Monday 8 July 2013

Episod 7

Episod 7 Abang ke ayah?

Hari ni sudah hari ke..... lost count hari ke berapa aku sudah berada di hospital. Sunyi sebenarnya berada di hospital walaupun di sekeliling kita penuh dengan orang ramai. Namun mereka cuma jururawat-jururawat yang cerewet, doktor yang 'ketemeneh(cari sendiri maksudnya)', pesakit yang banyak songeh serta pelawat yang memekak-mekak. Diriku hanya insan kecil yang duduk di ceruk wad 4B katil 31 menunggu sesiapa yang mahu menghabiskan masa lapang mereka menjenguk diriku. Sadis. Tiada yang datang. Maka, hari ku pasti dipenuhkan dengan aktiviti yang mencabar & menarik untuk menghilangkan kebosanan iaitu tidur. 


Tidur mencabar & menarik kerana


  1. Suasana yang hingar bingar.
  2. Semakin ramai semakin panas udara sekeliling.
  3. Masa tidur anda tidak selesa kerana sering dikejutkan. Nak ambil darahlaaa.. Nak beri makan tengah hari laaa.. Nak cek BP(blood pressure) laaa..
  4. Katil yang tidak selesa.

Mencabar. Sungguh mencabar. Lagi letih dari main futsal. (tipu sangat dah ni). Seperti biasa, selepas solat aku mula bersiap sedia untuk tidur jika aku pasti tiada yang datang melawat. Malangnya hari itu aku tidak dapat melelapkan mata kerana Pokjak & isteri datang melawat. Tak ku sangka ada yang datang. Datang bersama Maryam. Cahaya mata mereka yang pertama & ini merupakan perjumpaan yang pertama kalinya semenjak dia lahir. Comelnya si Maryam. Gembira sangat waktu itu. Walaupun diriku seorang gengster terhebat (tunjuk parut tangan kanan) namun aku seorang yang suka kepada kanak-kanak kecil kerna 

"Sesungguhnya mereka ibarat kain putih itu sangat bersih, suci & murni bebas dari segala jenis corak coretan dosa dunia"



Tengoklah si Maryam ni. Comel sangat. Geram tengok dia. Puas juga aku dukung & memeluknya. Kali pertama dia resah gelisah. Ku cuba untuk kali kedua. Mahu tu memang mahu tapi selepas didukung pasti memanggil abi & uminya. 
Nenenn~ nennenn~ teriak Maryam kepada abi & uminya. Ye ye kau Maryam nak nenen ehhh. Paling tak ku lupa jika mengacahnya dari jauh. Gelak tawa menampakkan gigi yang tumbuh nan sebatang itu buatkan hatiku luluh. Jatuh hati rasanya. Jatuh hati hendak berdiri di tempat ibu bapanya yang memiliki cahaya mata.

 "Ya Allah, bila giliranku untuk bertemu jodohku & menimang cahaya mata pula?" 

Doa hatiku. Moga Allah mendengar rintihan hatiku. Kadang kala terdetik juga rasa cemburu melihat rakan-rakan yang lain telah bertemu jodoh & dikurniakan cahaya mata dari yang Maha Kuasa. 

Walaubagaimanapun aku hanya mampu berserah kepada yang Tuan Empunya biarlah segala urusanku Dia selesaikan. Biarlah Dia yang uruskan. Aku insan yang meminjam tubuh ini hanya bisa berdoa & berharap kepadaNya agar dikurniakan kesejahteraan & kebahagiaan di dunia akhirat. Inshaa Allah. 




 Kegembiraanku tidak berakhir di situ. Keesokkan harinya, cerita yang berbeza pula terjadi. Tiada yang datang pada hari itu. Namun makcik (ingat lagi makcik yang menjaga suami yang menghidap strok?) datang menghulurkan 2 keping roti jala yang enak. Sedap. Karinya pon sedap.

"Ni kak ngah yang buat. Ni anak dia yang beriya mengingatkan untuk buatkan roti jala lebih untuk kau ni jang" tunjuk makcik itu kepada anak perempuan & cucunya. Ohh~ mungkin adik ni masih ingat yang aku ada kongsi makanan ku kepadanya. Aku tersenyum lalu ku panggil dia. Lantas aku tunjukkan gambar zaman kegemilangan ku dahulu. Mula-mula sengaja nak tunjuk gambar ninja hitamku sahaja. Tiba-tiba dipanggil adik beradik serta sepupunya yang lain. Dari ninja hitam terus melarat sampai ke gambar di Jepun, gambar adikku yang tentera & gambar si gadis pink.

"Comeynya makwe abang niiii~" pandai betul mereka menipu ya? Siapa ajar? Babap nak?
"Ni abang belikan dia barbie ke?" tanya salah seorang daripada mereka lantas
"Mana ada~ ni dia beli sendirilah nyahhh~" balasku dengan gaya gedik ala nyah.
"U main barbie tak?" tanyanya lagi
"I suka barbie yang pakai baju pinkkkkk~" balasku dengan nada yang sama
"Eiii abang ni over sangat~ ahahah" gelak mereka terbahak-bahak.

Tak tahu mengapa apabila 'audience' ku kanak-kanak secara automatiknya perangaiku berubah menjadi seorang kanak-kanak. Sebelum itu aku menyuruh mereka bahagikan kepada kumpulan. Siapa adik beradik mesti duduk dalam 1 kumpulan. Senang ku kenali. Mereka pon bergerak menjadi 3 kumpulan. Menerangkan mereka anak-anak kepada mak ngah, paklong & mak lang. Ada 7 orang ketika itu. Yang paling tua darjah 5 (malu nak ambil gambar) & dibawahnya darjah 4. Besar darjah 4 macam dak tingkatan 1. Adik bongsuku yang darjah 4 pon setengah dari ketinggiannya. Selebihnya darjah 2, 6tahun & 5 tahun.


Glove & mask juga ku tibai untuk mereka. Nak main doktor-doktor denganku katanya. Mereka mula melakonkan watak seorang doktor yang mahu meng'operate'kan kakiku & aku pula melakonkan watak pesakit yang ketakutan tidak mahu di'operate'.

"Abang ni over sangat" gelak mereka serentak apabila melihat aku dengan gaya pesakit yang 'benar-benar' takut. Seronok melayani karenah mereka. Yang lelaki lain caranya. Yang perempuan juga berbeza. Selepas itu mereka memintaku buka youtube lagu 'Hanya aku' dari cerita teduhan kasih melalui telefon ku.

"Korang tengok eh? Abang tengok gak. Tapi duk hospital tak dapat tengok. Dah abis kan?"
"Ahh dah abis dah. Best cite die. Last-last happy ending"

Ada yang menyuruhku meng'add' dirinya menjadi rakan di Facebook. Cari-cari tak jumpa. Dia pun gagal nak log in facebooknya. Lupa password la tu. Sedang sibuk melayani perangai adik-adik 5 6 tahun, ada yang berkata,

"Abang ni best. Boleh jadi ayah kan? Makwe boleh jadi mak. Panggil ayah lah" kata salah seorang daripada mereka. Tak pasti yang mana 1 & yang lain hanya mengiyakannya.

Hatiku tergelak. Ya Allah gembira hatiku. Hatiku semakin kuat mengatakan yang aku ingin segera sembuh, cepat mendirikan rumah tangga & menimang cahaya mata. Aku tahu bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak tetapi jika tidak mulakan dari sekarang bila lagi? Tak perlu anak sendiri. Anak orang lain pon kita boleh tunjukkan contoh yang baik & positif. Jika mahu tunggu anak sendiri sampai bila? Korang boleh lah. AKu? hehe

Petang itu dihabiskan dengan memekak bersama kanak-kanak riang. Pesanku agar mereka belajar baik-baik. UPSR dapatkan 5A. Boleh berjaya jauh tapi dengan syarat lepasi halangan pertama ini dahulu. Masuk ke sekolah yang bagus. SBP mahupun MRSM. Kejayaan seterusnya bergantung kepada suasana pembelajaran & rakan-rakan sekeliling. Jika ada rezeki mungkin mereka dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan atau lebih baik lagi ke luar negara. Bukanlah niat entri kali ini untuk menunjuk-nunjuk yang diriku ini seorang yang kononnya bagus mahupun baik. Cuma diri ini ingin menyampaikan pesan Rasulullah S.A.W

"Sesiapa yang tidak berlaku baik kepada orang-orang yang lebih muda, atau tidak menghormati orang tua  adalah bukan dari bangsa saya " Peace y'all

Hariku di akhiri dengan suasana yang sedih bagi diriku. Suasana kembali sunyi. Sebelum mereka pulang bersama ibu bapa, salam tanganku disambut & dicium. Mereka mengucapkan salam & selamat tinggal kepadaku. 

"Jumpa lagi, byee~"

"Kalau kita jumpa lagi" kata hatiku. 
Moga kita berjumpa lagi wahai anak-anakku

Saturday 6 July 2013

Episod 6 Nilai 'sedikit nikmat'

Episod 6 Nilai 'sedikit nikmat'


Hari itu aku bersama keluarga berjalan-jalan. Entah di mana namun yang ku pasti kami menginap di tepi pantai. Indah sungguh suasana chalet yang dibina berdekatan dengan pantai. Eh aku boleh berjalan. Melepaskan tongkat ku. Aku cuba untuk berlari. Alhamdulillah walaupun larian ku tempang namun aku sudah boleh berjalan & berlari. Syukur ku terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Ku sujud sambil mencurahkan tangisan. Telah lama ku idamkan perasaan ini. Telah lama ku nantikan. Ya Allah, tangisan ku tiada penghujung. Tangisan ku ibarat mati hidup kembali. Ibarat hilang dalam kegelapan namun diselamatkan dengan suluhan cahaya Tuhan yang Maha Kuasa.

Aku berjalan-jalan di tepian pantai. Kelihatan sebuah restoran yang besar. Perkhidmatan bot laju serta jet ski disediakan di sana. Eh macam ku kenal. Memang pasti aku kenal. Ni rakan seperjuangan ketika menuntut di sekolah Menegah Sains Tuanku Jaafar. Hafizi a.k.a Katok di STJ dahulu. Aku masih tertanya-tanya. Apa yang dia buat di sini. Katanya restoran itu restorannya & perniagaan bot serta jet ski itu semua miliknya.

"Wah hebat kau katok" bangga aku mempunyai rakan yang memiliki perniagaan yang maju.

Setelah berbual panjang, aku diberi layanan istimewa & makanan yang enak-enak dihidangkan. Free of charge katanya. Member sekolah kan? Namun belum sempat aku menjamah makanan yang dihidang, ayah menjerit.

"Sume naik kereta!!"

Aku berasa pelik dengan tindakan ayah. Kami semua mengikut perintah. Ketika kereta baru hendak bergerak, ada seorang perempuan menjerit meminta pertolongan. Ini bukan ke kawan si Katok? Aku ternampak restoran sedang dijilat api.

"Yah. Berhenti. Api api!!" Api semakin marak tetapi ayah tidak mempedulikan teriakkan diriku. Ya Allah kenapa dengan ayah? Buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Hati kecilku agak kecewa & marah dengan tindakan ayah. Bukankah sepatutnya kita memberi mereka pertolongan. Aku melihat pemandangan luar kereta & aku terperanjat. Rasa itu dicampur dengan perasaan takut yang teramat sangat. Rasa kecewa tadi hilang serta merta apabila melihat apa yang berlaku diluar kereta.

Seluruh kawasan berhampiran dengan restoran tadi telah dijilat api. Api semakin marak. Kereta dipandu laju.   Pokok-pokok & binatang semuanya mati terbakar. Kelihatan ada 1 pancaran cahaya dari atas yang menyebabkan kebakaran itu. Mengapa sinaran pancaran matahari membakar segala-gala yang berada di laluannya? Namun apa pon yang berlaku, ayah terus memecut laju. Tiada tempat selamat......

--------------------------------------------------------------------------------------------

Aku terjaga dari tidurku. Beristigfar panjang pagi itu. Jam baru pukul 5 lebih. Orang sekeliling katil masih tidur nyenyak. Aku masih di hospital.

"Astagfirullah. Mimpi je rupanya." Aku memeriksa kakiku. Aku sedar aku masih belum boleh berjalan dengan bebas. Namun aku berasa syukur kerana dengan sedikit 'nikmat' berlari dalam mimpi malam itu mampu menceriakan ku untuk sepanjang hari. Eh? Aku pernah ke tak ceria? lol

Macam mana pon, aku masih bersyukur ianya hanya mimpi. Sebelum ini aku banyak lagi mimpi yang dasyat-dasyat seperti berperang. Tiap kali mimpi seperti ini, jantungku pasti berdenyut kenyang. Mau tak cuak? Rasa macam dunia sudah kiamat. Namun persoalannya mengapa aku boleh berjumpa dengan rakan sekolah? Dalam setahun nak jumpa sekali pon susah.

Tiap kali bermimpi, aku pasti seorang aku yang baru sahaja sembuh & tiap kali itu jugalah aku meraung teresak-esak kerana rasa terlampau bersyukur dek nikmat berjalan. Tiap kali bangun dari mimpi pasti aku akan memeriksa kakiku. Namun tiap kali itu juga aku akan berasa sedikit kecewa.

