![]() |
Gambar hiasan aku cilok..agak2nye aku camni ke nanti?? |
- Sebab rumah dekat je
- 2 buah kenduri ikut member yang bawa kereta
Diri ini terasa amat rimas jika hanya mampu duduk dan baring sahaja. Jika ada peluang berjalan walau bertongkat, pasti diri ini takkan melepaskan peluang keemasan itu. Sekarang ni pun sudah lama tidak dapat main badminton di halaman rumah. Tambahan pula ibu sangat tegas bila lihat anak kesenangannya ini mula turunkan kaki ke bawah tanda mahu berjalan. Ibu berpesan, kencing je dalam bekas & biar adik-adik ambilkan air wudhuk. Diri bukan mahu melawan kata-kata ibu, sedikit pon tak terlintas dalam benak sanubari ini untuk meng'ahhhh'kan segala arahan ibu yang tercinta. Cuma diri ini berasa sangat tidak selesa pabila tidak dapat beristinjak dengan sempurna serta pasti tidak senang pabila tidak dapat berwudhuk dengan sempurna.
Pada mulanya ibu menegah tetapi diri ini cuba memujuk hati ibu "Bu kasilah along can nak pergi tandas...Pergi tandas je ek? ek? ek?" Lama kelamaan ibu merelakannya. Alhamdulillah. Sekarang, itu sahajalah masa untuk diri ini berjalan ke sana ke sini. Apatah lagi hendak memandu ke rumah rakan-rakan yang bakal menjadi raja sehari. Memang tiada canlah~ Can malican je yang tinggal.
Mengapa agaknya diri berasa hati ini tidak tenang? Diri ini berasa risau, takut dan diri ini berasa tidak tenteram jika tak dapat memenuhi undangan perkahwinan mereka kerana diri ni sedar bahawa diri ini masih bujang dan masih belum berkahwin. Siapalah nak datang ke majlis perkahwinan diri yang lemah ini nanti kalau bukan rakan-rakan seperjuanganku? Nanti kenduri diri ini menjadi raja sehari hanya ada bunyi krikkkkk~ krikkkk~ cengkerik je nanti. Manusia tak dak. Hai. Nasib nasib. Ada yang berkata kepada diri ini "Jangan risau diorang faham" tetapi berapa ramaikah yang faham dengan keadaanku? Berapa ramaikah yang faham dengan kerisauan ku? Berapa ramaikah yang mengerti dengan ketidak hadiranku?
"Biar persoalan menjadi pengakhiran
Hati gundah dulana memikirkannya
Biar mereka sahaja yang meninggalkan jawapan
Sejauh mana keikhlasan hati mereka"
"Jauhari memang mengenal manikam
Tetapi bukan bermakna Jauhari ni keling
Jauhari tau erti permata yang tersergam
Tetapi jauhari tak pasti dengan rasa hati rakan disekeliling"
"BIARKANLAH DIRI INI DILAMUN OMBAK, ASALKAN DIRI INI TIDAK DILAMUN ASMARA, BILA DILAMUN OMBAK ORANG LAIN NAMPAK, BILA DILAMUN ASMARA ORANG LAIN TAK TAHU KITA SUDAH JADI GILA"
Yang mengambil berat
Diri ini menujukan lagu ini untuk diri sendiri
Lagu gemuruh suara
Kalau aku jatuh janganlah aku lemah kerana hidup mengajar aku jangan cepat mengalah
Kena yakin diri, mampu kita lakukan tiada yang mustahil. Segalanya BOLEH!!
hahaha..can malican...keeee...betol
ReplyDeletebelacan
ReplyDelete