Monday, 25 June 2012

Antara kasih dan jarak

     Jarak bermaksud gerakan sesuatu objek dari1 titik A hingga ke 1 titik B. Kasih sayang itu ialah 1 jenis perasaan yang menghubungkan antara 1 makhluk kepada 1 makhluk yang lain. Dengan rasa kasih dan sayang maka tiap-tiap makhluk akan sentiasa kasih-mengasihi, cinta-mencintai, hormat-menghormati, percaya mempercayai, saling mengambil tahu dan saling ingat-mengingati.

     Jarak bukanlah 1 tanda aras atau sempadan untuk berkasih sayang. Seperti keimanan kita kepada Allah yang maha Esa. Sempadan negara hanya dapat membezakan tinggi rendah tahap ekonomi, buruk baik ideologi politik dan miskin kaya masyarakatnya tetapi sempadan negara tidak dapat membezakan iman kita dengan Tuhan. Muslimin muslimat itu sama rata dan setaraf pada Pandangan Ilahi. Jika ada walau secebis iman di dada seseorang manusia itu, mereka tetap berpeluang mencium bau syurga. Bezanya cuma antara cepat atau lambat sahaja.

     Dalam berkasih dan sayang itu tersimpan seribu macam perasaan yang sukar digambarkan. Kasih sayang itu cinta tanpa suara tanpa bicara. Cinta sejati lahir dari hati yang tulus murni. Melalui mata terlihat senyuman manis terlihat raut wajah yang menyejukkan hati dan pasti hati akan terdetik, ohhhhh inilah cinta kurniaanMu ya Allah. Memang benar mata itu pintu panca indera, mata itu pembuka bicara panca indera dan mata itu pembuka cerita. Tetapi janganlah kerana berjauhan, tidak bertemu antara mata dan mata maka kasih sayang itu makin lenyap makin pudar berlalu mengikut peredaran masa. 

Janganlah biarkan diri itu sepi tanpa kata.
Janganlah biarkan jiwa itu rindu tanpa berita.
Janganlah jadikan impian itu sebagai tembok derita.
Janganlah kerana manusia lain hati itu dibiarkan sahaja.
Janganlah mengharapkan hati-hati lain menjadi penganti jiwa.
Kerna sesungguhnya kasih itu berbeza, kasih itu tak sama, kasih itu tiada tara.
Kerna manis cinta itu berbeza antara tiap-tiap manusia.
Janganlah tinggalkan dia bagai layang-layang terputus talinya.
Sudahlah putus tak pergi cari pula.
Layang-layang tidak akan terbang sendiri tanpa talinya.
Carilah layang-layang itu. Baikilah ia.
kerana layang-layang itu ingin terbang kembali bersama tali cinta.

Cintalah kerana Tuhan Yang Maha Esa,
Cintalah kerana mengharapkan keredhaanNya.
Sesungguhnya Dia lah Tuhan segala-galanya

"IT'S NOT ABOUT DISTANCE, IT'S ALL ABOUT TRUST AND LOVE"

Insan yang mengambil berat







Kot-kot ada yang terasa.
Ini hanyalah cerita.
Tiada kena mengena antara manusia
KOIIIII!!! Gurau ja~


No comments:

Post a Comment