Thursday, 20 June 2013

Akhirnya~

Akhirnya, penantianku telah berakhir.
Akhirnya, kesengsaraan ku telah terhapus.
Akhirnya, kesakitan ku telah terkubur.
Akhirnya, keperitan bukan lagi makanan hatiku yang rakus.
Akhirnya........................................................................

Dapat gak update entri blog selepas hampir setengah tahun menghilang.
Dapat gak monitor komputer 'baru' ni beroperasi setelah monitor lama sakit tenat.
Dapat gak......................................................................

Oh...sakit diri ini masih seperti dahulu.
Oh...besi kaki yang ke-3 ini baru sahaja dipacak bulan Februari yang lalu.
Oh...ayat-ayat 'Akhirnya' di atas hanya sekadar men'thril' kan dirimu.
Oh...tak 'thril' eh? Ok ok. (malu gilo)

     Tiada perubahan besar dalam diri ini. Hanya diriku yang dahulu. Februari hingga akhir Mac yang lalu daku telah menjalani pembedahan buat kali ke sejuta 15 tolak sejuta. Kelihatan besi terpacak kembali seperti besi yang kedua. External fixation kali ni boleh di'adjust' supaya femur kiri dan kanan sama panjang. Kaki secara keseluruhannya pendek sebanyak 12cm dan nat hanya diputar sepanjang 9cm kerana hanya kepanjangan femur sahaja disama ratakan. Selebihnya tibia kanan yang tidak dapat dipanjangkan lagi melainkan pembedahan kali ke-16. Nak? Tak pelah. Simpan je besi tu.

     Tempat ku bekerja masih lagi memberi peluang untuk ku bekerja dan pihak kilang tidak akan memberhentikan diriku. Alhamdulillah. Walaupun tiada lagi gaji dan bulan-bulan terpaksa membayar lebihan pembiayaan yuran hospital yang masih berbaki puluhan ribu ringgit, namun diri ini masih bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup. Dek kerana kecacatan kekal diri, maka diri ini layak menerima sedikit wang perbelanjaan bulanan & sekurang-kurangnya ada juga duit untuk membayar hutang kilang.

     Kini tinggal wang simpanan yang telah diri ini kumpul sepanjang 3tahun ini sebagai duit perbelanjaan sementara menunggu sihat & dicabut besi. Estimate masa untuk besi ini dicabut masih belum diketahui. Mengikut perkiraan doktor tidak pakar 1mm bersamaan 5hari masa penyembuhan dan bermakna untuk 90mm = 450hari. Akan tetapi, mengikut kata doktor pakar ia hanya mengambil masa selama setengah tahun max. Wallahualam.

2 3 gambar hantu bawah katil
Nasib baik tak kena maki
Ade orang asik membebel
Bila nak update entri?

2 3 abg ensem
Nah amek entri style BM karangan SPM

p/s Rumah ayanhanda & bonda dah ada gym & treadmill (hadiah utk ayahanda & bonda) - next entri



                                                                                                                             Yang benar                          
Muhammad Atif Jauhari B Idris

3 comments:

  1. pantun je menarik,. akhirnya~

    ReplyDelete
  2. tahniah bro..alhamdulillah.
    no tepon dah tukar ke?

    wak.
    tdi.

    ReplyDelete
  3. untonglah ade treadmill kat umah..
    x pe2 nnti kak cik kerjakan bende tu..
    tunggu kaun treadmill..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget