Monday, 17 September 2012

Tapi bagaimana? (bukan spidernya lagu)

      


     Ku berkira-kira duit ditangan lalu ku serahkan kepada ayahanda tercinta. Tak kami sangka mahal juga ubat di klinik perubatan cina ni. Itulah not RM50 terakhir ku kerana sememangnya poket sudah kering, bank pon dah tinggal belasan ringgit. Walaupun aku bergaji setengah bulan dan menerima socso 80% dari gaji pokok tetapi semuanya telah habis. Socso untuk membayar hutang perubatan kilang, duit gaji pula digunakan untuk perubatan sana sini. Ini bukan kali pertama kami berkira-kira wang. Sejak mula-mula masuk Felda dahulu, ibu ayah mengutip tiap-tiap sen yang ada dalam teratak rumah felda(20 tahun lepas) untuk membeli makanan. Kami begitu menghargai nilai tiap-tiap sen yang kami ada.

     Bebalik kepada klinik perubatan cina tadi. Mengapa klinik perubatan cina? Sebenarnya kami baru sahaja pulang dari seremban. Tempat rawatan tradisional di Sikamat, Seremban.

     "Cuba adik bertanya kepada doktor, pasang besi balik dalam peha ni. Tak da cara lain nak cepat sembuh melainkan pasang besi. Beri tulang kuat" kata lelaki setengah abad yang lebih ku kenali dengan nama Pak Mus. Ada benarnya kata Pak Mus kerana tulang peha aku walaupun kelihatan 80% bercantum dalam x-ray tetapi tulang peha ku bergerak macam melentur buluh, bagai melentur plywood. Kalau kaki ini berpijak, memang kaki ku tekan tetapi peha ku yang melentur. Masih tiada kekuatan untuk ku berpijak & menapak.

     Pada zahirnya aku tiada apa-apa yang hendak dirisaukan, jadi ayah membawa ku ke klinik perubatan cina. Doktor cina pun mengatakan perkara yang sama seperti Pak Mus. "Tiada cara lain, mesti masuk besi". Menggigil tangan ku mendengarnya. Ku pegang telefon bimbit ku sambil menaip abjad-abjad pesanan ringkas namun terlalu banyak kesalahan yang ku buat dek kerana tangan menggigil. Pesanan ringkas untuk memberi tahu si dia apa yang sedang berlaku apa yang sedang ku fikirkan & apa yang akan berlaku.

     Si dia banyak memberi diriku semangat dan dorongan. Berduyun-duyun pesanan ringkas ku terima daripada adinda Erny. Namun, fikiran ku tetap melayang dan berfikir.

     "Mana aku nak cari duit jika benarlah aku perlu menjalani pembedahan lagi" 
"Bagaimana ibu bapa ku nak mencari duit semata-mata untuk pembedahanku? Ayah memang tiada duit seperti diriku"
     "Hospital kerajaan mana nak repair peha ni? Dulu aku dah dikeluarkan dari hospital seremban kerana tidak mahu kaki dipotong"
"Bagaimana kalau seumur hidup aku begini? Bertongkat?"
"Bagaimana dengan kehidupanku?Layakkah aku menjadi imam sesiapa? Mampukah aku memberi nafkah zahir & batin kepada bakal jodohku?"
 
     Semuanya bermain-main dalam pemikiran ku yang tak berapa nak waras dek kerana kejutan hari ini. Tanganku masih menggigil. Aku tidak demam tetapi impak kata-kata "tiada cara lain" menyebabkan aku terpaku, tergamam & menggigil sendirian.

     Aku sebenarnya letih untuk dibedah lagi kerana sudah kira-kira 15 pembedahan besar ku jalani (tak termasuk pembedahan kecil). Ok. terus terang ku katakan, bukan itu yang menjadi masalahnya. Itu hanya alasan mahu menutup perasaan gundah gulana ku ini. Bagaimana hendak ku cari duit? Bagaimana? Kurang-kurang puluhan ribu. Bagaimana?

"Benar, memang benar diriku berusaha & bertawakal kepada Allah, tetapi usahaku masih belum cukup, tetapi usahaku terbatas dek kerana hal lain, dek kerana kesempitan lain, dek kerana kesusahan lain, dek kerana perasaan tidak mahu menyusahkan ibu ayah yang dah banyak bersusah payah. Diriku hampir-hampir jatuh, hampir-hampir rebah tidak mahu bangun. Diri ku sudah penat, biarlah ku berehat, biarlah ku terjatuh, biarlah ku tertiarap, biarlah ku terbaring. Jangan bangkitkan diri ini, jangan bangunkan diri ini & jangan"

     Persoalannya sekarang bagaimana? tapi bagaimana (spider)? Aku hanya mampu doa. Tiada yang mampu ku lakukan lagi. Tiada. Aku perlu tidur. Beri diriku masa. AKu mahu tidur~


No comments:

Post a Comment