Wednesday, 5 September 2012

Jalin silaturrahim

   
     Remaja masa kini kelihatan hebat apa bila bersama dengan rakan-rakan seangkatan & rakan-rakan sebaya, namun mereka lupa bahawa mereka bukan hidup dengan orang yang sama umur mahupun sekepala (bukan bermaksud kepala mereka serupa, tetapi cara pemikiran yang sama). Kepada yang bersikap sopan santun dan mampu berkomunikasi dengan baik terhadap orang tahniah diucapkan. Diri ini bukanlah seorang pakar motivasi (karipap basi adela) tetapi diri ini mahu memberi tips kepada rakan-rakan sebaya yang ingin menarik perhatian orang tua, elders(bak kato omputih) dalam mewujudkan conversation dengan mereka. Tips ini sesuai untuk lelaki mahupun perempuan, tetapi lelaki la yang perlu tahu lebih rapat dengan orang tua terutamanya nak memikat hati bapa & mak mertua.

1)Kenali mereka
Mula-mula tak perlu kenali mereka secara mendalam cuma perhatikan cara mereka berbicara cara tingkah laku mereka. Ada orang tua yang tidak suka bercakap dengan orang muda jadi perlu berhati-hati kalau tak sia-sia anda kena tempik. Jika mereka relex, tenang & mereka mulakan conversation dahulu daripada anda maka mereka adalah orang yang boleh didekati. Jika mereka mudah didekati, maka kenalilah mereka secara mendalam.

2)Sentiasa mencari idea
Ketika anda berborak atau bercakap dengan mereka, sentiasa mencari idea-idea baru dalam memperbaharui conversation anda dengan mereka. Jangan biarkan cengkerik berbunyi (krikkk krikkk krikkk~). Jika anda tidak tahu topik yang dibincangkan, janganlah anda berdiam diri. Anda perlu memberi respon yang kononnya anda tahu cerita itu.

Pakcik: Ko tau tak jang? Ari tu nismilan monang lawan kelantan. Riang acik nengok ehh~
"Malangnya Anda pula tak tahu menahu tentang bola sepak negeri sembilan. Maka penyelesaiannya"
Anda: Wooo~ yoko? Hari tu sey tak berkesempatan nak tengok. Takat kelantan sonang yo kan?
"Walhal anda tidak tahu menahu tentang hebat ke tak hebat n9. Conversation tu jangan stop begitu sahaja, anda tambah la apa yang bermain difikiran anda yang berkaitan dengan bola"

Contoh lain sekiranya pakcik ini meminati komputer, anda pula bebal pasal komputer. Jangan anda senyap begitu sahaja. Create something yang mampu beri pakcik itu menceritakan lagi lagi lagi pasal komputer. Paling penting..[ooowww~, Betull juga tu, Oooo begitu ke?? Yelaa kann~] Tunjukkan interest anda untuk berborak dengan lebih lanjut lagi.

3)Jika ditanya 1 soalan jangan beri 1 jawapan
Q:Sekarang belajar mana? A:Shah alam.(fullstop)
Jangan begitu. Macam yang telah diperjelaskan dari isi yang sebelum ini. Sentiasa create situasi.
Q:Sekarang belajar mana? A:Shah alam, Uitm. Saya ambil jurusan sekian sekian. Tahun ni masuk tahun ke sekian sekian. (jangan pula anda cerita terlalu panjang nanti kena cop sebagai mulut murai macam saya)
Jika anda tahu serba sedikit tentang mereka(yakni mereka pernah belajar di Uni) anda pula bertanya soalan kepada mereka.
Pakcik dulu belajar mana? (Pasti mereka akan bersemangat untuk menceritakan tentang diri mereka)

4)Tunjukkan yang anda berasa selesa dengan mereka
Contoh paling mudah ialah ketika anda berada di rumah mereka, anda kurangkan kemaluan...ehhh anda kurangkan sikit sikap malu terhadap mereka(x senon btol). Jika mereka berkata "buatlah macam rumah sendiri" maka buatlah rumah mereka seperti rumah anda sendiri. Kebanyakkan orang tua akan rasa seronok jika anak-anak muda(terutama bakal menantu mereka) berasa rumah mereka sangat selesa. Jika anda mahu tidur/solat/makan maka buatlah macam rumah sendiri.

5)Jika dioffer makanan jangan tolak
Orang tua sering menganggap makan bersama adalah perkara yang agak penting. Jika anda diajak makan terutamanya makanan yang dimasak sendiri oleh mereka sendiri, jangan sekali-kali menolak pelawaan mereka. Sesungguhnya menolak pelawaan mereka boleh mengguris perasaaan mereka dan mereka akan menge'cop' anda sebagai sombong. Walaupun anda telah kenyang, jamah lah sedikit makanan yang telah disediakan. Yang penting mereka lihat anda ada sedikit effort untuk makan walaupun dah kenyang. Kalau saya pergi kemana-mana, saya pasti akan menambah makanan walaupun saya sudah kenyang. Sesungguhnya melihat kita makan makanan yang disediakan dengan penuh berselera akan menggembirakan hati mereka terutama jika makanan yang disediakan habis dimakan. Raya baru-baru begitu juga..tak begitu cik Erny??

P/S nasihat diatas tidak semestinya tepat tetapi cukuplah sekadar peringatan. Kadangkala ada juga orang tua yang tidak kisah jika anda kurang bercakap atau anda tidak pandai bercakap tetapi sekurang-kurangnya ianya boleh membantu or memberi idea serba sedikit tika anda cuba mendekati mereka.

"Jodoh itu ditangan Allah, sedalam mana pon cinta anda dengan si dia, tanpa jodoh anda tidak akan bersatu jua. Restu ibu bapa paling penting dalam meneruskan hubungan percintaan. Tanpa restu mereka, hubungan itu takkan berkekalan lama. Belajarlah untuk mengambil hati mereka"

Dari Karipap yang ensem gile

2 comments: