Diriku masih belum melelapkan mata walaupun diri ini tidak sihat. Diri ini bersyukur kerana segala keputusan yang telah dibuat adalah tepat dan diri ini rasa bersyukur kerana doa agar diberi kegembiraan raya kali ini telah Allah makbulkan. Bertalu-talu doa yang sama ku ucapkan.
"Ya Allah berikanlah daku kegembiraan eid kali. Berikanlah kegembiraan kepadaku. Ku harapkan jika tiada lagi Ramadhan & Eidulfitri seterusnya untuk diriku, aku sudah cukup gembira & bersyukur dengan kegembiraan yang bakal Kau kurniakan kepada ku Ya Allah"
Aku tak pasti apakah kegembiraan itu datang dalam bentuk kesihatan, harta benda ataupun kesejahteraan hidup. Sekian lama ku berfikir, Ya Allah ini rupanya kegembiraan itu. Ku lihat diriku sudah berubah sedikit demi sedikit. Ibu yang sering memberikan galakan juga selalu berpesan kepadaku, "Teruskan apa yang along dah lakukan. Insyallah" Kini aku rasa lebih tenang lebih bahagia. Sudah lama tidak merasai ketenangan seperti ini. Kegembiraan itu juga ku kongsikan dengan orang yang ku sayangi sepenuh jiwaku. Menjadi penyeri hidupku peneman hidupku. Ku yakin 'dia' lah kegembiraan ku yang lagi satu. Ku bersyukur kerana doaku telah dimakbulkan.
Orang selalu berkata "Alahhh~ kalau kau doa banyak mana pun tak makbul punya." Tak perlu kata orang, diri sendiri juga pernah terfikir seperti ini tika diri ini terlalu mengharapkan agar cepat sembuh semenjak kemalangan 2 tahun lepas. Nauzubillah. Tetapi diri ini tau semua itu salah dan diri ini ingin berpesan bahawa,
"Sedangkan permintaan iblis dan syaitan untuk menyesatkan anak-anak Adam ditunaikan, ini kan pula permintaan hambaNya. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sentiasalah berdoa. Banyakkanlah berdoa selepas solat mahupun selepas mengaji AlQuran. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa permintaanmu akan dimakbulkan, bezanya cuma antara cepat atau lambat. Paling penting confident kan diri anda bahawa Allah Maha Mendengar."
Ingatlah bahawa doa itu senjata kita doa itu senjata orang beriman. Jadi banyak-banyakkan berdoa terutama ketika malam-malam begini. Rajin-rajinlah qiamullail sesungguhnya bangun malam itu mampu menbentuk jati diri.
"Niat hati bukan nak me'moyo', kalau ada yang rasa diri ini me'moyo', terima kasih daun keladi kerana walaupun menganggap diri ini poyo, anda tetap membaca tiap-tiap tulisan encik poyo ini. Niat hati hanya nak beritahu je, hatiku sedang tenang dan gembira"
Thanks
Alhamdulillah :D
ReplyDelete