Friday, 14 September 2012

Jumaat ini....

    



      Ku melangkah turun dari kereta Naza kepunyaan ayahku, ku capai tongkat 4 kepunyaanku, ku melangkah maju ke hadapan dengan hati yang tenang tanpa gusar gundah gulana. Agak excited apakah isi kandungan khutbah jumaat kali ini. Mata ku pandang tepat ke arah anak-anak tangga masjid besar palong 14,15 & 16. Ku bersyukur tangga itu tak berapa tinggi dan aku boleh melangkahnya. Kebiasaan jika terjumpa anak-anak tangga yang tinggi, kan ku duduk & mengensot perlahan-lahan hingga ke puncak jaya(cewahhh) hingga ke anak tangga yang paling tinggi. Lepas cabaran tangga, maka bolehlah aku mencari tempat di luar masjid. Aku agak segan untuk masuk ke masjid dengan bertongkat. Ku khuatiri kaki-kaki tongkatku akan mengotorkan karpet masjid. Namun ayahku tetap menyuruhku masuk ke dalam.

     Ku tinggalkan tongkat ku di luar ruangan solat masjid & melompat-lompat masuk ke dalam. Pilihanku ialah muka pintu masjid supaya tidak mengganggu jemaah-jemaah lain. Mata ku meliar melihat sekeliling & sudah pastinya banyak mata-mata yang memandang diriku. Mungkin pandangan kasihan & sayu melihat ku, mungkin juga pandangan 'kenapa sakit datang masjid' tetapi tidak ku peduli apa pandangan yang lain terhadap diriku kerana sesungguhnya KEBAHAGIAAN DIRIKU BUKAN TERLETAK PADA TANGAN MANUSIA-MANUSIA LAIN MAHUPUN PADA PENDAPAT MEREKA TERHADAP DIRIKU. Diriku adalah diriku dan aku hanya hamba Allah yang sedang melaksanakan tugasnya sebagai seorang hamba yang lemah.

     Tajuk khutbah kali ini berkaitan muhasabah Ramadhan. Ramdahan telah pergi, Syawal tiba dan disambut dengan meriah. Namun, adakah itu tujuan sebenar kedatangan Ramadhan? Mengapa kebanyakan insan yang bergelar manusia mampu berakhlak baik ketika bulan Ramadhan tetapi tidak bulan-bulan yang lain? Adakah kita sebagai hambaNya hanya beribadah dalam 1 1 event, hari, bulan mahupun tahun. Adakah Allah memberi kita nikmat iman Islam, nyawa, rezeki, oksigen yang kita hirup ni berjadual?Berkala? Tidak sama sekali. Begitulah juga dengan kita. Tidak seharusnya kita hanya mengimarahkan bulan Ramadan & melupakan bulan-bulan yang lain.

     Tujuan Ramadan ialah memupuk diri kita untuk menghadapi bulan-bulan yang lain. Janganlah kita menjadi seperti sabda Rasulullah,

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ.

Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala). Hadis riwayat Ahmad dan Tabarani.



     Seharusnya kita jadikan Ramadan yang lepas sebagai titik tolak dalam kehidupan kita. Sebagai 1 penghijrahan yang tak pernah kita lakukan. Daripada seorang yang kurang bersolat kepada menjaga solatnya, daripada seorang yang tak pernah berqiamullail kepada orang yang sangat rajin mendirikan solat pada malamnya & sebagainya. Seharusnya kita memperbanyakkan doa agar diri ini diberkati, diberi hidayah, bersyukur dengan segala nikmatnya & agar diri ini dikurniakan kebahagiaan dunia & akhirat.

     Walaubagaimanapun, Ramadan telah pergi meninggalkan kita. Janganlah kita menyesalinya sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman yang beramal soleh serta orang-orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dengan sabar.(Al-Asr)

      Marilah kita meneruskan apa yang telah dilakukan ketika Ramadan dahulu. Jika masih yang belum start lagi, masih belum terlambat sebelum kamu sakit & mati.

"Tiada kata seindah bahasa, tidak gambar secantik lukisan, tiada pegangan seindah Islam, tiada kepercayaan sehebat Iman kepada Allah"


Insan lemah           






p/s sapa2 nak komen lain kali letak nama sendiri. Kalau takut dilambung ombak jangan gatal2 main tepi pantai. LOL

No comments:

Post a Comment