Kalau Malaysia ada Lee Chong Wei, Palong 15 Lee Chen Dol |
Suasana petang yang ibarat panas hangat cinta telah 'mengghairahkan' diriku untuk keluar bersama temanku, cik raket untuk membelah awan membelai angin petang di waktu ini. Petang tu hatiku entah mengapa berasa amat teruja dan seronok. Walaupun aku bermain badminton secara statik (untuk yang tak tahu, berdiri 1 tempat) tetapi smesy ku hari ini ibarat rejaman yang menghukum pesalah-pesalah yang selayaknya direjam(paham2 jela metafora aku ni haha). Sebelum maghrib menjelma, ku redakan semangat ku yang membara ini dan brhenti untuk membersihkan badanku dan menunaikan kewajipan kepada Tuhan yang Maha Kuasa.
Malam ini, ibu mencadangkan agar kami sekeluarga makan di luar. Selesai mandi dan solat, tiba-tiba suasana menjadi gelap gelita. Nampaknya masalah air dan elektrik di kawasan kampung ku ini masih belum selesai. Bagaimanapun, kami bernasib baik kerana perancangan sememangnya mahu keluar makan di luar. Malam ini aku telah mentedarah nasi goreng kampung dan 1set lamb chop di restoran itu. Ada yang bertanya "Long ko bawa saka apa makan sampai macam ni?" Aku tersenyum dadan kembali menumpukan perhatian ku kepada makanan-makanan ku itu. Semenjak operation kaki yang ke15 Mac lalu, selera makan ku sememangnya dasyat. Bayangkan dalam masa seminggu aku mampu me'nopup' berat badan ku sebanyak lebih dari 15kg. Walau bagaimanapun, berat ku maintain 62kg ketika ini (sebelum ni 67/68 kg).
Pabila perut sudah kenyang, mata pon menjadi berat. Dalam perjalanan pulang yang memakan masa selama 15minit itu, otak ku tidak mampu berfikir apa-apa lagi selain kamar tempat ku beradu. Sampai sahaja di rumah sebelum melayani anak mata yang memohon agar kamar kelopak matanya dikatub rapat, aku sempat melayari internet (fb dan blog sekarang yang tengah aku tulis ni). Aku gusar kerana malam ini tiada sedikit walau sezarah pon idea dibenak fikiran ku. Kejap-kejap, kenapa ayat malam ni ayat novel pula? Adakah kerana pujian orang terhadap ayat-ayat cinta ku? (krikkkk~ krikkk~ mata ke atas tangan ke bahu).
Pada paparan skrin komputer peribadiku, aku pon men'google' nama ku dengan harapan menjelma la idea-idea bernas untuk entri blog pada malam ini. Aku pon menaip keyword 'atif jauhari popular' pada mozila internet explorer ku (daku pada dasarnya memang popular kan?popular la sangat ahha). Capaian carianku tertera laman mukabuku lima ku dan beberapa laman sesawang berkaitan dengan atif aslam (tak tau sila google). Seterusnya aku mengubah keyword yang lebih munasabah lagi 'ati jauhari stj' (hakikatnya popular pon munasabah kan?haha) dan hasilnya keluarlah laman blog hasil tulisan sensei stj @english teacher set4 ku ketika di STJ. Klik pada caption di bawah.
Blog Miss Jyss |
Mari kita buat kesimpulan siapa aku dalam kelas melalui entri blog ini,
- Dahla he was quite cheeky
- With that kind of name of coz, it's difficult not to remember. All I remember about his 2nd name is that it starts with an A hahah And I know that his name is so long that it took quite a space when I typed his set's attendance sheet.
- Amri: Atif was my dorm-neighbour, hehe
- Miss Jyss: Ah, so u know how crazy Atif can be rite? :p
- Amri : haha...sometimes I find him a bit crazy. He used to hang once at the corridor of the 3rd floor.
Kesimpulannya sifat memang begini semenjak sekolah lagi. Seorang yang gila-gila dan suka berseronok sampai guru-guruku pon masih mengenaliku walau telah lama meninggalkan arena persekolahan. Pengalaman berjumpa dengan english teacher ku di Jepun memang tidak dapat ku lupakan. Ketika ini Miss Jyss telah berpindah ke sekolah Sains Rembau. Miss Jyss いつもありがとうございます!!(terima kasih banyak-banyak)
"Hari ibu pada bulan Mei
Hari jadiku juga bulan Mei
Hari guru juga bulan Mei
Selamat hari guru sementara bulan ni masih Mei" (teruknye pantun pffftttt~)
"Lamb chop memang enak sekali
Okla dari makan ayam je all the time
Pengalaman di Jepun banyak lagi
Nanti kan ku cerita next time"
Although at first, I could only remember his 3rd name; Jauhari.
ReplyDeletename panjang sangat!!
ohooiii...asal la den ghaso bilo baco ni..makan dalam beb!
aik..apsal yang makan dalam nye?pelik pelik
ReplyDelete