Wednesday, 30 May 2012

Kenangan STJ


"entri sebelum dah tertulis
  nak cerita pasal hoki dan polis"

"sebenonye malas nak coret
  tapi pape pon tulis saja
  camne ek nak interpret?
  kt stj dlu low profile gila"

   



     Awal Januari 2000 aku merupakan salah seorang dari ratusan pelajar pengambilan pertama yang bertuah untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ). Sekolah ini merupakan kebanggaan keluargaku kerana bapaku, bapa saudaraku, sepupu sepapat ku ramai yang menuntut di sekolah ini. Ramai yang tahu aku ni bukan seorang yang mempunyai keberanian seperti orang lain, mudah kecut. Suasana yang baru dengan rakan baru bukanlah satu perkara yang terbaik untuk seorang yang kecut peyut yang slim ni. Ada 1 quote yang aku tak kan lupa hingga hari ini, ni pesan ayah.
"Kalau kau lari dari sekolah ni, ko jangan harap nak bersekolah kat mana-mana lagi, SAMPAI BILA-BILA!!"

     Oleh itu,  tak kiralah apa juga yang akan berlaku aku perlu harunginya dengan berani. Akan tetapi aku bernasib baik kerana aku mempunyai seorang rakan yang sama-sama bersekolah rendah dulu, Amirul Redzuan a.k.a Block. Oleh kerana dia mempunyai kakak di STJ, kami diatur untuk tinggal di satu dorm yang sama. Ketika mula-mula orientasi, semua nya kelihatan baik dan sopan kerana ibu bapa masih lagi ada di sana. Perhimpunan pertama student f1, prefect bertanyakan siapa yang akan volunteer untuk membaca doa makan. Semua berdiam diri. Kelihatan 1 susuk tubuh yang amat ku kenali kelihatan berada di koridor bersebelahan dengan perhimpunan itu. IBU rupanya. Ku lemparkan senyuman TETAPI ibu lemparkan 'signal angkat tangan untuk baca doa' (erkkkk~alaaaa~ ibuuu~ hahaha) Kenapa agaknya??? sebagai insan hina yang amat menyintai ibu nya, tiada sebab untuk ku menolak permintaan ibu ku itu. Lalu~ aku pun mengangkat tanganku. 14 hari orientasi bagai setahun yang panjang kurasakan. Waktu iu semua perlu cergas, pantas dan cekap. Lambat je pumping. Da la bawak batu bata tiap-tiap orang. Tetapi kenangan ketika itu mmg manis, ibarat makan strawberi yang dicelup hot chocolate (jangan jelly..ni makan kat jepun)

     Oleh kerana aku seorang yang suka 'play safe' dalam segala hal. Segala pemilihan kelab persatuan juga adalah secara sederhana dan selamat.Unit uniform kadet kesihatan (nama glamour PBSM) dan persatuan Agama Islam. Mentaliti aku, PBSM tak da senior yang akan membuli ku (kononnya) dan persatuan Agama Islam orang yang baik-baik (tak boleh blah gile mentaliti aku). Akibat perbuatanku itu, aku kebosanan untuk setahun lamanya. Tak da aktiviti langsung, kecuali pertandingan kawad. Lepas kawad, tido sepanjang tahun (memang lame gile).

     Naik je f2 ketika pendaftaran unit uniform, aku terus minta nama ku dipotong dari PBSM dan aku pon menyertai kadet polis yang ketika itu bagiku sangat menarik, banyak aktiviti yang menyoronokkan. Guru 'koko' ketika itu Cikgu Kang, dia memarahi aku kerana menukar unit uniform sesuka hati walhal aku telah mendapat persetujuan dari 2 2 unit uniform tu. Entah macam mana lah dia boleh tau pon aku tak tau. Tapi, aku tak peduli. Aku sarungkan juga uniform kadet polis dan kerana keberanian dan semangatku, aku berjaya mewakili kadet polis ke pertandingan kawad kaki dengan menyingkirkan ahli lama. Macho di situ~ Tambahan pula, ketua platun (Ahmad badrudin a.k.a Bad) ada quote something yang buat aku nak poyo. Dia cakap...

"Korang tengok Atif, semangat dia berkawad. Waktu kita berhenti dalam 'file' dia tak de nak toleh kanan toleh kiri. Tegak sampai betul-betul keluar baris. Tu tanda yang dia betul-betul semangat nak berkawad. Jadi aku akan masukkan nama dia dalam team kawad ni."
 [Perhatian: Quote ni ditokok tambah agar nampak gempak gila~]

     Sejak dari f2 hingga f5 aku menjadi 1st team kawad kadet polis. Tak sia-sia aku menjadi 'berani' ketika f2. Kalaulah aku kecut je~ sampai bila pun aku akan duk tido masa kokurikulum sekolah. 

     Aku sememangnya minat hoki semenjak sekolah rendah. Ketika f1, dek kerana minat aku tabahkan hati ke padang mencari team hoki. Aku bukannya star main hoki tapi aku boleh main jugakla~ mula-mula mewakili sekolah ketika f3 kerana sekolah tak menghantar pasukan hoki ke peringkat daerah ketika aku f1 dan f2. Kebetulan waktu f3, aku seorang saja dalam batchku bermain hoki maka aku pon dilantik menjadi kapten hoki. Alhamdulillah, f3 menang daerah dan wakil daerah ke negeri. Walaupun ketika f4 team hoki kalah tapi aku adalah antara si macho yang terpilih dari stj ke negeri. STJ hoki dilabel sebagai jaguh kampung je sebab peringkat daerah main di padang biasa bukannya di turf (padang hoki). Peringkat negeri memang kalah je memanjang. Walau bagaimanapun, aku sedikit pon tak kisah kerna keseronokkan bermain menjangkaui rasa kekalahan.

