Saturday, 26 May 2012

Sekolah Rendah Palong 14

Deruman kereta & motosikal di pagi hari, berjaya mengetuk mindaku tatkala ku termenung jauh memegang smart phone HTC desire 3D sambil merekodkan segala yang terlintas dalam fikiranku. Untuk mendapatkan penulisan yang baik, penulis perlu banyak membaca dan merakam apa yang terlintas di fikiran. Kadang kala ketika hendak masuk tidur, mata tak mahu lelap kerana otak berfikir tentang perkara yang telah berlaku pada masa lampau mahupun perancangan masa yang akan datang. Kita sering terfikir idea-idea bernas yang tidak terlintas di fikiran orang lain pada masa yang sangat tidak sesuai. Ketika memandu, ketika belajar, ketika tengah sibuk menyelesaikan kerja dan tak terkecuali ketika solat (aku insan lemah selalu solat tak khusyuk).

     Fikiranku tertumpu kembali kepada wajahku yang sememangnye.....krikk krikk krikk..(ada orang bosan bila aku asek sebut aku ni ensem hahah), fikiran ku kembali tertumpu kepada deruman enjin kenderaan pada waktu pagi. Ibu bapa menghantar anak-anak dengan harapan anak-anak menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Akan tetapi di zaman era serba moden (yela aku dulu kira zaman tok kaduk) ini jarang-jarang sekali aku melihat kanak-kanak mengayuh basikal ke sekolah, kebanyakkannya dihantar oleh ibu bapa. Mungkin kerana jumlah anak-anak yang bersekolah semakin merosot jika dibandingkan dengan jumlah kanak-kanak yang terdahulu. Jadi basikal bukan lagi kenderaan utama kanak-kanak pada masa ini kerana mungkin mendatangkan kemudaratan dan bahaya jika berbasikal bersendirian.

     Ketika zaman aku bersekolah dulu, hampir setiap hari membonceng basikal kecuali hari hujan atau hari peperiksaan. Aku dan angah sememangnya bangun awal tp selepas mandi pasti berselubung dan tidur kembali. Adik-adik aku semua macam tu. Agak-agaknya sebab ni la aku adk beradik pandai2 belaka (jiran yang cakap ye bkan ktorg..jgn lupa tangan dibahu mata ke atas). Selepas bersiap dengan duit belanja 50sen kami akan mengayuh basikal dengan pantas kerana selalu tdo lebih masa. Pernah aku, angah dan alang dirotan di perhimpunan kerana terlambat  sampai. Pada ketika itu, si alang ni baru darjah 1 dan tak tahu apa yang berlaku. Ketika dipanggil ke depan, dia dengan riang nya brlari2 ke depan. Riang-riang dan kemudian dirotan. Aku tergelak je teringat adik aku yang sorang ni.

     Pada mula alam persekolahan, ketika aku darjah 2. Aku pasti teringat peristiwa majlis hari raya. Ketika itu semua membawa bekalan kuih raya dari rumah dan  aku juga membawa bekalan kuih raya yang berbentuk bulatan besar (ala yang ada banyak ruang kecik2 untuk letak kuih tu). Ada seorang dak darjah 4/5 (tak ingat) mengambil bekas aku dan memberi aku bekasnya yang mengandungi 1 jenis kuih sebagai ganti(aku kan bawak mcm jenis2 kuih). Aku ni bukannya berani, suka memendam perasaan marah tp ketika itu entah bagaimana amarah aku membuak2.  Dengan serta mertanya aku menelangkupkan bekas kuih dak tu ke atas 'kepala hotak' dia dan terus berlari menyelamatkan diri. Memang tak cukup tanah aku lari, masuk kelas keluar kelas, akhirnya mengurungkan diri dalam tandas. Diketuk2 pintu tandas tetapi aku berdiam diri sehingga dak tu give up dan berlalu pergi. Puas sungguh hati ni. Bekas makanan aku tu entah ke mana entah.


          "Bekas kuih tertangkup sudah
           Atas kepala hotak dia
           Darjah 1 2 3 xde bnde sgt dah
           Sebab zaman tu baik2 saja"

      Semenjak kecil aku sering ditimpa musibah, tangan terkoyak kena pisau getah, kaki terkoyak terkena zink(darah memancut woo~), kepala koyak kehentak batu bata, tangan melecur kerana bekas karbaid meletup di depan tangan ni, jari telunjuk terkoyak 1/4 (nasib baik tak putus) kerana cubaan menyambut bekas jeruk kuinin projek sains. Aku bukannya seorang yang lasak, aku sememangnya seorang yang pasif ketika kecil jika dibandingkan dengan angahku. Rupa-rupanya ada sebab yang mungkin menjadi pendorong kemalangan-kemalangan berlaku ketika aku kecil, ibuku berkata "Ibu terlupa menunaikan nazar selepas melahirkan along". Bagiku semua itu terjadi bukanlah kerana nazar yang tak tertunai tetapi musibah itu dikurniakan kepadaku kerana hamba Allah ini amat memerlukan dugaan agar terselamatlah dari seksaan api neraka kelak. INSYALLAH
Tambahan pula Superman yang ensem seperti aku ni mampu mengharungi segalanya tanpa sesal kerana keyakinanku pada Tuhanku tak pernah luntur.

             "1 jam tangan hadiah tersayang
              Betulkanlah~ masa jam itu
              Entri seterusnya tentang yang tersayang
              Tentang bagaimana 2 hati bersatu"

2 comments:

  1. dulu air secawan 20sen jek..sekarang smpai 70sen...duet blnje 50 sen pon dah cukup...sekrg nasi lemak sepinggan pon dah singgit lebih..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ayah bagi duit belanja..tp kalau ibu bg duit blanje sume seronok sbb ibu bg 80sen..ehehe dulu dulu 50sen boleh berjimat2 lg

      Delete