EPISOD 3
“Macha, ko suka bola tak? Kalau kau suka, ko sokong mano?”
“Suka bang. Mestila sokong team N9”
“Tengok bola kat mana biasa?”
“Join budak-budak pondok bang. Dak asrama. Diorang tengok
saya pon tengok”
Sebahagian
perbualanku dengan si surendran & juga dikenali dengan nama khadia(tak tau
mengapa). Melihat dari caranya, orang yang menemaninya(tiada yang teman
sebenarnya) aku dapat rasakan yang dia datang dari keluarga yang susah. Tiada
seorang pon ahli keluarga yang datang menjenguknya semenjak diriku dimasukkan
ke wad itu. Dia kelihatan mudah mesra dengan orang-orang melayu
disekelilingnya. Mungkin kerna pengalaman berkawan dengan anak-anak sekolah
pondok.
“Oi aku dah boleh keluar hari ni.” Jeritnya dengan
gembira semalam. Namun dia masih di sini. Tiada yang menjemputnya sejak
semalam. Katanya amma akan datang menjemputnya. Hari ni masih menelefon &
panggilan masih belum dijawab. Dia kelihatan resah.
“Macha, ko nak balik tak?”
“Nak bang”
“Aku bagi duit. Ko balik naik teksi la. Lagipun amma ko
datang naik teksi kan?”
“Ah ah. Tunggu amma dulu la bang”
Dari semalam
lagi dia semangat hendak pulang ke rumah tetapi apa kan daya tiada yang hendak
menjemput. Mungkin mereka sibuk dengan kerja. Hari ni aku telah memberi idea
macam mana dia hendak pulang ke rumah namun dia tetap setia menunggu amma nya. Makan
tengah hari sudah sampai namun tiada tanda-tanda orang datang ke katil 33b.
“Ubat kau dah ambil dah?”
“Belom bang.”
“Kau pergi ambil ubat dulu. Nanti senang. Siap-siap dulu.
Baju ada?”
“Baju yang koyak adalah bang. Seluar tak da”
“Tak mengapa. Pergi ambil ubat dahulu”
Dia segera
mengambil pergi mengambil ubat di tingkat 5 dengan menaiki kerusi roda
hospital. Kerusi roda itu bagaikan kerusi rodanya sendiri kerana dia yang
banyak menggunakan kerusi roda itu lebih daripada orang lain. Selepas pulang
dari mengambil ubat, aku bertanyakan soalan yang sama. Dia masih menolak.
Tunggu dressing kaki dahulu.
Jam dinding sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Kaki sudah siap dicuci. Telefon masih
lagi tak berangkat. Dak katil depan ni turut menyuruh dia mengikut nasihatku.
“Macha, kau ikut je cakap abang. Kau nak balik kan? Teksi
kat bawah banyak. Tau kan arah ke rumah kau?”
“Aku tau. Senang je”
Setelah dipujuk & berfikir panjang, dia pun membuat
keputusan.
“Boleh lah bang tapi saya tak da baju dengan seluar”
“Tak mengapa. Nah”
Aku hulurkan baju & seluar pendekku yang masih belum
dipakai.
“Baju ni busuk ke wangi ke kau jangan bising haa. Pakai
je”
Setelah
memakai baju, dia bersalam kepadaku sambil mengucapkan terima kasih. Aku
hulurkan sekeping duit yang cukup untuk tambang teksi dan makannya. Riang dia
menerimanya.
“Terima kasih bang”
Melihat dia
kelihatan riang hendak pulang, kami yang berada di sini berasa lega. Bayangkan
diri berada di hospital mahupun di asrama tetapi tiada yang hendak menjemput
pulang. Bagaimana agaknya perasaan anda?
Sedihnya
diri apabila diri ini sakit.
Sedihnya
diri melihat kekurangan diri.
Sedihnya
diri melihat tiada lagi jari-jemari kaki.
Bukan
salah diri tetapi orang lain yang memandu tanpa rasa hati-hati.
Tapi
tiada lebih menyakitkan diri ini.
Selain
pulang dari hospital dalam keadaan bersendiri
Macam
hidup tidak diwarisi
Macam
hidup tiada famili
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu
ibu, ayah, alang serta abby datang menjenguk ku di hospital. Sememangnya ku nantikan
kehadiran mereka. Kini tiada rahsia lagi semenjak abby memiliki akaun facebook.
Jika ada apa-apa perkara yang berlaku pasti dia akan menceritakannya kepadaku.
“Along apa khabar?”
“Along sihat je. “
“Hari ni abby datang hospital”
“Tak pergi sekolah ke?”
“Heeeeeeeeeeee”
Perbualan
ringkas di chat facebook bersama abby. Semenjak memiliki akaun facebook
sendiri, kemain rancak dia berchat dengan kakak-kakaknya. Cik Erny tak
terkecuali. Orang yang sangat suka melayannya. Petang itu
katil ku agak riuh dengan kehadiran keluarga tercinta. Banyak pengalaman yang
berlaku dalam beberapa hari di wad ini aku kongsikan bersama keluarga
tersayang. Sekurang-kurangnya aku memiliki waris yang sentiasa berada di sisi.
Kali ini ibu datang sambil membawa sebuah
laptop untuk kebosanan hari-hari ku di sini. Ok. Bolehlah aku gunakan laptop
ini untuk menulis setiap idea yang tercetus di minda sepanjang berada di
hospital. Aku bukanlah seorang penulis, aku hanya sekadar insan yang ingin
berkata-kata sesuatu. Cukup sekadar menulis di blog ini walaupun tiada yang
membacanya. Sekurang-kurangnya mindaku tidak bercelaru & berat dek bermain
dengan perkataan-perkataan di fikiran. Kalau aku sedang memikirkan sesuatu
& terdapat masalah mahupun perkara yang perlu dilunaskan, otak ini pasti
ligat memikirkan jalan penyelesaian nya. Jika asyik berfikir tetapi tidak
diterjemahkan atau diinterpretkan dalam 1 benda lain, idea akan mati & otak
akan semakin hari semakin malas untuk mengeluarkan idea-idea yang baru &
bernas.
Ibaratkan anda
seorang pekerja makan gaji, anda sentiasa mengeluarkan idea yang baru &
bernas kepada bos anda. Akan tetapi bos anda tidak melakukan apa-apa tindakan
atau mengambil tahu sedikit pon tentang idea yang anda lontarkan. Pasti suatu
hari nanti anda akan berhenti memberi apa-apa idea kerana anda tahu segalanya
hanya sia-sia & otak anda pasti menjadi tumpul. Malam itu aku
mula menulis entri pertama berada di hospital. Lega kepala otak rasanya. Macam baru
lepas buang air je. (fungsi otak & punggung atep sama sahaja).
Malam itu juga selsema & batuk-batukku semakin menjadi-jadi. Luka di kaki juga semakin teruk. Dengan segera aku memberitahu jururawat wad.
“Nurse saya pening selsema & badan gatal-gatallah.”
“Beritahu doc”
“Doktor badan saya gatal-gatallah”
“Beritahu doc kerja waktu siang”
Aku mula fed up…… to be continue
![]() |
Yang sangat bosan |
No comments:
Post a Comment