Thursday 19 September 2013

Pengalaman di Penang


     Cerita raya yang tak habis-habis. Entah bila nak habis. Cerita kali ni cerita ketika berada di Penang. Hari raya ke...Hmmm ke berapa eh? Tak ingat dah sebab cerita dah lapuk. Hari tu hari jumaat. Kami bergerak awal pagi.

Destinasi
1) Rantau : Pangkat sepupu nikah sabtu tapi datang awal sebab tak dapat nak penuhi undangan hari sabtu
2) Penang : Melawat pakcik jiran sebelah yang kemalangan teruk. Kini sudah berada di seremban

     Kami sampai di Rantau kira-kira jam 10pagi. Singgah beborak dengan saudara sepupu yang ada. Sebab dah janji dengan Pak long Mak long (parents abg Emi & kak Ct) nak datang tengok si Asmida(kiro sepupula) nikah. Berkali-kali diriku mengingatkan ibu ayah supaya singgah di sana dahulu. Memang sekejap, lagipun masing-masing sedang sibuk dengan persiapan majlis. Tahniah abang ucapkan untuk Asmida. Dah lamo dio ni tunggu nak menikah. Dah menggatal lamo dah. Akhir eh tercapai gak impian dio. Alhamdulillah.

Ayah & Paklong
     Tak lama selepas itu, kami pon bertolak. Perjalanan masih jauh. Tugasku di dalam kereta ialah untuk tidur. Sepanjang perjalanan kerja ku ialah tidur & cuma terjaga apabila berhenti di RnR & Petrol pump. Nak terkucil. Sejuk aircaond. Diriku sekarang ni mudah sahaja demam. Dek kerana terlalu lama dalam kereta ber'aircond' aku mula mual-mual & demam. Sememangnya hari tu aku demam. Bila demam, kaki membengkak & sakit. Namun ku gagahkankan jua langkahku dengan macho sekali

Tema macho cool bergaya & keunggulan

Bonda & adinda2 ketika di hospital Penang
      Ketika itu keadaan cik Rosnin agak menyedihkan. Dia kelihatan kurus & apabila bercakap tiada suara yang kedengaran dek leher yang ditebuk. Kecederaan yang kelihatan kecil namun memberi impak yang sangat teruk. Patah leher/tulang belakang(tak silap) & kerana patah tu dia tidak mampu mengerakkan anggota badan dari pinggang ke bawah kerana spinal cord tersepit. Ia melibatkan saraf & kecederaan seperti ini mengambil masa yang panjang. Aku bersyukur kerana kecederaan luaran yang ku terima tidak seteruk kecederaan dalaman cik Rosnin. Moga Allah mempermudahkan segala urusan & segera cepat sembuh.


     Selepas itu, kami bercadang untuk berjalan-jalan sekitar penang. Yelah, jarang-jarang bercuti semenjak aku kemalangan. Kesian adik-adikku yang sering meminta untuk keluar bercuti namun terbatas apabila aku menjadi sebab musabab mereka kena tidak dapat berjalan-jalan. Maafkan diriku wahai adinda-adindaku. Along nak je jalan-jalan tapi korang taula ibu macam mana kan.

     Ketika itu, aku mula tak tentu hala. Badan panas, kaki pedih bengkak. Sedang kami bergerak mencari hotel tempat menginap, kereta naza tiba-tiba menjadi pelik. Mula-mula radio padam ketika gear reverse dimasukkan, selepas itu kereta seperti tiada bateri. Walhal sebelum raya aku lah yang menemani ibu pergi servis naza. Ngam-ngam di suatu hotel, dapat bilik yang berpatutan, kereta terus padam. Kami belum makan malam lagi. Hendak mencari kedai makan memang tak la. Jauh berjalan kami. Akhirnya malam itu megi cup menjadi makan malam. Hahaha. Jalan jauh-jauh makan megi cup je. Roti & air semuanya dibeli di kedai yang disediakan di situ. Ayah tak tahan kelaparan dah. Ayah mencari jua nasi. Akhirnya ada kafe menjual makanan seperti nasi namun lihatlah harganya. Sebungkus nasi goreng RM15. Memang dasyat sungguh permainannya. Namun dek kerana terdesak ayah beli jua & beli beberapa bungkus lagi. Walau bagaimanapun, syukur Alhamdulillah semua orang kenyang. Malam itu kami hanya berehat. Kereta yang 'break down' tu esoklah kita selesaikan. Dah lewat.

     Keesokkan harinya, sementara menunggu kereta yang ditarik ke bengkel siap, kami adik beradik turun ke bawah. Apa lagi? Mandi swimming pool laa~
Sila abaikan muka yang tengah gelak tu
Seronok pastu nangis
Kereta siap kira-kira jam12 tengah hari & tempat pertama kami pergi ialah mencari kedai makan. Lapar wooo. Alhamdulillah lega dapat makan nasi yang 'sebenar' walaupun tak kena dengan cita rasa orang N9.



 





Ibu ayah yang pada mulanya tak mau makan

 Selepas itu perjalanan kami diteruskan round-round balik pulau mencari buah keduri(durian). Bermacam-macam jenis nama ada. Harga jangan ditanya tetapi kalau makan memang sangat puas hati.


