Raya 2010 yang lalu (hiasan je)
Setelah sekian lama aku menghilang (xdela menghilang mana), daku kembali ke arena ini dengan harapan tulisan ku mampu memberi sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupanku dan orang yg membacanya. 5 Mei yang lalu genap sudah daku berumur suku abad yakni 25tahun (kot2 sapa2 x tau apa itu suku abad). Suku abad bukanlah satu jumlah nombor yang sedikit, selama 25tahun ni apa yang bakti yang telah daku taburkan kepada diri sendri,keluarga dan masyarakat. Mungkin dengan kembalinya daku dari tanah matahari terbit, dapatlah aku berbakti kepada pembangunan ekonomi negara walaupun kilang yang aku bekerja sekarang ialah kilang Jepun yang dibina di tanah airku ini. Sekurang-kurangnya kilangku ini ada juga memberi sumbangan kepada masyarakat di sekitar Senawang,N9 serta sumbangan kepada cukai pendapatan negara.
Tetapi malangnya hampir 6bulan aku bekerja di sini, aku ditimpa kemalangan yang bagiku adalah dugaan terbesar dalam hidupku (setakat ni la). Ketika itu aku bersama Motor kesyanganku (ninja250r) yang baru sahaja dibeli beberapa bulan telah dilanggar dari depan dan di jalanku sendiri. Pada ketika itu memang aku tidak ingat apa yang dah berlaku. Cuma aku ingat hanya sepasang cahaya lampu memasuki line jalan aku dan pada sangkaanku aku dah mengelak, rupa-rupanya aku mengelak kepala je agar muka ensem ni x cacat celah yg selebihnya patah riuk hahahah. Tangan kanan, kaki kanan,tulang punggung kanan lari ntah ke mana dan 3 jari yang hilang dah dimakan semut (ayah & angah x dapat cari).
Sesungguhnya Allah menurunkan musibah-musibah hanya untuk hamba-hamba yang beriman dikasihiNya. Petikan hadis

[ Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah
menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu
balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan
hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di
hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu
bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia
mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang
reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang
tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”]
terbuktilah bahawa
-
Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
-
Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
-
Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
-
Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar
tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
-
Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda
bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan
balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
- Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
"2 3 kucing berlari gigit barbie,
barbie digigit sampai putus kepala,
nanti aku cari lagi,
benda2 yang nak dicerita"
If you feel that you're very down. Just close your eyes and say, "This is my journey. He puts me here. It's His PLAN..so I have just to carry on and trust Him"..nice entry..
ReplyDeleteyang slek nye..barbie tu memang carik gaduh betol ni..hahaha
niat dihati ikhlas jgn pendam
ReplyDeleteguna barbie smata2 nak balas dendam
hahhahah
hahaha...ingatkan dah pupus dah pantun berbisa tu.. =="
ReplyDelete