Friday 28 June 2013

Den Masuk Wad Season 10 Episod 1

 PRE-SEASON
     Macam la banyak sangat musim masuk wad sampai perlu season 10........ehh jap... memang banyak pon. Tahun ni sahaja sudah 2 kali masuk wad. Tahun lepas sahaja sudah 3 4 kali keluar masuk hospital. Tahun 2011 lagi. 
     Pagi 26 Jun diri ini dengan gagahnya bangun awal seperti biasa namun hari itu agak berbeza daripada kebiasaan. Mandi pagi sebelum solat subuh. Perkara paling mezurashi(jarang2 sekali) berlaku sepanjang 3tahun ini. Jika masa sihat dahulu, sebelum subuh pasti diri ini bangun mandi, baru solat & keluar bekerja. Kini tidak lagi. Bangun awal sekadar bangun untuk bersugi(gosok gigi pakai colgate je) & berwhuduk itu sudah cukup hebat bagi diriku. 

"Hari ni abg pergi mana?"
"Hari ni abg tak de gi mana-mana"
"Tak mandi la tu"
"Mandi tengah hari. Kalau petang kira merangkap mandi siang & malam sekali gus"

     Mana tak nya. Duduk saja di rumah. Main komputer, tengok tv & main xbox 360. Bukan ada aktiviti luar rumah. Cuma diri ni lebih menjaga kebersihan apabila melakukan aktiviti yang melibatkan aktiviti fizikal seperti main gym & senaman. Ketika badan berpeluh, penjagaan yang lebih rapi untuk luka di kaki juga perlu dipertingkatkan. 
     18 Jun 2013 merupakan tarikh rawatan susulan untuk bulan ini. Dek kerana kerani di kaunter klinik otopedik salah meletakkan tarikh hari rawatan susulanku, aku perlu menghadiri rawatan susulan yang ke-2 pada hari rabu minggu seterusnya (26 Jun 2013). Ini kerana doktor yang melakukan pembedahan ku berada di klinik pada hari rabu. Hari ini aku telah menjangkakan. Something fishy is going on today~ hahhh english kau.

"Bu along rasa along masuk wad la hari rabu ni"
"Kenapa?"
"Ni kaki ade kuman, dapat pula antibiotik yang sesuai untuk kuman ni dah jadi sikit. mesti kena masuk hospital ni"
"tak pela. Asalkan cepat baik"

     Sememangnya diri ini perlu dimasukkan ke wad oleh kerana kuman di besi adalah kuman yang bahaya & hanya sesetengah antibiotik sahaja yang mampu membunuhnya.
R= resistance
S= susceptible 
(tak faham boleh google or cari kamus. Yang malas google tu, biarkan dia)

     Pada waktu itu, doc muda yang ditugaskan untuk memeriksaku telah memilih untuk memberi diriku antibiotik yang boleh dimakan melalui tablet (Clindamycin) maka tak perlulah duduk di wad untuk mengambil antibiotik yang hanya available melalui IV (inter vein, salur darah). Sebelum meng'finalise' kan keputusannya itu, dia merujuk ke seorang doktor pakar dan doktor tersebut berjaya membuatkan diriku

setelah dia mengeluarkan kata-kata yang amat pedih bagiku "Better admitted him"
"Oi..aku tak nak masuk wad la dohhh~" jerit hati cinonet ku

Tapi semua sudah terlambat. Akhirnya keputusan telah termetrai apabila 'diri yang mahu pulang ke rumah meneruskan download movie & company of heroes 2' terpaksa dimasukkan ke wad semata-mata mahu memberiku sekuntum bunga...oiiii... memberiku vaksin.. oiiii bukan h1n1 pon.... memberiku antibiotik vancomysin. Harapan nak pulang ke rumah berkecai. (lebih-lebih plak)

EPISOD 1  (TIDUR)

     Jam 2 petang  setelah semua pendaftaran selesai, diriku telah ditempatkan di wad 4B katil 31. Hujung jauh nun terpelosok ke dalam wad 4B. Katil di depanku seorang remaja melayu umur 21tahun. Kakinya digantung dengan besi dumbbell iras-iras dumbbell di rumah. Dia ditemani oleh seorang perempuan, mungkin adik mungkin tunang. Jauh ke penjuru sana kelihatan seorang budak india sebaya Erny Nuryassmien binti Amran (lol). Bezanya dak itu berumur 19tahun. Hari pertama aku di wad, kebiasaannya diri ini suka

1)Berdiam diri dek rasa hati nak pulang ke rumah
2)Tidur sepuas-puasnya

     Selepas ayah & alang pulang, mataku berat seberat-beratnya. Mindaku masih tidak mahu menerima kenyataan bahawa diriku perlu menghabiskan lebih masa lagi berada di hospital. Dari jam 2 hingga 4. Mataku terjaga, baju hijau pakaian hospital kebasahan. Lencun dek peluh yang mengalir. Alamak belum zuhur. Dengan segera diri ini menuruni katil yang agak tinggi & tidak boleh di'adjust' ketinggiannya itu untuk bergegas ke bilik air. Selesai solat. Diriku masih belum bercakap sepatah perkataan pon. Melihat dak india berborak rancak dengan dak perempuan katil depanku ini. Sambil menunggu waktu asar berkumandang, diriku hanya memasang telinga setiap perbualan mereka & serba sedikit dapat mengenal pasti apakah yang menyebabkan mereka terlantar di hospital.

Dak melayu A seorang tukang masak di SMAP Labu dan dilanggar oleh sebuah kereta ketika menjemput adiknya (perempuan B) pulang bekerja di parkson seremban. Langgar lari katanya. Malang memang tak  berbau. Dak india C pula dilanggar oleh lori ketika menungga motosikal namun dia bernasib baik kerana pemandu lori tersebut berhenti membantunya.

Selepas asar, kepalaku kembali disorong bantal & aku hanya dikejutkan untuk makan malam kira-kira jam 6 petang. Makan malam hospital sememangnya awal. Selepas makan, mudah saja aku tidur kembali. Kali ini aku dikejutkan oleh rakan sepersekolahan ku. Rakan sekolah rendah. Datang bersama suami tercinta. Sudah sarat 6bulan mengandung. Bahagianya. Cemburu diriku melihat pasangan ini.

"Bila agaknya masaku pula~" jauh termenung

Sebenarnya tak jauh mana pon, selesai solat aku kembali tidur. Ya Allah. Mana datang 'power' tidur ni pon aku tak tahu. Hari ini  aku tidur awal. Aku dikejutkan beberapa kali kerana jururawat ingin memberiku ubat. Hari itu aku kurang ber'sms' kurang ber'call' dengan sesiapa kerana telefon bimbit ku sudah kehabisan bateri. Hari ni charger telefon bimbitku di rumah. Sebelum kehabisan bateri, aku sempat sms kepada ibu untuk membawa barang-barang keperluanku.

     Hariku dihabiskan dengan 'tidur' dan sms manja ala bateri phone habis'. Camne tu? Lu pikirlah sendiri. Pertama kali vancomysin dimasukkan ke dalam salur darahku, badan ku berasa sangat panas & gatal yang teramat sangat. Adakah badan ku alergi dengan ubat ni? Jadi kalau alergi, boleh aku mencari alasan untuk pulang? To be continue

                                                                                                                            Yang tidur kaw2. Gua



No comments:

Post a Comment