Ya
Allah..daku bersyukur hanya jari jemariku yang putus bukan tali keimananku kepadamu ya Allah..Aku bersyukur kerna hanya mata orang yang melanggarku dibutakn sementara waktu ketika melanggarku dan bukannya buta mata hatiku dari bertaqwa kepada
mu ya Allah..Ya Allah aku bersyukur kerana hanya motor kesayanganku yang mati
& pergi selama-lamanya bukan nya diriku ini agarku sempat lagi bertaubat kepadamu ya Tuhanku..Ya Rahman ya Rahim
aku bersyukur kepadamu kerana memberikan kesakitan ini kepada ku agar aku kenal erti syukur menjadi
hambamu yg sihat walafiat.. Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, aku bersyukur diriku tersungkur layu ditepi
jalan dengan kaki yang terkulai-kulai dan bukannya hati yang terkulai dek tak mngenal penat jerih
dan pengorbanan ibu bapaku sebelum pergi meninggalkan ku...Aku bersyukur hanya aku yang merasai keperitan ini dan bukannya adik-adik
kesayanganku agar dapat ku ceritakan bahawa pentingnya menunaikan ibadah kepadaMu Ya Tuhanku....
Aku bersyukur kerna semua ni hanya ujian Allah
& dengan ujian ini dapatlah meringankan lagi dosa-dosa yang telah kulakukan didunia agar ku tempuh akhirat dengan hati yang lebih redha kepadamu Tuhanku yg maha ESA..ALLAH SWT..
Pengalaman mengajar dan ku lafazkan kesyukuran ku kepadaMu kerana aku telah diajar dan belajar melalui peristiwa ini agar diri ini lebih kukuh dan teguh beriman kepada Mu. Pesan along buat adik-adikku, sayangilah ayah dan ibu, cintailah pena dan buku, tunaikanlah ibadah-ibadahmu, jagalah perlakuanmu, hormatilah orang-orang di sekelilingmu dan paling penting jagalah imanmu wahai adik-adikku.
Marilah kita bersyukur di atas segala nikmatnya. Wang bukan segala-galanya. Jika harta melimpah ruah sekali pon tetapi kesihatan tiada, maka tiada gunalah harta kekayaan itu kerna harta hanya tinggal harta. Harta takkan mengikuti mu sayang-sayangku. Harta itu tidak mampu membeli, kesempurnaan diri dan tidak mampu menjamin kebahgiaan di akhirat nanti.
"INGATLAH WAHAI KEKASIHKU, SEGALANYA BUKAN DI SINI TAPI SEGALANYA HANYALAH DI SANA"
Dunia hanya sementara, yang kekal abadi hanyalah akhirat sana. Berjaya dunia tak bererti berjaya keakhirnya. Semua bergantung kepada taqwamu kepadaNya. Adik-adikku semua, ingatan ini tulus ikhlas dariku untukmu dari hatiku untuk hatimu dari jiwaku untuk jiwamu kerna aku mahukan segala-galanya yang terbaik buatmu adik-adikku. Kerna aku mencintai dirimu sekalian.
Yang menyayangimu
Atif Jauhari |
:'D
ReplyDelete