Ok family ni boleh buat iklan makan dian

Model-model dian
abaikan muka paling belakang


     Sesudah itu, kami meneruskan perjalanan round-round kawasan kampung sehingga kembali ke bandar. Balik naik feri. Walaupun sudah berkali-kali naik feri tetapi yang jakun tetap jakun. Haha

Tah tau apa yang dibincang ibu & ayah

Gelagat adik-adik


     Selepas itu kami ke trolak menghantar Kak Cik adik no5 yang bersekolah di MRSM Trolak. Dia dah nak PMR. Along sentiasa doakan kejayaan kakcik zai & abby. Tulisan kali ini biarlah gambar yang menceritakan segala-galanya. Nak elaborated panjang sangat nanti. Kami sampai di rumah kira-kira jam...Ntah lewat & aku demam..lagi..

p/s sorilah gambar bersepah2
Ikhlas tak boleh cakap

Monday 2 September 2013

Cite raya lagi!!


     Sepatutnya daku sudah me'mind' set kan diri sendiri untuk menulis entri kali ini pada ahad yang lalu. Namun, sejak ahad hingga ke hari ni daku masih lagi demam, batuk & selsema. Ni pon baru je muntah belilah sebab badan sejuk kat luar panas kat dalam. Esok akan follow up ke hospital seremban. harap-harap tak masuk wad macam sebelum Ramadhan dulu. Papepon syukur ke hadratnya masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan & memperbaiki kelemahan diri sebelum tiba masanya nanti.

Hari raya ke4 & ke5

     Kali ni giliran kami pula berkunjung ke rumah saudara mara sebelah ibu & sesetengah rumah adik beradik ayah yang berada di Kuala Lumpur & Selangor. Semenjak eksiden, daku kurang berjalan jauh seperti sihat-sihat dahulu. Letih & kaki macam biasa lah meragam tetapi dek kerana semangat raya takkan nak tinggal sorang-sorang kat rumah kan? Namun sebelum sampai di KL, kami singgah dahulu di bahau untuk mengambil gambar. Gambar keluarga memandangkan kesemua ahli sudah berkumpul. Full house. Angah(tudm) zai(medic indon) jarang pulang ke rumah masa raya. Gambar 'last' semua ada 10 tahun yang lepas.

     Kalau nak cerita ke mana kami pergi sepanjang 2 hari ni, memang banyak. Maleh nak tulih. Cuma kali ni sedikit istimewa. Sudah beberapa tahun kami tak sampai ke rumah Pak Long(abang ibu) di Kepong dek sesat tak jumpa-jumpa. Tahun ni sampai kerana angah yang 'drive'. Dia gps bergerak. Senang dia cari. Kalau aku lah. Tak dapek la do. Menangis pak long mak long apabila kami sampai. Dipeluknya dicium pipi dahi kami adik beradik. Rindu sangat. Mak long terkejut kerana aku masih memegang 'walking frame' walaupun sekian lama tak berjumpa.

"Tak baik lagi long? Sian mak long tengok"
"Apa nak kisah mak long. Along boleh 'shuffling' la" sambil buat skill shuffle yang merepek depan mak long. Hahaha

     Selepas tu kami sampai ke rumah sepupu yang dah 2 3 tahun tak jumpa. Kami tak pernah meminggirkan sesiapa. Kalau Allah dah tetapkan jodohnya sekejap dengan bekas isteri & jodoh barunya dengan orang lain, tangan-tangan manusia ni takkan dapat halang. Tahun lepas aku sudah berpesan kepadanya, datanglah ke rumah. Dia merupakan antara sepupu yang rapat dengan kami adik beradik. Segan katanya. Aku hanya tersenyum. Jangan samakan kami anak beranaka dengan saudara yang lain. Saudara tetap saudara. Maleh tulih panjang-panjang.

Hari raya ke 7

"Abang malas lah. Letih berjalan tak abis lagi. Lagipun tak dapat sambutan. Abby je yang nak ikut. Yang lain buat dek je" teks pesanan ringkas kepada si dia yang berada di uitm.

Berkali-kali sms sebegitu sampai kepada si dia. Memang tak tipu. Letih, tambahan pula adik-adik yang lain buat dek je bila aku bertanyakan 'mahu ke seremban jaya tak melawat mama kak Erny & baby Ayeen?'

"Suka ati korang lah hehh. Along nak pergi juga. Abby siap kul11 kita jalan ok" Lantas aku pon bersiap-siap. Apabila selesai bersiap, aku lihat si Abby masih menonton tv.

"Ehh cepatlah b." kata ku ringkas.
"Jap tunggu kakcik ngan kak zai siap. Diorang nak ikut" laaaa tadi buat dek je.

Bila enjin naza dah start, aku dah reverse kan kereta dah.

Opsss.. Untuk pengetahuan den dah boleh drive dah. Ari tu drive dari Tampin ke Palong. Steady. Kaki keras berbesi. Maintain.

Tiba-tiba angah keluar. Dia offer nak drive. Kesudahnya semua ikut. Ayah pergi Raub. Ibu pula demam. Jadi kami adik beradik bergerak ke SJ. Ayeen nye pasal. Ikut sume. Seronok. Asalnya nak sekejap je. Tapi terlama pula. Semua seronok main dengan Ayeen yang comey. Dalam pukul 3 gerak balik rumah. Ingatkan adik beradik yang lain ada. Angah baru nak buat magic. Sekali semua beraya tinggal mama sorang jaga Ayeen.


Monyok kejap je. Lepas timang2 kemain gelak

Sebelum balik Ayeen dah tido




































Keesokkan harinya kami sekeluarga akan bergerak jauh lagi. Ke Penang. Melawat jiran sebelah yang kemalangan teruk. Malas nak tulis sekarang. Tak sihat