Monday, 28 May 2012

Gemilang

Antara 2 dunia
     Tak banyak sumbangan ku kepada sekolah pabila melihat rak-rak piala dan pingat.(kena merendah diri) Kalau ada label tahun 90an pada piala itu aku pasti ianya milik aku ataupun angah ketika di SK Palong14(zaman tok kaduk...yela aku da tua). Aku bukannya seorang yang memiliki tubuh fizikal yang baik sebagai seorang atlit, jadi hampir kesemua piala-piala yang aku miliki berbentuk hadiah atau anugerah yang berlandaskan kurikulum. Satu ketika dahulu, tiap kali hari anugerah cemerlang pasti banyak mulut yang berkata, "Sapo nombor 1?" "Sapo laie kalau bukan anak dorih~" Mana tak nya dari tahun  2 asek-asek muka aku je yang naik pentas menerima hadiah (tahun 1 blur lagi..enjin lambat panas). Begitu juga dengan angah tapi dia dari tahun 1 lagi dah pecut awal-awal. Aku bermula lambat kerana dari tahun 3 baru dapat no1 hingga tahun6. Bayangkan tiap-tiap tahun ibu ayah tak perlu la bersusah payah membelikan alat tulis kerana hadiah yang dimenangi ada yang berbentuk buku, alat tulis atau piala.

     Bila ditanya bagaimana boleh cemerlang dalam kurikulum jawapannya amat mudah. Belajar belajar belajar. Tiap-tiap malam belajar start dari pukul8 hingga 10~11 and NO TV NO GAME. Hanya boleh menonton tv pada waktu siang dan bermain permainan video (video tape) pada cuti akhir tahun persekolahan sahaja. Kalau malam mengantuk ibu pasti akan menyediakan air. Kalau tak berkesan, minyak angin akan dicalit pada kelopak mata agar mata segar dan ber'sinar' untuk belajar. Ayah juga ada membuat kelas tuisyen untuk anak-anak jiran sekitar. Wang tak penting yang penting ada kesungguhan untuk datang belajar.

     Kecemerlangan ku adik beradik tidak tertumpu pada sekolah pagi (sekolah kebangsaan) saja, sekolah agama rakyat pon kami 'sebat' sekali.1 1 nya anugerah kokurikulum yang boleh ku banggakan ialah tempat ke3 pertandingan khat MTAQ (Majlis Tilawah Al-Quran) peringkat negeri. Ustaz memilih ku untuk mewakili sekolah setelah dia meneliti semua buku tulis agama Islam murid tahun6 dan tulisan jawiku paling cantik  (mak jemah  sgt~). Tiap-tiap minggu ustaz akan 'meminjam' ku seketika untuk berlatih tulisan khat. Ustaz pernah bertengkar degan guru sains ku kerana asek mengambilku ketika P&P sedang berjalan. Bagiku tiada masalah sama sekali jika ditarik keluar dari kelas kerana....(tak kan nak cakap lagi? payah betul kalau bercakap pasal sekolah rendah...hampir-hampir ter'riak' la plak)

     Paling manis ketika di tahun6. Alhamdulillah rezeki mendapat 5A dalam UPSR telah melayakkan diriku untuk menerima anugerah murid mithali. Anugerah yanng paling tinggi di SK Palong14. Anugerah ini diberi atas persetujuan guru. Sesiapa yang ensem, baik hati dan hebat dalam kurikulum layak menerima anugerah itu (krikkk~ krikk~ ensem tu tambahan penyedap rasa).Tiap-tiap tahun anugerah itu pasti jatuh ke tangan pelajar perempuan. Pada tahun 99' sejarah telah tercipta kerana aku telah memecahkan dominasi pelajar perempuan.......krikkk krikkk maaflah kerna buat ayat-ayat poyo... Ku mengharapkan angah juga menerima anugerah yang sama tetapi nasibnya tidak sebaik aku kerana anugerah itu telah kembali ke tangan perempuan.

     Adikku Zai juga tak berpeluang mendapat anugerah murid mithali. Tetapi akhirnya anugerah itu kembali semula ke tangan keluarga ini apabila adikku Ummi dipilih sebagai murid mithali pada tahun 2010. Sekarang ini tinggal adik bongsu, Abby saja yang bersekolah di SK Palong14. Bekas cikgu sekolahku berseloroh kepada ku "Zaman kamu 2 beradik telah berakhir. Kasi la can kat orang lain pula" Walaupun aku telah meninggalkan sekolahku itu tetapi guru-guruku tak pernah melupakan siapa ATIF JAUHARI. Aku juga pernah dijemput ke sekolah untuk memberi ceramah@kata-kata semangat kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menempuhi peperiksaan UPSR. Abby selalu cakap besar denganku. Kononnya dia lebih baik dari ku. Aku segera mencabarnya "Abby boleh macam along?cikgu panggil suruh bg ceramah bila da abis sekolah?ALONG ADE~ ABBY ADE?~" Adik ku hanya bole mngatakan "along bajet je~ along bajet je"

     Baru-baru ni angah juga menjadi tumpuan guru-guru ku kerana kecemerlangan nya sebagai pelajar terbaik tentera laut. Siap masuk surat khabar lagi (bangga bangga). Aku harap selepas ini yang lain juga mengikut jejak langkah along angah. Menjadi yang terbaik dikalangan yang terbilang. Moral of the story. Belajar rajin-rajin. Kot ada rezeki dapat la pergi oversea cam along.

"Pulau pandan jauh ke tengah
 Gunung daik bercabang 2
 Kalau nak berjaya kena lah tabah
 Diiringi dengan doa dan usaha"

"ok fine kata dia
 ok foine kata sorang lagi
 niat dihati bukan nak poyo punya
 kalau poyo pon sapa nak bace ni?"

"hmmm kate sorang tu
 da lame tak dengar berita
 okla nak stop sni dlu
 next time up lg cerita"

2 comments:

  1. haha..adikberadik abang keturunan cemerlang kurikulim...adikbradik erny turun temurun cemerlang koko..:)

    ReplyDelete
  2. hmmm..x gak..abg je yg koko x brape..yg lain koko hebat..
    x terasa ke ngan pantun?hahaha

    ReplyDelete