Wednesday 12 September 2012

Tiada kata


Tika aku pergi meninggalkannya,
Tika itu aku sering mengingatinya,
Tika aku sering menonton movie kegemarannya,
Tika itu aku ingat saat pertama kali menonton bersama,
Tika aku mendengar lagu itu,
Tika itu aku ingat kembali lagu yang ditujukan untuk diriku,
Tika aku membaca buku cerita,
Tika itu aku ingat kembali saat-saat menghadiahkan buku kegemarannya,
Tika aku mengingati sesebuah negara,
Tika itu aku ingat kembali saat-saat ku berada depan pintu rumahnya,
Tika aku melihat buah peach itu,
Tika itu aku ingat kembali saat-saat dia terpacak depan pintu rumah ku.

Malangnya semua itu telah berakhir,
Tipu kalau aku sikit pon tak terfikir,
Walaupun begitu ada saat-saat ku mengingatinya,
Namun tiap-tiap keputusan yang ku buat takkan ku berpatah arah,
Bukan kerna orang lain yang membuat ku bertukar arah,
Aku cuma insan yang mengikuti kata hatiku,
Aku cuma insan yang mahukan kebahagiaan sebenar,

Maafkan diriku, tingkah lakuku & kata-kata ku terhadapmu,
Aku pasti tiada manusia yang lebih memahamiku selepas ibuku selain dirimu,
Maafkan dengan keputusan ku itu,
Telah lama ku pendam,
Aku aku aku...Maafkanku aku tak mampu melafazkannya kembali


"Niat menulis bukan untuk memanggil dirimu, niat menulis untuk memberitahu, sekian lama ku pendam dalam hatiku, 'hatiku tak pedih' tipu kalau aku kata begitu, ku cuma harapkan kebahgiaan dirimu, ku harapkan kau bertemu yang terbaik untuk dirimu, ku harap kau bertemu lelaki yang mampu membahagiakan dirimu, aku insan lemah yang tak mampu beri dirimu apa-apa"

Kata-kata akhir dari ku agar tak terkilan





8 comments:

  1. bukan pro gangnamstyle13 September 2012 at 04:08

    "ku harapkan kau bertemu yang terbaik untuk dirimu, ku harap kau bertemu lelaki yang mampu membahagiakan dirimu, aku insan lemah yang tak mampu beri dirimu apa-apa"

    sooooooo cliche.

    ReplyDelete
  2. lebih baik sooooo cliche dari menghina x tentu pasal..

    ReplyDelete
  3. takkan takut nak letak nama sendri.. pffffttt~

    ReplyDelete
  4. perghh...ini ada kena mengena dgn yg idup x? :)

    By :
    letak nama sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mmg ade kne mngena ngn idup & mati wak..haha.. ni ayat yg tunjukkn aku ni jahat dump awek aku ni..hahaha

      Delete
  5. Aku x pecaye ahhhhhhhhh....ke ko yg kene dump nihhhhhhhhh.. ckp betui2 teppppppp... panas ni panas......

    ReplyDelete