Monday 4 June 2012

Cemburu mata pena

Gambar bunga depan rumah(hiasan je)
     Entri kali ini merujuk kepada diriku yang amat mencemburui kepada mereka yang mampu menghasilkan penulisan yang sangat baik. Penulisan yang amat baik bermaksud penulisan menggunakan bahasa dengan tepat dan betul dan hasil penulisan tersebut mampu memberi kesan kepada si pembaca. Perkara yang paling sukar dalam menghasilkan sesuatu penulisan ialah menarik perhatian minat pembaca untuk membaca artikel yang panjang berjela hingga selesai. Jenis penulisan ini jika dikaitkan dengan isu semasa pasti mampu mengorak bentuk pemikiran pembaca. Sebelum ini aku pernah mengatakan "untuk menjadi penulis yang baik kita perlu banyak membaca bahan-bahan ilmiah yang mampu menjana pemikiran kita." Membaca sememangnya mampu menjana pemikiran kita tetapi untuk menghasilkan karya yang matang dalam pelbagai aspek, penulis juga perlu memiliki bakat dalam menghasilkan tulisan. Bila aku membaca tulisan-tulisan yang baik ini, aku dapat rasakan gaya pemikiran mereka sangat berbeza pada pandangan mata pemikiranku. Dengan gaya penyampaian yang menarik, mereka mengupas sesuatu topik luar dari kotak pemikiran pembaca seperti aku dan ketika aku membacanya pasti akan keluar kepulan-kepulan asap yang tertera perkataan 'wow hebat', 'ooo macam ni ke?', 'tak terfikir pula otak aku ni'.

     Sepanjang hidupku selama 25tahun ini, aku dapat mengenalpasti bahawa makhluk yang bergelar insan boleh terbahagi kepada 3. 
  1. Insan yang boleh menguasai bahasa dengan mudah tetapi tidak boleh menguasai ilmu-ilmu hisab atau sains.
  2. Insan yang sangat hebat apabila diberikan soalan-soalan saintifik tetapi 'kayu' dalam menguasai bahasa.
  3. Insan yang boleh menguasai kedua-dua bidang serentak dalam erti kata lain 'genius'.
     Kalau ditanyakan kepada ku aku tergolong dalam kumpulan yang mana satu pasti jawapan ku no4 kerana insan ini tiada langsung kebolehan apa-apa melainkan tidur dan membuncitkan perut. Terus terang ku katakan bahawa walaupun aku pernah melanjutkan pelajaran ke Jepun, aku bukanlah seorang 'pelajar yang cemerlang' dalam bidang akademik. Aku bukanlah seorang yang mampu bertutur dalam bahaas Jepun dengan fasih berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Aku juga tidak memiliki sijil JLPT (Japanese-Language proficiency Test). Ujian ini menguji penguasaan bahasa jepun seseorang dalam pelbagai bentuk soalan tatabahasa, kefahaman dan kemampuan menghafal tulisan kanji samada menulis atau membaca. Cuma rezeki lebih memihak kepadaku dan aku seorang yang bernasib baik lebih dari orang-orang lain. Syukur Alhamdulillah.

     Lari dari topik pula ayat-ayat di atas. Orang hendak bercerita tentang cemburu dengan penulisan orang lain bukan tentang kehebatan diri yang mempunyai kebolehan tidur dan membuncitkan perut. Walau banyak mana pun buku-buku, majalah-majalah atau apa-apa sahaja bentuk tulisan yang dibaca, penulisan yang berkesan bergantung kepada cara pemikiran penulis itu dan aku tidak mempunyai kebolehan seperti penulis itu. Akan tetapi kita perlu banyak membaca bahan bacaan ilmiah yang mampu mencetus idea pemikiran. Jangan banyakkan bacaan dengan majalah-majalah yang tak mendatangkan hasil seperti mangga. Majalah seperti itu hanya mampu menggelapkan pemikiran remaja masa kini. Melihat unsur-unsur kebatilan mampu mematikan nurani hati ni dan jika mahu nur bercahaya terang dalam hati, basahkan bibir dengan ayat-ayat suci Al-quran. Walaubagaimanapun aku tetap bangga dengan kebolehan membuncitkan diri dalam masa yang singkat dan menidurkan diri dalam masa yang panjang. 

Sekian (ceh bosan betul~)

"Hang Tuah kata dia taat kepada sultan
Aku kata Hang Tuah bodoh taat membuta tuli
Walau apapun halangan dan cabaran
Hadapilah dengan berani"

"Kata Hang Tuah takkan hilang melayu di dunia
Kata aku hang Tuah hilang tah kemana
Banyak-banyakkan lah membaca
Membaca mampu menajamkan minda"

1 comment: