Thursday, 31 May 2012

Hospitalku rumahku


Dalam keadaan tak sedar
Seperti semua sedia maklum tentang kemalangan yang tertimpa pada diriku setahun setengah dulu, suasana di rumah sakit ibarat suasana di rumah sendiri. Ketika mula-mula accident, aku dikhabarkan pergi ke 5 buah hospital sebelum masuk ke Hospital Columbia Asia(CAH) di Seremban 2. Secara jujur, aku sememangnya tak pernah ambil tahu tentang CAH walaupun aku selalu nampak signboard CAH di seremban 2 (main futsal & lepak TTS ninja). Yela, kalau kita sihat pernah ke kita terfikir, "Nanti kalau sakit masuk hospital ni." Ketika dalam keadaan kritikal, aku dikatakan dibawa oleh ambulans ke hospital jempol dan kemudiannya terus dibawa ke hospital kuala pilah untuk emergency operation. Adik aku katakan, tapak kaki ku terlulai 180 degree kerana pergelangan kaki ku patah teruk. EP untuk tarik tapak kaki ke bentuk asal sebelum aku 'ditolak' ke General Hospital Seremban. Kecederaan ku,

  1. Putus 3 jari kaki
  2. Patah peha
  3. Patah tangan (tangan terkulai terpaksa jadi Nyah untuk seketika)
  4. Tulang punggung lari ntah ke mana
  5. Betis kena infection hingga abis otot kt betis

     Sampai saja di Hospital seremban, ibu ku mengatakan aku dibiarkan begitu sahaja. Tiada apa-apa tindakan dilakukan. Ibu ku naik berang dan menegur staf di sana mengapa membiarkan diriku berdarah tanpa apa-apa tindakan. Tak lama kemudian, setelah mendapat perhatian daripada seorang doktor, ibu ku pasti hendak pengsan kerana doktor bagi crucial quote.

"Kaki anak puan perlu dipotong/amputated kerana kecederaan yang teruk. Tidak boleh diselamatkan lagi."

     Ibu ku resah, sedih dan menangis kerana tiada apa yang mampu dilakukan. Tak dapat nak fikir apa lagi. Ibuku segera menelefon ayahku dan menyampaikan berita buruk tersebut. Ayahku tidak berpuas hati dengan keputusan doktor kerana ayah ku seorang yang berfikiran jauh dan dapat melihat kesan yang akan berlaku jika kaki ku kudung. Lalu ayahku segera menyuruh ibuku memberi telefon kepada doktor tersebut dan mahukan penjelasan lebih lanjut mengapa kaki anaknya perlu dipotong, mengapa tak boleh diselamatkan. Pada mulanya sebelum menelefon ayah, doktor telah berkata bahawa kakiku akan dipotong diparas betis. Walau bagaimanapun, lain pula dikatakan kepada ayahku. "Bukan dipotong di paras betis, tetapi dipotong di paras buku lali dan kebawah." Bagaimanakah keputusan doktor hospital seremban yang sering berubah-ubah. Tidak istiqamah. Ketika itu, adikku angah telah menelefon hampir semua senarai contact list handsetku. Menyampaikan berita buruk tentang ke'shilakaa' yang menimpaku (shilaka tu maksud nye celaka la). Adik ku juga telah menelefon pihak kilang NHK untuk bertanyakan hospital panel kilang kerna dia tahu bahawa ayahku pasti menolak keputusan doktor dan membawaku keluar dari hospital seremban. Pihak NHK menyarankan bahawa aku segera dibawa ke hospital SALAM Senawang tetapi hospital itu tiada ER (Emergency Room) ketika itu. Hospital Columbia juga salah satu hospital panel NHK, jadi aku pon di'terbang'kan ke sana.

     Setibanya aku di sana Doctor Orthopedic CAH, Dr Rahim Samat menyampaikan khabar gembira kepada ibu bapaku. Katanya kaki ku masih boleh diselamatkan kerana darah masih mengalir di luka-luka kaki dan masih terdapat nadi di kaki ku (tak silap inilah yang ayah beritahu). Untuk pembedahan yang teruk ini, banyak darah yang diperlukan ketika pembedahan. Hospital ini tidak mempunyai darah yang banyak hanya semata-mata untuk pembedahanku. Tindakan angah yang pantas bersama geng-geng ninja250r yang ensem-ensem belaka berjaya mengumpulkan sebanyak 249pain darah (ni ayah aku bagitau juga). Entahla, kejap2 100pain kejap2 249pain. Tak mengapa, jumlah bukan segala-galanya yang penting aku boleh dibedah. Ketika aku mula-mula dimasukkan di hospital ini, ada seorang nurse menceritakan kepada ku bahawa ketika itu hospital menjadi sesak tiba-tiba. Pada fikirannya, "ada pengambaran filem ke?" perghhh tengok-tengok. Sudahla ensem bergaya, femes cam artis lagi tu nyah~(tangan ke bahu mata pandang keatas).

     "Sepupu akak call akak tanya Muhammad Atif pekerja NHK, ipar akak pon ada call tanya Muhammad Atif student JAD (kak nurul). Akak pelik. Femes sangat ke dak si Atif ni sampai orang bertanya kat akak. Orang yang menunggu pun ramai. INGATKAN ARTIS MANA LA KAN
[Perhatian dialog ini benar. Cuma ayat belakang ditokok agar menyerlahkan tahap kegempakkan cerita]

     Ketika itu, aku tak sedarkan diri selama beberapa hari dan aku merupakan patient yang paling menyakitkan hati nurse-nurse kerana keceluparan mulutku itu. Aku memang tak sedar langsung. Yang aku tahu, aku bagaikan dilamun mimpi. Benarla macam #KarootKomedia kalau nak sedation boleh pilih mimpi pergi hawaii ke langkawi ke.hhahah

     Ibu ku menceritakan, along ada cakap "Bla bla bla". Aku rasa aku ada bermimpi aku cakap "Bla bla bla"  tapi bila ditanyakan aku sedar atau tidak, ketika itu aku menjawab "entah along ingat along bermimpi je." Misi-misi CAH pon kena juga maki hamun ketika aku tak ingat apa-apa. Tahniah!! Hahah

     Selama hampir 2 bulan aku di CAH, aku telah menjalani lebih dari 5 pembedahan. Terlantar dihospital. Semua bahagian wad hospital aku dah rasa. Dari surgical ke medical ke multi wad. Semua aku dah rasa dan aku dikenali di CAH kerana antara patient ortho yang teruk pernah dirawat di sana. Pesakit silih berganti tetapi aku tidak. Pernah pesakit di katil lain bertanyakan sudah berapa lama aku di hospital kerana pelik melihat aku cara ku berinteraksi dengan nurse dan doktor. Macam dah lama kenal je. Sedangkan housekeeping pon bertanyakan kesihatanku tak kiralah housekeeping tu melayu atau india. Pernah sekali aku bertanya di kaunter hospital tentang sesuatu dan aku membahasakan "Cik bla bla bla." (bukan bermaksud aku halau cik tu suruh blah..bukan) Tanpa perlu mengenalkan diri kepada 'cik' tersebut dia dengan senyuman pon berkata "Ye En Atif boleh saya bantu?" (boleh poyo tak??) Perghh femes betul.

     Mungkin persepsi misi-misi di sana berubah selepas aku sedar. Dari seorang yang bising suka marah-marah kepada seorang yang tak reti nak senyap dan sering berseloroh dengan selambanya. Aku diibarat anak kesayangan CAH [ni bukan aku yang cakap,,diorang yang cakap]. Mana tak nya, bil hospital ku bernilai ratusan ribu ringgit secara total. Dari pak guard hingga ke doktor, ramai yang mengenaliku. Aku juga pernah digelar 'veteran patient' di bilik pembedahan oleh seorang doktor anaesthetic. 

Pengorbanan ibu ku ingat sampai mati
     Bagiku sakit ni bukanlah perkara malang dalam hidupku kerana ketika aku di hospital, Alhamdulillah tak putus-putus orang menziarahiku. Jiran tetangga, keluarga, rakan sekerja, rakan sekolah, geng-geng ninja250r, nurse-nurse pelatih (gatal-gatal) dan 'kawan' kesayanganku terbang dari Jepun hanya semata-mata melawat ku. Terharu aku bila melihat dirinya datang bersama abah dan mam serta kakak melawatku. I am not alone. I have everything I wanted. Love and Friends. Paling manis, aku dapat seorang anak angkat yang diberi sempena nama ku 'Atif wai'e yang comel' (terima kasih abg fazli & akak miza). 

Atif waie ketika baru lahir beberapa hari
     Sepanjang 2 tahun ini, aku sering keluar masuk hospital dan total hari aku duduk hospital saja sudah 4bulan lamanya, mungkin lebih. Hasrat ku hanya 1, terima kasih atas segala sokongan anda semua. Tanpa anda siapalah saya (amboi~ tak perlu kot nak berlagak artis kat sini). Kalau aku tak cakap pasal nurse-nurse nanti marah pula diorang. Terima Kasih kepada semua staf CAH yang banyak bersabar dengan diriku ini. Terima kasih kerana membantu ku sepanjang aku berada di hospital. Orang sering berkata jangan bersedih, bersabarlah, tabah. Aku tak de lah sedih mana pon. Ceria dan happy selalu. Kepada sesiapa yang ada terbaca entri ni, janganlah bersedih untuk ku kerana aku tak perlukan kesedihan mu tapi aku perlukan kegembiraanmu untuk diriku.

"Selesai sudah entri kali ni,
 Kepada yang rasa nak sedih tu,
 Tisu den kasi,
 Kerna ku hanya tagih senyuman mu"

"Apo merepek pantun den ni,
 Den baco pon tah ape-ape,
 Cukup sudah kali ni,
 Lain kali lah kita sambung cite"

"Patung barbie busuk sekali,
 Da la busuk, perut pula besar,
 Pasni ade operation lagi,
 Harap semua berjalan lancar."

"Gambarku semuanya senyum kerana senyuman itu mampu memulihkan ku"

4 comments:

  1. aaaaaa sedih pulak baca entri ni. napa tak up skali gambar black forest cadbury? lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang bwak black forest kegemaranku.. trkejut je dtg..hheheh tak sangke ade orang nk dtg..hahahha thanks ponk~ (black forest tu aku mkn sorang2 x bg yang lain mkn hahah)

      Delete
    2. tau. hihi nasib baik jugak kau suka. haha

      Delete
  2. hahaha...sedih bace...tapi tahu abang gemuk hensem 'sikit' makin sihat...Alhamdulillah...

    ReplyDelete