Friday 28 June 2013

Episod 2 : Untungnya Diriku

EPISOD 2 UNTUNGNYA DIRIKU

"Kencing manis ada?"
"Hmm.. tak pernah rasa plak. Manis ke masin....ok ok tak de kencing manis" Jangan gurau lama-lama dengan orang yang baru anda jumpe. tak pasal-pasal kena sepak nanti. lol
"Kencing manis, darah tinggi, lain-lain sakit lagi ada? Pernah hisap rokok?"
"Hisap rokok, dadah, minum arak sume tak pernah"

    Secara ringkas dengan jururawat sebelum masuk wad semalam. Hari ni 27 Jun 2013, tidur lebih masa. Ya Allah, bagaimana aura peniduran yang amat menjadi-jadi sudah menusuk di badan ini (cakap sambil geleng-geleng kepala)

     Jam 8 pagi, sekumpulan doktor akan melawat tiap-tiap pesakit di wad ini & akan membincangkan apakah langkah seterusnya untuk pesakit itu hari ini. Sampai ke giliranku, seorang doktor pakar wanita melayu bertanyakan kesihatan ku & bertanyakan maklumat yang lain kepada doktor yang bertanggungjawab meng'admit'kan diriku ke wad ni.

"Mana xray?"
"Xray di klinik"
"Macam mana nak tengok kalau xray tak da. Saya bukan boleh baca minda awak Clement!" tegas doktor wanita itu.
"Kalau xray tunjuk tulang & besi tiada loosening, boleh bagi patient balik"

"Haaa? Balik!!! Aku yakin besi & tulang ok sebab besi kali ni better than besi yang dipasang dulu. Yatta!!"

Malangnya diriku telah menerima 2 dos ubat semalam. 
"Awak kena complete 14 hari antibiotik, nanti kuman tu resistance plak dengan antibiotik. Puasa kat cni la nampaknye"

Nice!! Good job!! sangat... hati masih berada di rumah. Makanan tengah hari hadir pada jam 12. Makanan di'consume' tanpa perasaan hingga menjilat sudu. Lapar wooo kalau baring saja di hospital. Makan je kerja ku. Walaupun makan tak pernah tinggal tapi diriku yakin berat badan pasti susut. Masa muda boleh la begini, kalau dah berumah tangga. Dah tua. Tak dapat dah nak meringankan diri.

     Aku lihat si A masih belum makan makanan tengah hari. Naim nama nya. Menunggu si adik yang tak kunjung tiba. Entah ke mana menghilang. Dia meminta pertolongan daripadaku untuk mencari charger telefonnya. Telefon sudah dicas namun kredit plak tak de. Maka ku buka phone yang tak berbateri ku beri sim card phone ku kepadanya. Malangnya gagal menelefon adik yang hilang entah ke mana. Kira-kira jam 3 petang, makanan hospital pon telah diambil, barulah adiknya sampai dalam keadaan bengis-bengis. Maki hamun tak tentu arah. Datang bulan la tu.

"Dik, abang lapa. Nak makan" kata Naim
"Ahh tadi tak nak makan. Manja sangat~ pot pet pot pet"

Aku yang berasa kasihan cuba masuk campur dalam pertembungan adik beradik tu. 

"Dik nah duit, bolikan la abang ko tu nasi. Dio lapa"

     Si adik ni di'ahhh' kan ku. Ok. Tiada pilihan lain. Ko berlapar jela ye Naim. Bukan aku boleh tolong pon. Nak suruh nurse? Ni hospital kerjaan. Kalau hospital Columbia asia, bukan setakat nasi, aiskrim pon diorang boleh belikan untukku (kantoi pernah buat)

     Dalam pada itu, aku ada berborak dengan si C. Surenderan namanya. Umur 19 tetapi belajar setakat di tingkatan 1 sahaja. Orang susah. Pernah tinggal di Dioh, Kuala Pilah. Kini di area seremban jaya. Berhenti sekolah kerana bantu amma menoreh getah. Masa berumur 14tahun sudah bekerja sendiri untuk membantu amma nya. Jika mahu menonton tv, dia akan ke asrama sekolah pondok di kawasan itu. Susah betul hidupnya. Hari ni sepatutnya menjadi hari yang gembira kerana dia boleh pulang namun amma nya masih belum lagi muncul menjemputnya. Mungkin sibuk bekerja.

Aku insan yang serba serbi cukup sumbernya ni pon mahu masih rasa tak puas dengan apa yang ada dalam hidupku. Walaupun aku anak penoreh getah, aku tak pernah berhenti sekolah untuk membantu ibu ayah. Cuma bekerja ketika ada cuti semester yang panjang sahaja. Ibuku seorang guru. Sudah lebih dari cukup kehidupanku. Duit belanja tak pernah tak diberikan. Kehendak kami tak pernah tak tertunai. Nak melancong? Anytime tiap kali cuti semester. Makan tak pernah meminta-minta. Apakah lagi nikmat yang mahu aku dustakan? Untungnya diriku ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     Petangku dikejutkan dengan kehadiran ibu tercinta. Tak terkejut mana pon kerana aku tahu ibu pasti datang. Petang itu begitu indah bagi diriku. Kehadiran ibu sekurang-kurangnya membawa hati ini ke hospital pulang ke diriku. Sebuk je nak duk rumah. Duk la kat wad denganku. Aku menceritakan panjang lebar tentang kejadian hari ini kepada ibu. Ibu seorang yang penyayang. Dia bangun pergi ke arah Naim untuk memberi sokongan & dorongan. Aku tidak akan tahan ibuku & aku yakin ibu mesti menangis di depan dak itu. Memang sah ibu merebeh di depan si Naim. Dari jauh aku hanya melempar kan senyuman ku. Si Naim pula join ibu merebeh. (merebeh tu menangis)

"Aku kasi pinjam ibu aku kat ko jap, nangislah." detik hatiku

Sebelum ni dia kelihatan muram & sedih. Mungkin puas dengan hanya seminit kasih sayang seorang ibu, dia kelihatan ceria hingga ke hari ini. Berborak rancak dengan adiknya serta aku yang duduk di depan katilnya.

"Ibu nak beri semangat kat dak tu. Alih-alih ibu yang merebeh. Teringat masa along mula-mula eksiden"
"Ibu tak payah cakap pon along dah tau la bu. Hehe"

Petang itu ibu pulang selepas aku selesai makan malam. Macam biasa sebelum pulang, aku pasti minta disuapkan. Sejak kecil aku tak pernah malu mencium ibuku dikhalayak ramai, meminta ibuku menyuapkan diriku di depan orang ramai mahupun bermanja-manja dengan ibuku apabila kekasih hatiku berada TERTONGGOK di depan mataku. Cinta ibu lebih dari segala-galanya dan petang itu telah menjadi antara petang yang bermakna buat diriku. Buat kaca mata ku. Buat pedoman diriku.

Dah sekian lama mereka berada di hospital lebih dari diriku namun ibuku yang mula-mula muncul dahulu lebih dari ibu-ibu mereka. Mungkin ibu mereka bekerja, mungkin ibu mereka tiada lagi namun aku masih bersyukur kerana kurniaan cinta Maha Esa yang masih memberiku cinta & kasih sayang seorang ibu yang penyayang kepada diriku serta adik-adik. Untungnya diriku.

Cantik manis si adik manja
Takkan lebih manis dari bonda tercinta
Mana datang nya kasih yang setia
Kalau tak dari ayahanda & bonda

Oi macha kau nak balik tak? Kau ada duit tak? to be continue

Ni bukan novel. Tak main la novel

No comments:

Post a Comment