Subuh menyinsing fajar menjelma, hati tak runsing selepas berdoa. Pagi yang damai dan menceriakan tetapi semua kembali dibuai mimpi. Sesudah solat katil dihampiri untuk 'topup' kembali waktu tidur yang tak mencukupi. Aku membuka pintu rumah, mahu berjalan walaupun lemah. Mencari selipar mengalas kaki, supaya tak kena laman rumah yg penuh ngan tahi. krikk krikk krikkk~
Ku mengorak langkah 6 ku(tongkat 4 kaki) menuju ke tempat mula-mula menbentuk diri ini. Tadika kemas palong 15 yang jaraknya tak sampai 50meter (0.05km untuk sapa2 yang tak tahu). Perjalanan ku harungi perlahan-lahan hingga aku sampai betul-betul di depan bangunan tadika yang telah ditinggalkan. Bentuk binaannya sama seperti bentuk binaan rumah kayu peneroka felda. Banyak kenangan di tempat ini, tetapi hanya cebisan-cebisan memori yang masih tinggal dalam kepala hotak aku. Otak kita ni sangat hebat jika kita boleh mengakses otak seperti mengakses komputer. Memori ada terselit di mana-mana tetapi otak tak dilengkap search box "Search programs and files" jadi kita manusia selalu je lupa perkara-perkara yang pernah berlaku dalam hidup ni.
Walau bagaimanapun,aku yang ensem ni masih teringat pada suatu ketika cikgu tadika kemas tak dapat hadir untuk mengajar. Pada ketika itu, hanya dia seorang yang mengajar kami. Dikhabarkan dia terkena "demam campak" dan ketika pulang aku memberitahu ibu.
Aku: Bu, hari ni cikgu tak datang bu.
Ibu: Kenapa?
Aku: Cikgu kena demam lepas tu tercampak. Tercampak naik motor kot~ (aku asyik terbayang cikgu masuk longkang setelah tecampak dari motor..kesian..dah la demam)
Ibu: Haa?
Ibu ku pasti apa yang telah aku katakan ketika itu pasti ada yang tak kena. Ibu tergelak ketika mengetahui cikgu tadika rupa-rupanya terkena "demam campak (chicken pox)" dan bukannya demam dan tercampak. Hahahahah. Pada ketika itu aku belajar sesuatu yang baru, wujudnya demam yang dinamakan demam campak. Bila diingatkan kembali kisah tu,pasti aku tergelak kesorangan. Tak mengapa, 'demam dan tercampak' pun~ sampai juga ke Jepun kan~. Maaf terpoyo & ter'riak' pula.
Adik beradik ku semua nya tadika 2 tahun. Ketika aku bersekolah tadika, aku berumur 6tahun dan adikku, angah berumur 5tahun. Ada seorang budak yang sebaya dengan ku Fendi (memang nama sebenar) suka tunjuk otai dengan budak-budak yang lain. Angah ku yang sorang ni memang panas baran pon sejak kecik lagi. Bila si Fendi kacau angah (tengah makan kalau tak silap), diterkam si Fendi ni dan digigit cuping telinga nya. Meraung budak tu kesakitan. Otai-otai pon mengangis macam budak kecik gak. Aku terkasima pada ketika itu, tak tahu apa yang perlu aku buat. Tak silapku, dia mengadu dengan ayahnya. Aku tak berapa nak ingat apa yang dah terjadi. Ayah dia marah angah ke sound ke..tak ingat dah..lupa.. Kendatipun begitu (amek kau kotoba kaw2) si Fendi ni tak kan berani nak kacau orang lain lagi selepas peristiwa telinga hampir terputus 12 tu.
Sebenarnya ada lagi peristiwa yang amat memalukan dalam diriku, tapi malu nak cerita. Yang lepas biarkan berlalu yang akan datang kan kutempuh berani.
"Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kenapa cempedak kat luar pagar?
Kan dah menyusahkan"
"Siakap senohong gelama ikan duri
Orang x makan ikan mane mngerti
kehidupan ini memang mencabar diri
Kerana cabaran pembentuk hati ini"
"aku yang hensem"... *mate ke atas tangan ke bahu...
ReplyDelete"Orang x makan ikan mane mngerti" oi oi ...makan dalam...cisss
haha...abang sama lah macam erny pikir! demam lepas tu kene campak..haha
ReplyDeleteingatkan abg je pikir camtu..hahaha xpe2 ade geng
Deletehahah