Saturday 6 October 2012

Kehadiran~

 

"Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, ahli-ahli keluargaku Ya Allah. Telah banyak dosa yang aku lakukan kepadaMu Ya Allah. Sembuhkanlah diriku ini Ya Allah"

 
     Itulah ayat-ayat yang pasti terlintas di fikiranku tiap-tiap kali ku teringatkan Dia. Tak kira selepas solat, mengaji AlQuran mahupun sedang duduk saja-saja tanpa melakukan aktiviti. Yelah tak semestinya kita berdoa selepas solat mahupun menunaikan ibadah lain. Jika ada kelapangan banyak-banyakkanlah berdoa. Ku juga tidak lupa untuk memohon agar,
 
"Permudahkanlah segala urusanku, kurniakanlah KEBAHAGIAAN di dunia & akhirat, murahkanlah rezeki ku agar langsailah segala-gala hutang perubatanku Ya Allah"

     Sentiasa mengharapkan agar dikurniakan kebahagiaan oleh-Nya dan alhamdulillah salah satu daripada doaku itu telah Allah makbulkan. Allah datangkan kepadaku seorang insan yang benar-benar memahamiku.Seorang insan yang benar-benar ku perlukan dalam hidup ini (selain ibu bapa & keluargaku). Seorang insan yang benar-benar menghargai diriku. Seorang insan yang benar-benar memerlukanku.
 
Tika ku rasa sedih, dia datang menceriakan hidupku.
Tika ku jauh tersasar, dia datang mengingatkan ku.
Tika ku mula berputus asa, dia datang memberitahu "dah nak baikkan??"
Tika ku mula jatuh tak bangun-bangun, dia datang kepadaku memberi ku kekuatan.
Tika ku rasa sakit, dia datang menceriakanku sehingga ku lupa segala sakit-sakitku.
Tika ku gembira, dia datang berkongsi kegembiraan denganku. 
 
Sesungguhnya dia benar-benar ikhlas untuk menjagaku.
Sesungguhnya dia benar-benar memberikan ku kekuatan.
Sesungguhnya dia benar-benar memberikan ku kebahagiaan.
Sesungguhnya dia benar-benar memberikan ku inspirasi untuk tidak berputus asa.
Sememangnya dia benar-benar menyempurnakan hidupku.
Sememangnya dia benar-benar memenuhi tiap-tiap kekosongan dalam hatiku.
Sememangnya dia benar-benar menyintaiku kerana Allah & bukan kerana kekurangan mahupun kelebihanku.
Sememangnya dia benar-benar~ apa lagi yang ingin ku katakan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

     Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pemilik diriku dan dirinya. Walaupun dirinya belum halal buatku, aku tetap bersyukur kerana memiliki sebahagian daripada hatinya. Ku ingin segera sembuh, berjumpa dengan papa & mamanya dengan segera dan memberitahu mereka yang aku benar-benar ingin menjadikan dirinya yang halal buat diriku. Aku benar-benar ikhlas ingin memiliki hati itu, aku bukan seorang yang 'suka-suka berkawan', jauh sekali ingin mempermainkan perasaan seseorang insan. Dalam kamus hidupku, tiada istilah 'enjoy dulu' kerana 'enjoy yang sebenar-benar enjoy' ialah berkongsi kebahagiaan dengan orang yang kita sayangi & orang yang benar-benar kita cintai kerana Allah.

Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)
 
"Aku perlu bersabar, bersabar dan terus bersabar. Dengan kesabaran ini, pasti Allah akan memberiku sesuatu yang lebih baik lebih besar lebih tinggi darjatnya dari nilai kesabaranku itu. Cuma masa yang akan menentukan dan yang paling penting dia sanggup menunggu diriku. Insyallah "

Yang benar-benar ikhlas






p/s Kalau mama or papa baca ni, nanti orang datang rumah cakap terus terang.

Tuesday 2 October 2012

Selamat datang 2.0~


     Tiada niat untuk ku mempermainkan perasaan insan. Tiada niat ku untuk mendatangkan kemarahan mana-mana insan. Tiada niat untuk diriku memutuskan harapan mana-mana insan. Diriku hanya mencari kebahagiaan diri kebahagiaan kurniaanNya bersama restu ibu bapa dalam keadaan tiada kesempurnaan zahir dan batin ini. Diri ini masih teringat kata-kata ayahku.

"Carilah orang yang benar-benar menyayangi dirimu, orang yang boleh menerimaku, orang yang menyayangiku bukan kerana kasihankan diri ini. Ayah juga mahu orang itu tunjukkan dekat ayah betulkah dia benar-benar menyayangimu sebab ayah masih belum berjumpa calon yang benar-benar sesuai untuk ku"

     Itu pesan ayahku satu ketika baru-baru ini. Aku hanya terdiam & lantas ku berkata kepada ayahku, "Nanti along bawak sorang calon ni balik kenalkan ibu dengan ayah tapi tak tahu bila. Kali ni along bawak 'yang baik' untuk ayah ibu" Ku berjanji kepada diriku sendiri jika ayah masih tidak merestui calon yang kubawa kali ini, maka aku sudah tidakkan membawa mana-mana calon lagi untuk bertemu ibu ayah. Biarlah ibu ayah yang menentukan.
----------------------------------------------------------------------------------------------
     Sudah hampir 4 hari ianya berlalu dan aku amat merindui saat-saat kami bersama dalam satu keluarga. Mari sambung cerita yang lalu..... (selamat datang~). Insan ini lah yang ingin ku perkenalkan kepada ibu bapaku. Cik Erny Nuryassmien Binti Amran. Pada mulanya Erny & rakan-rakan ingin melawatku pada sabtu yang lepas tetapi dek kerana hal-hal yang lain mereka datang pada pagi jumaat 28 September 2012. Aku mencari alasan pagi itu dengan ibu bapaku kononnya aku ingin ke kedai celcom, walhal banyak masa lain sebenarnya. Tujuan utama ialah aku mahu menjemput si dia untuk dibawa pulang ke rumah bertemu ibu dan bapaku. Sebagai seorang lelaki, diri ini bertanggungjawab menjemput si dia. Tak kisahlah kaki patah ke kepala patah ke patah hati ke....erkkk lain dah tu. Asalkan aku dapat menunjukkan kepada ibu bapa ku.."NAH IBU AYAH NAH BAKAL MENANTU IBU AYAH..AMBIL LA BUAT LAUK..EKK" Ok tak lawak tau tau tau.

     Mereka datang bukan sekadar 'datang melawat' tetapi siap memasak bagai. Mereka tahu ibu ku bekerja dan tiada masa untuk memasak & melayani mereka, maka dengan rela hati mereka datang & terus memasak. Di dapur diriku melayani karenah mereka berempat & menemani mereka memasak. Lantas ku berseloroh " Ehhh nanti abg kena duk depan bila ibu balik, yela ibu masak abg tak teman pon. Korang masak abg gi teman plak. Nanti kena leter nanti (mana ada kena leter pon..ade je teman ibu masak okkkk'"

     Sekembalinya dari solat jumaat, makanan telah terhidang di ruang hadapan rumah. Kami makan beramai-ramai. Keadaan memang hiruk pikuk. Meriah dan menyoronokkan. Tambah ayah pula jenis yang suka berjenaka (aku ikut ayahla ni). Memang makan tengah hari tu sangat menyelerakan & menggembirakan diriku. Terasa bahagia bersama. Dan dan dannnn.. (point penting) Kelihatan ayah menambah makanannya. Ayah aku tidak pernah menambah makan tengah harinya. Ayah ku berkata "Pakcik boleh tambah plak nasi tengah hari ni. Biasa acik memang makan sepinggan je." Haaaa waktu tu aku pon "yessssss" perlahan-lahan sambil tanganku dibawah meja macam ni.

     Ingat mudah ke untuk memuaskan hati ibu bapaku? Sukar. Ku yakin dengan restu ibu bapaku insyallah hidupku pasti bahagia kerana mereka sangat risau dengan keadaanku ini. Yang masih belum sembuh & tubuh fizikal begini. Masih adakah yang nak dengan diriku ini. Ok itu yess no1. Masa masih panjang. Ibu ayah masih belum bertanyakan secara direct dengan cik Erny. Petang itu (malas nak cite banyak, kalau nak tau baca)Ibu bapa ku memanggil erny secara depan-depan untuk bertanyakan soalan. Aku nampak dan aku hanya berlalu pergi melintasi mereka sambil berkata 'semoga berjaya' kepada dirinya. Kalau nak meminang anak dara pon belum tentu susah macam ni kan? Ibu bapaku hanya mahu yang terbaik buatku kerana keadaanku sekarang.

