Sunday 25 August 2013

Hari Raya Eidulfitri


Prequel Ramadhan
     Ramadan kali ini ku sambut di hospital. Sepanjang 3tahun semenjak kecelakaan yang menimpa diriku, ini kali pertama ku menyambut Ramadhan yang mulia di hospital. Pada sangkaan ku, mereka-mereka yang berpuasa akan diberikan layanan istimewa di hospital memandangkan mereka sakit namun tetap gagah meneruskan ibadah puasa. Namun sangkaan ku meleset. Tiada layanan istimewa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Makanan yang disediakan seperti orang lain.

Datang atendan hospital menghantar makanan kepadaku

"Bang bang. Sey poso hari ni"
"Ooo yoko. Ok"


Makanan dibawa pergi. Pada petangnya makanan dihantar pada jam6 & aku disuruh menyalin makanan daripada tray ke dalam bekas. Jika tiada bekas, malanglah diriku. Bila ku tanya kenapa begini?Dengan kasar & sombongnya brother ni membalas

"Esok kitorang pakai balik tray ni. Nanti dengan tray kotor ni kitorang lotak balik nasi & lauk bagi kat orang lain."

"Astagfirullah. Takkan lah tak de langsung belas & ihsan untuk kami yang berpuasa ni." detik hatiku. Walaubagaimanapun aku ikutkan sahaja. Malas nak cakap banyak. Kita ni patient hospital kerajaan. Ikut jela.


      Walaupun begitu, ramadhan ku tetap istimewa. Ada sahaja makanan tambahan untuk ku. Rezeki Allah. Terima kasih kepada makcik Jahra. Isteri pakcik Aziz. Dia ibarat ibuku. Menyediakan segala-galanya untukku. Anak ke2 nya juga mengambil berat tentang diriku.

"Adik ado makanan tak mak?" soal kak ngah, anak ke2 makcik Jahra. Mereka sangat mengambil berat kepada ku.

Aku terasa sangat mahu pulang berpuasa di rumah. Alhamdulillah, pada ramadhan ke3 barulah aku dapat pulang ke rumah. Ramadhan ke3 merupakan jumaat paling bahagia dalam hidupku kerana dapat pulang ke rumah, bersahur berpuasa & berbuka bersama-sama dengan ibu bapa & keluarga tercinta. Sebelum pulang, aku bersalam dengan semua rakan-rakan yang satu wad dengan ku. Mereka semua bertanya bila aku akan masuk hospital lagi, memandangkan kakiku masih berbesi.

      Aku hanya mampu tergelak. Tersenyum. Moga kalian segera sembuh dari sakit kalian. Selepas itu, aku pergi berjumpa dengan pakcik Aziz & makcik Jahra. Menangis makcik apabila melihat ku sudah mahu pulang. Sebak pula rasa hati. Teringat perbualan kami beberapa hari yang lepas

Beberapa hari yang lepas
"Jang, ko jangan lah balik dulu. Toman acik ngan cik Ajis ko ni." kata makcik.

"Insyallah, kok sey tak balik sey adola kek sini cik. Apo nak risau annn. Heeee" balas diriku. Walaupun ketika itu aku memang mahu pulang ke rumah. 

     Walaubagaimanapun cik, sey sentiasa mendoakan kesejahteraan pakcik makcik & keluarga. Terima kasih banyak-banyak sebab menjaga diri hensem ni seperti anak mu sendiri. Rayo kali ni pasti takkan ke mana-mana. Tak larat. Nak duk rumah je
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari raya pertama
     Salam Eid Fitri. Raya datang lagi dengan rendang (bukan dendang). Ok janji nak cerita sedikit pasal awal ramadhan. Ingat nak cerita sikit je tapi terpanjang pula ceritanya. Apa-apa pun raya tahun ni persis raya tahun lepas. Selepas solat sunat kami sekeluarga menunggu di rumah. Mula-mula jiran sebelah rumah datang, tak lama selepas itu jiran belakang rumah pula datang beramai-ramai. Yela, mana tak nya, rumah ni muka-muka artis yang macho ensem bergaya & keunggulan SANGATTTTT. Tu yang ramai datang.

     Tak lama selepas itu, atuk bersama pak sedara serta mak sedara sebelah ayah datang ke rumah kami. Seperti tahun-tahun yang lepas atuk datang ke rumah kami terlebih dahulu kerana atuk tahu, pasti ramai yang datang berkunjung ke palong pada hari raya pertama & kedua. Ni belum ber'menantu' ber'cucu' lagi ni. Kalau tak lagi ramai yang datang kan?? Pandang Cik Ernyassmien

     Tepat jam 12 malam hari raya pertama baru lah kami dapat berehat sepenuhnya. Sepupu sepapat ayah biasa akan datang pada hari raya pertama. Malam itu kami perlu rehat yang secukupnya sebelum 'wave' ke 2 tiba pada hari raya ke 2 kerana keluarga sebelah ibu akan tiba pada raya ke 2.

Hari raya kedua
     Hari ini kami menjangkakan ramai yang hadir. Pagi-pagi lagi angah & ibu pergi ke pasar mencari lauk untuk tetamu yang hadir pada hari ini. Aku hanya mampu tolong sikit-sikit je di dapur. Jadilah daripada tak membantu langsung. Bukan susah sangat.

     Siang sayur, udang, ayam serta kerja-kerja mengemas yang tidak melibatkan kaki. Duduk pon boleh buat kerja. Selesai memasak hanya beberapa orang sahaja yang datang. Ayah bising kerana kami masih belum pulang ke kampung di batang Rokan. Memandangkan hari ni hari jumaat, maka kami menjangkakan tetamu hadir selepas solat jumaat.

     Cuma Fahizah seorang yang datang sebelum solat jumaat. Katanya mahu pulang ke Temerloh ketika kami sedang solat Jumaat. Ehh mana boleh. Ada perkara yang ayah mahu bincangkan antara Fahizah & angah. Ayah memberi mereka tempoh setahun untuk bertunang ke apa yang patut. Biar ada ikatan. Tak manis kalau berkawan lama namun tiada ikatan. Hehe. All the best. Along da koba dari dulu laie. Nikah copek sebelum ayah bising. Hik hik. Along lambek laie

     Selepas solat jumaat, aku pulang bersama angah menaiki Ninja250. Lepas gian beb. Walaupun hanya duduk di belakang. Steady kaki berbesi keras di belakang. Sampai di rumah, kak Athirah datang bersama suami & baby. Kak Athirah ni jiran ketika aku kecil-kecil. Aku tak pernah kenal sebab baru berumur 2 tahun & angah baru berumur setahun. Selepas melayan tetamu, badan terasa letih. Tidur la kejap. Nanti sampai lagi beberapa buah kereta.

     Sedang sedap membuta, aku dikejutkan oleh sepupuku. Riuh rendah rumah. Ya Allah ramai sungguh orang datang petang tu. Lebih kurang 18buah kereta tiba. Hampir kesemuanya saudara belah ibu. Riuh rendah rumah dari asar hingga ke malam. Yang datang bermalam dalam 5 6 buah kereta. Meriah raya tahun ni. Sangat-sangat ramai. Banyak lauk pauk yang ibu masak pada pagi itu. Habis ke semuanya Alhamdulillah

Raya ke tiga
     Hari raya ke3 barulah kami dapat bergerak beraya ke kampung. Saudara yang bermalam pada malam tadi telah pulang selepas sarapan pagi. Letih tetapi sangat menyeronokkan. Kini tiba pula giliran kami pergi beraya. Arah tuju kami semuanya ke rumah atuk sedara sebelah ayah di Jelai 1, Tampin, Batang Melaka & kampung halaman Batang Rokan. Sebelum ini kami akan singgah di Gemas dahulu namun atuk & nenek sedara di Gemas telah kembali ke Rahmatullah. Sedara-sedara ku sebelah ayah ramai berkumpul di sebelah negeri sembilan.

