Hari ini genaplah sudah 2 tahun semenjak berlakunya peristiwa hitam dalam hidupku. Diriku perlu muhasabah kembali apakah perubahan yang baik yang telah ku lakukan & apakah perkara buruk yang masih aku lakukan. Perkara itu perlu daku perbetulkan & membetulkan sesuatu yang buruk dalam kehidupan jauh lebih penting dari kesihatan diri. Sesungguhnya banyak lagi perkara-perkara buruk dalam diri ini yang perlu diperbetulkan.
Sesungguhnya dugaan yang sungguh hebat bagi diriku ini begitu bermakna dan penuh dengan hikmah kurniaanNya. Diriku rasa sungguh bersyukur kerana masih lagi diberi peluang kedua untuk bertaubat & membetulkan diri sebelum ajal tiba menjemput diri ini. Hatiku tenang, hati lega walaupun dalam keadaan sebegini rupa ramai sahabat handai, rakan sekerja, geng-geng ninja & orang-orang yang tersayang sentiasa memberi sokongan dan galakan dalam pelbagai bentuk. Sesungguhnya aku rasa bersyukur kerana keperitan ini bukan ku tempuh berseorangan malah ku tempuh bersama-sama rakan seperjuangan. Hanya terima kasih yang dapat ku hulurkan & slebihnya biarlah Allah sahaja yang membalasnya.
Ku sentiasa menharapkan mengakhiran yang baik berlaku dalam hidupku, sentiasa ku mengharapkan diriku mati dalam keadaan orang yang beriman & segala amalan diterimaNya serta segala dosa diampunkan. Diri ini juga perlu istiqamah dalam mencari diri sendiri & perlu istiqamah dalam menunaikan ibadah kepadanya. Ku sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku dalam hidupku & ku mengharapkan agar diberi kesejahteraan dunia akhirat.
Ramai kata dugaan hebat hanya untuk orang hebat yang mampu menempuh dugaan ini. Wahai rakan-rakan siapalah diriku untuk berasa hebat. Diriku hanya hambaNya yang lemah. HambaNya yang tiada daya. Siapalah diriku untuk berasa hebat dibumi Allah ini kerana sesungguhnya hanya Dia yang Maha Hebat.
"Kehilangan sesuatu dalam kehidupan bukan pengakhiran dalam segala-galanya, ianya hanya satu permulaan yang baru dalam suasana yang baru. Allah tidak merampas sesuatu daripada hambaNya, tetapi Allah cuma menggantikan sesuatu yang lebih baik lebih advance lebih power dari sebelum ni. Bak kato omputih 'reborn to a new future'. Menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Insyallah"
Yang steady macho & bergaya
No comments:
Post a Comment