Friday, 29 June 2012

Pandangan seorang manusia


Malaysia merupakan salah sebuah negara yang agak aman berbanding dengan negara-negara lain. Aman dari malapetaka besar seperti gempa bumi, gunung berapi dan sebagainya. Malaysia juga agak aman dari segi jenayah berbanding dengan negara-negara lain. Mengapa diri ini menggunakan perkataan 'agak aman'? Jenayah-jenayah seperti penculikan, pembunuhan dan jenayah-jenayah besar yang lain telah mula kelihatan muncul di kaca tv anda. Pelbagai kes melibatkan nyawa dan harta benda telah mula tersebar luas di negara ini. Namun, negara kita masih belum mencapai tahap seperti negara barat yang menjadikan senjata pistol atau senapang sebagai benda yang wajib disimpan dan dimiliki.

     Walaupun negara ini 'agak aman' pada kaca mata diri ini, diri ini tetap tidak menyenangi dengan warna warni politik negara ini. Tidak kira  kerajaan atau pon pembangkang  sama sahaja. Yang bezanya cuma siapakah kuasa yang memerintah sekarang? Cuba kita selami situasi politik di negara ini. Fitnah menfitnah merupakan asam garam dalam politik di Malaysia. Semuanya suka menuding jari kepada musuh-musuh politik masing-masing. Itu rasuah, ini makan duit rakyat, itu peembaziran, ini songlap & macam-macam lagi. Bila ditanya apakah pandangan politik diri ini? Maka secara terus terang diri ini di atas pagar 50-50.

     Diri ini bukan hendak menunjukkan kehebatan atau keburukkan sesetengah pihak, tetapi diri ini mahu melontarkan pendapat yang pada diri ini..... "eiii kenapa jadi macam ni" punya pendapat (poning apo ayat den ni?)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
1)Pemimpin
Jika disebut sebagai pemimpin kerajaan pasti semuanya terfikir "kereta besar, pakaian lengkap dan kaya" Adakah pemimpin dilantik oleh rakyat tugasnya untuk mengumpulkan harta benda? Adakah masalah rakyat itu hanya sebagai masalah yang remeh temeh. Lihatlah sahaja pemimpin di sini. Sampai ada yang berkata "kalau askar mabuk jadi pemimpin gitu la~"

Tidakkah diri itu berasa hina dengan kutukan dari rakyat jelata dek kerana sikap sambil lewa sebagai pemimpin. Orang datang rumah untuk mengadu masalah dia atas rumah gelak-gelak sedang enak diurut oleh tukang urut. Ini baru pemimpin kecil-kecil dekat-dekat. Belum lagi pemimpin yang besar-besar yang jauh lagi hebat.

Anda seorang lelaki yang memimpin keluarga dan negara, tapi mengapa anda memberi peluang kepada isteri anda mengambil 'spotlight' sebagai pemimpin TERBESAR negara? Jika pergi ke luar negara pasti banyak duit yang dihabiskan dan dibelanjakan. Saya sedar siapa diri saya dan saya tidak layak dalam menidakkan tindakan anda tetapi tidakkah anda sedar anda hanyalah manusia biasa seperti rakyat jelata lain. Tidakkah anda ada rasa bersalah menghabiskan wang yang banyak hanya semata-mata mahu tidur atau menginap di hotel yang mahal. Bermalam di hotel mewah yang menelan belanja hingga berpuluh-puluh ribu hingga mencecah ratusan ribu ringgit. Tidak berbaloi anda menghabiskan duit sebegitu rupa kerna anda hanyalah seorang pemimpin 'TERHEBAT' negara yang tampak hebat menginap di hotel-hotel yang terkemuka dunia. 
(mana saya dapat maklumat? Dalam paper pon boleh jumpa)

Duit itu boleh digunakan lagi untuk rakyat. Simpanan duit itu boleh dihabiskan untuk rakyat yang amat miskin. Anda tidak takut nanti disoal di padang masyar dengan pembaziran yang anda lakukan? Pemimpin keluarga yang tidak dapat menjaga anak isteri juga boleh ditarik ke arah api sana, inikan pemimpin negara lagi banyak anda akan disoal sana. Takutlah Allah takutlah api neraka kerana sesungguhnya azab itu bukan bagai digigit semut api. Diri ini tidak ada hak untuk menentukan syurga neraka anda tetapi diri ini hanya ingin menasihatkan anda agar tidak terjerumus ke lembah yang hina itu.

Firman Allah
'Hai anak adam peliharalah dirimu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.'

Janganlah kau perkecilkan hukum Allah kononnya hukum Allah itu sudah tidak relevan sudah lapuk. Hukum Allah itu Maha Adil dan hukum hudud itu adalah yang terbaik untuk dijalankan di mana-mana jua. Janganlah kamu menggunakan ahli-ahli kamu (ustazah/ustaz) yang lain untuk mempertahankan kedudukan kamu. Kononnya jika tangan pencuri dipotong, maka akan menyusahkan kehidupannya di dunia nanti. Tak logik dek akal. Itulah tujuan hukuman itu dibuat. Agar orang takut hendak mencuri lagi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagi pemimpin yang tak habis-habis dengan scandal yang pelik-pelik. Memang benar, Tun Mahathir sendiri secara sinis pernah mengakui beliau pernah menzalimi anda, tetapi kenapa cerita pelik-pelik yang berkaitan anda tak pernah nak habis? Fitnah? Mungkin fitnah tetapi mengapa diri sendiri tidak cuba mengelakkan diri daripada difitnah? Ingat lagi ketika seorang insan melemparkan tuduhan ke atas anda dan dia mencabar untuk membuat sumpah laknat? Mengapa anda tidak menafikan tuduhan itu dan menyahut cabaran? Mengapa anda membiarkan diri anda dipandang hina? Dengan melafazkan sumpah itu dapatlah anda menutup mulut orang yang anda dakwa sebagai penfitnah. Mari rujuk pendapat Dr. Mohd. Radzi

Ada yang pernah memberitahu saya bahawa sumpah laknat itu hanya untuk suami isteri sahaja. Tapi benarkah?

Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.

Apa? Saya tiada tauliah dalam agama? Benar,,memang benar saya tiada hak dalam memberi pandangan saya tetapi sumpah laknat itu adalah satu-satunya cara untuk menentukan keadilan di sisi Allah. Mahkamah dunia ini tidak sama adilnya seperti mahkamah Allah. Apa? Sumpah tak boleh buat main-main? Perlu rujuk dahulu?

Benar, sumpah memang tidak boleh dibuat sebagai alat gurau senda. Tidakkah anda tahu, sumpah mubahalah ini biasa dilakukan ketika zaman Rasulullah apabila melibatkan 2 pihak yang ingin mengaku dirinya benar dan pihak yang lain salah. Maka kedua-duanya akan melafazkan sumpah itu. Siapa yang berdusta, kelak menerima balasan Allah yang amat dasyat. Tidak kira tuduhan jenayah, zina atau pertikaian harta benda mahupun kebenaran peribadi.

 'Berani kerana benar takut kerana salah' bukannya
 'berani kerana tak takut hukum Allah, takut kerana nak rujuk dahulu hukum bersumpah'
--------------------------------------------------------------------------------------------------
2)Rakyat jelata
Hai rakyat-rakyat jelata janganlah kau menjadi hamba kepada pemimpin mu dengan memburuk-burukkan pemimpin lain dan berbalah-balah antara kamu kerana 'dacing' dan 'bulan' tak boleh bersatu. Kita sebagai umah Islam wajib bersatu dan bersama-sama memperjuangkan agama Allah. Ingatlah bahawa politik itu bukan menjadi arah tujuan sesebuah agama tetapi agama itulah yang berhak menjadi jalan petunjuk untuk politik yang lebih baik dan adil. Engkau melaungkan keamanan keadilan tetapi engkau sendiri tidak bersikap adil. Diri ini juga tidak pernah lari dari melakukan kesilapan kerana diri ini tidak sempurna.
  • Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam menguruskan harta negara.
  • Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang jalan raya namun mengharapkan mahkamah yang telus & saksama.
  • Berapa ramaikah rakyat yang mengharapkan pemimpin itu jujur sedangkan ketika 'punch card' masuk kerja mereka sendiri mereka tidak jujur. [punch card, claim & mc]
Imam Ibnu Katsir menjelaskan

"Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang zalim yang lain. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya dan sebahagian mereka diseksa dengan sebahagian lainnya sebagai balasan ke atas kezaliman mereka" (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

Rakyat juga suka share di facebook kononnya ini zalim itu zalim tanpa usul periksa kebenarannya seperti baru-baru ini kononnye tarif bil elektrik itu sebenarnya menipu rakyat walhal orang yang menyebarkan cerita itu sebenarnya yang zalim. Salah kira.. Apa dah~ lain kali kaji dulu periksa dulu sebelum menyebarkan berita. Orang lain pon turut serta menyebarkan cerita sambil meninggalkan komen yang tak sedap nak dibaca. Orang kita ini kalau tak di'vavi'kan tak di'vongok'kan memang tak sah. Walhal benda yang engkau tengah komen ni salah ni. Beringatlah bahawa tiap-tiap tulisan yang orang baca itu akan meninggalkan kesan. Diri ini juga beringat juga hendak menulis jadi bukan sewenang-wenangnya saya menulis tanpa rujukan kerana diri ini takut menyebarkan fitnah. Marilah kita bersatu bersama-sama mempertahankan Palestin dan janganlah kita pertahankan yahudi israel laknatullah.



"DIRI INI TAK SUKA, BILA SESAMA ISLAM HINA MENGHINA, JANGAN SATU HARI NANTI KITA TERGADAI NEGARA!!"


Dari insan yang lemah

No comments:

Post a Comment