"Yeke ramai sebelah N9?" tanya sepupu ku
"Eh ramai gile kot. Kalau takat adik beradik ayah ngan mak kita memang la tak ramai duk N9 tapi atuk nenek sedara tak kira? Pak sedara mak sedara yakni sepupu sepapat ayah tak kira? Sedara kan? Kena la kenal. Bukan kenal takat-takat adik beradik ayah je."

     Terima kasih kepada yah yang tiap-tiap tahun rajin bawa kami berjalan rumah sedara-sedara yang bagi sepupu kami mungkin "ahh sape ni?" Haha Peace yall.

p/s raya sakan bersambung. Raya ke rumah sedara di KL balik KL raya rumah Seremban Jaya. Lepas tu pergi penang lagi. Next entri 'Dugaan Penang'


Yang steady          

   

Tuesday 6 August 2013

Saat-saat diri yang sedih


     Hari ini hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Hatiku masih gundah gulana. Hatiku masih berasa pedih, risau & pilu. Semenjak 2 menjak aku seperti orang lain. Bukan seperti diriku yang biasa. Esok sudah tiba hari lebaran. Adik-adikku yang lain kelihatan riang gembira menyambut syawal. Aku sedih bukanlah kerana Ramadhan telah berakhir & aku bukanlah orang yang kuat beramal solaeh seperti insan yang lain, namun hatiku berasa sedih & pilu kerana mengenangkan nasib yang menimpa diri ini.

     Sebenarnya sudah lama aku ingat menulisnya tetapi sengaja aku tangguhkan tulisan ini. Buat apa menceritakan kesusahan diri sendiri kepada orang lain. Tambahan pula, jika tulisan ini tercoret sekali pun adakah yang mahu membacanya? Sudah hampir 3tahun semenjak aku ditimpa kemalangan & tahun ini aku masih bertongkat, kaki masih berbesi menyambut Ramdhan serta hari raya. Namun perasaan sedih itu telah lama hilang. Alah bisa tegal biasa & segala-galanya sudah menjadi kebiasaan buat diriku. Aku telah menerimanya dengan hati yang ikhlas. 

     Masih ingatkah dengan tulisan 'Rezeki ada di mana-mana'? Aku menerima email yang aku telah diberhentikan kerja? Dalam entri itu aku telah mengatakan bahawa aku tak kisah pon jika aku diberhentikan kerja. Yelah. Nak buat macam mana lagi? Dengan keadaan begini, macam mana hendak bekerja? Tak mengapalah. Namun seminggu selepas aku pulang dari hospital (siri hospital tak habis aku tulis. Nanti aku selesaikan episod last) aku menulis email bertanya kan dokumen berhenti kerja dari nhk. Takkan lah tak siap-siap lagi?
------------------------------------------------------------------------------------------
Email dari diriku
Assalamualaikum. Saya baru seminggu discharged dari hospital. Saya nak tanya bila saya boleh dapat official dokumen dari NHK ni? Thanks
Email dari nhk
Assalamualaikum Atif Kami akan siapkan dan serah pada kamu. Puan WanSila berurusan dengan Muhammad Atif berhubung perkara di bawah.Tolong sediakan surat tuntutan baki bayaran rawatan seperti yang diarahkan oleh MD tempoh hari. Terima kasih.
         --------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah mendapat email ini, hatiku berasa tertanya-tanya. Takkan aku tak dapat sedikit pampasan dari kilang setelah diberhentikan? Siap kena langsaikan hutang lagi. Pada sangkaanku adalah sedikit pampasan dari kilang ataupun tiada pampasan tetapi hutang puluhan ribu ringgit dengan kilang kira selesai. Cincai kira. Maka untuk kepastian aku bertanya lagi

              ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Email dari diriku
Assalamualaikum kak Wan. Nak tanya. Saya kena bayar baki hutang saya berapa banyak? Tak kan saya tak dapat pampasan sesen pon lepas kena berhenti?
          Email dari nhk
Assalamualaikum Atif,

Terima kasih kerana mendapat maklum balas dari Atif yang selama ini banyak berdiam diri mungkin juga sibuk menguruskan hal-hal kesihatan Atif.

Soalan Atif tempohari tentang pampasan pemberhentian kerja, Kak Wan telah buat pengesahan ke Jabatan Tenaga Kerja Seremban baru-baru ini.

Dalam Kes ini, menurut Akta Kerja 1955, JADUAL PERTAMA (sek.2(1)) dihuraikan tentang ‘Pekerja’ yang mana seseorang pekerja yang bergaji RM2,000.00 ke bawah  adalah dilindungi dibawah Akta 1955 dan menurut pegawai JTK, untuk layak mendapat pampasan pekerjaan, pekerja itu haruslah bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun berterusan sebelum ketidakupayaan berlaku.

Oleh yang demikain menurutnya lagi dalam kes ini, pampasan tidak perlu diberi kepada pekerja yang bergaji melebihi dari RM2,000.00 ke atas di mana majikan telah banyak memberi dari segi bantuan, perhatian dan tolak ansur serta masa yang terlalu lama diberikan untuk membuat keputusan ‘Medical Board-Out’ yang sepatutnya berlaku terlebih awal.

Kak Wan harap Atif faham dengan penjelasan ini, setiap majikan faham akan hak-hak yang harus diberi kepada pekerjanya dan harus ditunaikan jika ada, tambahan selebihnya adalah atas  budibicara Syarikat.

Pihak NHK masih di dalam proses mengeluarkan surat ‘ Medical Board-Out’ dan akan diberitahu dalam masa yang terdekat.

Harap maklum.

Wassalam.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
     Setelah menerima email ini. Aku hanya mampu terdiam. Pedih rasanya. Sudahlah tak sihat begini. Pampasan tak dapat. Pampasan tak dapat itu bukan aku kisahkan sangat tetapi mana aku nak cekau duit untuk melangsaikan hutang? Nak pinjam bank? Mana nak dapat? Nak pinjam along? Nak mati? Baik aku pinjam duit buat benda-benda yang menguntungkan diriku. Hutang yang ku buat tanpa kerelaan. Ya Allah. Perasaan ku bercampur baur. 

Dalam 3tahun ni, ini kali pertama aku rasa diriku teraniaya.
Dalam 3tahun ni, tak pernah ku salahkan sesiapa dengan kejadian yang menimpa.
Dalam 3tahun ni, aku tak pernah kesal dengan apa yang berlaku.
Sebelum ini aku berjaya kurangkan panas baran & bengisku, namun segala amarah yang ku sorok jauh dalam lubuk hati kembali menjelma
Sebelum ini aku tak se'stress' begini, hati & akalku asyik bertanya
Apalah nasib yang menimpaku

Mungkin ini lah akibat kerana aku jauh dari Tuhan
Mungkin ini lah akibat aku kurang iman
Mungkin hatiku tak kuat
Mungkin akalku lemah

Mungkin aku terlalu tak ambil kisah
Mungkin aku pada mereka aku seorang pemalas yang tak mahu majukan diri sendiri
Mungkin pada mereka aku memang tak mahu kerja lagi
Mungkin pada pandangan mereka aku terlalu berdiam diri
Mungkin mereka tak berada ditempatku ini
Mungkin aku tak patut salahkan orang lain lagi
Mungkin aku hanya perlu salahkan diri sendiri
Mungkin ini lah akibat ....ntahlah aku tak tahu.
Yang aku tahu.
Padan muka diriku. 

Sekian




p/s aku tak perlu nasihat jasmani rohani.