Ayah adalah orang yang paling pemes tak kira la di Felda Palong 14,15,16 atau pon di Jepun, ayah ku seorang yang amat terkenal. Di jepun nama ku di panggil sebagai Idris-Kun @ Atif-kun. Idris adalah nama akhir @ last name dan orang Jepun juga seperti negara-negara barat yang menggunakan last name sebagai panggilan hormat. Kalau dah lama kenal mereka akan memanggilku Atifkun tetapi ketika upacara rasmi pasti nama ayah tercinta akan disebut. "Hait, Idriskun desu~"
Idris Bin Hashim berumur 52tahun dan dilahirkan pada 2 Nov 1960 merupakan seorang yang tegas dalam mendidikku adik beradik. Beliau sangat dihormati dan sering diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua blok, pengerusi PIBG sekolah dan pengerusi tadika KEMAS kerana kewibawaan beliau dalam mentadbir sesuatu badan atau persatuan. Ayah adalah salah seorang yang memiliki ijazah sarjana muda jika dibandingkan dengan peneroka lain. Ibu juga begitu. Maka kerana pendidikan yang baik beliau dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.Walau bagaimanapun, beliau seorang yang suka berjenaka dan berseloroh dengan anak-anak dan ibu. Seorang yang periang dan tak pernah menampakkan kebingunggan bila ditimpa masalah. Style nya hanyalah ambil sebatang rokok, dinyalakan dan berkata "Lekla~ apa nak risau?" (serius ensem & macho).
Ayah paling pantang ketika memandu ialah melihat ambulans. Orang lain pasti terfikir mungkin ada kemalangan atau sebagainya tetapi tidak ayah. "Ni kompem orang nak bersalin ni" sambil senyum sinis jika berkata-kata. Tak kira ibu, anak-anak atau pun jiran pasti perkara yang sama dikatakan kepada mereka.
"Ni ni..ni orang bersalin ni..hmmm bersalin ni~ (cam harith iskandar dlm lawak ke der la plak)"
Sehinggakan jiran ku pon berkata, "takdola modal lan, bersalin bersalin bersalin yo modal eh~"
Pernah sekali bercerita pasal felda, peneroka toreh getah bagai~ tiba-tiba ayah buka cerita pasal seorang penoreh getah,"dah la tak pandai nak menoreh lepas tu mengajar pula orang lain menoreh getah." Aku dah lain macam je bila ayah cakap. Segera aku bertanya "Sapo yah?" tak sempat aku menghabiskan persoalan tu ayah menjawab "Ekaulah sapo laie. Maso kocik2 dahla tak pandai menoreh pastu ajar angah menoreh. Bukan ajar salah je, dengan pokok getah pon luka sekali (terlebih toreh kulit pokok sampai tertoreh batang pokok getah)." Tergelak besar aku ketika itu. Mana tak nya, aku diajar menoreh dahulu dari angah dan kompem-kompem aku nak tunjuk skill power aku kan? Sebabkan aku nak tunjuk skill la terjadinya perbualan aku ini dan aku ibarat seekor tupai mengajar adik tupai melompat pastu tiba-tiba jatuh ke tanah. (mohon maaf untuk guru bahasa melayu kerana penyalah penggunaan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua)
Cerita seterusnya ialah berkenaan dengan mengigau ketika tidur. Untuk pengetahuan hadirin Jumaat sekalian, aku adik beradik semuanya kuat mengigau. Ayah ku berkata bahawa orang yang kuat mengigau ni orang yang pandai kerana otaknya sering berfikir dan ketika tidur juga otak sedang memproses maklumat seakan-akan sedang berfikir. Lihat sahaja lah dengan angah, memang kuat mengigau dan sangat pandai. Pada suatu cuti persekolahan, kami sekeluarga pergi ke Perak bercuti dan kami telah pergi ke Zoo Taiping. Ketika itu kami menyewa sebuah bilik di hotel seri malaysia yang berdekatan dengan Zoo Taiping. Malam itu, adik ke5 Ummi tidur sambil mengigau benda-benda merepek hingga membuatkan ibu ayah tak tenteram hendak tidur. Pagi itu ibu bising kerana adikku mengigau dan aku pon berkata "Biasalah tu bu~ orang mengigau ni pandai~"
Ayah pon menyokong kenyataanku sambil berkata "Semua anak-anak ayah kuat mengigau. Semua pandai-pandai. Along dulu kuat mengigau sekarang je dah tak mengigau~" Ayah berseloroh "ohhh kira dulu along pandai la ek?sekarang tak pandai dah? ahahhahaha" aku tergelak sendirian. Aku memang tak berapa nak pandai pon. Betulla apa yang ayahku katakan. Aku ni akal pon pendek je..hahahahah
Ayahku seorang yang suka bergurau. Jika ibu kelihatan muram dan monyok-monyok pasti ayahku akan buat apa saja cara untuk menceriakan ibu hingga ibu tergelak. Ayah penah mengeluarkan quote ini
"Camne ibu nak kurus? Kalau asyik tergelak bahgia je~"
Aku gembira melihat ibu ayah bahgia bersama. Aku harap ianya berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.Entri kali ni khas untuk ayah tercinta. Moga segala masalah yang ada akan dibukakan Allah jalan penyelesaiannya. Ayah juga sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya dan begiu juga dengan aku yang mengharapkan segala-gala yang terbaik untuk ayah dan ibu.
"Kalau gunung ganang ditarah dan ditimbang pasti tak tertimbang budi ibu ayah, kalau air laut ni dituliskan 1 persatu susah payah ibu ayah pasti tak tertulis kesusahan ibu ayah memelihara kami, jika dihitung masa terjadinya bumi hingga kiamat pasti tak terhitung kebaikan ibu ayah kepada kami adik beradik. Ku yakin hanya dengan menjadi yang baik, soleh dan solehah sahaja mampu membalas jasamu walaupun pasti tak terbalas"
Ikhlas dari anakmu Along dan adik2
SELAMAT HARI BAPA, AYAH....
ReplyDelete