"Ianya masih begitu"

Namun kekecewaan itu hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Selepas seminit 2 aku pasti kembali  gembira & ceria. Aku selesa dengan diriku sebegini. Actually bukan teruk sangat pon kan? Relax & enjoy your life macam dulu-dulu.

Steady macho

Tuesday 2 July 2013

Episod 5 Setianya seorang isteri kerana?

Episod 5 


"Cik, apo kabar? Sihat tak?" tegur ku
Dia hanya mengangkat tangan & tersenyum
“Cik, sey ensem tak cik?” aku berseloroh
Bertambah lebar senyumannya. Mungkin dia sedang tergelak.
"Salam sikit haaa~"

     Tanganku disambut oleh pakcik Aziz. Dia memahami apa yang kita perkatakan namun dia sendiri tak mampu mengucapkannya melalui percakapan & pertuturan yang sempurna. Setelah berumur 63tahun & memiliki sejarah sakit jantung serta strok, kini pakcik Aziz tidak lagi mampu berbicara seperti insan lain. 

"Aaaaaa~ Aaaaaaaa~ Aaaaaa~" jeritan tangisannya tiap kali mahu dicucuk jarum ataupun isteri tercinta pergi meninggalkannya untuk seketika. Pernah juga aku membantu medical assistant yang mahu mencucukkan insulin untuk pakcik Aziz. Dia memarahi MA itu walaupun MA telah memujuknya untuk dicucuk ubat. Aku yang kebetulan berada di situ turut sama memujuk.

“Cik nak copek balik tak? Takpo jap g si Ashraf ni enjet sey plak. Sekarang acik dulu yo. Sonyum sket. Baru ensem.” Dia tersenyum & dengan segera MA memberi insulin kepada nya.

     Melihat pasangan ini, hatiku rasa inilah keindahan cinta sejati hingga ke syurga. Sampai bilapun masih setia si isteri kepada sang suami mahupun si suami  berperangai bagaikan kanak-kanak yang manja yang perlukan belaian. Sudah bertahun makcik menunggu pakcik di hospital. Berulang-alik dari hospital ke rumah. Bertahun tapi masih setia. Tak sedikit pon kelihatan tercalar nilai sebuah kesetiaan isteri kepada suaminya. 

"Cik, nanti copek sihat yo. Boleh balik rumah" kata ku sebak

Sebelum itu aku berpeluang berbual panjang dengan isteri pakcik Abd Aziz.

“Acik sayang dengan dio ni. Masa sihat dulu dio sayang betul dengan makcik.  Maso anak-anak eh kocik dio yang susukan. Bangun pagi. Dio biarkan acik tido. Dio sanggup bersengkang mato menjago anak-anak eh. Dari mulo kawen sampai dio dah tak sihat ni, acik tido kek longan eh. Dio manjokan acik tau. Rindu raso eh nak donga dio panggil kito ‘sayang’. Sekarang ni lopeh kono strok tak buleh nak bercakap laie. Dulu dio yang tolong masak, basuh baju. Baju dio, dio seterika kan sendiri. Tak do nak pakso acik buek. Dio yang buekkan untuk acik ado la. Pakaian acik dio bolikan. Baju acik dio bolikan. Sampai satu hari acik menangis sobab acik salah boli kasut. Kasut acik saiz 4 tapi acik bolikan kasut saiz 5. Mano tak eh biaso dio yang bolikan untuk acik. Dio sayang betul ngan acik. Rindu sangat acik nak donga dio panggil acik ‘sayang’. Dulu dio jago acik, sekarang ni giliran acik pula jago dio. Dio ni anak sulong. Sayang betul dengan adik-adik eh. Anak-anak & cucu toksah lah cakap. Lagi dio sayang. Tu sobab anak-anak, cucu cucu sumo suko & sayang ngan atuk eh. Omak dio ngan omak acik pon dio bawak tinggal samo. Dio jago elok-elok omak-omak eh. Tak do bezo. Dio tak kedekut & berkiro. Dio sanggup keluar duit asalkan omak-omak eh bahagio. Bukanlah acik nak puji dio lobeh-lobeh tapi..”

Sebelum sempat makcik menghabiskan ayatnya aku menyambung
“Dah acik orang yang paling dokek, memang la acik tahu kan. Hahah?”

“Pandai kau cakap dik” gelak makcik. Namun begitu kelihatan leraian butir-butir permata halus dari mata makcik. Terlampau sebak. Teringatkan kisah lama. Diriku juga terkesan. Tipu jika hati kecilku tak merasakan apa-apa selepas mendengar cerita makcik ini. Hebat betul kesannya kepada diriku. Mampukah aku menjadi suami yang begitunya setia? Mampukah aku memikul tanggungjawab yang sangat besar bila sudah berumah tangga? 

Melihat kembali senyumannya kepadaku
Buatkan hatiku bertambah sayu
Mendengar lagi ceritera tentang dirimu

Ku tahu kau seorang anak yang hebat di mata ibu-ibumu
Ku tahu kau seorang suami yang teristimewa untuk isterimu
Ku tahu kau ayah yang sentiasa dicintai oleh anak-anakmu
Ku tahu kau atuk yang sentiasa disayangi oleh cucu-cucumu
Ku tahu mengapa isterimu begitu setia kepadamu
Ku harap kau segera sembuh
Ku harap tubuh badanmu menjadi kukuh
Ku harap kau segera pulang ke pangkuan keluarga tercinta
Ku harap kau berbahagia selamanya
Ku harap kau menjadi contoh buat diriku
Ku harap aku mampu sesetia kepada bakal isteriku

Kerna kini ku tahu bahawa setia seorang isteri kerana setianya seorang suami~


Mahu menjadi sang setia

Episod 4 Istimewa

Episod 4

Hari ni hari sabtu 29 Jun 2013. Dari pagi td aku asyik melihat jam dinding hospital. Kejap-kejap jam di telefon bimbit kutatap. Lambatnya masa berjalan. Bila agaknya nak tengah hari ni? Tengah hari? Aik tunggu masa makan ke?

“Atif nak makan tak?” Kata brother yang membawa makanan hospital tu.
“Nak nak” jawabku ringkas.

Makanan diletakkan di atas meja yang boleh dilaras. Mudah untuk ku makan. Namun aku tak menyentuh makanan tu. Malahan aku menyiarap di atas katil. Longlai.

“Aik bang. Tak nak makan ke? Tak sihat ke? Nanti diorang ambil balik makanan yang tak diusik” pesan dak katil depan kepadaku.
“Korang nak tak? Ambillah nasi ni. Abang tak makan”
“Betul ke ni? Tak sihat ke ape?”

Aku hanya membisu sambil meneruskan tertiarapan ku diatas katil. Amboi~ tertiarapan. Cam kena putar-putar kepala kalau nak menyebut perkataan tertiarapan. Jam sudah menunjukkan pukul 12 suku. Lambatnye masa berlalu. Sedikit pon rasa tak lapar. Sedang syok terbaring sambil mendengar lagu ‘for the rest of my life by Maher Zain” tiba-tiba ada orang datang. Hatiku keriangan walaupun menunjukkan muka mamai bajet baru bangun dari tidur.

“Lapar lapar. Makanan dah sampai” kataku ringkas. Tunggu pizza delivery ke apa? 

     Alhamdulillah cik Erny dah sampai. Janjinya kepadaku dia akan datang bawa masakan ayam black pepper untuk diriku. Heeee aku tersenyum panjang. Panjang sangat sampai boleh muat sebijik penumbuk anda. Dak katil depan baru tahu kenapa aku tak makan. Menunggu sesuatu yang istimewa perlukan kesabaran & keteguhan hati. Gembira yang tak tergambar. Last jumpa bulan 3 yang lepas. Lebih kurang  3 ke 4 bulan juga tak berjumpa. Sedap lauk ayam black pepper. Terima kasih. Tulus ikhlas..ehhh ikhlas tak boleh cakap.

Terima kasih dari hati ini untuk hati yang pink manis
Kerana tak pernah lupa menceriakan hati yang sadis
Sadis dek sakit yang tak tahu bila penghujungnya
Sadis dek ulang alik ke hospital tak tahu bila sihatnya
Namun dirimu yang jarang-jarang ku temui beriku harapan
Berikan ku kekuatan
Untuk teruskan kehidupan
Untuk teruskan perjalanan yang masih belum kehabisan
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi walaupun sibuk dengan study
Walaupun sibuk dengan exam muet yang tak lama lagi
Kurang-kurangnya dirimu sentiasa melayani karenahku
Sentiasa berada di sisi walaupun hanya dengan sekeping sms
Aku sangat bersyukur kerana Allah telah menemukan dirimu denganku

     Petang tu amat menceriakan diriku. Walaupun ibu ayah tak berada di sisi kerana ada kenduri di rumah jiran di Palong. Lagipun aku tak mahu membebankan ibu ayah. Palong dengan hospital bukan dekat. Boleh buat solat jamak la jarak Palong Seremban. Lebih kurang pukul 5.30 petang, Mak Ndak & Mak uda pula tiba bersama anak-anak. Sepupu-sepupu kesayanganku. Sofia masih lagi takut kepadaku selepas aku melakukan operation masuk besi. Sebelum ni,

“Along…alongggg” panggil Sofia. Lebih mesra aku panggil dia ateh sebab namanya panjang sangat. Anak Mak Uda yang paling kecil.

Kini dek besi, dia takut duduk dekat denganku. Menangis lagi. Jika tidak, beriya-iya dia ajak main & gurau-gurau. Siap nak ikut alongnya balik palong lagi. Sedih sedikit hatiku.
Petang itu bersama dengan yang tersayang kami berborak rancak. Bersama gurauan kasar, kami bagai anak beranak. Aku boleh katakan yang mak-mak sedara ku semuanya ibarat ibuku sendiri. Tak kira mak sedara di sebelah ibu ataupun ayah. Hari ni Mak Ndak pertama kali  berjumpa kekasih hatiku yang sorang ni. Sebelom ni dia hanya tahu tentang cik Erny daripada ayah. Rupa-rupanya ayah menceritakan perihal cik Pink ni dengan mak ndakku. Apa yang diceritakannya pon aku tak pasti. Cuma aku tahu ayah suka jika cik Pink ni jadi menantu dia.

     Sesuai dengan diriku. Malu tolak tepi. Mesra dengan ibu ayah & yang paling penting mesra dengan diriku. Mana taknya. Mula-mula datang rumah terus terjah memasak. Heeee~
Kira-kira jam 7malam semua mula beransur pergi. Diriku kembali bersendiri. Sebelum waktu magrib habis, aku segera mandi & solat. Mungkin kerana terlampau seronok petang tu, blood pressure ku menggila sikit. 150++ haha. Biasa 120++. Mungkin kerana perasaan kena tinggal keseorangan di hospital tak berteman.

     Malam itu selesema ku masih teruk. Batuk juga begitu. Siang tadi aku telah beberapa kali memberitahu doctor sebelah siang yang aku ada gatal-gatal, batuk yang teruk & selsema yang meleleh je. Habis sekotak tisu. Janji doctor ni mahu menuliskan preskripsi ubat. Petang itu tiada ubat yang sampai. Hanya vancomysin sahaja.

     Tengah malam kepala ku sakit menggila. Hidung ku pula terasa tak selesa. Perit dek hingus yang tak habis-habis meleleh. Perit batang hidungku naik ke kepala hingga pening yang teramat sangat namun ubat masih tak sampai-sampai. Kepala dah sakit, hati pula sakit kerana tiada ubat yang diberi. Aku turun & pergi ke kaunter nurse dengan perasaan yang sangat marah. Ubat sebiji 2 pon tak boleh bagi ke? Bukan kah doctor dah menulis preskripsi ubatku?
Apabila berjumpa dengan jururawat yang bertugas, dia mengatakan bahawa tiada ubat untukku. Aku terkejut.

“Selsema ni. Doc kata nak bagi ubat”
“Memang tak da tulis pon tif. Tak pe nanti saya beritahu doctor malam. Pergi baring dulu”

Tunggu punya tunggu masih tiada ubat. Aku turun kali ke 2 kaunter jururawat untuk bertanyakan ubatku. Dengan hati yang sangat marah. Aku duduk di kerusi yang berhampiran menunggu ubatku. Barulah aku dapat ubat selsema dengan 2 biji panadol. Itu pun susah ke? Hatiku panas dengan doctor baru yang ditugaskan meniliti kes ku. Minta ubat pon susah. Baik duduk rumah. Malam itu aku tidur jam2 pagi dengan kepala & hati yang sakit dengan kelembapan doktor baru ni. Tak fokus ke kerja? Bila disergah baru menggelabah.


Ku harapkan aku segera sembuh. Segera pulang bersama keluarga. Esok hari ahad. Tiada sesiapa yang akan datang. Esok masa untuk tidur la nampaknya. Ada lebih kurang 9 hari lagi di hospital ini. Letih bila duduk saja di hospital. Nasib baik mulut ni agak bising & mudah berkawan. Sekurang-kurangnya pakcik-pakcik di sini menjadi teman ku.

Yang ikhlas tapi tak boleh cakap ikhlas