Ketika menjadi Kapten Budin
Walaupun kalah,,budin jadi juara keseluruhan
Betapa kurusnya aku
     Waktu F5 tak semana-mana aku dilantik jadi kapten rumah sukan. Aku ni bukan nye dikenali ramai tapi mungkin kerana aku menjadi ketua rumah sukan, ketika itu ramai yang mengenaliku (ntah..ye kot...ehh!!! mestila!!! orang ke4 terpenting dalam sekolah 2~). Ada juga junior yang kenal ku kerana sikap suka menjerit "yeeeeeeeeppppppp~" sambil berlari atas dinding koridor tanpa rasa takut nak jatuh (semua tingkat aku da lari). Aku pon tak paham kenapa aku buat macam tu. Ada juga yang gelar aku ni gila. Si gila yang digilai ramai kan? Haahah maafkan kata-kata ku sekiranya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak (tangan ke bahu mata pandang ke atas).. Tapi~ betulla kan?..selalu je orang belanja..kan~ ahahahaha (Kalau Yana bace jangan jeles..saya tak popular tau)

Ni adalah peristiwa-peristiwa yang tak boleh ku lupa..
  • F1 - prep malam dibuat di kelas masing-masing. Sebabkan aku ni kaki tido, aku tertido di kelas hingga pukul2 pagi. Tak de sapa yang kejut aku. Bayangkan gelap-gelap malam berjalan seorang diri dari kelas ke dorm. Sebab mamai, hantu pun tak dapat nak takutkan aku. Lalok hingga ke asrama..Hampes
  • F2- tiap-tiap malam aku angkat dumbbell(batu bata kutip) sebelum kena kerah urut kuman F3 F4 (info ralat ahhaha)..Serius badan macam arwah kuman..Bapak letih la nak tembus lemak-lemak kuman 2.. 
  • F3- kerana ketiadaan seluar trek untuk main hoki, aku pinjam seluar trek membe yang berwarna hijau. Lain daripada yang lain. Ketika ditanya oleh 'umpire' "Mana kamu punya captain's band?" aku dengan ensem dan machonya berkata "Seluar hijau ni kire kapten la sir"
  • F4- aku memang pulun habis tahun ni. Bukan pulun belajar tapi pulun koko. Hoki, kawad sekolah daerah negeri, camping daerah negeri hingga ke kebangsaan. 2 bulan tak masuk kelas. Dahla baju kadet polis dengan lambang polis warna 'gold' kena curi. Shilaka sungguh yang mencuri. Waktu ni aku kena lucut jawatan dari jadi prefect(pengawas) gak sebab aku jahat dan nakal. Tapi akhir tahun exam, not badla. Dapat gak masuk kelas 5A walaupun tak masuk kelas selama 2 bulan.
  • F5- hanya aku dan Afiq Yahya(Uub) je F5 yang masih berkawad. Cikgu bagi sebab result exam aku tak teruk. Maintain saja~ Pernah menggantikan ketua platun (kejap) untuk perbarisan. Kena gelak sebab suara katak. Nice~ 
  • F5- kawad senjata untuk hari polis peringkat daerah (kalau tak silap memang tahun ni)
  • F5- Aku jadi kapten rumah sukan biru (Rumah Burhanudin) dan rumah Budin ni juara untuk kali ke2 dalam sejarah STJ ditubuhkan. Hebat tak? Aku yang setup acara dak-dak ni (poyo je padahal,,aku bagi peluang ikut diorang rasa boleh menang) Dorm-mate aku, wak dia nak sangat main lempar cakera. Aku cakap "ok..aku boleh bagi tapi syarat ko bagi aku emas" Memang emas dia bagi aku.
"Maybe I am not a good athlete but I knew that I am a good leader" - Atep
Untuk rakan-rakan ku Tanx (yang duk sebelah aku,,sama-sama tido waktu BM, Sejarah), Mario, Wak, Keru, Block, Sahak, Along, Katok, Ikhwan, Keri, Kewek, PakTam(geng2 budin yang best...idea Cromok terbaik), Bala, Padai, Sehat, Radhi, Amad, Kucing, (geng kelas), Tiger, Uub, Ibal (Geng kadet ke kebangsaan) Black, Majid, Sobex, Cikanot, Rasad, Kemong, Poland, Zahid dan ramai lagi (sumo eh gilo) Terimo kasih menjadi teman yang terbaik dalam hidupku.
    
"Banyak aku nak celoteh
 Tapi cukup dulula takat ni
 Cite kt STJ mmg best habeh
 Tapi masa tu tak kan ulang lagi"

"Kenangan dulu ada lagi,
 Tapi malas nak cite,
 Pasal kawan rapat lagi
 takpe takpe biar kenangan tnggl kenangan je"

"Letih sudah jari jemari,
 Sakit sudah my back bone,
 Next time aku update lagi,
 Pengalamn hidupla~ xde cite lain pon"

4 comments:

  1. ko antara budak form1 yg awal aku kenal masa ko baru masuk..kt musolla masa tu aku tnya nama ko sape, ko cakap atif jauhari..pastu aku sambung jauhari manikam ke?haha..kalau ko ingat lagi la..
    tp aku xingat ko join ke x kawad kat ipoh dulu..

    lg 1, kuman tu form4 masa ko form2..

    -ganas-

    ReplyDelete
  2. ganas..hahah aku rasa aku ingat..tapi tak cam..ko yang cakap waktu tu...aku tak join kawad waktu kat ipoh..mmg rugi gile aku rasa..aku masuk polis waktu f2
    btol2..kuman f3 waktu aku f1..silap2..thanks hahaha

    ReplyDelete
  3. wowwww...nice..untong lah ade kenangan best kat STJ~~~~

    ReplyDelete