Tuesday, 25 June 2013

Rezeki ada di mana-mana


     Jam sudah pukul 4 petang dan cuaca pada petang itu panas seperti hari-hari yang lepas. Jerebu pula semakin berkurangan dan bertambah baik. Eh tiba-tiba teringat esok diri ini perlu ke hospital seremban untuk rawatan susulan. Sambil menonton tv & menunggu teks mesej dari seseorang, kedengaran deringan tone telefon bimbitku yang aku telah menerima 'selai' (bahasa sekolah dulu semua benda guna selai/sehelai) email. 

     Email itu dihantar oleh pengurus HR NHK. Lantas komputer dihidupkan & aku segera membaca email tersebut. Panjang lebar penjelasan email & baru ku sedar bahawa diriku kini officially berstatus seorang penggangur apabila kilang telah menetapkan untuk  men'terminate'kan status ku sebagai seorang pekerja di sana mengikut kontrak perkhidmatanku.

     Kalau ada yang menjangkakan muka ku seperti ini, maka anda salah..tettttttttt~~ salah salah salah. lol

Sebenarnya aku sedikit pon tak terkejut dengan email itu kerana aku telah menjangkakan perkara ini akan berlaku juga. Akhir email ini dinyatakan 

A)If you wish to appeal, kindly inform us in official manner within seven (7)days from the date of this email.
B)In case of no reply, the Company shall assumed that notice is served and official documentation will be send to you.

maka pilihan ku ialah B. Bagi ku tak perlu lagilah nak bergantung harap untuk kerja sekarang. Ibu & ayah juga memberi pandangan yang sama. Kakiku masih berbesi, tiap-tiap bulan masih berulang alik ke hospital. Secara mentalitinya aku sudah hilang semangat untuk berkerja...untuk masa sekarang. 

"Nak appeal apa dengan kaki macam ni. Biar kaki ni betul-betul sembuh barulah fikir nak cari kerja lain." kata bonda tercinta.

"Ooo..ooo dah terminate dah?ooo melayu ke cina? (ni sengaja tambah. Sila rujuk lawak ke der 1) tak pe tak lama lagi banyak la duit ko" kata ayahanda tersayang.

"Abg ingat abg nak kerja ladang la yang"
"Alaa kerja ternak lembu pon boleh kaya"
"Abg ingat nak kearah pertanian. REZEKI ADA DI MANA-MANA KAN" Mesej ku kepada seseorang.

     Syukur kerana aku tidak perlu lagi hendak berhubung dengan kilang pasal itu ini. Duit itu ini. Hal itu ini. Aku tak senang sebenarnya. Walaupun hutang kilang masih berbaki puluhan ribu, tunggulah bila ada duit akan ku selesaikan semuanya tapi makan masa la.

     Namun aku tetap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf NHK yang banyak membantu. Walaupun ada di kalangan mereka yang tak senang apabila aku masih diberi gaji walaupun sudah bertahun tidak bekerja. Biasalah. Nama pon manusia.

     Sekarang bolehlah aku menumpukan sepenuhnya untuk sembuh. Letih tau kalau diri tak boleh berjalan seperti biasa.
1) Tongkat menyukarkan pergerakan
2) Kalau licin masakla. (bukan masak di dapur..kot2 ada yang lurus)
3) Badan letih kalau asyik baring duduk.

     Untuk menghilangkan letihku, aku akan tambah letihku dengan main gym. Pening tak? Nak hilangkan letih badan main gym kasi tambah letih. Macam mana tu?

     Badan letih lesu kerana kurang bergerak dan secara amnya jantung pun tak kuat mengepam darah & membekalkan oksigen ke keseluruhan badan. Apabila kita berlari mahupun berjalan (kepada yang mampu) jantung akan bekerja lebih dari orang yang lebih banyak tidur dan duduk (den la sapo laie) untuk mengepam darah. Maka tiap-tiap hari aku perlu bersenam agar badan segar, darah-darah mengalir dengan baik untuk hari-hari yang ceria bersama kiki lala.

     Tambahan pula selera makan ku baik, Alhamdulillah kalah orang sihat. Maka perlulah senaman untuk membakar kalori-kalori hasil dari pemakananku tadi. Kalau tak, siap la badan naik. Bukan naik musle tapi naik lemak.

     Ketika berada luar dari rumah seperti di hospital & sedang menunggu giliran berjumpa doktor, aku suka bersenam menggunakan 'walking frame' ku. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan kebosanan & mengantuk dek menunggu. 

     Jika siang main gym sampai letih, malam mesti mengantuk & mudah tidur. Keesokkan hari insyallah badan mesti segar ketika bangun subuh. Bagi diriku, bersenam mampu membetulkan 'body clock' yang tak teratur. Siang tidur malam berjaga. Jika siang aku penuhkan masa bersenam, main besi malam pula dapat tidur yang berkualiti. 

Jap..den cito pasal apo tadi yo? Bukan tajuk cara senaman bersama cik Atep kan? HAha serius memang den tak kisah. Lek-lek sempoi sudahla. Haha eh

"Celcom celcom line eh hampeh
 Mesej bertubi2 tapi yang sampai eh sket
 Kalau call celcom bgtau nak terminate line eh
 eh Encik xnak smbung lagi? kami bg diskaun sepuluh hinggit "

p/s eh siyesla? ehh siyeslaaa.. ehh siyesss..iyee.. siyesss..siyes shit..
 (sape terasa angkat tangan untuk pengunaan siyes anda yang agak melampau.Sekian sila terasa..ahhaha)
                                                                                              yang tgh angkat bosi

2 comments:

  1. syabas!
    pemikiran positif sebegitu insyaAllah boleh membantu untuk ke peringkat seterusnya..
    berpeganglah pada hadis qudsi ini; Aku mengikut sangkaan HambaKu
    I'll pray for your best, bro!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget