakira boleh bernikah dengan si Aril setelah dia bercerai kerana syakira bukan mahram dengan nya. Si syakira ni bukannya ibu saudara kandung dengan aril/adik beradik kepada ibu ayah si aril ni tadi. Sila rujuk surah An-Nisa ayat 23' untuk maklumat lebih lanjut.

Bab bukan mahram tu satu hal, tetapi dalam dialog disebut sebagai 'muhrim baginya (tak leh nikah la)'

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
 
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.Cerita ini diadaptasi novel, tak pasti samada novel tulis lain tetapi cerita jadi lain. Aku tak baca jadi tak tau. Seharusnya mereka lebih teliti dalam penghasilan bahan seni yang melibatkan isu-isu agama. Ada lagi yang boleh aku komen dari siri cerita ini. Pada mulanya aku rajin nak menonton, tetapi lama kelamaan aku jadi malas nak tengok sebab isu-isu ini dan sikap watak lelaki yang terlalu prejudis/senang sangat nak bersangka buruk. Alahai~ nampak lemah sangat watak lelaki ini dicipta.

"Gendang gendut tali kecapi
 Sakit perut apa lagi???" 

Adoi~ ada baik aku gi tandas melabur, kompem senang hati.

"SEINDAH SAKURA JADI TAK INDAH MANA KALAU ISU AGAMA TAK DIENDAH"

p/s kot-kot ada salah sila betulkan. 

Tulisan dari si ensem yang amat curious giler 





Tuesday 12 June 2012

Nomikai 飲み会

     Sedang ku menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Singapondan di Astro Arena, chatbox facebook ku berbunyi dan kelihatan kerlipan 'Yana messaged you' tertera pada sisipan internet explorer ku.(amboi banyaknye computer keyword) sambil Yana manja (manja sangat) memberitahu bahawa dia baru sahaja pulang dari kerja dan nomikai. Mesti baru sudah nomikai bersama rakan sekerjanya. Nomikai iaitu 'nomi- minum' 'kai- perjumpaan' atau dalam bahasa enggeris drinking session sering dilakukan oleh orang Jepun selepas pulang dari kerja atau kelas. Dulu aku juga sering diajak menyertai nomikai bersama rakan-rakan lab dan sensei(cikgu).

     Atas nama nomikai dan nomikai ini budaya jepun, maka nomi atau minum itu lebih bermaksud kepada minum arak. Orang-orang jepun kalau lepas penat bekerja, bersusah payah atau meraikan sesuatu mereka pasti meraikan bersama arak beer dan sebagainya. Tapi bukan bermakna aku juga meneguk sekali air kencing setan tu, tetapi aku hanya menyertai mereka sambil meng'order' jus dan makan seafood. Walaupun kesorangan tapi aku takut kerana Allah sedang memerhatikan apa yang kulakukan tanpa orang-orang muslim disekelilingku.

     Sambil yakini (daging bakar) mamat-mamat jepon ni akan meneguk beer dengan dasyat sekali hingga mabuk. Aku kadang kala berasa cuak tiap kali memulakan nomikai dengan kanpai(cheers bak kato orang putih sambil melaga-lagakan cawan) kerana ditakuti tertermpias @ memerecik beer masuk dalam jus aku. Hahaha. Pernah sekali ketika member jepun mabuk dengan dasyat sekali sehingga mempersendakan aku sambil berseloroh

     "Kenapa kau tak minum~ Sedap wei~ Haahahah erkkkk~ " (adaptasi dialog bahasa jepun ni untuk menampakkan lagi kemabukkan mamat ini). Aku hanya tersenyum sambil menolak pelawaan member ku itu. Mereka juga pernah bertanya "Atifkun, apsal lu orang Islam tak makan babi?" Puas cuba ku terangkan kepada mereka sampai tersimpul-simpul lidahku. Aku menjawab "orang Islam tak boleh makan daging yang tidak disembelih dengan nama Tuhanku dan agamo den tetap tak bertolak ansur dengan 2 jenis binatang. Anjing dan babi. Kot2 nak sembelih babi pon tetap haram juga."

     Selepas itu, sensei ku bertanya mengapa wanita Islam memakai burdah. Aku menjawab bahawa itu adalah kewajipan kerana tubuh wanita haram untuk tontonan lelaki lain. Kebetulan ketika itu ada seorang senior perempuan Malaysia Islam yang kebetulan bekerja di kedai itu tak memakai burdah, sensei pon cuba memutar belitkan lagi persoalannya "Dia pula macam mana?" Aku pon menjawab "Itu keputusan dia untuk memakai atau tidak. Tak ikut perintah boleh dapat....(lupa dosa dalam jepun) sin sin sin(hentam english kat situ)" 

罪 tsumi- crime/sin

    Kejadian yang paling tak boleh ku lupakan ialah ketika ada salah seorang daripada mereka mabuk teruk. Muntah tak payah cakaplah~ Memang teruk muntah-muntah. Bau arak lagi. Ya Allah, hanya Allah jelah yang tau bagaimana perasaan geli aku pada waktu itu. Sensei pernah berkata kepadaku bahawa dia tidak mempercayaiku yang aku ni tak pernah menyentuh arak. Mentang-mentang lah ada misai tebal, ingat misai tebal ni tanda matured & minum arak ke? Aku hanya tersenyum dan terus menafikan secara terbuka bahawa aku tidak main-main dalam soal hukum hakam. "Sensei~ sore wa chigaimasu! Dame wa dame desu~ Sore dake desu.(cikgu, itu semuanya salah. Yang salah tetap salah. Itu saja)"
    
     Oleh kerana member yang terover mabuk, kami terpaksa menunggu dia menyelesaikan pengosongan perutnya (muntah) di depan kedai itu. Oleh kerana telah lewat malam, maka sensei terpaksa mengarahkan salah seorang dari kawanku yang tahu tempat tinggal member sorang ni membawanya pulang. Keesokkan harinya, mamat yang terlebih mabuk ini datang berjumpa sensei, senior, kawan-kawan dan diriku sambil menunduk-menunduk tanda memohon maaf kerana menyusahkan semua pada malam tadi. Jumpa sorang-sorang tu, jangan main-main. Aku hanya mengatakan "no hal la bro~ lek-lek sudah~" (ayat tokok tambah).

     Aku bukannya tidak bersetuju jika dibawa menyertai nomikai tetapi aku tetap pergi dengan syarat menghormati siapa diriku dan agamaku. Jika itu dipatuhi maka semuanya 'No problem punyo~' 
Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku telah melaksanakan tugas ku dalam dakwah Islamiah kepada sensei dan rakan-rakan yang lain. Mereka sering bertanya mengapa Islam sering berperang dengan Israel walaupun 1 agama. Aku dengan segera menafikan bahawa kami mempunyai agama yang berbeza. Islam boleh dianuti oleh semua orang tidak seperti israel yang agamanya hanya untuk orang yahudi. Walaubagaimanapun banyak berita di TV jepun berpihak kepada orang israel. Ketika tentera israel menyerang Lubnan (tak silap) wartawan jepun semua berada di pihak tentera yahudi. Bagaikan tentera Islam lah pesalah/orang jahat dalam berita tersebut.
"AGAMAKU SESUAI UNTUKMU TETAPI TAK BERMAKNA AGAMAMU SESUAI UNTUKKU KERNA KUTAHU BAHAWA AGAMAKU ITU SUCI DAN BENAR"

Ciuman manis

     Ciuman itu sangat manis. Walaupun aku belum lagi mendirikan masjid tetapi aku yakin dan konfiden bahawa ciuman itu manis, berlemak dan sangat enak. Janganlah buruk sangka kepadaku. Bukan bermakna aku melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan, aku cuma hendak menzahirkan bahawa ciuman coklat itu manis. Ciuman coklat? Alaaa~ kisses la..tak tau-tau lagi?
Koleksi coklat yang diterima
     Setelah bangkit dari tidur, adikku menghulurkan bungkusan hitam yang tertera kiriman pos dari adik Erny den tu. Barang apa pula ni? Rupa-rupanya kiriman berberapa bar coklat toblerone dan coklat kisses. Ooo baru aku teringat yang aku ada 'paw' Erny souvenir dari Langkawi. Terima kasih banyak-banyak. Kepada sesiapa-siapa yang teringin nak ngorat adik den ni takpun nak kiriman pos coklat darinya silalah menelefon talian 012-3456789. Kalau rasa tertipu dengan nombor ni cuba telefon 012-344-tekan-tekan tak dapat.

     Entri kali ni tak de pape pon. Sekarang tengah tengok bola live Malaysia vs Lembupore. Sekarang pon tengah EURO2012. Jadi terlalu sibuk tengok siaran bola live, tak berkesempatan untuk hupdate entri blog. Terima kasih adik yang comel sangat~ (tangan ke bahu jari ke hidung mata ke atas) dengan pemberian coklat yang sedap-sedap.

"Terima kasih daun keladi,
 Daun keladi tanam tepi semak,
 Lain kali hantar-hantar lagi,
 Coklat yang sedap-sedap buat penambah lemak"

Sunday 10 June 2012

Rasa hati

     Hati ini selalu berkata-kata. Diri ini tidak cukup bagus, tak cukup baik dan tak cukup sempurna untuk orang yang berada di sekeliling ku. Ibarat menuntut ilmu, makin banyak ilmu yang dituntut makin kuat hati ini mengatakan ilmu masih kosong di dada. Begitu juga lah dengan diri ini, makin kufikirkan tujuan hidup di dunia ini makin kosong jiwa ini ku rasakan. Makin kosong dan kosong...kosong (jangan nyanyi lagu kosong najwa latif sudah la)

     Pengalaman itu guru terbaik dalam kehidupan dan aku perlu mencari guru itu untuk kenali diri ini dan untuk selami jiwa ini(ni bukan selami jiwa fadilah kamsah tu~). Hati ini bukan nya tiada ketenangan tetapi hati ini sering bertanya soalan yang tak mampu dijawab. Kalau hati tak tenang jiwa tak tenteram hanya kalam Allah yang mampu lembutkan hati tenteram kan jiwa. Tapi kalau hati bertanya itu ini bagaimana diri ini perlukan berikan jawapan yang dicari.

     Diri ini yakin dengan ketentuan jodoh dari Allah tetapi diri ini tahu segala-galanya pasti berubah selepas kejadian meenimpa diri. Diri ini pada mulanya terlalu mengharap sesuatu, tetapi hati ini sudah tak mengharapkan apa-apa lagi. Diri ini merelakan ianya pergi sekira ia mahu pergi meninggalkan ku sendiri. Diri ini berserah segalanya pada Ilahi. Biarlah apa pon yang terjadi, diri ini hanya mengikut rentak dan flow hidup ini. Diri ini dah tak mahu lagi membebani hati dengan perasaan yang tak pasti. Diri ini tahu bagaimana untuk menghentikan hati dari memecahkan segala-gala yang terbuku dihati. Mungkin dengan membusykan diri dengan aktiviti-aktiviti yang mampu melupakan diri dengan masalah yang ku hadapi? Aku ada masalah ke? Ada ke? Ada ke?


"aku tinggalkan entri dengan tanda tanya,
Apa maksud yang cuba kusampaikan,
Sekira ada yang bertanya,
 Korang sendiri paham-pahamkan"
 
"Tajuk entri kali ini,
tentang rasa hati,
tapi isi entri merepek sekali,
harap abaikan segala tulisan pena ini"

     "HARAPAN ITU HARAPAN INI SEGALA-GALANYA TIADA ERTI JIKA TIADA TUJUAN MENGHARAP KEREDHAAN ILAHI"


Bergelut dengan konflik diri






Jalan oh Jalan(xde tajuk lain ke?)

Jumaat ke Gambang, 
Sabtu ke Kuala Lumpur,
Musim persekolahan dah menjelang,
Boleh la aku sambung tidur.

Jalan berbukit-bukit,
Kaki belom laie nak tegoh,
Muscle tongah sakit-sakit,
Kaki tongah longoh-longoh,

     Sabtu semalam memang menyoronokkan. Kenduri tahlil di rumah mak ndak. Walaupun aku hanya mampu duduk, tunggu dan lihat dari jauh sekurang-kurangnya aku mampu menjadi teman berbual melayan saudara mara sama ada yang aku kenal mahupun tidak. Asalkan mulut ni mampu berbicara, semuanya jadi cerita. Hanya hati yang ikhlas sahaja mampu menyerikan lagi suasana. Besi di kaki nampak tercacak dan besi ini lah yang menjadi alat penyambung silaturrahim. Mana tak nya, bila ada yang takut dengan besi ini makin ku rapat-rapat untuk mengusik. Usikan manja dan gurau senda saja yang mampu 1 kan silaturrahim yang tak pernah wujud.

     "Acik tengok ko ni long, boleh buek toman berburak~"
     "Along ni tak do bondo lain nak buek, kaco orang yo~"
"Tak do la kojo lain, berseloroh yo kojo ehh~"

    Bukan nak tunjuk diri ni baik mana, cuma mahu sampaikan betapa pentingnya dalam menghasilkan hubungan harmoni dalam berkeluarga. Diri ni rajin melayan warga emas walau tak kira di mana pon berada. Di hospital?Di kampung?Di bandar? Kerna diri ini sentiasa merindui arwah atuk dan nenek yang telah pergi yang sangat dirindui dan gurau senda ketika mereka ada di sisi.Hanya doa dan Al-Fatihah yang mampu menyerikan lagi suasana dunia mereka. Selangkah lagi nak menuju ke alam yang abadi mengadap Allah yang Maha Menguasai.

     Aku bersyukur kerana ibu bapaku sering membawaku berjumpa ahli keluarga dan kenali jiran tetangga. Dengan pengalaman yang ada, aku mampu mulakan bicara tak kira usia atau dengan siapa. Mungkin dengan cara ku ini, aku perlu lebih lagi pergi ke rumah orang tua melayani karenah mereka. Orang muda di sayangi orang tua di hormati. Bukan apa, tak ramai remaja masa kini yang mampu melayani karenah orang tua. Mereka hanya lebih suka bersama orang yang sebaya dan segolongan dengan mereka. Sebenarnya melayani orang tua mampu menambahkan lagi ilmu ke arah kehidupan yang lebih baik dengan mendengar pengalaman hidup mereka. Jadikan teladan dan ikhtibar agar hidup dijauhkan dari mala petaka dan bencana. Diri ini juga mampu mendengar untuk adik-adik dan sepupu yang ingin bercerita tentang hal yang berlaku. Diri ini bukan mampu memberi jalan penyelesaian cuma diri ini hanya mampu memberi secebis dua nasihat yang belum tentu berkesan. 

     Aku suka mendengar masalah keluargaku dan masalah itu mampu memberiku sesuatu, yakni apa ertinya kehidupan itu. Telah ku tinggalkan nombor telefonku, jika punya masalah bicaralah kepadaku, aku yakin mampu mendengar tiap masalah itu. (hebat boleh apply jadi counselor sekolah aku ni) Diri ini mahu tutup bicara dengan rangkapan pantun.

"Aku tunggu orang di Jepun,
Bila mahu pulang ke sisi,
Ku lihat ku punya handphone,
Da sama masa aku perlu akhiri entri ini"

"Kepada adik-adik yang dah balik sekolah,
Mahupun yang blk ke IPBA or Uitm,
Rajin-rajinlah belajar dan menelaah,
Dari jauh sentiasa doaku kirim."

"2 3 kucing kejar barbie,
hanya seorang tponk tak suka kucing,
Da lamo den bebel bona ni,
Den nak rehat atas tilam sekeping."

"Doaku kirim untuk ibu bapa,
juga untuk adik-adik,
yang kat jepon tak pernah ku lupa,
agar dapat buat yang terbaik."

"MULAKAN BICARA DENGAN BISMILILLAH DAN TUTUR KATA YANG BERHEMAH KERNA DIRIMU PASTI DIINGATI JIKA KAMU SEORANG YANG RAMAH"

Dari diri yang mengharapkan redhaNya

Friday 8 June 2012

Its all about ayah

     Ayah adalah orang yang paling pemes tak kira la di Felda Palong 14,15,16 atau pon di Jepun, ayah ku seorang yang amat terkenal. Di jepun nama ku di panggil sebagai Idris-Kun @ Atif-kun. Idris adalah nama akhir @ last name dan orang Jepun juga seperti negara-negara barat yang menggunakan last name sebagai panggilan hormat. Kalau dah lama kenal mereka akan memanggilku Atifkun tetapi ketika upacara rasmi pasti nama ayah tercinta akan disebut. "Hait, Idriskun desu~"

     Idris Bin Hashim berumur 52tahun dan dilahirkan pada 2 Nov 1960 merupakan seorang yang tegas dalam mendidikku adik beradik. Beliau sangat dihormati dan sering diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua blok, pengerusi PIBG sekolah dan pengerusi tadika KEMAS kerana kewibawaan beliau dalam mentadbir sesuatu badan atau persatuan. Ayah adalah salah seorang yang memiliki ijazah sarjana muda jika dibandingkan dengan peneroka lain. Ibu juga begitu. Maka kerana pendidikan yang baik beliau dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.Walau bagaimanapun, beliau seorang yang suka berjenaka dan berseloroh dengan anak-anak dan ibu. Seorang yang periang dan tak pernah menampakkan kebingunggan bila ditimpa masalah. Style nya hanyalah ambil sebatang rokok, dinyalakan dan berkata "Lekla~ apa nak risau?" (serius ensem & macho).

     Ayah paling pantang ketika memandu ialah melihat ambulans. Orang lain pasti terfikir mungkin ada kemalangan atau sebagainya tetapi tidak ayah. "Ni kompem orang nak bersalin ni" sambil senyum sinis jika berkata-kata. Tak kira ibu, anak-anak atau pun jiran pasti perkara yang sama dikatakan kepada mereka.

"Ni ni..ni orang bersalin ni..hmmm bersalin ni~ (cam harith iskandar dlm lawak ke der la plak)"
Sehinggakan jiran ku pon berkata, "takdola modal lan, bersalin bersalin bersalin yo modal eh~"

     Pernah sekali bercerita pasal felda, peneroka toreh getah bagai~ tiba-tiba ayah buka cerita pasal seorang penoreh getah,"dah la tak pandai nak menoreh lepas tu mengajar pula orang lain menoreh getah." Aku dah lain macam je bila ayah cakap. Segera aku bertanya "Sapo yah?" tak sempat aku menghabiskan persoalan tu ayah menjawab "Ekaulah sapo laie. Maso kocik2 dahla tak pandai menoreh pastu ajar angah menoreh. Bukan ajar salah je, dengan pokok getah pon luka sekali (terlebih toreh kulit pokok sampai tertoreh batang pokok getah)." Tergelak besar aku ketika itu. Mana tak nya, aku diajar menoreh dahulu dari angah dan kompem-kompem aku nak tunjuk skill power aku kan? Sebabkan aku nak tunjuk skill la terjadinya perbualan aku ini dan aku ibarat seekor tupai mengajar adik tupai melompat pastu tiba-tiba jatuh ke tanah. (mohon maaf untuk guru bahasa melayu kerana penyalah penggunaan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua)

     Cerita seterusnya ialah berkenaan dengan mengigau ketika tidur. Untuk pengetahuan hadirin Jumaat sekalian, aku adik beradik semuanya kuat mengigau. Ayah ku berkata bahawa orang yang kuat mengigau ni orang yang pandai kerana otaknya sering berfikir dan ketika tidur juga otak sedang memproses maklumat seakan-akan sedang berfikir. Lihat sahaja lah dengan angah, memang kuat mengigau dan sangat pandai. Pada suatu cuti persekolahan, kami sekeluarga pergi ke Perak bercuti dan kami telah pergi ke Zoo Taiping. Ketika itu kami menyewa sebuah bilik di hotel seri malaysia yang berdekatan dengan Zoo Taiping. Malam itu, adik ke5 Ummi tidur sambil mengigau benda-benda merepek hingga membuatkan ibu ayah tak tenteram hendak tidur. Pagi itu ibu bising kerana adikku mengigau dan aku pon berkata "Biasalah tu bu~ orang mengigau ni pandai~"

     Ayah pon menyokong kenyataanku sambil berkata "Semua anak-anak ayah kuat mengigau. Semua pandai-pandai. Along dulu kuat mengigau sekarang je dah tak mengigau~" Ayah berseloroh "ohhh kira dulu along pandai la ek?sekarang tak pandai dah? ahahhahaha" aku tergelak sendirian. Aku memang tak berapa nak pandai pon. Betulla apa yang ayahku katakan. Aku ni akal pon pendek je..hahahahah

     Ayahku seorang yang suka bergurau. Jika ibu kelihatan muram dan monyok-monyok pasti ayahku akan buat apa saja cara untuk menceriakan ibu hingga ibu tergelak. Ayah penah mengeluarkan quote ini

"Camne ibu nak kurus? Kalau asyik tergelak bahgia je~"

Aku gembira melihat ibu ayah bahgia bersama. Aku harap ianya berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.Entri kali ni khas untuk ayah tercinta. Moga segala masalah yang ada akan dibukakan Allah jalan penyelesaiannya. Ayah juga sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya dan begiu juga dengan aku yang mengharapkan segala-gala yang terbaik untuk ayah dan ibu.

"Kalau gunung ganang ditarah dan ditimbang pasti tak tertimbang budi ibu ayah, kalau air laut ni dituliskan 1 persatu susah payah ibu ayah pasti tak tertulis kesusahan ibu ayah memelihara kami, jika dihitung masa terjadinya bumi hingga kiamat pasti tak terhitung kebaikan ibu ayah kepada kami adik beradik. Ku yakin hanya dengan menjadi yang baik, soleh dan solehah sahaja mampu membalas jasamu walaupun pasti tak terbalas"


                                                                     Ikhlas dari anakmu Along dan adik2