Monday, 4 June 2012

Nasihat dari seorang bujang~

     Sedang aku beriadah di halaman rumah bermain badminton 'statik' bersama adik-adikku, lalu segerombolan anak-anak muda Felda menunggang motosikal sambil bersorak macam beruk dalam zoo. Fenomena ini bukanlah 1 fenomena yang luar biasa kerana fenomena yang tak berapa 'ajaib' ini berlaku semenjak aku di bangku sekolah. Cuma yang membezakan, waktu ketika dahulu mereka ini berbasikal kini menuju ke arah era kemodenan, hanya motosikal sahaja yang menjadi tumpuan remaja Felda. Memang tidak salah bagi sesetengah orang yang baru melihat perkara ini berlaku, mungkin mereka mahu berseronok dan ini cara mereka beriadah. Tapi tidak pada mataku tidak pada mata hati ku dan tidak pada akal fikiranku. 

     Tiada sedikit pun faedah yang mereka dapat pabila berkumpul ramai-ramai, pusing keliling kampung dengan motor, kadang-kala memenuhi jalan yang menyusahkan kenderaan lain. Kalau kumpulan sesama lelaki, masing-masing heboh dengan skill 'willy' dan 'wekang' nya. Pernah sekali seorang budak sedang menunjukkan kehebatan merempit, terjatuh dan terheret motor di depan rumah aku. Nasib baik tak mati, tak cedera teruk. Cepat-cepat mengangkat motor yang masuk dalam longkang dan mem'blah'kan dirinya. Tahu pula malu, ingatkan tak sedar diri tadi? Dari bunyi bising ekzos buluh jadi bunyi bising motor menghentam jalan. Tahniah. Sila berhenti berbuat demikian.

     Kalau sesama perempuan lain pula perangainya. Dengan pakaian yang tak berapa nak tutup badan, bagaikan model pinggitan yang menjual muka sambil menaiki motor kapuknya. Kebanyakkan model-model Palong ni 'free hair' yang bajet 'hot' tapi... aku malas cakap banyak. Berdosa mengutuk orang tapi aku setuju dengan Zai, "Tengok cam Zai ni,duk je rumah tak de nak heboh jalan-jalan, hot gak cun gak" Adik aku ni memang cun sangat~~ (tangan kat bahu mata pandang ke atas..sangat tu garau sikit). 

     Hakikatnya, aku paling panas kalau bab-bab memakai tudung ni diperlekehkan. Aku dulu ada seorang kawan yang rapat dan aku mengetahui bahawa si polan ini tidak bertudung. Aku menegur baik agar dia bertudung dan dia berjanji denganku akan memakai tudung. Malangnya, suatu hari aku mengetahui bahawa si polan tak pernah bertudung padahal dah berjanji denganku. Pada mulanya aku menganggap mungkin dia mengambil masa untuk berubah dan aku tak kisah dia mungkiri janjinya. Dengan tak semana-mananya semua berubah apa bila dia mengatakan "Kalau tak ikhlas pakai tudung baik tak payah pakai. Bukan dapat apa-apa pun~" Woww~ menggelegak hati aku bila itu hujahnya kepadaku. Aku membalas, "Lebih baik tak ikhlas pakai tudung tanpa pahala dari tak memakai tudung yang dah kompem-kompemnya dosa." Itulah ayat terakhir aku bercakap dengan kawanku itu. Bukan bermakna aku meninggalkan dia keseorangan tetapi dia yang menjauhkan dirinya daripada ku. Aku redha dan mendoakan dirinya berubah.

     Hampir kesemua wanita yang tidak mahu menutup auratnya suka melafazkan hujah-hujah untuk mempertahankan dirinya. Tak sampai seru, tak sampai hidayah lagi. Persoalannya sekarang sampai bila mahu menunggu hidayah kalau diri sendiri tak mencari hidayah. Lainlah seperti orang kafir, mereka tak percaya dengan Islam kerana mereka sendiri tak tahu apa itu Islam. Tak seperti wanita-wanita Islam ini yang sedar bahawa membuka aurat itu dosa tetapi tetap tidak mahu melakukannya. Hidayah boleh dicari dengan usaha dan doa. Jika ditanya soalan ini apa yang perlu mereka jawab?

"Bagaimana ketika belum sempat 'turunnya hidayah' anda mati katak di tengah jalan?"

Jangan salahkan Tuhanmu yang tak turunkan hidayah TETAPI salahkan dirimu yang tak mencari cahaya hidaya. Firman Allah yang berbunyi,

 Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. Surah Al-'ankabut [29:69]



    Berbalik kepada gejala sosial remaja-remaja Felda(macam soalan SPM pula). Mereka-mereka ini kalau dikumpulkan dan digunakan tenaga ke arah kebaikan pasti lebih banyak faedahnya. Akan tetapi kalau dikumpulkan dengan cara yang salah, macam-macam boleh berlaku. Jangankan remaja sekolah menengah, kanak-kanak sekolah rendah juga dah belajar curi-curi menghisap rokok di dalam semak. Salah satu kegemaran remaja ini ialah bermain 'pakau'. Kalau bermain kosong tanpa taruhan duit tak mengapa tapi kalau dah lalai bermain pakau sampai solat 5 waktu pun boleh terlupa. Sebut pasal solat, pasti hatiku akan panas meluap-luap bila seseorang ditegur untuk bersolat dan orang tersebut membantah. Jawapan yang sering diberi "dah solat di rumah dah tadi" walhal waktu solat baru je masuk ketika insan ni datang ke rumah. Tak pun, "cuti hari ni" walhal yang bercakap tu lelaki yang kononnya hendak bergurau dan yang paling teruk jawapannya "malas". 

     Anak-anak jiran suka datang ke rumah ini kerana ayah dan ibu tak kisah jika mereka datang bermain. Rumah ini ada PSP, PS2 dan PS3. Tetapi aku akan kenakan syarat untuk mereka bermain permainan video ini. Syaratnya ialah solat dahulu baru boleh main. Aku agak kesal dengan sikap ibu bapa mereka kerana segelintir anak-anak ini walaupun sudah berumur belasan tahun masih tak tahu bagaimana hendak solat. Jika diajak bersolat pasti akan berdolak dalih tetapi jalan penyelesaiannya mudah sahaja bagiku. JANGAN HARAP NAK MAIN GAME. BOLEH BALIK. Hal ini pernah terjadi dengan rakan ku sendiri. Pada mulanya aku agak berlembut kerana dia dah besar dan berumur sebaya dengan diriku. Aku berpesan solat dulu sebelum bermain game dan dia berdegil denganku. Dek kerana malas hendak bersolat, aku tak benarkan sesiapa pun membuka game pada ketika itu dan dia tetap dengan pendiriannya. Maka sampai sekaranglah tiada game untuknya. Jangan kau nak berkeras kepala denganku pasal solat, aku pasti berkeras kepala juga. Aku bukanlah seorang yang pandai melakukan dakwah secara berhemah dan lemah lembut. Kalau asyik diberi peluang dan dia tetap lalai melakukan tanggungjawabnya,aku lebih berkeyakinan dengan sikap lebih tegas. Walau bagaimanapun aku sentiasa mendoakan agar dia diberikan petunjuk dan hidayah. Mungkin kerana kedegilannya ialah dugaan untuk ku melaksanakan tanggunggjawab ku sebagai seorang muslim.

     Orang pernah berkata dengan ku jangan menghukum dengan tindak tanduk manusia tapi kalau dah 10~15 tahun aku lihat perkara yang sama sahaja berlaku orang lain mungkin juga akan bersependapat dengan ku. Memang betul bahawa bukan semua anak-anak muda Felda seperti ku katakan tapi cuba lihat anak-anak Felda yang mempunyai berjaya dan mempunyai kerjaya mereka sendiri. Pasti nampak perbezaannya.

     Hal ini terjadi kek kerana sikap sambil lewa kebanyakkan ibu bapa merangkap peneroka di sini. Mungkin ada segelintir yang bertegas menegah kelakuan anak mereka ini, tapi mereka lemah seolah-olah "Pakcik dah tuo, anak-anak tak nak donga cakap laie dah~". Ada satu kes seorang anak Felda di Palong 7&8 telah berhenti sekolah ketika tingkatan 1 dan mahu kembali bersekolah ketika tingkatan 3 di sekolah palong 7. Ibu seorang pengetua yang tegas telah bertanyakan perihal anak peneroka ini mengapa berhenti sekolah dan jawapan mereka "Dia ni malas nak sekolah, nak kerja, sekarang nak sekolah balik semula. Dia ni degil taknak dengar kata"
     Tak semana-mana mak bapak budak tadi diherdik ibuku, "Kenapa tak bertegas?Kenapa dibiarkan anak-anak pijak kepala?kenapa ikut saja kata anak-anak?Saya tak kan terima anak encik bersekolah di sini selagi tiada surat rasmi dari jabatan mengatakan anak encik ni sudah diterima sekolah sini, carilah sekolah lain untuk menumpang sementara sampai pengesahan yang anak encik layak kembali bersekolah di sini. Sebulan sebulanlah,2 bulan 2 bulanlah~.....Sepanjang masa untuk menunggu surat rasmi tu tiba muhasabah diri tu dan fikir-fikirkanlah..Selamat beramal (ni saja-saja je tambah)"

     Lihatlah betapa lemah lembut peneroka dalam mendidik anak. Segala kemahuan anak dipenuhi tanpa berfikir panjang. Ada segelintir peneroka tak percaya anaknya melakukan kesalahan setelah ditangkap mencuri, ponteng sekolah atau merokok. Mati-mati ibu bapa percaya anak mereka sangat baik. Setelah ditangkap beberapa kali barulah diri sendiri sedar bahawa anak mereka bukan seperti apa yang mereka harapkan. Dulu ketika ku bersekolah, bapa ku sendiri pesan kepada guru kelas ku agar merotan aku sekiranya membuat kesalahan. Dan sekiranya aku dirotan di sekolah tidak sesekali aku menceritakannya kepada ibu bapaku kerana pasti bapaku merotanku pula selepas itu. Anak-anak sekarang tidak seperti dahulu, bila dirotan di sekolah pasti ibu bapa datang ke sekolah dan menengking guru yang merotan. Bukan itu caranya untuk mendidik anak-anak. Bapaku pernah berpesan kepada ku.

"Bila kau dah kawin,dah ado anak nanti long, kau kono garang. Biar isteri kau yang lomah lombut dengan anak-anak. Dalam didikan yang tegas ado kelembutan (ibu menjadi tempat mengadu untuk anak-anak)"

     Niatku di sini bukanlah untuk memburuk-burukkan anak-anak Felda tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang bakal mendirikan rumah tangga dan beranak pinak agar lebih tegas dalam mendidik anak-anak. Sekiranya anak-anak boleh dididik dengan kasih sayang dan kelembutan maka teruskanlah. Sekiranya tidak, maka terapkan didikan yang lebih tegas agar anak-anak 'menjadi'. 

"Biar anak di marah sekarang agar anak tak memalukan ibu bapa di hari kemudian"

Nasihat dari seorang bujang ensem yang tak mempunyai isteri dan anak kepada mereka yang bakal membesarkan anak-anak.

1 comment:

  1. betol-betol....selalu parents salah kn cikgu kalau anak die salah...tak pasal-pasal cikgu plak kene saound..die tak tahu anak die tu jhat kat seklah..-ank cikgu jugak-

    ReplyDelete