     Aku hanya memandang dari jauh melihat wajahnya cuak kaw-kaw menjawab soalan. Aku tak dapat mendengar apa yang ibu bapa ku katakan kepadanya, cuma yang aku tahu pasti ada soalan yang berkaitan mengapa menyayangiku. Adakah kerana rasa kasihan kepadaku. Ibu bapaku tidak mahukan orang mengasihani anak nya kerana rasa simpati dan kasihan. Aku dapat rasakan jawapan cik Erny ialah "Saya menyayangi along kerana Allah dan bukan kerana kelebihan atau kekurangannya"

     Ibu ku mengetahui bahawa aku ingin menghantar Erny pulang ke Uitm. Lepas sahaja ibu ayah bertanyakan soalan kepada Erny, ibu ku memanggilku. (point penting)"Along nak guna myvi gunala. Ayah guna naza pergi kuantan" Okkkk yessssss!!! no2. ibu bapa ku memberi hint secara tersirat dan untuk kepastian aku sendiri bertanya kepada ibuku bagaimana dengan keputusan ibu ayah. "Ayah bagi along berkawan dengan Erny"

Ok dah..The end

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Belum lagi. Petang itu selepas semuanya selesai. Ku berdepan dengan Erny dan ~

     "Doaku telah Allah makbulkan Alhamdulillah. Diriku amat menyayangi dirimu, mencintai dirimu. Aku ingin membawa dirimu ke syurga. Diriku ingin halal buatmu. Aku ingin menjadi imammu. Walaupun aku bukan imam yang baik & sempurna tetapi aku cuba yang terbaik untuk menjadi imam solat 5 waktumu. Kasih ku kepadamu ibarat air sungai yang mengalir ke 7 laut. Dari laut ianya naik menjadi wap air membentuk awan dan turun ke bumi kembali menjadi sungai. Jika itu kitaran air dalam kehidupan begitulah kitaran kasih sayangku kepadamu. Aku ingin benar-benar mengasihimu. Diri mu menjadi tempat...ke..jap.. 1)Allah 2) Rasulullah 3)Ibu ayah mama papa 4)Keluarga.. Ok dirimu menjadi tempat ke 5 dalam hatiku. Ku berharap aku mampu menjadi jodoh yang terbaik buatmu. Pesanku bersabarlah denganku. Bersabarlah dengan keadaanku bersabarlah kerana mungkin ianya menjadi masa yang panjang untuk dirimu menunggu diriku sembuh & mempunyai wang untuk menikahi dirimu. Sayang ku Erny Nuryassmien Binti Amran sudikah sayang menjadi teman hidup abg hingga akhir hayat..xnklaa sampai akhir hayat... sudikah sayang jadi teman hidup abg hingga ke syurga? Sudikah sayang menjadi isteri abg yang halal?"

And she said Yes.

Sepatutnya aku tak boleh cakap begini kerana aku masih belum berjumpa dengan mama dan papa Erny.(dah jumpa dan beritahu cuma tak formal) Tapi tak mengapalah. Cop dulu. Jika ada jodoh untuk kami, insyallah tak kemana.

     Malam itu aku menghantar Erny pulang ke Uitm. Walaupun berat untuk berpisah dengannya (mungkin berbulan akan datang baru berjumpa) tetapi aku biarkan perpisahan ini menjadi tali perhubungan kami agar kami direstuiNya dan diberkati olehNya. Biarlah rindu ini menjadi pendindingNya. Sesungguhnya jika dikumpulkan rindu ini ditukar ganti menjadi ubat duka hati & luka kakiku. Pasti aku sudah sihat seperti sediakala.

Yang Relex2 saja tapi ada jiwang2 gitu








P/s jangan takut meninggalkan kekasih dan mata air kerana ibu bapa dan keluarga. Ingat tu.