Sunday 27 October 2013

Mohon doa-doa dari kalian~


Sudah hampir seminggu diriku demam. Kadang-kala kebah demamnya kadang-kala panas badannya. Sebab aku pernah mengalami situasi yang hampir sama seperti ini ketika peha ku diletakkan internal fixation(besi di dalam kaki). Demam yang berpanjangan, peha yang sakit tak kira masa.. Kini lain pula jadinya.

Mula-mula luka yang pelik tiba-tiba muncul di pinsite(pin besi) di sebelah bawah yang berhampiran dengan lutuh. Selepas itu, badan mula demam-demam & pinsite di sebelah atas pula tiba-tiba muncul nanah. Semakin hari nanah semakin menjadi-jadi. Tiap-tiap hari, diriku akan men'dressing'kan diri sendiri sebanyak 2kali. Semenjak nanah yang melimpah-limpah, terpaksa monitor pinsite agar nanah tak terlalu overload.

Ni semaximun yang mampu dibersihkan
Ni tak sampai 2jam dressing

Ni gambar tak sampai 6jam dressing
     Pelbagai usaha telah diriku lakukan, antibiotik hospital pon sudah habis. Kemungkinan rabu ni ayah akan membawaku ke Hospital Seremban untuk berjumpa doktor walaupun next follow up pada 27/11/2013. Semenjak 2 menjak ini, tengah malam juga aku akan mengantikan gauge yang penuh dengan nanah. Bukan itu sahaja, bahagian yang sudah tumbuh tulang juga berasa sangat sakit. Mohon dijauhkan dari jangkitan kuman di tulang. Jika tidak~ Hanya Allah sahaja yang tahu.

Oleh yang demikian. Diriku serendah diri serendah hati serendah segala-galanya memohon agar
  • Keluarga tercinta
  • Rakan taulan
  • Sahabat handai
  • Guru-guru
  • Bekas rakan(pasti ada)
  • Musuh-musuh(jika ada)
  • Bekas musuh(jika ada)
Memaafkan diriku yang lemah & sering tak sedar melakukan kesilapan. Jika terkasar bahasa, perbuatan mahupun terdetik di hati ini melakukan kerosakkan kepada diri kalian. Diriku juga dengan serendah-rendah dirinya memohon agar kalian mendoakan kesejahteraan diriku.

Kerana diri ini terlalu berdosa kepada-Nya & kalian, disebabkan itulah doaku masih belum dimakbulkan. Astagfirullah~


Segala doa-doa yang telah kalian kirimkan, hamba mengucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Hamba juga sentiasa mendoakan agar kalian diberi kesenangan dunia akhirat serta keselamatan di dunia serta akhirat. Insyallah.

p/s jika berkesempatan mohon share dengan rakan. 

Sunday 20 October 2013

La tahzan~


     Baru lepas makan malam. Lapar betul perut selepas ber'gym' & ber'eksesais' petang tadi selepas solat Asar. Petang ini agak berbeza kerana sudah 2 3 hari kaki ku berasa sakit. Sakit bukan sakit tulang tetapi sakit luka yang berair-air di kawasan besi. Paling terseksa ketika hendak mandi. Ya Allah pedihnya hanya Tuhan yang tahu. Bukan tidak menjaga kebersihan, sehari aku cuci luka ku sebanyak 2 kali tau. Kalau duduk di hospital pon tak pernah cuci luka sampai 2 kali sehari. Punya la jaga luka di kaki ni.

     Sebenarnya, besi kaki ni bakal ditanggalkan tak lama lagi kerana doktor berkata tulang sudah bercantum. Kemungkinan besar 27/11/2013(next follow up) aku akan dimasukkan ke hospital untuk dicabut besi. Mungkin~ belum 100% pasti. Walaubagaimanapun tatkala menunggu besi ni hendak dicabut, dugaan yang lain pula tiba. Luka baru muncul & berair-air. Astagfirullah. Sentiasa berharap agar Allah sembuhkan diriku.

Walaupun aku suka tersenyum lebar
Aku banyak ketawa
Aku banyak bergembira
Namun, lubuk hati kecil ku ini tetap ada rasa sedih & gundah dulana

Kerna aku kenal diriku siapa
Kerna aku hanya insan lemah imannya
Kerna aku hanya insan yang lemah tubuh badannya
Mungkin kerana aku asyik mengeluh sahaja
Ataupun mungkin aku terlalu banyak berdosa

Semoga Allah permudahkan
Semoga Allah ampunkan
Semoga Allah beri kemenangan
Semoga Allah beri kesenangan
Bukan sekadar di dunia, tetapi yang penting di akhir sana~

Syukur kerana menjadi hambaNya
Syukur aku menjadi pilihanNya
Untuk menempuh dugaanNya
Untuk merasai nikmat kesusahan itu
Untuk merasai nikmat rasa redhaNya
Untuk merasai nikmat rasa tawakal & berserah sepenuhnya kepadaNya

p/s Demam & sakit kaki serta pangkal peha belah kanan. Moga Allah ampunkan diri ini




Wednesday 9 October 2013

Hari sukan SKP14 yang..hmmmm


Aku malu dengan Tuhanku
Aku malu dengan ibu bapa ku yang sering bersusah payah untuk diriku
Aku malu dengan orang-orang yang disekelilingku yang sering prihatin kepada diriku
Cukup aku malu kerana aku hanya mampu berikan berjuta kepayahan kepada kalian semua
Jadi petang itu aku nekad, aku tetap tidak akan mengharapkan apa-apa bantuan daripada sesiapa

Hari sukan sekolah lama

     Tahun ini hari sukan sekolah diadakan pada bulan Oktober. Tanggal 8/10 sekolah rendah lamaku mengadakan hari sukan sekolah yang ke 19..katanya. Lama juga aku terfikir. Aku berumur 26tahun, sukan sekolah baru bermula dari aku darjah 1 laa ek? Ooo naruhodo (baru tahu) nee~

"Kalau along nak datang, along datang petang tau. Sukan start pukul3" pesan adik bongsu ku yang busuk.
"Alamak, kereta tak de. 2 2 kereta ibu ngan ayah pakai la. Along jalan kaki jelah"
"Eii jangan mengada-ngada eh. Along datang jalan kaki siap" marah adikku bagaikan orang tua memarahi kanak-kanak kecil. Adikku yang seorang ni memang begitu. Matang lebih sangat~ Tak lama selepas itu, adikku pon bergerak ke sekolah bersama mak angkatnya yang berada selang 1 rumah dari rumah ku.

Kira-kira jam 2.45 petang, telefon bimbit ku berdering.

"Along, along nak pergi sekolah abby tak? Ni kak yong(anak jiran) hantar sekali"
"Ehh takpe la."
"Along ingat. Jangan jalan kaki pergi sekolah. Siaplah nanti" gertak adik bongsuku itu.
"Yela yelaaa~"

Lebih kurang jam 2.50 petang aku pon bergerak. Kali ni special sikit sebab 1st time berjalan dengan seluar custom made. Heeee... Seluar ni aku yang ilhamkan & aku hantar ke rumah jiran untuk dijahit.
Ni seluar ciptaan minda+jahitan makcik sebelah

Dan kali ini jugalah aku akan pergi ke sekolah dengan BERJALAN KAKI. Sengaja gerak lambat. Nanti diorang nampak pula aku berjalan. Mana tak nya, kalau nak ke sekolah mesti lalu rumah mereka. Malangnya, tongkat yang ku gunakan memekak pula. Kantoi.

"Haaa tu deh.. Tu berjalan kaki dio sorang-sorang. Tunggu Ain(kak yong Abby tadi) hantarkan"
"Tak pe cik, along nak 'eksesais'" Jawab ku ringkas. Itu sahaja alasan yang aku ada. Walaupun beberapa kali mereka menawarkan bantuan kepadaku, aku tetap berkeras mahu berjalan kaki sahaja ke sekolah.

Sepanjang perjalanan ke sekolah yang, tak berapa pasti jaraknya. 1km sampai ke? Entah berapa ramai yang berhenti & menawarkan bantuan mereka. Namun aku tetap berkeras. Kali ni nekad. Tak mahu menyusahkan sesiapa selain diriku sendiri. Wa ima bas sekolah menengah pon berhenti 2 kali setiap kali ternampak aku berjalan dengan walking frame.

     Aku bukan tak mampu berjalan tanpa walking frame tetapi lambat ooooo~ jauh tu perjalanan. Baik guna walking frame. Jalan tanpa tongkat memang slow & steady.

1..2..3...4...5..6...7...8...9....10....11 kiraan mereka yang berhenti & bertanyakan benda yang sama kepadaku. Namun aku tetap berkeras. Apa salah sesekali susahkan diri sendiri untuk adik yang seorang tu. Siapa lagi nak ambil menemannya di majlis-majlis persekolahan. Aku lah. Sapa lagii???

     Kira-kira jam 3.20petang aku tiba di sekolah. Peluh tak payah ceritalah. Kaw-kaw peluh. Sampai sahaja terus aku mengeluarkan kamera ku. Apa lagi? Ambil gambar lah~


Tragedi Oktober Betul


     Acara hampir selesai. Anugerah olahragawan olahragawati pon telah disampaikan. Hujan turun. Pada mulanya hujan renyai sahaja tetapi tak lama selepas itu, hujan menjadi lebat. Petir & guruh bermaharaja lela di awan. Ketika itu, segala kelengkapan kamera telah ku simpan rapi. Tiba-tiba, tiang khemah tetamu tempat aku melepak bergerak-gerak. Tetamu mula menjerit & berlari bertempiaran. Budak-budak sekolah yang berada di khemah bersebelahan juga lari lintang pukang. Cikgu-cekgi yang sedang mengagihkan hadiah juga dengan segera meninggalkan hadiah di padang. Lari~~

     Aku ketika itu hanya terfikirkan Abby. Mana perginya adikku ni? Puas aku mencari. Ketika itu, tiang khemah betul-betul bergerak ke arahku. Kebetulan ada seorang budak kecil di depan ku. Segera aku tarik kanak-kanak itu sebelum tiang melanggar dirinya. Dalam masa yang sama aku risau dengan keselamatan Abby. Dengan tidak semana-mananya khemah tadi tumbang & bergolek-golek di depan mataku. Ya Allah terkejut betul.

"Ehh, ada budak depan tu~" jerit hati ku. Tubuhku kaku.

Khemah itu benar-benar seperti mengejar budak-budak yang sedang berlari di hadapannya.

"Oiiii~ lariiii" semua menjerit. Namun badanku kaku sambil memegang tongkat di tangan. Ada 2 orang budak sekolah di depan khemah yang sedang berpusing-pusing ditiup angin. Ya Allah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu.

"Kalau budak ni kena, aduhh. Teruk patah riuk ni" detik hatiku. Bukanlah nak minta jadi begitu, namun hanya itu yang terlintas di fikiranku.

Ketika itu khemah seperti telah menghimpap budak tadi. Namun, hati ku lega apabila khemah yang berpusing itu telah berhenti & kelihatan budak yang berbaju sukan itu selamat. Alhamdulillah. Tiba-tiba datang dik Mas & adik si Ewan anak cik Bob. Mereka segera memimpinku. Ketika itu barulah Abby kelihatan di depan mataku. Ya Allah. Risau aku dibuatnya.

"Along jom jom jom" Dalam hujan lebat tu, aku dipimpin hingga ke kereta mereka.

Kejang kaki sebab kesejukkan. Setelah aku & Abby berada dalam kereta. Hatiku benar-benar lega. Ku pegang kepala adikku. Lega betul. Sampai di rumah, kami menceritakan semuanya kepada ibu & ayah. Mungkin ada sebab musabab kenapa jadi macam tu. Yelah, acara terlalu lama. Dah nak magrib dah. Nasib baik sempat solat Asar. Hehe

Keesokkan harinya, Abby memberitahu bahawa budak yang hampir terkena khemah semalam bukannya 100% selamat. Kaki nya membengkak kerana khemah 'sempat mencapai' buku lali budak itu. Namun, aku tetap bersyukur segalan-galanya selamat. Janganlah benda buruk jadi depan mata. Diri sendiri ni pon tak tertahan, ni kan melihat orang lain yang kesusahan.

Gambar ni ambil dari FB rakan. Sikit punya jauh khemah tu terbang. Allahuakbar.

p/s Diri bukan sombongkan diri tetapi diri mahu seksa diri sendiri agar diri sendiri cepat berdiri di atas kaki sendiri a.k.a BERDIKARI

p/s no 2 special thanks to semua yang sentiasa prihatin dengan si tempang yang di dalam hujan ni.


ok the end sudah..
 Yang cemas. Sumpahh~