Sunday, 27 May 2012

Hmmm hmmm..bace jela (poyo)

Entri sebelum ni dah berjanji
Nak cerita pasal 'kawan' den ni
Yang comey sekali
Tangan kat bahu mata ke atas smbl senyum tunjuk gigi


Muka yang sangat sopan
Entri kali mengisarkan seorang yang lebih dikenali sebagai comot kerana kecomotannya (aku pon tak tau kenapa dia dipanggil sebagai comot) dan entri kali ni sengaja je nak sebut kawan yang sorang ni sebagai wacana pebangkit semangat seorang wanita yang sedang bertungkus lumus dengan kerja baru nya.. Dengan harapan dapat menceriakan kkehidupan nya (ikhlas ni tau). Tak lama lagi dia akan kembali ke negara matahari terbit untuk atas urusan kerja. Bagi diriku dia seorang yang sangat rajin dan jika diberikan tugasan kepadanya pasti dia berusaha menyudahkan tugasan dengan effort 150% (ni puji tak de upah ni). 

      Mula berkenalan pada tahun 2005 ketika belajar bersama di JAD (Japanese Associated Degree) Program. Ketika itu aku student 1st intake dan dia ni 2nd intake. Ketika sesi perkenalan di hadapan semua student2 JAD yang lain, dia memulakan langkah memberi 'Assalamualaikum and konichiwa(selamat petang). Hajimemashite...... (salam perkenalan untuk pertama kali jumpa)' 

      Hatiku bermonolog 'Ceyy boleh cakap nihonggo (bahasa Jepun) tu' tetapi malangnya sebelum sempat hatiku selesai berborak bersama limpa (kamonla tak lawak kot,hambar), dia menghabiskan ayatnya dengan, 'my name is Nurliyana binti Sahri(memang nama sebenar) I am from Temerloh Pahang'. Sekali english la pula. Baru nak kagum kaw2. Rupa-rupanya abang si comot ni senpai JAD (senior JAD). Patutla~

     Aku sememangnya berasa kagum bila kenal dengan rakan-rakan yang sudah boleh berbahasa Jepun, al-maklum la aku ni basic bahasa jepun pon tak de langsung, apatah lagi hendak berbicara dalam bahasa jepun. Selesai saja si comot ni memperkenalkan dirinya, Arbain sensei (cikgu) pon membuka peluang kepada sesiapa yang berminat ingin bertanya soalan kepada gadis yang tengah tercegat malu-malu tu. Maka dengan ensemnya (aku la sapa lagi) pon mengangkat tangan sambil melontarkan soalan "Nombor telefon ada?" Aku digelakkan kerana bertanya soalan yang sengal tu.

     Pada mulanya aku memang main-main minta nombor telefon, aku ni kan suka menggatal sana sini. Sekali si comot ni 1 kelas dengan aku dan duduk di hadapan ku. Aku pun 'mengusha' nombor phone si comot ni dengan rakan sekelas yang lain. Bila sudah memperolehi nombor phone dia, aku pon menghantar 1 mesej (yela,belajar mana ada duit nak call2). Dengan harapan mesej berbalas tetapi yang memeranjatkan aku, mesej memang berbalas tetapi berbalas dalam bentuk lain yakni call. Ketika menjawab phone,terdengar suara agar garang ibarat menempelak (amek ko padan muka kene cempedak..ehh kena tempelak)

Comot:Hello ni siapa ni?
Aku:Hmmm hmmm (aku rasa agak tertekan dan stress)
Comot:Hello siapa ni?
Aku:Ni atif ni
Comot:Atif?Ke Alif yang duduk di meja belakang.
Aku:Atif yang duduk di sebelah Alif (amboi alip ko kenal plak, aku ko tak kenal,, cis)
Comot:Ooo kenapa call?
Atif:Saja-saja nak kenal..

[Perbualan dan dialog diolah agar situasi tampak menarik dan menghiburkan]

     Sejak kejadian itu, aku kenal si comot ni cam adik beradik angkat. Dijadikan cerita sejak 1 September 2005 hingga kini aku ber'kawan' baik dengan si comot ni (malas nak cerita yang lain). Alhamdulillah kalau ada jodoh maka adalah..kerana sesengguhnya jodoh tu rahsia Allah. Kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dengan berdoa kepadaNya agar jodoh yang baik ditemukan Allah. 

"Walau pun aku bukanlah seorang yang baik zahir dan batin tetapi hati kecil ku tetap mendambakan seorang yang solehah, mulia, penyanyang dan baik hati sebagai teman hidup. Aku berdoa agar Allah beri hidayah dan petunjuk kepada ku agar diriku menjadi yang lebih baik setanding kebaikan bakal jodohku"

Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

"Aku malas nak cerita panjang2
Nanti ade yang bace bosan2
Cukupla setakat yg dahh terbentang
Entri seterusnya aku tulis kemudian"

"Kepada yang rajin membaca
Aku kenal pasti ada seorang tu
Nanti2 kita tukar cerita
Ape lagi pasal orang yg kt jepun tu"

2 comments:

  1. HAHAHAHA!!! dari awal entri sampai akhir entri..nak tergelak jekk..hahahaha..hamboi..dulu skrg same jek gatalnye..hahaha

    ReplyDelete