Dari kiri belakang : Ensem, x brape nak ensem, bla bla bla |
“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main
(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(al-Mukminun: 115)
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
(adz –Dzariyat: 56)
(adz –Dzariyat: 56)
Hebat manapun kita di dunia, pasti akan rebah tatkala 'masa menjemput' kerna janji Tuhanku itu pasti. Mati tetap mati, persoalannya sekarang adakah kita makhluk telah mempersiapkan segala-galanya untuk dibawa ke alam yang kekal abadi. Bila ditanya kepada diri ni "hai hamba Allah, apakah yang kamu bawa sebagai 'modal' ke alam seterusnya" tatkala itu pasti INI BUKAN jawapan ku "Aku dah persiapkan PS3, PSP, TV LCD siap astro dan personal komputer beserta celcom broadband" wooo~ pasti itu bukanlah jawapannya. Kalau begitulah itulah jawapan yang aku beri, malangnya diri ini kerana diri ini telah lupa janji kepada Tuhannya ketika di loh mahfuz. Janji mahu taat setia dan beriman kepada Tuhannya. Diri ini mengatakan mengingati itu bukan 1 option tapi mengingati mati itu adalah 1 kewajipan yang perlu diterapkan setiap hati-hati yang mahukan diri tergolong dalam hamba yang diredhai dan dilindungi Allah.
Salah satu perkara yang sering diri ni terlepas pandang ialah keghairahan dalam mengejar keduniaan sehingga terlupa dunia ini hanya sementara. Dek kerana keghairahan itu, manusia-manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian tercapai. Rasuah, penipuan dan mencari jalan mudah untuk mendapat kan kekayaan. Hakikatnya kekayaan dunia tidak terkejar, seperti membeli smart phone iphone 3gs. Hari ni beli esok keluar iphone 4. Esok beli iphone 4 lusa keluar pula iphone 5 dan seterusnya. Itulah hakikat kehidupan di dunia. Makin dikejar makin jauh dunia ini tinggalkan kita. Hakikatnya hanya SYURGA ALLAH menunggu hamba-hamba yang mencari syurgaNya.
Hakikat kematian adalah 'pemenuhan' janji kepada manusia, perkuburan sebagai rumahnya, liang lahad sebagai susur kamarnya, ulat-ulat tanah sebagai teman bual sejatinya. Sekiranya manusia memahami hakikat kematian itu, manusia akan mendapat 3 kemuliaan.
Hakikat rezeki pula hanya Allah yang tahu kita sebagai hambanya perlu berusaha dan berdoa dalam mencari rezeki. Pada suatu ketika diri ini terasa malang dan gelap masa depan namun Allah telah lorongkan 1 jalan yang diri ini sama sekali terpikir entah mana asal usul jalan itu (tak faham?tak faham tak mengapa). Selepas keputusan SPM yang tidak berapa memberangsangkan, hati rasa gundah gulana kerana diri ini merisaukan apa yang bakal terjadi dalam kehidupan tetapi rezeki Allah telah menetapkan diri yang malang itu belajar di luar negara dengan bantuan sepenuhnya (biasiswa). Ajaib urusan seorang mukmin ialah apabila dikurniakan kebaikan, dia memuji Allah dan bersyukur. Apabila ditimpakan musibah, dia memuji Allah dan bersabar kerana dugaan yang menimpanya sebagai hadiah di syurga. Sebagai mukmin sejati, diri ini tidak sepatutnya mencemburui orang kafir yang memiliki kemewahan daripada orang beriman kerana firmanNya
"Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya)." (al-Baqarah : 212)
Jelaslah bahawa orang yang tidak beriman hanya diberikan kemewahan dunia tetapi bukan kekayaan di akhirat. Jadi~ tiada apa yang perlu kita cemburukan, kita patut bersyukur dengan kurniaan hidayah yang Allah beri kepada kita. Sesungguhnya iman ini mutiara di dalam hati manusia, ia tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa mahupun dijual beli di tesco senawang atau seremban 2.
Hakikat seorang yang ense..... (cuba besabar..jgn rosakkan entri kali ni)... Hakikat hidupku ialah beriman kepada Allah dan Rasulullah, mentaati ibu bapa dan melaksanakan daqwah Islamiah walau dimana pun berada.
"Manusia mencari-cari
Kekayaan di dunia fana
Boleh cari kesenangan dunia ini
Tapi kena ingat ianya sementara"
"Berat sungguh entri kali ni
Tak mengapa asalkan kita fahami
Apa erti kita dicipta di dunia ini
Kerna Syurga Allah sedang menanti"

- Mempercepatkan taubat
- Bersikap sederhana (qona'ah)
- Rajin melakukan ibadah-ibadah

"Sahabat, perjuangan kita masih panjang..tapi kehidupan kita sudah dipenghujungnya. Ayuh...bersegera kita menyahut seruan Allah.Sahabat, seindah mana engkau menghiasi dunia ini, dunia ini tidak akan menjadi syurga bagi kita, dunia tetap dunia yang penuh suka dan duka. Wallahualam"
No comments:
Post a Comment