Friday, 8 June 2012

Gambang oh Gambang

     Subuh itu aku dikejutkan oleh ibu. Selepas bangun dan menunaikan solat, aku segera mandi dan bersiap. Hari ini kami sekeluarga akan ke Gambang, Kuantan untuk mandi manda di Bukit Gambang Water Park. Tempat yang sememangnya menarik seperti mana-mana taman tema air yang lain. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi pon kerna pergerakan yang terbatas ni menyukarkan aku untuk melompat-lompat macam orang gila di sana. Perjalanan memakan masa 2 jam dari rumah ku. Untuk mengurangkan kebosanan ku, aku telah membawa teman rapatku sekali, cik dumbbell. Bukan niat nak memoyo tetapi apa lagi yang aku boleh buat selain duduk? Baiklah aku mengepam otot yang kecut ni.

Bersama dumbbell 5kg
Ibu peneman setiaku..aku tak bergerak dia tak gerak..syang ibu





     Orang sekeliling agak pelik melihat seorang berbesi dikaki dipapah masuk ke dalam air..Akhirnya aku mandi juga dengan luka2 besiku itu.. Masuk air, siap duk atas pelampung meneroka aliran air di sekeliling taman air itu. Yes. Berbaloi juga sebab aku memang kepingin nak mandi manda bersama. Nasib baik adik-adik ramai memapahku berjalan ke tempat licin. Aku agak senang hati dengan orang sekeliling yang tak henti-henti melemparkan senyum manis mereka kepadaku. Tiba-tiba Abby datang kepada ku sambil berkata

"Long tadi ada orang cakap 'tu la abang yang angkat dumbbell tu. Mesti tough'"

Untuk kepastian apa yang abby cakap tu aku mengajukan soalan. "Abby tough tu apa?" dan dia menjawab "entah"

     Maka terbuktilah perkataan itu memang sebijik keluar dari mulut orang lain. Abby adalah sumber sejarah utama atau primer kerana setiap perkataan yang dikeluarkan adalah benar dan tepat kerana sekiranya dia memahami maksud tough pasti berlaku pengolahan dalam ayat tersebut. < kaw2 poyo nak mampus.


Apsal plak lelap mataku ni


     Seronok gak aku kerana terlepas hajat nak masuk dalam air. Natijahnya luka aku berair dan berdarah kerana banyak sangat berjalan. Tapi perkara tu sudah menjadi biasa. Bak kata seorang guru bhs German kepada ku, alah bisa tegal biasa katanya dengan comey. Balik kepenatan kerana pada keesokkan harinya kami akan ke Kuala Lumpur kerana akan diadakan kenduri doa selamat dan tahlil. Malam ni Malaysia vs singapiuk..tak puas hati ngan ref merepek. Tak ku lupa, WELCOME TO EURO 2012. Hopefully England dan Portugal perform la ek.. Bebaskan anda dari kontroversi dan kritikan dunia.

"SEKOLAH TIBA TAK LAMA LAGI
PASTI AKU KESEPIAN LEPAS NI
HARAP JANGAN KU DILUPAI
KU MENUNGGU DENGAN SABAR DI SINI"

1 comment: