Tuesday, 29 May 2012

Pelik yang memelikkan..


         Insan itu dijadikan sebagai pelupa, lemah dan sering bertindak di luar jangkaan. Diriku juga seorang insan, insan yang ensem. macho dan bergaya (krikk krikk~ mak jemah sgt~). Maaf-maaf. Ulang balik semula. Diriku jua seorang insan, insan lemah yang mempunyai banyak kekurangan. Tinta dari penaku kali ini ingin mewarnai entri dengan sikap-sikap ajaib dan pelik seorang insan ens...(sudah2 la tu..loya orang nak baca) yang bernama Atif @ Atep @ Atip.  Bukan bermaksud sikap seorang muslim ajaib.

 "Kasih ku seindah sakura,
  kasihnya semanis madu,
  Bab makan memang tak boleh bla,
  Aku bole lupa yang aku da mkn dlu"

          Ni salah satu sikap pelik ku. Sikap terlupa makan.Bukan bermaksud lupa hendak makan tapi sikap lupa yang aku SUDAH makan. Macam situasi bawah~

Sebelum

Siap boleh cerita yang aku da kurus 3kg bagai. Setengah jam kemudian aku minta nasi dan ketika melihat lauk nasi hari baru aku sedar bahawa....

Selepas

Tak pasal aku digelar Mr Buyo2 (Mr boyot/chubby dalam bhs jepun). Daku sedar bahawa diriku yang sememangnya tough ensem jadi tak perlu jeles di situ.

        Sebut pasal tough ensem ni. Ni 1 lagi tabiat diriku yang kompem susah nak ubah. Suka merasakan dirinya ensem sangat. Mmg ensem pon (haaa~ kan btol..baru ckap). Bagi ku kite perlu puji diri sendiri kerana memuji diri sendiri dapat menhasilkan ion-ion positif yang menyihatkan badan. Kalau asyik berfikiran negatif aku ni gemuk atau aku ni tak ensem, maka gemuk la kita tak ensem lah kita. Sesungguhnya Allah telah menjadikan setiap makhluknya yang sempurna dari pelbagai segi yang berbeza. Memuji diri sendiri juga boleh mendatangkan rasa syukur dengan segala nikmat yang diberi tetapi jangan lah sampai melampau. Melampau bermaksud puji diri sendiri hingga ke tahap menghina orang lain. Cukup sekadar menyedarkan diri bahawa segala yang tercipta untukku adalah terbaik bagiku. Wait2..Sekarang ni tengah cerita pasal sikap pelik kan? Kenapa tiba-tiba cite pasal diri sendri yang ensem la sgt ni?

"Perut rasa lapar,
 mata mahu tidur,
 Kerana terlalu lapar,
 Sedang makan aku boleh tertidur"

        Apa la teruk sangat kan? Pernah sekali aku terasa lapar dan ketika itu terasa mengantuk yang teramat sangat. Aku ambil roti, kumamah roti tu hingga aku tak sedar yang aku tertido. Aku pada mulanya tak perasan yang aku tertido ketika makan. Ibu yang buka cerita dan menceritakan segala-galanya.

Aku:Ibu along lapar la bu..nak makan tapi rasa mengantuk la plak.
Ibu:Ni nak makan ke nak tido?pilih salah satu.
Aku:ntah la..lapar ni..
Ibu:Betul nak makan? Nanti jangan sampai tertido plak waktu makan.
Aku:Eh bila plak jadi camtu?
Ibu:Hari tu ibu tengok along tido sambil pegang roti kat tangan.Ibu ambil roti tu.
Aku:erkkk~ ahahhaha 

        Tengok!! Kerana makan, makanan, food, 食べ物 aku menjadi pelik. Kerana makan aku jadi lupa kerana makan aku bole tido. Walaubagaimanapun kita perlu bersikap positif. Itu tandanya Allah masih lagi memberi ruang dan rezeki  yang melimpah ruah untuk diriku. Jika dibandingkan dengan orang-orang palestin, afrika dan orang-orang susah yang makan pon tak cukup. Bersyukur dengan apa yang ada.

"Tiap kali tulis entri
 Tak sah kalau tak de pantun
 Next time punye entri
 Cite psal hoki dan jadi ketua platun"

1 comment:

  1. HAHAHAHAA!! orang buncit memang gitu! terbukti disitu

    ReplyDelete